I Do, Oh Sehun-ssi

IT'S OUR FATE (MALAY)

“Shinhye ah, apa kita nak buat dengan tarikh perkahwinan kamu tu nanti? Mesti semua orang dah datang time tu kita nak jawab apa nanti,” Puan Park mengeluh perlahan. Dia memicit kepalanya yang berdenyut akibat kurang tidur kerana banyak berfikir tentang hari perkahwinan anak gadisnya yang satu itu.

Shinhye mengigit bibir bawahnya. Marah, sedih, geram semuanya sudah bercampur aduk. Untuk pertanyaan omma-nya itu, dia sendiri tiada jawapan. Dia sendiri buntu tidak tahu apa nak buat lagi untuk menyelamatkan maruah keluarganya. Lagi seminggu sahaja untuk tarikh perkahwinan untuk dia dan Xiumin walaupun hubungannya dengan lelaki itu telah musnah. Hancur.

“Mianhae, omma..”

Hari perkahwinan yang sepatutnya gembira, namun lain pulak jadinya. Kenapa nasib aku macam ni? Dia mengenggam cawan yang berisi air oren itu dengan kuat.

“Minseok memang dah taknak dengan kamu dah ke Shinhye? Kamu dah try tanya dia lagi? Cubalah pujuk dia lagi mana tahu dia berubah hati,” tanya Puan Park dengan lemah.

Shinhye memejamkan matanya. “Omma..”

“Yeobo..” Encik Park bersuara setelah lama mendiamkan diri memerhatikan gelagat dua wanita yang disayanginya itu.

“Omma.. percayalah cakap Shinhye apa je Shinhye tak buat untuk dapatkan dia balik? Shinhye hampir kena pukul dengan dia tahu tak? Shinhye call dia banyak kali dia tak pernah angkat pun omma. Dia taknak Shinhye lagi dah.. omma jebal… jangan cakap pasal dia lagi please. Shinhye mintak maaf sebab dah malukan keluarga kita, jatuhkan maruah kita dengan semua orang tapi percayalah omma… Shinhye sendiri pun taktahu nak buat apa lagi dengan semua ni,”

“Awak ni… kan awak dah kata haritu awak okay je kenapa harini nak persoalkan balik? dah-dahlah tu, kesian anak awak ni… pasal majlis tu biarlah diorang datang pun nanti kita cakap jelah yang takde wedding pun suruh je diorang datang makan-makan biasa je,” tegur Encik Park.

“Bukan apa bang, awak tahu tak semalam sepupu saya call tanya pasal wedding Shinhye ni. Saya tak tahu nak jawab apa, malu tahu tak? Jiran kita pun cakap tak sabar nak tengok Shinhye pakai baju pengantin… takkan saya nak jawab majlis dibatalkan jemputlah datang nanti ada makan-makan, aduiiii mana nak letak muka kita ni?” jawab Puan Park sambil mengeluh perlahan.

Shinhye menggengam tangannya menjadi penumbuk. Sungguh dia buntu. Kalau nak ikutkan hatinya mahu sahaja dia menangis menjerit tapi tak baik. Nanti dianggap sebagai anak derhaka. Tiba-tiba di kepalanya muncul wajah seorang lelaki. Ya, lelaki yang melamarnya tempoh hari. Tapi… takkan tu je jalan penyelesaiannya?

“Omma.. appa… cakap je dengan semua orang wedding masih diteruskan. Shinhye dah lambat, Shinhye pergi kerja dulu,” ujar Shinhye dan terus memandu keretanya untuk ke office.

 

 

Sehun melangkah masuk office daddy dengan bergaya. Dia menghadiahkan senyuman manisnya dan mengenyitkan matanya kepada pekerja yang memakai tag intern itu. Gadis-gadis itu semua membalas senyumannya dan melambai tangan kepada Sehun. As expected, come on la this is Sehun siapa je tak cair? Kalau stewardess pun aku boleh ngorat, inikan pulak budak intern office daddy?

“Good morning Sehun-ssi!” ujar Yoona. Personal assistant daddy-nya itu.

“Good morning Yoona-ssi.. hmm lagi 11 minit nak pukul 12 valid lagi ke morning wish tu? Eh tapi takpelah jugak kan sebab I pun jarang dapat morning wish ni,” Sehun mengenyitkan matanya.

 Yoona hanya tertawa melihat perangai Sehun yang muda 3 tahun darinya itu. “Hah ni kenapa tiba-tiba datang office ni… sebelum ni punyalah payah nak datang office kata tak minat hidup office paperwork lah apa lah,”

Sehun hanya tersengih. “People change okay. By the way noona, daddy ada kat dalam?”

“Sajangnim ada kat dalam tu tengah jumpa staff dia nak bincang pasal project kat Busan, pergilah masuk jangan lupa ketuk pintu dulu jangan kacau sajangnim dulu Sehun duduk tepi je tau belajar macam mana dia orang handle,” terang Yoona panjang lebar.

Sehun hanya senyum segaris mendengar jawapan dari Yoona itu. Belajar hidup bekerja dalam office? Mungkin tidak. Terus dia melangkah ke office daddy-nya dan mengetuk pintu.

“Daddy… Sehun handsome is here,” ujar Sehun sambil mengetuk pintu bilik daddy-nya itu. Tanpa jawapan dari daddy-nya itu dia terus masuk ke dalam bilik office daddy-nya. Matanya jatuh pada wajah seorang gadis yang sedang memandang dirinya. Sehun tersenyum. Sejuknya hati bila pandang muka gadis ni. Ya muka inilah yang dia rindukan setelah sekian lama tak jumpa.

“Sehun ah, buat apa kat office daddy?” soal Sajangnim Oh kepada Sehun.

Sehun mencebik membuat muka comel. Dia kemudian duduk di hadapan kerusi gadis tersebut dan melambaikan tangannya. “Annyeong Park Shinhye-ssi,” Sehun mengenyitkan matanya kepada Shinhye dan menghadiahkan senyuman manisnya. “Saja je datang office daddy, rindu someone…”

“Rindu siapa pulak?” soalan Sajangnim Oh hanya dibiarkan oleh Sehun. Mata Sehun tidak lepas memandang gadis yang berada di hadapannya itu.

Shinhye menggigit bibirnya. Dia memandang wajah Sehun yang berada di hadapannya. “Okaylah sajangnim… saya balik tempat saya dulu, apa-apa just panggil saya je nanti saya datang.” Shinhye bangun dan menundukkan badannya tanda hormat.

 

 

Shinhye menggelamun memandang luar tingkap walaupun kerjanya masih menimbun. Kemudian dia memejamkan matanya sambil mengurut kepalanya. Sorry sajangnim, saya mengular sekejap. Bagi saya hilangkan serabut saya ni dulu baru saya sambung buat kerja saya boleh tak? Bebel Shinhye dalam hati.

Tuk tuk tuk!! Pintu bilik Shinhye diketuk perlahan.

Shinhye tidak memandang ke arah pintu biliknya. Matanya masih lagi tertutup. “Masuk,” kemudian kedengaran pintu biliknya ditutup kembali. Kerusi di hadapannya di tarik dan diduduki oleh seseorang. Shinhye masih lagi memejamkan matanya. Tak lain tak bukan mesti Emily atau Donghyun yang suka kacau aku kat dalam office ni. “Emily or Donghyun what do you want? Pergi je lunch tanpa aku because I don’t feel like I want to eat,”

Senyap.

Shinhye mengerutkan dahinya. Pelik. Asal diam pulak? Biasa masuk bilik aku je terus memekak. Segera dia membuka matanya mana tahu sajangnim yang masuk bilik aku hah mati nak jawab apa pulak kan? Takkan nak jawab ‘I’m taking a nap’?

Dia memandang manusia yang berada di mejanya. Manusia tersebut sedang menongkat dagunya memandang Shinhye.

“Sehun-ssi.. macam mana awak tahu bilik saya kat sini?”

Sehun tersenyum. “Lupa ke ni kan office daddy saya, saya tanya jelah orang-orang kat luar tu eheheheh,”

Shinhye mengangguk lemah. Lupa ni company daddy dia memanglah senang je dia tahu mana satu bilik aku lagipun depan pintu bilik tu terang-terang ada nama aku kot! “Awak masuk bilik saya ni buat apa? Ada apa?”

“Jom lunch?”

Shinhye mengeluh perlahan. “Kan saya dah cakap saya taknak lunch, saya tak lapar awak pergi jelah lunch dengan sajangnim…”

Kriungg kriungg kriunggggggg…

Shinhye memandang perutnya kemudian memandang Sehun. Merah padam mukanya menahan malu. Dia mengigit bibir bawahnya, kau ni pun perut dah kenapa tiba-tiba nak berbunyi?! Buat malu je depan dia ni aishhhhh.

Sehun tertawa kecil. “Haah tak lapar sangatlah tu, dah jom pergi lunch dengan saya,”

“Ani.. aaniyaa aniya saya tak lapar pun it’s okay just go saya-“

“Park Shinhye-ssi let’s go,” Sehun memotong percakapan Shinhye. “Saya tunggu awak dekat bawah okay BMW warna merah,” terus dia bangun dan meninggalkan bilik Shinhye untuk mengambil keretanya.

Shinhye mengeluh dan mencebikkan bibirnya. Dia memandang perutnya kemudian Shinhye menggelengkan kepalanya. Dia mengemaskan barangnya dan bangun menuju ke elevator untuk turun.

 

 

“Makan banyak-banyak okay? Nanti takdelah perut berbunyi lagi tau,” ujar Sehun sambil tersenyum. Dia menghulurkan side dishes kepada Shinhye.

Shinhye menggigit bibir bawahnya menahan malu dan gelak. Dia menyuap kimchi yang dihulur oleh Sehun tadi ke dalam mulutnya. “Ne… gomawo Oh Sehun-ssi..” suaranya sengaja ditekankan. Sehun tertawa melihat muka Shinhye yang telah merah padam itu.

Suasana menjadi sunyi.

Shinhye melihat Sehun yang sedang leka menjamah makanan yang dihidangkan. Memang betul sedap, pandai jugak mamat ni pilih kedai makan. “Awak takde flight ke harini?”

Sehun mengangkat mukanya. Kemudian dia menggelengkan kepalanya, “haah takde. Sepatutnya ada, tapi saya cancelkan bagi kat pilot lain heheheh,” kemudian dia menyua nasi sekali lagi ke dalam mulutnya.

“Kenapa awak cancelkan?” soal Shinhye.

“Sebab saya takde mood?” kemudian Sehun tertawa.

“Boleh ke macam tu?”

Sehun hanya tersenyum. “Saya ada hal nak bincang dengan daddy and it’s very urgent sebab pasal family so that’s my excuse and also… I miss you,”

Shinhye hanya menganggukkan kepalanya.

“Macam mana dengan family awak? Okay ke masa majlis perkahwinan awak nanti? Apa awak nak buat? Ke awak dah bagitahu semua sedara mara kawan-kawan awak yang majlis tu takkan jadi?” soalan Sehun ditujukan kepada Shinhye bertubi-tubi.

Shinhye meletakkan chopstick di tangannya ketepi. Dia hanya tersenyum pahit memandang Sehun. “Parents saya dah tahu, omma saya suruh saya pujuk Xiumin lagi sebab dia taknak tanggung malu and sampai sekaranglah tetamu yang lain tak tahu lagi yang pengantin lelaki dah lari, saya taknak dah pujuk Xiumin dia layan saya macam sampah lepas saya call message pujuk dia ajak bincang elok-elok saya dah penat. So biarlah dia taknak kahwin dengan saya like you said... it's his lost right”

Sehun mengerutkan keningnya. “Why? Kenapa tak bagitahu yang lain je? Nanti diorang dah datang time tu awak nak buat apa? Pengantin takde time majlis? That is not funny tau, awak cakap je kat semua orang majlis tak jadi pengantin lelaki dah larikan diri. Kalau tak malu family awak nanti, and also you too saya taknak awak malu. Cukuplah apa yang jadi depan mata saya, sepatutnya ex awak yang patut malu bukan awak tau,”

“Bagitahu diorang majlis ni cancel?” Shinhye tertawa kecil. “That’s not necessary… sebab wedding masih akan diteruskan,”

Sehun mengerutkan keningnya sekali lagi. “Going on? Tapi siapa pengantin lelaki yang akan gantikan Xiumin?”

Shinhye mengeluarkan sesuatu dari dalam handbag-nya.

“That’s my ring isn’t it?” soal Sehun kepada Shinhye.

Shinhye menganggukkan kepalanya. Dia menyarungkan cincin itu ke jari manisnya di hadapan Sehun. Betul ke apa kau buat ni Shinhye? Tanya Shinhye kepada dirinya di dalam hati.

“I do, Oh Sehun-ssi,” balas Shinhye terhadap soalan Sehun yang mengajaknya kahwin sewaktu family mereka bertemu di rumah Sajangnim Oh.

 

 

 

To be continue...

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting