once again

sleepless midnight

Sleepless Midnight
Chapter 6 : once again


Keesokan paginya di perkarangan sekolah.
Sung Ah melangkah masuk ke dalam sekolah dengan lemah longlai dek kerana kakinya yang masih sakit akibat terjatuh di stage semalam. Walapun sakit , namun dia tetap ke sekolah untuk menghadiri sesi persekolahan seperti pelajar lain.
Ketika kakinya ingin melangkah masuk ke pagar utama sekolah , langkah Sung Ah dikejutkan dengan kelibat seorang remaja lelaki yang tinggi lampai.

Rupa – rupanya itu adalah pengawas bertugas harian yang berada di pagar sekolah.
Pengawas itu terus menegur Sung Ah secara tiba – tiba dengan suara yang agak kuat sehingga pelajar – pelajar lain yang lalu di hadapannya tunduk ketakutan.
Pengawas yang tinggi lampai itu dikenali sebagai pengawas yang paling ditakuti oleh junior di sekolah itu. Dia dikenali dengan nama Si Harimau Betina Hyo Lyn.
 

“Hyo Lyn” itulah namanya. Pengawas perempuan yang mempunyai kulit sawo matang & berketurunan mexico – korean sentiasa menjadi sebutan para pelajar sekolah dek kerana sifatnya yang agak berlainan berbanding pengawas yang lain.
Kini Sung Ah yang agak cemas itu memalingkan pandangan matanya ke arah anak mata Hyo Lyn yang berwarna coklat itu. Dengan lantas , Sung Ah bertanya.
 

Sung Ah : ya , kenapa sunbae panggil saya.?(penuh sopan)
Hyo Lyn : kenapa saya panggil awak? Awak patut tengok penampilan diri awak sebelum awak bertanya kepada saya. Vest sekolah awak mana?
Sung Ah kini melihat dirinya & baru terperasan bahawa dia telah terlupa mengenakan vest sekolahnya.
Sung Ah : oh saya terlupa ! maafkan saya sunbae. Saya janji takkan lupa lagi. Lain kali saya pakai ya. Kalau tak de apa – apa saya minta diri dulu.
Sung Ah yang baru sahaja ingin melangkah membawa dirinya pergi dari singa betina itu ditarik semula lengannya oleh Hyo Lyn.
Hyo Lyn : amboi , bukan main dia. Eh ! awak ingat ni sekolah bapa awak ke. Suka hati dia je nak lari dari hukuman mata dimerit.
Sung Ah : what ! hukuman mata dimerit? Tapi sunbae saya lupa bawa vest bukannya melakukan perkara yang memburukkan imej sekolah.
Hyo Lyn : aku peduli apa! Penampilan adalah satu aspek disiplin. Selagi kita hidup disiplin tu amat penting. Sekarang awak ikut saya ke bilik disiplin atas kesalahan membantah arahan pengawas & lupa membawa vest.  Hari ni awak akan dikenakan 2 kesalahan mata dimerit.
Sung Ah : Tapi saya tak membantah. Saya tak tahu pun sekolah ada peraturan macam ni.


Perbalahan antara Sung Ah & Hyo Lyn diperhatikan oleh Taecyeon dengan rancak. Dia begitu syok melihat keletah dua orang budak sekolah tersebut yang sedang berbalah mengenai peraturan sekolah.
Kini langkah Taecyeon semakin hampir dengan dua orang gadis itu.


Taecyeon : Sung Ah sshi , ini dia vest awak yang tertinggal di mini teater semalam.
Taecyeon cuba menenangkan keadaan dengan menyelamatkan Sung Ah dan mengorbankan vestnya untuk Sung Ah.
 

Sung Ah terpinga – pinga dengan tindakan Taecyeon itu. Dia tertanya – tanya dengan tindakan si playboy hot itu menyelamatkan dirinya daripada pemburuan singa ganas itu.


Hyo Lyn yang sedikit cemas melihat muka Taecyeon yang berada di hadapan kini mula berlembut dengan Sung Ah.
Hyo Lyn : Sung Ah hoobae. Mianei. Rupanya vest awak ada pada Taecyeon. Kalau macam tu hari ni awak terlepas dari tindakan. Tapi kalau saya jumpa awak lagi dalam keadaan yang macam ni saya takkan lepaskan awak walaupun putera raja datang selamatkan awak.


Kata – kata Hyo Lyn yang tajam bagaikan sembilu itu menusuk kalbu di halwa telinga. Kemudian , dia pun bergerak meninggalkan Sung Ah & Taecyeon berdua.
 

Sung Ah : gomawo sunbae. Awak dah selamatkan saya dari lembah maut 2 kali. Saya tak tahu apa magis yang awak guna sehingga singa betina tu lari apabila melihat awak.
Taecyeon : tak de apa – apa lah. Saya kan anak presiden PIBG sekolah ni. No wonder dia takut kat saya. Oh tadi awak cakap saya selamatkan awak dari lembah maut 2 kali , maksud awak apa ya? Saya kurang fahamlah.
Sung Ah : semalam & hari ni. Once again thanks sunbae.
Taecyeon : oh. Tapi saya tak sukalah awak  panggil saya sunbae. Panggil saya Taecyeon.
Sung Ah : tapi awak kan sunbae saya. Nanti kalau saya panggil awak macam tu , kecoh satu sekolah. Kelak diorang ingat kita ni ....
Taecyeon : couple? Saya tak kisahlah apatah lagi awak. Lagipun saya memang menaruh cinta dengan awak. Tapi sebagai seorang sahabatlah. Jadi awak terima tak cinta persahabatan dari saya. Saya nak kawan awaklah. Will you ?
Ucapan Taecyeon itu diiringi dengan sekuntum bunga ros putih di tangan & ditujukan kepada Sung Ah.


Setelah berfikir sejenak , akhirnya dengan lemah Sung Ah menerima bunga itu dengan ikhlas lalu mengangguk tanda setuju untuk menerima Taecyeon sebagai sahabatnya.
Penerimaan bunga oleh Sung Ah itu membuatkan Taecyeon melonjak kegembiraan tanpa kata. Sung Ah pula hanya mampu tertawa dengan keletah comel sunbaenya itu yang kini menjadi rakan karibnya.
Kini persahabatan antara Sung Ah & Taecyeon mula terjalin. Namun , adakah persahabatan akan kekal atau sebaliknya.
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
elly_ly #1
Chapter 9: chapter 10 mana ?
elly_ly #2
Chapter 7:
er1201 #3
awesome story