Final
The Oh Sehun.
Hari ni merupakan hari pertama Sekolah Tinggi Seni Seoul bermula selepas seminggu cuti musim sejuk. Oh Sehun merupakan pelajar junior tahun satu. Jam menunjukkan 7.20 pagi. Pelajar sekolah pada ketika ini pasti sedang sibuk menyiapkan diri masing-masing. Begitu juga dengan lelaki yang bernama Oh Sehun ini.
Tapi , bukan sibuk menyiapkan diri , masih lagi sibuk membuat tahi mata dibuai mimpi indah di atas sebuah katil. Bantal peluk bergambar Shin Chan dipeluk kuat. Jam locengnya yang telah diset malam tadi berbunyi hampir 10 kali tetapi malangnya , dia masih lagi tidur dengan dengkuran yang agak kuat.
" OHHHHH SEEEHUUNNN !!!!! "
Satu suara yang nyaring mengejutkan lena Sehun. Pintu biliknya diketuk seperti tiada hari esok. Terasa sedikit bergegar bilik kecil itu.
" Ahhhhh ! Gempa bumi ! Lari , lari orang kampung !! Gempa bumi !! " Sehun berlari disekeliling biliknya seperti pemain besbol yang dapat memukul balingan bola. Kemudian , dia membuka pintu biliknya apabila ketukan tadi masih lagi berbunyi.
" Haaa ? Oemma ! Kita kena lari ! Gempa bumi ni ! Tak payah bawak baju. Pakai je apron yang koyak dekat tengah-tengah tu ! Cepat ! " Sehun sempat lagi memasukkan jarinya ditempat yang koyak itu. " Wikki , wikki .. macam mata Minion ! "
Satu ketukan dikenakan pada kepalanya.
" Aduh ! Oemma sakitlah ! "
" Gempa bumi kepala otak , kamuu !!! Oemma kejutkan kamu untuk ke sekolah !! Dah pukul berapa ni ?? !! Pergi mandi sekarang , Oh Sehunnn !!! " tepat pada muka Sehun oemmanya menjerit. Sehun dapat merasakan titisan air liur oemma pada pipinya. Ada juga yang berjaya memasuki lubang hidungnya ..
Dengan sepantas kilat , dia masuk ke dalam bilik air. Kemudian , dia keluar semula dan mencapai tuala. Lagi sekali dia keluar , mencapai tuala badannya. ( first tuala yang dicapai tadi , tuala lap rambut )
" Fuhh ! Nasib baik sempat. Kalau takk -- Aduh ! "
Sehun mengerang kesakitan apabila punggung comelnya mencium tar jalan.
" Celaka betul ! " dia menyumpah. " Siapa pulak yang buang kulit pisang merata-rata ni ? Dia tak tahu ke berbahaya ? Memang tak ada sivik betul lah ! Ni mesti kentut pun busuk !! " Sehun berkata seorang diri apa yang terlintas di fikirannya walaupun dia tahu kentut busuk tiada kena mengena dengan sivik.
Dalam dia asyik mengemaskan kotoran di seluarnya , dia tertawa terbahak-bahak apabila matanya tertacap pada seorang budak yang beruniform sama dengannya mengejar sebuah bas.
" Hahaha .. Padan muka kau ! Itu lah , bangunlah lambat lagi ! Kan dah kena kejar bas. Hahaha ... Hohoho .. Bodoh punya budak !! Kejarlah bas tu sampai terberak ! Hahaha .. "
Tiba-tiba tawanya terhenti. Sehun yang tadi masih duduk di atas jalan tar mula bangkit dan mengejar bas bersama-sama budak tadi. Baru dia teringat , dia juga menaiki bas yang sama.
" Tunggu ! PakCik Basi , tunggu !! " jangan tanya Sehun kenapa nama pakcik tu Basi.
Selepas beberapa jauh kilometer , barulah bas tersebut berhenti kerana baru dia perasan ada dua orang budak yang hampir mati termakan asap bas, mengejar basnya dari belakang.
" Lain kali , jeritlah kuat sikit. Barulah pakcik dengar. " kata pakcik bas tersebut sebaik sahaja Sehun dan budak tadi menaiki bas itu.
" Aku jerit macam nak keluar anak tekak aku , dia boleh tak dengar ? Sahlah ! Berapa bulan dia tak korek telinga agaknya. Kalau serangga masuk pun , mesti tak jumpa jalan keluar. Hmmp ! Hampeh !! " bisik kecil Sehun.
Sehun mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya dan mengesat peluh yang dari tadi mengalir di muka dan dilehernya. Rambut coklat pekatnya dibetulkan begitu juga dengan tali leher sekolah.
" Aduhh ! " lagi sekali Sehun mengerang kesakitan apabila kepalanya terhantuk pada kerusi hadapannya. Pakcik ni memang tak reti nak berhentikan bas betul-betul ke ? Memang basnya diberhentikan secara mengejut dari sejak azali lagi. Pernah sekali aiskrim yang dimakan Sehun tertusuk ke dalam lubang hidungnya disebabkan brek mengejut. Penumpang perempuan disebelahnya ketika itu terpaksa menanggalkan gelang tangan untuk mengeluarkan aiskrim di dalam hidungnya.
" Alamak ! Pagar dah tutup pulak !! Aduhh ! Ni semua pakcik Basi punya pasal ! " gumam Sehun apabila beberapa orang pelajar beratur di luar pagar sekolah yang telah ditutup. Dia berjalan dan beratur di belakang seorang perempuan yang berambut pendek dan berbadan agak gempal.
" Yo , Sehun ! " punggung Sehun ditepuk kuat dua kali. Dia memusingkan kepalanya ke belakang bersiap sedia untuk meludah pelajar tersebut. Tetapi niatnya dibatalkan apabila pelajar itu adalah rakan karibnya.
Seorang berbadan kecil tetapi muka seperti monyet dan seorang lagi tinggi lampai macam pokok kelapa te
Comments