Fooled. Part 2.

The Oh Sehun.
Please Subscribe to read the full chapter

 

" Lu , kau betul ke nak pergi Prom Night ni ? Hyung dengan Yixing tak pergi tau .. " soal Chanyeol , sepupu kepada Luhan , bertanya serius.

 

" Betul lah , takkan Luhan main-main pulak. It's okay , kalau hyung dengan Yixing tak pergi. Lagi pun , Luhan bukan pergi sorang pun. Sehun kan ada .. " balas Luhan tanpa memandang ke arah Chanyeol di belakangnya. Tangannya sibuk mengemaskan tuxedo yang disarung ke badan. Bibirnya terukir senyuman mesra melihat pantulan dirinya di hadapan cermin.

 

" Bila Luhan beli tuxedo ni .. ? Hyung tak perasan pulak Luhan beli baru .. " 

 

Luhan , si badan kecil itu terus memusingkan badannya menghadap Chanyeol sejurus saja pertanyaan itu keluar dari mulut milik sepupu kesayangannya.

 

" Cantik tak , hyung .. ? " tanya Luhan teruja.

 

Chanyeol mengangguk. Kau pakai apa-apa pun , tetap cantik Luhan. 

 

" Kalau hyung nak tahu , Sehun lah yang belikan Lu tuxedo ni .. Baikkan dia , hyung ..? Lepas sekolah tadi , Sehun bawak pergi butik. Ini tuxedo yang paling latest tau , hyung ! Mahal pulak tu .. ! " 

 

Lu , bila hyung tengok kau senyum gembira macam ni , tak sampai hati aku nak halang kau pergi. Luluh hati aku , Luhan. Cuma .. hyung berharap bukan malam ni .. 

 

Tolonglah , Tuhan ..

 

Jangan hapuskan senyuman dibibir dia. Aku merayu ..

 

Lamunannya tersentak disaat bunyi hon kereta yang dikeluarkan berulang kali di luar rumah. Tidak usah dijenguk ke luar tingkap , Chanyeol tahu siapa diluar. Hatinya mula berderau. Ikutkan hati mahu saja tarik Luhan dan kurungnya ke dalam bilik , biarlah dia menangis , berduka sekarang. Dia tidak mahu Luhan menangis selepas malam ini.

 

" Hyung , Lu pergi dulu tau ! Sehun dah tunggu tu .. " kata Luhan sambil menyarung kasut dan kemudian berjalan ke kereta yang sedang menanti dirinya.

 

Di muka pintu masuk itu , Chanyeol sempat berpaling pada Sehun di dalam kereta. Lelaki itu langsung tidak memberi satu jelingan ke arahnya. Sekurang-kurangnya , mintalah kebenaran untuk membawa Luhan keluar. Ini tidak ! Sombong ! Dasar anak orang kaya ! Jika ingin dibandingkan , Luhan dan Sehun tiada bezanya. Luhan juga kaya orangnya , tapi Luhan saja tidak mahu menunjukkan dirinya yang hidup dalam kemewahan.

 

" Kau biarkan dia pergi .. ? Asal kau tak halang dia , Chan ? " tanya Yixing yang tiba-tiba muncul di belakangnya.

 

" Aku tak sampai hatilah , beb ! Aku tengok dia happy sangat. " jawab Chanyeol lemah sambil kakinya melangkah ke ruang tamu. Badannya dibaringkan ke atas sofa empuk yang mampu memuatkan tiga orang duduk di atasnya.

 

Yixing mengeluh kasar. " Apa gunanya kalau kau nampak dia happy tadi .. ? Kau tak fikir ke , kalau dia balik nanti , lain pulak jadinya. Kau tak fikir ke , haaa ? ! Kau sendiri tahu kan dia keluar dengan siapa .. ? Dengan lelaki jahanam tu , Chanyeol ! Kena-- "

 

" Dah tu kau nak suruh aku buat apa .. ? " Chanyeol bangkit dari baringan dan bersandar pula pada sofa. " Kau tak nampak macam mana gembiranya masa dia tengah bersiap tadi. Kau tak nampak , Xing .. " Luluh hati aku , Yixing ...

 

Marah Yixing mula meningkat. Dia langsung tidak boleh terima dengan ayat yang dikatakan oleh Chanyeol. 

 

" Weii !! Kau sedar tak apa yang kita buat sekarang ni .. ?!! " Yixing mula meninggikan suaranya. Tidak mampu tahan kemarahannya.

 

Chanyeol meraup mukanya. " Kau tak faham .. "

 

" Apa yang aku tak faham ?!! " lelaki itu makin baran apabila Chanyeol masih lagi berkata dengan lembut tetapi kedengaran sedih. " Cuba kau fahamkan aku !! Diri kau tu yang aku tak faham ! Kau sebagai sepupu dia , yang lebih dekat dengan dia , sepatutnya kau kena bagitahu dia siapa si Oh Sehun jahanam tu sebenarnya ! Kau sendiri dah tahu yang dia akan berpindah ke sekolah tu , kenapa tak warning dia awal-awal ? !! Bukan sekarang , baru kau nak terhegeh-hegeh nak bagitahu dia. Lebih-lebih lagi bila dia dah sukakan si jahanam bodoh tu !! "

 

Ketika itu suara Yixing bergema di dalam rumah sewa milik mereka. Chanyeol terdiam. Dia mengaku dia bersalah. Dia sendiri tak terfikir akan begini jadinya. Langsung tak terlintas di fikirannya.

 

" Aku pasti malam ni mesti si jahanam tu akan selesaikan misi bodoh dia tu ! Kalau tak , kenapa dia ajak Luhan ke Prom Night sedangkan event ini untuk senior. Aku dengan Luhan masih lagi junior. "

 

" Ikutkan hati aku , memang aku nak halang dia pergi. Tapi , aku tak sampai hati. Sungguh aku cakap. Aku memang tak sampai hati .. " 

 

" Apa masalah kau sekarang ni .. ?? !! Aku bukannya suruh kau bunuh dia , PARK CHANYEOL !!! "

 

Chanyeol bangkit , " KAU !! " jarinya ditunding ke Yixing. Chanyeol juga kini mula menjerit. Pedih hatinya apabila Yixing terus-terusan menyalahkan dirinya. " KALAU KAU TAHU APA YANG BERLAKU SEBENARNYA , KAU JUGAK AKAN CAKAP PERKATAAN YANG SAMA , BODOH !! "

 

" Korang menjerit macam mana sekalipun , dah tak guna. Luhan dah pun keluar. Aku bukannya nak masuk campur hal korang , kau berdua pun tak pernah cerita dengan aku pasal Sehun yang korang gelar 'Si Jahanam' tu. Tapi , ingat sikit , rumah ni pun aku bayar sewa jugak. Bukan korang je. Keliling rumah ni ada jiran. Jeritan korang ni menganggu. "

 

Baekhyun yang merupakan rakan serumah sewa Chanyeol dan juga kawan seuniversiti , bersuara. Dua orang lelaki tersebut automatik terpaku.

 

" Dalam kes ni , dah tak guna tunding jari sesama sendiri. Korang berdua yang salah. Tiada siapa yang betul. Sepatutnya , korang berdua kena mainkan peranan masing-masing. Chanyeol sebagai sepupu dan kau , Yixing sebagai kawan Luhan. " sambung Baekhyun.

 

" Sudahlah ! Buat sakit hati aku je bahas pasal ni. Apa yang tak sampai hati pun aku tak tahu. Lantaklah ! Sepupu kau bukan sepupu aku ! Aku kenal Luhan pun tak secukup setahun lagi. Kan ..? "

 

Setelah itu , Yixing terus beredar meninggalkan Chanyeol dan Baekhyun. Pintu biliknya sengaja dihempas kuat.

 

Baekhyun mengeluh panjang. Tidak pernah mereka bertiga mengalami pergaduhan seperti ini. Kebiasaannya , mereka sentiasa harmoni. Segala masalah , diselesaikan secara baik. Tapi , kali ini , dia sendiri tak pasti apa yang telah berlaku. Kakinya diatur ke sebelah Chanyeol yang masih mengurut kepalanya. Cawan ditangan yang masih belum diusik , diserah kepada Chanyeol. Lelaki itu memandang sekilas pada Baekhyun dan kemudian menyambut huluran tersebut.

 

Baekhyun mengusap lembut belakang kepala Chanyeol dan kemudian turun ke badan lelaki itu. " Sabarlah. Luhan akan okey." pujuknya.

 

" Aku risau , Baek. Aku risau sangat. Aku tak sanggup lagi nak tengok dia macam dulu."

 

 

 

 

 

 

" What's up , bro .. ! " Kris menegur Sehun sebaik sahaja kawan karibnya tiba di dewan sekolah. " Hey , cutie .. " Kris sempat menegur Luhan yang berada di belakang Sehun. Jari mereka terkunci bersama.

 

Sehun dan Kris saling bertukaran pandangan. Sehun mengukir senyuman dan kening diangkat. Hanya Kris sahaja yang faham akan maksud senyuman yang diberi oleh kawannya itu. Sehun menoleh ke belakang apabila bahunya dicuit. Kai berbisik sesuatu pada telinganya dan memberi isyarat supaya mengikutnya. Sehun turuti.

 

" Sehunnie .. ? " Luhan memanggil Sehun. " Awak nak pergi mana .. ? "

 

" Tak kemana , sayang. Kai mintak tolong ambil something. Awak berborak dulu dengan Kris. Nanti saya datang balik , kay .. ? "

 

" Okey , tapi jangan lambat tau .. "

 

" Tak kejap je... Kalau nak air , sayang ambil dekat atas meja tu , ea .. " jawab Sehun sambil mencuit manja hidung Luhan. " Kris , tolong tengokkan sayang aku ni kejap .. "

 

" Beres .. "

 

 

 

 

 

 

" Kau pasti ke nak buat malam ni .. ? " tanya Kai sebaik sahaja mereka berada agak jauh dari Luhan.

 

" Kau tengok aku ni tengah bergurau ke .. ? "

 

" Apa kata kau tangguhkan ? Kesianlah aku tengok dia , Sehun .. "

 

Sehun tertawa. " Kau ingat ni siaran televisyen ke nak tangguh-tangguh pulak ..  Malam ni dah cukup tiga bulan aku dengan dia. Kau nak suruh aku tunggu berapa lama lagi ? Lagipun , Kris dah bawak duit. Sia-sia je aku tackle Luhan tapi , duit aku melepas disebabkan kau suruh aku tangguh ! Apa bendalah kau ni ! Nak tangguh bagai ! Kejap ! " mata Kai direnung dalam. " Jangan cakap yang kau ... sukakan Luhan ! "

 

Kai mengeluh panjang. " Kalau aku sukakan dia , dah lama aku rampas dia dari kau ! "

 

" Dah tu ? Yang kau risau sangat ni kenapa .. ? "

 

" Takdalah , aku kesian tengok dia. Tu jee .. "

 

" Kau relaks je. " bahu Kai ditepuk. " Agenda ni biar aku yang uruskan. Kau duduk belakang , get ready untuk gelak je. Senang je kerja kau .. Okey ? " dengan kata itu , Sehun melangkah masuk semula ke dalam dewan.

 

Aku kena buat sesuatu ...

 

 

 

 

 

" Sayang ... " tegur Sehun sambil tangannya merangkul pinggang kecil Luhan dan kemudian duduk disebelah lelaki itu.

 

" Ummm , Sehun .. Saya nak pergi tandaslah. "

 

" Nak pergi tandas ? Okey. Nak teman tak .. ? "

 

Luhan menggeleng. " Tak payahlah. Dekat je pun. "

 

" Cepat tau ! Ada show lepas ni. "

 

" Show ? Show apa , Sehun ? "

 

" Adalah .. Secre

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kpop_lol #1
Chapter 8: Author sila sambung ...
kimkai_my_Y_angel #2
Chapter 8: Perghh baru chap first dh sangkut

Seriously, author kene smbg dlm masa terdekat sblm sy sakit mcm luhan TT

Jgn mrh ek, gurau je.. Serious best giler cite ni.. Mmg xmenyesal bc.. Bertakung air mata huhue
luchansoo #3
Chapter 6: Huhu ape ni lps subscribed and bce tgk2 angst.. nk sequel ㅠㅠㅠㅠㅠㅠ anyway great story! Hopefully ade sequel..
Sonia_Lee
#4
Chapter 7: aww chingu kenapa link story hunhan fic yg barunya ga bisa di buka? :(((
fanantic #5
Chapter 5: wuuuu...sedih tgk luhan kene mainkan oleh sehun..
update lagi author><
Sonia_Lee
#6
Chapter 6: cerita ini harus lanjuttt! mereka hrus bersama ya
vanilachoc
#7
Chapter 6: Sequel pliss... saya pun rasa cerita ni agak tergantung... anyway saya suka cerita ni ㅠㅠㅠ
miesya
#8
Chapter 6: you should make sequel ㅠㅠ
srs nak menangis saya baca .
hjkyung #9
Chapter 6: Finally!!!
Saya rasa awk patut buat sequel. Cerita nie agak tergantung.
Takpe saya setia menunggu. Take ur time.
Btw cite awk nie besssttt:)))
hjkyung #10
Chapter 5: Update please