sleepless midnight

Description

Sleepless Midnight
Chapter 1 : Flashback


“Kamu punya waktu lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Harap kanu dapat bersabar dengan dugaan ini.”
Itulah kata - kata terakhir Doktor Song kepada Min Ha 3 bulan lepas. Mungkin malam itu merupakan malam terakhir dia akan dapat melihat langit dan bintang.
 

Apabila dia pergi nanti dialah diantara bintang yang sejuta itu yang akan menghiasi langit malam yang penuh kesunyian.
Min Ha telah menghidap penyakit jantung sejak kecil lagi. Namun , setelah membuat pemeriksaan kesihatan 3 bulan yang lepas Min Ha telah disahkan menghidap penyakit jantung tahap 4. Doktor Song yang merupakan doktor peribadi Min Ha telah mengesahkan bahawa jangka hayat Min Ha akan berpanjangan selama 3 bulan sahaja.
 

Namun detik 3 bulan itu berlalu begitu sahaja. Penyakit yang sudah berkurung selamanya di dalam diri Min Ha akan membawa dirinya pergi buat selama – lamanya .
 

Saat yang dihitungnya kini tiba. Saat yang akan memeritkan & membuat ribuan mata menangisi pemergiannya.
Malam itu , seperti biasa Min Ha tidur awal namun matanya ketika itu sukar untuk dilelapkan.


Dia pun membawa dirinya menuju ke sebuah almari kecil yang dipenuhi oleh hadiah – hadiah dari kawan – kawannya. Hadiah itu merupakan pemberian sahabat karibnya sebulan yang lalu bersempena dengan ulang tahun Min Ha.  Dia kini mengimbas kembali hadiah yang diberi oleh teman – temannya . Secara tiba – tiba air mata Min Ha berlinangan membasahi pipinya yang gebu apabila dia melihat semua hadiah itu.
Min Ha mula terkenangkan kisah silamnya yang penuh dengan kegembiraan yang sukar dicari.

 

Comments

You must be logged in to comment
elly_ly #1
Chapter 9: chapter 10 mana ?
elly_ly #2
Chapter 7:
er1201 #3
awesome story