beautiful liar part 2

sleepless midnight

Sleepless Midnight
Chapter 8 : beautiful liar part 2
 

Setelah hampir sebulan bertungkus lumus membuat persiapan , akhirnya karnival kelab seni pun berlangsung dengan jayanya. Mengikut jadual yang ditetapkan , pementasan teater oleh kelab lakonan seni akan diadakan pada hari pertama pada sebelah petang.
 

Petang itu , mini teater sekolah menjadi tumpuan para pelajar untuk menyaksikan pementasan teater.
 

Profesor Yoo : macam mana dapat jumpa dia tak?
Dae Sung : tak. Saya dah cuba cari satu sekolah tapi bayang – bayang pun tak nampak.
Seung Ri : kalau kita tak dapat jumpa dia dalam masa 30 minit dari sekarang , kita tak dapat teruskan pementasan ni. Dialah satu – satunya harapan kita.
Profesor Yoo : korang dah cuba call dia. Mana tahu dia on the way nak pergi sini?
Dae Sung : dah beribu kali kita orang call dia tapi mailboxlah jawabnya.
Profesor Yoo : kenapalah dengan Seung Ah ni , waktu latihan tak de masalah pun. Kalau dia tak suka dia boleh beritahu tak payahlah nak menyusahkan waktu pementasan macam ni.
Seung Ri : kita nak macam mana ni ? audience dah duduk tu. Cuma tunggu tirai dibuka je.
Profesor Yoo : nak tak nak kita mesti batalkan pementasan ni. Kalau nak cari pengganti pun susah sebab dah last minute. Seung Ri , saya nak awak buat annoucement yang pementasan ni terpaksa dibatalkan sebab masalah darurat yang tidak dapat dielakkan.
Seung Ri : tapi .....
Profesor Yoo : kita kena batalkan juga.
 

Profesor Yoo tetap dengan keputusan nekadnya untuk membatalkan pementasan itu. Walapun para pelajar agak kecewa dengan tindakan itu , namun ia tidak dapat menutup kejatuhan maruah yang dihadapi oleh kelab lakonan & juga titik peluh yang dikerah selama sebulan.
 

Di luar mini teater.
Para penonton yang beredar dari mini teater berasa amat kecewa & marah. Mana tidaknya , mereka telah menunggu dengan penuh kesabaran & iman untuk menyaksikan pementasan yang dibarisi oleh pelakon sekolah yang berprestij tinggi & popular.
 

Euarin , Hyemi & Min Ha yang kebetulan melalui mini teater ke tapak pameran karnival mendengar bebelan & cemuhan para pelajar akan pembatalan teater itu. Min Ha yang tertanya – tanya akan bebelan mereka telah pergi bertanya kepada salah seorang pelajar yang berada di situ.


Min Ha : hoobae sshi , boleh saya tahu kenapa kamu semua keluar marah – marah dari mini teater?
Pelajar yang dikenali Joy menerusi tag namanya menjawab pertanyaan sunbaenya itu dengan penuh sopan walaupun marah.
 

Joy : mana tidaknya , pelakon utama teater tu tak hadir & pementasan terpaksa dibatalkan.
Hyemi : ya ke. Kalau boleh saya tahu siapa pelakon tu.
Joy : kalau tak silap saya nama dia Seung Ah. Oh dia sama batch dengan sunbae kan. Kalau tak de apa – apa saya minta diri dulu ya. Annyeonggi haseyo.
Euarin : Sung Ah tak datang ke pementasan teater tu. Nampaknya ada betullah ramalan mimpi tu.
Min Ha : ramalan apa?
Euarin : tak de apa – apa.
Hyemi : kenapa dia tak datang. Bukan dia banyak memerah keringat sehingga lupakan kita.
 

Perbualan tiga gadis itu terhenti apabila mereka tiba di tapak pameran karnival. Misteri ketidakhadiran Sung Ah masih menyelubungi pertanyaan di minda semua penonton. Dia hilang tanpa jejak & bayang – bayang.  Walaupun begitu , hanya seorang yang dapat menjawab semua teka – teki itu. Cuma masa tidak mengizinkan dia untuk merungkai semua misteri itu.


Hanya Euarin yang dilahirkan untuk meramal masa depan yang dapat merungkai masalah itu. Apakah reaksi kawan – kawan apabila masalah yang dihadapi Sung Ah terungkai dek ramalan Euarin. Adakah ramalan mimpi Euarin akan menjadi kenyataan?


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
elly_ly #1
Chapter 9: chapter 10 mana ?
elly_ly #2
Chapter 7:
er1201 #3
awesome story