Warung

Blog SERAM Kim
Please Subscribe to read the full chapter

FRIDAY, May 6, 2016

 

Minggu lepas kek birthday memanggil aku apabila Te-Oh datang sendiri kepada aku sebab nak jemput aku pergi birthday party dia. Amboi kemain dia punya nak jemput orang macam dia nak jemput geng-geng keta dia even dia terlalu kecil nak ambil lesen keta apatah lagi nak beli keta. Tu belum lagi aku nak sebut modified keta. Kecik-kecik lagi dia dah pandai jadi peramah dengan orang dewasa. Aku sebaya dia dulu takde macam tu. Sedih betul kehidupan aku kan?

Okay berbalik pada story asal yang bertajuk "WARUNG" atau nama sainstifiknya adalah asdgrehskahjdhmhr. Itu dia berbelit-belit lidah readers baca perkataan tu. Tak memasal aku dihumban masuk dalam lori simen sebab tipu orang. Pulang dari tempat kerja je aku terus gi rumah Te-oh memandangkan aku fikir jugak kesian kat dia sebab aku teringat bukan main payah lagi dia kayuh basikal gi rumah aku semata-mata nak jemput aku gi birthday party dia. Siap buat perjanjian sumpah setia bagai nak rak mengalahkan ikrar masa perhimpunan sekolah dulu-dulu. Masa dia nak jumpa aku, dia punya berpeluh boleh penuh satu jug aku rasa cukup nak jadikan peluh dia sebagai air sirap untuk birthday party dia. Okay ini over. Ayat gini memang buat orang rasa wajib dijirus dengan minyak panas.

Waktu dah sampai ke rumah Te-Oh aku tengok keadaan dalam rumah dia lenggang camtu je. Ada jugak segala belon, topeng birthday bersepah kat lantai serta makanan yang terhidang kat atas meja seolah hampir tinggal sisa menandakan birthday party dia dah habis. Then tengok je Te-Oh buat muka monyok depan aku, aku rasa macam aku ni cousin yang tak berguna je. Apakan daya, birthday dia start kol 4 petang tapi aku kerja sampai kol 5 petang demi sesuap nasi. Adeh fefelilng tetiba je bukan main lagi tak menahan. Silap-silap dapat setepek pelempang guna kaki kat muka tak ke naya tu?

Aku try pujuk, pujuk dan terus pujuk Te-Oh sampai mood dia baik kat aku. Kalo tak baik-baik jugak aku hempuk kepala dia dengan kek birthday kasi mood dia baik. Amboi kemain lagi kasar nak paksa budak bagai. Ini bukan lagi setepek, rasanya aku kena cari peguam awal-awal tolong uruskan wasiat aku sebelum disebat 100 kali tanpa belas kasihan. Tengah happy seronok, makan apa semua dengan Te-Oh, borak tak ingat dunia ngan auntie uncle, sedar-sedar jam sudah hampir masuk pukul 8 malam. Aku baru teringat yang malam tu ada mesyuarat kelab Myvi pasal anjuran autoshow dan gathering bulan depan. Aku dapat rasa seluruh badanku berlengas. Tak sempat balik rumah terus mandi sebab mesyuarat tu start pukul lapan suku. Nak cakap tahap bau badan, nyamuk pun fikir 18 kali sebelum hinggap ke kulit badan aku. Sedih betul.

Aku minta diri kat auntie, uncle, Te-Oh dan sedara lain nak pulang. Sebenarnya masa dah hampir suntuk so aku bergegas masuk dalam keta dan hidupkan enjin. Sebelum bergerak ke sana, aku sempat semburkan perfume kasi badan wangi balik. Nasib baik aku bawa perfume simpan dalam keta so takdelah jadi pecah rekod "Member Paling Busuk" di kalangan kelab Myvi. Ok tak kelakar. Aku terus pecut keta sebelum mesyuarat bermula.

Bla bla bla bla bla ... akhirnya mesyuarat pun dah habis. Kemudian aku merengangkan badan setelah lebih kurang dua or tiga jam duduk disitu. Bunyi tulang belulang jelas kedengaran bukan main lagi kuat seolah aku baru lepas betapa kat gua sepuluh tahun tanpa makan minum. Ingat plan nak balik rumah lepas habis mesyuarat tapi ada sorang member aku nak belanja aku makan kat satu warung baru. Dengar cerita menu baru ayam penyet kat warung tu dapat sambutan hangat yang pernah dia baca kat Wechat. Rezeki gini memang payah sikit aku nak tolak so apalagi, aku ikutkan je tanpa segala halangan dan was-was dalam otak aku. Kalau hendak diikutkan hati mau jugak aku loncat-loncat Myvi dia sebab excited sangat tapi aku masih waras untuk berfikir segila itu.

Tanpa membuang masa aku ikut kereta dia dari belakang pergi ke warung yang dia maksudkan. Malam semakin pekat memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Semasa aku masuk satu simpang, aku mula rasa lain macam sebab aku tengok kanan kiri semuanya dipenuhi pokok tinggi atau senang nak cakap, mungkin kawasan hutan. Jalan pun agak gelap dan sempit hanya muat satu kereta. Sejujurnya aku tak pernah lalu jalan tu. Nak kata takut adalah jugak tapi aku gigihkan jugak nak drive demi ayam penyek dia belanja. Tengah-tengah drive, mataku tertangkap satu cahaya menerangi pondok besar dan aku sudah mengagak pondok itulah adalah warung yang dimaksudkan. Member di depa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShyRedBeans
#1
Chapter 4: I cannot xD siapa yg asyik tanya "Dia dah kahwin, kau bila lagi?"
Zyxzhangyixing
#2
Chapter 7: Ingatkan yg first skli tu Kim yg mati tp rupe2 nye kwn Ajol tu yg mati xD.... Alaaaa... ff ni dh hbis ke T^T *sob sob* huhu~ still nk baca plk~
_cheonsa
#3
Chapter 7: ingatkan kim yang mati awal2 tu. dh mula nak feel sedih

...rupanya- hmmmm ToT
April1699
#4
Chapter 7: Ingatkan Kim mati. Tapi last last dorang semua mati. Kesiannyee. Btw author bagus ahh, selalu buat cerita menarik.
sunshine_blue
#5
oh..macam tu
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: wahahahah saya ingatkan kim dah mati awal² hahahH
Chiko_Miari #7
Chapter 7: Alooo..Kim dh mati*sobsob
Sorry,silent reader je sblom nie..kikiki
JunAra
#8
Chapter 7: Alooooooooooooooo..... dah tamat ke??? Sob sob sob sob. ㅠ_ㅠ*lap hingus* Papepun daebak job authornim! Saya tak rasa seram sangat sebab lawak except for the last chapter.
#Tetiba ambulans lalu ninoninonino
Apakah...?
lurimamikah1509 #9
Chapter 7: Wow, tak expect langsung yg tu hahaha dh abis dh? emmm okla since penulis dia dh mati hahaah XD