Good news? Or...

IT'S OUR FATE (MALAY)

Sehun menggodak airnya di atas dapur. Kemudian dia membawa kedua-dua mug yang terisi air Nescafe panas itu ke ruang tamu. Kemudian dia meletakkan dua mug berwarna merah di atas meja. Sehun mengambil tempat duduk lalu mencapai remote di atas meja. Dikerlingnya sekilas ke arah Kai yang masih berbaring dan sedang khusyuk bermain game di iPhone-nya.

Sehun berdehem. Kemudian dia menukar channel televisyen. Bosan. Tiada yang menarik perhatiannya. Kemudian Sehun mematikan televisyennya dan melepaskan keluhan yang berat. Dihirupnya Nescafe yang berada di atas meja.

"Kau apahal bro? Okay tak?" soal Kai. Dia menolak iPhone-nya kesisi dan kembali duduk. Dihirupnya Nescafe yang dibuat oleh Sehun sebentar tadi. Sedap! Tak manis sangat rasa pahit sikit. Nice!

"Takde apa lah Kai. Aku okay je,"

"Eleh yelahtu. Muka kau bukan boleh percaya pun!" 

Sehun membaringkan kepalanya di sofa. Matanya ditala menghadap syilling rumah. "Up to you lah bro..." kemudian dia menutupkan matanya. Rileks. 

Kai hanya tersengih seperti kerang busuk. Kemudian dia teringat sesuatu. Dia memandang wajah Sehun yang sedang melelapkan matanya itu. "Aku nak tanya something ni,"

Sehun membuka matanya dan memandang wajah Kai. "Apa benda yang kau nak tanya tu?"

"Aku dah lama nak tanya tapi entah kenapa baru hari ni dapat energy nak tanya. Kenapa eh kau taknak kerja dengan abeoji kau eh? I mean kenapa pilih untuk jadi pilot sedangkan kau boleh je kerja dengan abeoji kau, kan abeoji kau ada semuanya. Duit, harta, office! Semua ada... kenapa pilot? Even gaji pilot memang besar tapi memang dah terbukti kerja kat syarikat abeoji kau lagi banyak 'duit' sebab tu kan office abeoji kau, kau lah satu-satunya pewaris yang dia ada," ujar Kai panjang lebar.

Sehun hanya tersenyum mendengar kata-kata Kai. "Aku tau ramai yang nak tanya cuma korang macam takut-takut sikit kan? Omma aku suka naik kapal terbang. And ala abeoj aku tau aku memang minat dengan kapal terbang since aku kecik lagi. So bila dia tau aku nak jadi pilot dia tak halang aku pun. Sikit pun tak. Aku pernah bagitahu daddy aku dulu, nanti bila aku dah besar aku nak jadi pilot nak bawak daddy dengan mummy aku pergi jalan-jalan. Mummy aku pun sokong dia memang fans nombor satu aku. Dia ada cakap nak naik kapal terbang yang aku bawak nanti, and aku janji dengan mummy aku yang aku akan jadi pilot satu hari nanti and bawak dia jalan-jalan," 

Sehun tertawa kecil. Kemudian dia menyambung, "tapi tulah umur mummy aku tak panjang. Dia meninggal time umur aku 13 tahun. And kau pun nampak betapa aku rasa kehilangan sampai aku rasa tak boleh move on dengan ketiadaan mummy aku atas dunia ni. Tapi daddy aku ingatkan aku balik apa yang aku dah janji dengan mummy aku semua tu. And that's why aku tunaikan apa yang aku dah janji dekat mummy aku. And pasal harta daddy aku tu, hmmm hahahahah kalau aku dah bosan jadi pilot aku boleh je kerja kat office daddy aku. And syarikat penerbangan ni ada perkaitan sikit dengan office daddy aku lah Kai. Haish aku dah bocorkan rahsia keluarga ni. Diam tau jangan bagitau sesiapa,"

Kai tercengang. Mulutnya ternganga. First, sebab dia tak sangka orang yang se-cool, se-humble, se-macho, se-playboy Sehun ni mempunyai jalan cerita yang agak sedih. Biarpun dia sudah berkawan dengan Sehun berbelasan-belasan tahun, ni kali pertama Sehun menceritakan perihalnya. Sehun kau memang seorang yang tabah! Respect! Second, seriously Empire Air ada perkaitan dengan Jeguk Empire? Seriously kenapa aku baru perasan ada perkataan yang sama iaitu 'Empire' eh kenapa bengap sangat ni Kai? Hatinya mula menyumpah seranah kerana setelah sekian lama berkawan dengan Sehun baru hari ni dia perasan haih!

"Dah mulut kau takyah ternganga camtu! Karang masuk lalat tersedak aku jugak yang susah nak bawak gi klinik!" Sehun membaling sebiji bantal ke arah wajah Kai. Yes kena!

Kai tersentak akibat mukanya terkena bantal yang dibaling Sehun tadi. "Eh kurang ajarnya you ni biy!"

"Alah sayang... eeeeeeeee stop it lah Kai! Aku geli!"

Mereka berdua terus tertawa. 

"Eh Kai next week nama kau list tak dalam pramugara yang bertugas untuk penerbangan ke Busan?" soal Sehun apabila tawanya sudah habis.

Kai terdiam seketika. Cuba mengingatkan sesuatu. "Oh ada-ada! Apasal kau tanya? Tak pernah-pernah nak tanya ni,"

"Oh great! Sebab aku yang bawak kapal fly ke Busan nanti," selamba Sehun menjawab tanpa mempamerkan apa-apa reaksi.

Kai yang baru meneguk Nescafe terus tersedak. Mukanya mempamerkan tanda terkejut. "Weh seriously? Domestik bro? Apasal? Kenapa?"

Sehun tertawa. "Eh suka hati akulah! Hah takdelah. Aku saja nak apply flight dalam Korea je tak sangka dapat. So saing lah ni nanti. Baekhyun macam mana? Aku ingat nak stay Busan dalam dua ke tiga hari saja nak release tension. Jom lah join takkan nak tinggalkan aku sorang je nanti mana aci siak! Ajak semua lah!"

Kai terdiam. "Hm bagus gak idea kau ni... nanti aku inform Chanyeol, Suho dengan Kyungsoo sekalilah suruh diorang apply cuti pastu cuti sama-sama. Pasal Baekhyun jangan risau dia join flight tu nanti jaga bahagian VIP Class. Aku jaga standard punya je,"

"Hah sooooooo nice lah!" Sehun tersenyum bahagia. Haih Busan here I come!

 

 

 

 

 

SHINHYE'S POV

 

Shinhye membuka fail yang baru diserahkan oleh Ivy sebentar tadi. Kemudian dia menyemak plan bangunan yang akan dibina tak lama lagi.

"Shinhye-ah... Sajangnim panggil masuk bilik dia sekarang jugak..." ujar Yoona iaitu Personal Assistant kepada bos terbesar syarikat ini, Encik Donghoon.

Shinhye memandang wajah Yoona dengan mata terbeliak. Berderau darahnya. Sejuk serta-merta tangannya. Seingatnya dia hanya pernah masuk ke dalam bilik CEO itu dua kali sahaja. Pertama, sewaktu dia di-interview oleh Encik Donghoon. Kedua, sewaktu dia dinaikkan pangkat minggu lepas. "Sajangnim panggil saya? Waeyo unnie? Saya ada buat salah ke? Alaaa macam mana ni unnie! Saya dahlah baru naik pangkat takkan dah nak kena pecat? Andwae! Salah saya apa unnie? Ah pening kepala! Omma, appa... mianhaeyo!" Shinhye menahan air matanya daripada jatuh menitis.

Yoona tergelak kecil. "Yah! Sajangnim suruh panggil je. Cara dia suruh panggil Shinhye pun okay je muka dia takde bengis ke bengang ke marah ke apa ke. Muka dia cool je. Tapi time tu dia tengah busy check dokumen penting tulah. Dah gi cepat nanti sajangnim marah karang haaa ayok tak tahu!" 

"Eh!" Shinhye segera bangun dari dudukannya. Dibetulkan sedikit rambutnya yang beralun melepasi bahunya. Bangs di dahinya dibetulkan sedikit. Kemejanya dan seluar slacknya dibetulkan sedikit supaya kelihatan kemas. "Shinhye pergi dulu eh unnie. Kamsahamnida..." Shinhye terus berjalan meninggalkan Yoona.

Setibanya di hadapan pintu masuk yang tertera CEO Donghoon, Shinhye berhenti. Dia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Okay Shinhye calm down baby! Ingat kau takde buat salah apa-apa pun. Ingat omma pernah cakap yang jangan pernah rasa takut kalau takde buat salah. So chill lah! Dia menarik nafas sekali lagi dan mula mengetuk pintu.

Tuk tuk tukk!

"Masuk" ringkas jawapan Encik Donghoon kedengaran di luar biliknya.

Shinhye menelan air liurnya walaupun terasa payau. Dia menolak pintu tersebut dan masuk ke dalam bilik yang memang besar kalah bilik tidur dia sendiri itu. Dia menutup pintu bilik itu kembali. 

Encik Donghoon yang sedang leka menghadap dokumen memandang ke arah Shinhye yang berdiri tegak bagaikan tiang bendera itu. "Buat apa tercegat kat situ Shinhye? Duduklah sini," Pelawa Encik Donghoon. Dia menolak ketepi dokumennya itu. 

Shinhye tersentak. "Ah ne..." dia kemudian segera duduk di hadapan sajangnim-nya itu. "Sajangnim panggil saya ke sini ada apa eh? Saya ada buat salah ke? Maafkan saya sajangnim... sajangnim boleh bagitahu saya apa yang saya kena buat supaya nanti senang saya nak betulkan balik. Saya akan cuba berusaha keras untuk pastikan sajangnim tak buat benda yang sia-sia dengan menaikkan pangkat saya ni,"

Encik Donghoon tersenyum. "Aigoo awak ni... kenapa risau sangat ni?"

Shinhye tersenyum kelat. "Mestilah saya risau sajangnim. Saya taknak sajangnim rasa menyesal naikkan pangkat saya sebab kualiti kerja saya tak baik, saya taknak semua tu jadi."

Sekali lagi Encik Donghoon tersenyum. "Hish awak ni Shinhye... jangan risau. Saya takkan rasa menyesal ke atau rasa buat benda yang sia-sia sebab naikkan pangkat awak. Awak memang layak dinaikkan pangkat walaupun baru kerja 5 ke 6 bulan kat sini. Saya berbesar hati sebab dapat pekerja yang excellent macam awak ni. Kalau boleh janganlah berhenti eh Shinhye... bukan maksud saya yang lain tu tak bagus, semua staff kat office ni bagus, hebat, tangkas dan ada keistimewaan sendiri. Cuma awak lain sikit sebab tu saya naikkan pangkat awak. Takde sebab lain selain daripada kualiti kerja yang memang tip top. Customer pun puji awak punya service bagus!"

Shinhye senyum paksa. Hesh janganlah puji over sangat sajangnim! "Errr janganlah puji sangat sajangnim. Saya taknak nanti sajangnim ingat saya ni riak ke apa ke,"

Encik Donghoon tertawa. "Awak ni... banyak betul perkataan 'taknak' tu"

"Sebab mulut orang kita tak boleh tutup. Macam naik pangkat ni pun saya tau ramai yang dah mula ingat saya ni kaki bodek sajangnim supaya saya naik pangkat secepat mungkin," Shinhye mengeluh perlahan.

"Biarlah Shinhye orang nak kata apa. Asalkan awak jujur dengan diri sendiri. Asalkan memang awak tak buat benda tu. Diaorang boleh cakap macam tu sebab diaorang tak rasa betapa susahnya awak nak buktikan kualiti kerja yang baik. Diaorang tak hadap semua tu. Ye, memang mulut manusia kita tak boleh nak tutup, tapi ingat kita ada tangan nak tumbuk mulut diaorang," Encik Donghoon melawak.

Shinhye terus tertawa.

Apabila tawa Shinhye reda, Encik Donghoon menghulurkan satu fail ke arah Shinhye.

"Apa ni sajangnim?" soal Shinhye kebingungan.

"Project,"

"Project? What project sajangnim?"

"Shinhye-ah, saya nak awak pergi Busan tengokkan project kat sana. Since awak dah dinaikkan pangkat ni, saya letakkan sepenuh kepercayaan saya pada awak and jangan lupa jumpa supplier kat sana nanti. Saya akan email kan alamat supplier tu ASAP," senang dan ringkas arahan Encik Donghoon.

"What? Say.. saya sorang je ke sajangnim?"

"Yes. Alone."

Shinhye termenung seketika. Seorang diri? Seriously boleh ke aku survive ni? Good news? Or...

"Pasal hotel, tiket pergi balik naik flight, duit makan semua don't worry saya akan bagi awak. Hotel free tak payah bayar. Duit belanja pun saya boleh bagi awak. Jangan risau, saya cuma nak awak tengokkan project kat sana je. It's supposed to be Donghyun's work but I want you to handle this project for a while. Can you do this Park Shinhye? This is a challenge for you,"

Shinhye kehilangan kata-kata. Sejuk tangannya bagaikan ais. 

"Can you?" soal Encik Donghoon lembut.

"Yes I can sajangnim. But..."

"But what?" potong Encik Donghoon.

"When?"

"Next week."

 

END OF SHINHYE'S POV

 

 

 

To be continue...

 

Author's note:

Hi everyone! Thank you kepada subscribers baru saya. Thanks a lot! Iloveyou!

Tunggu saya update tau untuk next chapter and jangan lupa comment tau :)

Thank you! Bye!

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting