Pelanggan
Blog SERAM Kim*Sila baca FOREWORD terlebih dahulu sebelum baca semua chapter fanfic ni.
SUNDAY, JANUARY 2, 2016
Bergetar tulang rusuk jari jemari aku punya tak sabar nak publish entri pertama aku. Itu belum termasuk cuba mencabarkan diri daki Gunung Kinabalu dengan pakai baju nipis dalam wishlist aku. Agak-agak sejuknya memang boleh mematahkan tulang belulang jika dibandingkan dengan update blog buat pertama kali. Errr... aku rasa aku sorang je yang hajat daki gunung pakai baju nipis macam nak cari penyakit. Orang gila tahap kritikal tak mintak pun wish benda2 gila macam ni. Semua itu berpunca dari rakan sekerja aku yang ketika itu aku tengah usya dia time rest. Amboi kalau nampak awek cun laju je usya2 kemain gatal. Kalau mak bapak aku tahu perangai buruk aku mahu dihumbannya aku masuk juvana. Okay, fine. Masa tu dia tengah taip apa entah so aku tanya dia tengah buat apa. Dia jawab tengah update blog. Sempat aku jeling-jeling mata dia... eh tak... jeling kat skrin monitor dia yang terpapar jelas link blog http://inspirebunny.blogspot.com. Link pun senang ingat dari formula add math so senang jugak aku stalk blog yang dia tulis. Eh apa ni stalk stalk awek orang bagai.
Lepas balik dari kerja, mandi, makan apa semua, aku terus bukak blog dia, scroll entri-entri dia. Cuma entri dia banyak cerita pasal mekap dan produk kecantikan. Mungkin blog dia memang macam ni kot. Then entah apa benda yang merasuk aku tiba-tiba je terdetik hati nak buat blog sendiri. Tapi bukan pasal mekap apa semua. Kalau aku buat dah kira macam aku suruh readers mintak meja kayu then hentak kat kepala aku.
To be honest, sejak kecik lagi aku suka tengok cerita-cerita seram. Tak kira filem atau drama yang penting genre dia mesti seram. Yang paling best bila ada pengalaman seram yang terjadi dalam hidup aku. Barulah fefeling real seram sikit. Boleh dikatakan aku ada banyak pengalaman seram jugaklah sampai boleh buat novel 30 volume. Ok tipu.
Masa aku dah register blog sendiri, aku tak tahu nak tulis apa. Sehinggalah satu kejadian seram yang betul-betul ngam boleh dijadikan sebagai entri pertama aku ni. Begini ceritanya...
Sebelum aku publish post pertama aku, aku discover sikit bab-bab blog editing and adjust sikit layout dia kasi cantik. Sedang aku syok mengedit layout blog,
"KIM! TOLONG JAGA STALL NI. ABANG NAK BERAK JAP."
Tiba-tiba Abang Ajol atau lebih tepat, Min Ho hyung bersuara dengan penuh syahdunya mengarah aku. Sebab muka dia 50% macam muka Min Ho dari group Shinee. 50 peratus ok, 50 peratus! Aku sebagai adik mithali dengan bangganya hanya menuruti tanpa bantahan jaga stall burger abang kat depan rumah. Malas hendak bawa laptop keluar nak sambung balik edit blog. Aku off laptop then ambik henfon aku bawa keluar. Mujur belum ada customer masa tu so aku menyempatkan diri usha dia a.k.a inspirebunny dengan voice call kat wechat pulak. Namun belum sempat aku mulakan conversation ngan dia tetiba je dia awal-awal warning kat moment dia.
"No voice call and no video call except family aku! Bila aku tengah busy then tetiba ada orang yang aku tak kenal entah dari mana video call aku, aku rasa macam nak tarik orang tu keluar dari skrin, then jahit mulut guna dawai tebal ketat-ketat. Tak pakai benang2 dah."
Okay moment dia ni buat aku naik seram. Dalam otak aku turut mengiringi lagu 'Mana Mungkin' bercampur ost lagu Pontianak Harum Sundal Malam iaitu 'Pulangkan' walaupun liriknya tiada kaitan dengan agenda ini. Bila dah baca moment post dia ni, agak-agak Pikachu kena fikir dua tiga kali tak sebelum meregisterkan diri dia sebagai tuan baru dia.
Comments