Fooled. Part 1.
The Oh Sehun.
Hi guys ... So , ni new fic yang Wolf buat. Bukan sambungan 'The Oh Sehun' sengal tu .. HunHan jugakk kali ni ... Special for HunHan shipper. Tapi , kalau KaiSoo shipper nak suruh Wolf buatkan fic , komen je , kayy ? Enjoy ;)
" Awak pergilah masuk kelas. Subjek Math awak dah lama tau start. Nanti awak kena denda macam mana ? " pujuk Luhan pada Sehun. Mereka kini berada di hadapan kelas Luhan. Subjek Biologi kelasnya akan bermula sekejap sahaja lagi. Tetapi , kelas Sehun sudah hampir 40 minit , ianya bermula. " Awak tak payah nak hantar saya ke kelas. "
" Kalau awak hilang macam mana ? Sesat ke ? Siapa yang susah ? Saya jugak. Kalau saya rindu awak macam mana ? Cuba awak jawab .. " Sehun menyelak rambut Luhan yang hampir menutup matanya kemudian tangannya disilangkan didada bidangnya.
Luhan tertawa comel. " Mana boleh hilang atau sesat. Bukan besar pun sekolah ni .. Awak ni ada-ada jee .. " tangan Sehun dipukul manja. " Awak pergilah masuk kelas. Tak baik tau ponteng .. "
" Kalau saya rindu awak macam mana ? " Sehun berkata manja. " Saya tak boleh tau hidup tanpa awak ... Setiap saat mesti kena tengok muka awak. Kalau tak , boleh sesak nafas .. "
Lagi sekali lengan Sehun dipukul. " Dahlah , pergilah. Kita jumpa jugak nanti kan ? Ini kan kelas terakhir. Saya jumpa awak nanti , okey .. "
Sebelum Sehun melangkah pergi , dia merapatkan mukanya ke muka Luhan. Lelaki kecil itu sudah merona merah pipinya. Dia tahu apa yang diigini teman lelakinya itu.
" Sayang sikit .. " bibirnya dimuncungkan.
Luhan menggeleng comel. " Orang nampaklah , Sehun .. "
" Biarlah dorang nampak. Kalau tak nak sayang , saya tak nak pergi. Saya akan duduk sini sampai awak kiss saya ... "
Luhan merapatkan mukanya dan memberikan satu ciuman pantas di bibir Sehun.
" See ? Senangkan .. ? Tu pun susah nak bagi .. " kata lelaki tinggi itu sambil hidung Luhan dicuit manja.
" Awak boleh pergi sekarang .. "
" Ye lahh .. Nak pergi lah ni .. Bye , sayang. I love you .. " Sehun sempat mengenyitkan matanya sebelum melangkah pergi meninggalkan Luhan yang tersipu malu kemudian melangkah masuk ke dalam kelas.
" Amboii , bukan main lagi yee , berasmara dana dekat luar tadi. " tegur Yixing kawan semeja Luhan. Luhan hanya tersenyum dan kemudian melabuhkan punggungnya disebelah Yixing.
Yixing dipandang sekilas , kemudian pandangannya ditumpukan pada jari manis kanannya yang dipeluk cincin mahal pemberian Sehun. Iannya sebagai tanda mereka saling mencintai.
Luhan merupakan pelajar baru dari China yang berpindah ke Seoul kerana bapanya diarahkan bekerja di negara itu. Hari ni genaplah dua bulan lebih Sehun dan Luhan bersama. Luhan agak terkejut juga apabila suatu hari Sehun datang menemuinya dan menyatakan cintanya pada Luhan. Lelaki dari China itu yang tersedia mencintai Sehun , menerima dengan hati yang gembira.
Sejak itu , sekolah mereka dihebohkan tentang itu.
Luhan tidak menafikan Sehun memang seorang lelaki yang romantik. Dia masih lagi teringat ketika Sehun menyanyikan lagu ' Happy Birthday ' padanya di hadapan khayak ramai di kafe sekolah. Ianya beberapa hari lepas ketika hari jadi Luhan. Sekuntum bunga ros merah diserahkan pada Luhan dan dahinya dikucup lembut oleh Sehun. Cukup membuatkan pelajar perempuan menjerit seperti diserang babi hutan.
Bisikan ' I love you ' ditelinga Luhan , sudah cukup membuatkan dirinya terasa bahagia.
Sehun melayannya dengan baik sekali. Marah pun tidak pernah. Segala percakapan atau manja Luhan sentiasa diikuti. Kemana saja mereka pergi , jari jemari Luhan mesti bersatu dengan jari jemari Sehun.
Betapa beruntungnya Luhan mempunyai Sehun. Luhan juga berharap Sehun akan berfikir sepertinya.
Pintu Latte Cafe ditolak , Sehun melangkah masuk dan menuju ke arah Kris yang sedang menunggunya.
" Whatup ! " Sehun menegur Kris sebaik saja dia duduk di hadapan kawan karibnya.
" Yo ! " balas Kris dan tersenyum. " Berapa kali lah kau ponteng sekolah ni ? Yang aku pelik ni , pak guard sekolah kau tu tak perasan ke kau keluar ? Kalau panjat sekolah ye lah tak perasan ni , naik kereta bhaiii ... Takkan tak perasan ? " tanya Kris sebaik saja Sehun duduk dihadapannya.
Sehun tergelak. " Kalau kau nak tahu , pak guard sekolah aku tu makan gaji buta boleh lahh .. Makan tak habis-habis. Lepas makan , tidur .. Badan dah lah macam badak ! "
Kris jugak tergelak sama. Setelah pesanan Sehun sampai , Kris menanya satu soalan. " So , macam mana kau dengan budak China tu .. ? "
" Macam mana apa ? Macam tu leee .. Biasa jee .. "
" Ingat beb ! Lagi seminggu je ni .."
" Kau jangan risau lahh .. Kau ingat seminggu tu lama ke ? Aku dengan dia dah berapa bulan tak kan seminggu tak boleh tunggu .. Setakat budak macam tu ? Kau nak cabar aku selama setahun pun aku sanggup lahh .. Kau yang kena ingat. Duit aku sediakan. Cash , okey .. Tak main hutang-hutang ni .. "
" Aku tak sabar nak tengok reaksi dia bila the day comes .. "
" Jangan lupa rekod masa tu nanti .. Boleh tengok banyak kali .. "
" Itu sudah semestinya .. " mereka tergelak bersama.
" By the way , mana Kai ? Dia tak ikut kau pulak hari ni. Waaa , rajin betul dia tu belajar.. Puihhhh ! Punya rajin .. "
"Wooi ! Kau agak-agaklah nak ludah pun ! Kena kot kasut mahal aku ni .. Hisshhh ! " kata Sehun sambil menggosokkan kakinya ke seluar Kris. " Entah dia tuu .. Aku pun tak tahu sejak bila dia minat Math. Yang kau ni takda kelas ke ? Ke kau ponteng kolej jugak ? Kau pun tak boleh percaya sangat .. " balas Sehun sambil menyedut minumannya.
" Tskk. Kantoi sudahh .. "
" Hmmm , hampehh !! Weeii , pukul berapa ? "
" Nak dek
Comments