let me go

sleepless midnight

Sleepless Midnight
Chapter 3 : Let Me Go!


Hyemi : ini ke kelab tempat Kyung Ri kerja.?
Euarin : ini lah tempatnya kalau ikut budak sekolah cakap tempoh hari.
So Jin : sekarang apa kau nak kitaorang buat?
Min Ha :  kita masuk dalam
Hyuna : what ? Kau gila ke. Kita ni underage tau. Kau nak kita ditendang keluar. Kalau kau nak kau masuklah sorang – sorang. Kalau aku tahu kau nak kita masuk sarang syaitan ni , aku tak akan ikut tau. Jahanam aku kalau parents aku tahu.
Min Ha : kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Tapi aku berkeras juga nak selamatkan Kyung Ri. Dan sebab itu aku dah sediakan ni.
Min Ha pun mengeluarkan beberapa helai pakaian yang agak mencolok mata.
Sung Ah : kau dapat dari mana pakaian ni?
Min Ha : Unnie aku yang punya. Kita masuk dalam dengan pakaian ni.
So Jin : hebat juga idea kau. 
Min Ha : Hyuna kau nak ikut ke tak? Kan kau cakap “Friends Never Die”
Hyemi : yerlah . aku ikut.


Akhirnya misi menyelamatkan Kyung Ri kini bermula.
Selepas beberapa minit , akhirnya mereka semua pun berjaya masuk ke kelab tersebut.


Sung  Ah : tak nampak pun kelibat Kyung Ri pun.
Hyemi : kita tanya abang pengawal sado tu nak?
Sung Ah : berani nyer kau .
 

Hyemi tanpa ragu – ragu pun terus menuju ke arah pengawal yang berkulit sawo matang itu & ditemani oleh rakan – rakannya yang berada di belakangnya.
 

Hyemi : Excuse me , saya nak tanya ada tak pelayan kelab ni yang bernama Kyung Ri?
Pengawal : ada. Tapi dia dah berhenti kerja.
Min Ha : ye ke. Boleh kami tahu sebab dia berhenti.
Pengawal : korang tak tahu ke? Dia dah kahwin dengan pengurus kelab ni seminggu yang lepas.
Hyuna : what!
So Jin : sekarang dia ada tak?
Pengawal : sekarang dia tak der. Tapi kalau korang nak jenguk dia , saya boleh bagi alamat rumah dia.
Pengawal tersebut pun memberi sekeping kad yang merupakan maklumat alamat rumah “suami” Kyung Ri.
Hyemi : terima kasihlah atas maklumat tu


Setelah menerima maklumat mengenai status keberadaan Kyung Ri , mereka pun beredar dari situ.

Keesokan paginya di sekolah
Kesemua mereka meluangkan masa rehat bersama di kafe sekolah.
Mereka semua masih terkejut dengan kenyataan yang diterima oleh mereka semalam berkenaan dengan status terkini Kyung Ri.


Euarin : aku masih tak percayalah dengan status Kyung Ri yang sudah berkahwin
So Jin : Aku pun sama.
Min Ha : kita mesti cari bukti yang kukuh untuk memastikan kenyataan tu betul.
Hyuna : aku lagi tak percaya. Dia tu best  friend aku tau. Apa – apa masalah dia selalu kongsi. Yang aku marah sangat kalau betul dia dah kahwin sepatutnya dia beritahu kita walaupun suami dia ahli kongsi gelap.
Hyemi : betul tu. Tapi macam takder lelaki lain ke yang boleh kahwin dengan dia.
Hyuna : aku tak boleh terimalah hal ni. Kita mesti pergi rumah dia.
Sung Ah : oi kau gila ke. Rumah yang kau nak pergi tu , rumah ahli kongis gelap bukannya rumah kau.
Hyuna : Ye memang aku gila. Aku peduli apa tu rumah  kongsi gelap. Kalau betul Kyung Ri ada di rumah tu pasti dia suruh kita masuk. Nak tak nak dia kena jelaskan semuanya dengan kita.


Selepas sebulat suara , mereka pun bersetuju untuk pergi ke rumah Kyung Ri selepas habis waktu sekolah.
Di perkarangan rumah suami Kyung Ri


So Jin : besar juga rumah dia kan
Hyuna : bodoh betul kau ni , kita datang sini bukan nak nilai rumah dia tapi nak bersemuka dengan dia.


Tanpa teragak – agak Hyuna pun menekan loceng rumah tersebut. Setelah menekan beberapa kali , akhirnya kelibat seorang gadis pun kelihatan untuk membuka pintu.


Hyuna pun menjerit dengan kuat sekali.
Hyuna : oi itu Kyung Ri ! KYUNG RIIIIIIIIIIII !
 

Rupa – rupanya gadis yang membuka pintu sebentar tadi adalah Kyung Ri. Kyung Ri yang terperasan akan kehadiran rakan – rakannya segera menutup pintu untuk mengelakkan dirinya bersemuka dengan mereka.
Bagaimanapun , usaha Kyung Ri untuk menutup pintu itu gagal apabila dua orang rakannya iaitu Sung Ah & Euarin telah menyelinap masuk ke dalam rumah tersbut melalui pintu belakang rumah tersebut. Kedua – dua mereka berasa sangat bersyukur kerana kebetulan pada masa itu suami Kyung Ri tidak berada di rumah. Kalau tak  nahas mereka.
Kyung Ri berasa amat marah dengan tindakan rakan – rakannya yang tidak menghormati privasi sehingga memecah masuk rumahnya.


Kyung Ri : apa korang buat kat sini. Pergilah! Aku tak nak tengok muka korang lagi. pergi & jangan ganggu hidup aku.
Euarin : kitaorang datang sini bukan nak kacau kau. Kitaorang  just nak pastikan yang kau baik – baik je.
Sung Ah : ye betul tu. Kyung Ri cuba kita berbincang baik – baik. Tak payahlah nak menjerit sampai macam ni sekali. Nanti apa orang ingat.
Kyung Ri : korang nak bincang apa lagi. Dah jelaskan yang aku ni dah kahwin. Korang pun tahu. Tak payahlah korang nak ambil berat pasal aku lagi. Aku bukan kawan korang lagi. Aku dah mengkhianati persahabatan kita. Aku tak sebaik yang korang sangka. Aku jahat.


Kyung Ri pun menangis teresak – esak sehingga terduduk mencangkung seperti orang yang sudah hilang akal. Sung Ah & Euarin pun segera mendekati Kyung Ri yang semakin tenang. Euarin pun segera memeluk Kyung Ri & menenangkan Kyung Ri di dalam dakapannya. Sung Ah pula bertindak membuka pintu yang dikunci oleh Kyung Ri supaya rakan – rakannya yang berada di luar boleh masuk.
Mereka yang terkunci di luar pun masuk ke dalam & terus meluru ke arah Kyung Ri.
Kyung Ri pun memeluk rakan – rakannya.
 

Kyung Ri : aku minta maaaf sebab dah lukakan korang. Aku menyesal apa yang aku dah buat.
Hyuna : takpe. Tapi kau kena jelaskan kenapa kau sanggup buat semua ni & biar maruah kau kena gadai !
Kyung Ri : aku terpaksa. Aku buat semua ni demi keluarga aku.
So Jin : kalau ya pun , kenapa kau sanggup buat perkara hina ni.
Kyung Ri : aku tak buat semua tu. Tapi ibu aku telah jual aku dekat sindiket ni demi wang untuk menyara adik – adik aku.


Rakan – rakan Kyung Ri terkejut dengan kenyataan yang dibicarakan olehnya sebentar tadi.


Hyuna : mak kau sanggup jual kau demi wang ?
Kyung Ri hanya mengangguk kesedihan.
Min Ha : kau kena keluar dari rumah ni juga. Kau kena ikut kami pergi. Kami takkan biarkan kau merana di dalam lembah maksiat ni. Aku tak nak tengok kawan baik aku hidup susah macam ni sebab aku tak nak bila aku dah mati nanti korang susah. Aku nak jadi kawan terbaik dekat korang sebelum aku pergi meninggalkan dunia ni.
Kyung Ri : akku tak boleh ikut korang. Aku mohon korang pergi dari sini  secepat mungkin. Nanti dia balik , nahas aku kalau dia tahu korang datang sini. Korang pergilah dari sini.
Hyemi : tapi kau macam mana. Kau belum satu minggu kahwin dengan dia tapi badan kau dah lebam.
Kyung Ri : kalau korang sayangkan aku , aku mohon korang pergi dari sini.
 

Demi kebaikan Kyung Ri , akhirnya mereka pun beredar dengan penuh kesayuan meninggalkan Kyung Ri keseorangan dengan terpaksa.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
elly_ly #1
Chapter 9: chapter 10 mana ?
elly_ly #2
Chapter 7:
er1201 #3
awesome story