chpt 7

Miserable at best

 2 bulan kemudian~

harini linda cuti. disebabkan sekolah mengadakan minggu keagamaan dan linda saja yang beragama islam, dia dapat kebenaran dari pengurus sekolah untuk bercuti selama seminggu.

ibu pulak seminggu takde dekat rumah, pergi tidur di rumah ibu bapa dia. nak rest katanya sebab kerja seminggu straight tak cuti cuti. jadi tinggallah Linda,Rayyan dan daddynya. tak lupa juga,kucing kucing Linda. 

haritu pulak Linda tak keluar rumah. macam biasa,kena ikut peraturan tambahan. keluar bila ada urusan or kawan datang ajak nak keluar je.  so Linda pun jk ah duk dalam bilik taktau nak buat apa sebab fon,macam biasa....daddy pegang. Linda pun pasanglah lagu kuat2 dari laptop dia lepastu melalak sambil baca novel yang dah berpuluh kali baca. 

tiba tiba Myeongsoo masuk bagi fon. katanya harini Linda bebas. Kesian tengok anak dia jiwa kacau tak tentu pasal. 

 


 

nege ttakjireul majeul ttaen !!! 

tiba tiba Linda menjerit dan munculkan diri menghampiri dapur sambil menaiki skateboardnya bersama 3 ekor kucingnya yang lengkap memakai baju ala-ala baju jersey permain basketball sambil memakai sunglasses. 

"samada lapar,takpun dahaga. kalau tak takdenya dorang nak munculkan diri" bisik daddy sambil menggeleng kepala tengok anaknya. kesian pun ada sebab mereput sangat sampai kucing jadi mangsa kena pakai baju macam nak buat fashion show ala ala kimK. 

 


 

sambil minum, sambil scroll instagram miliknya,malumlah seminggu tak dapat on ig,banyaklah yang dia ketinggalan. katanyalah, padahal dia nak tengok fansite masternim post pasal monsta x, seventeen dengan infinite je . tiba-tiba Linda tersembur, basah lecun kaunter dapur. dah tak kisah pasal basah, dia mula berdrama ala ala drama sembilu kasih. melalak merapu bagai siap cakap nak putus tunang dengan wonho sebab wonho pakai subang, lepastu cakap nak failkan kes cerai dekat kim hanbin(b.i) sebab dia buat tatoo dekat badan(fyi,Linda paling benci orang yang ada tatoo dekat badan). akibat sedih sangat, dia pun merangkak masuk dalam bilik. baru separuh jalan merangkak, Myeongsoo menghampiri anaknya itu lalu cepuk kepalanya dengan skateboard. 

"dah bising sangat ni kenapa,nanti adik terbangun mulalah kerja daddy terbantut. satu lagi,simpan balik skateboard awak ni" Myeongsoo buat buat marah,padahal nak tergelak tengok budak tu merapu. macam macam bahasa dia seru tadi masa tengah merapu,siapa yang tak tergelak tengok kerenah Linda tu.

"wuuuuu baik boss...bye,kakak nak sambung meroyan dalam bilik wuuuuu" linda sambung merangkak masuk dalam bilik,dengan kucing-kucing dia ikut dia merangkak. 

kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? kucing Linda memang taat dengan Linda,sebabtu apa yang dorang mampu buat, dorang copy paste dari Linda

"tengok tu. sedih sangat sampai lupa nak mop air tersembur dia ni. mujurlah air masak je...tak pasal pasal aku kena mop" rungut Myeongsoo sambil mop kaunter dapur. 

"jap yang aku guna mop ni kenapa, patutnya aku kena lap guna kain buruk...aduh bengapnya" bisik Myeongsoo malu dengan perbuatannya,mujur yang lain tak nampak. 

 

[yang lain?????? ada ah...kena baca sampai habis baru tau siapa "yang lain tu"]

 


 

Linda masih sibuk melalak dalam bilik dia. tiba tiba kawannya dari Malaysia ajak skype. Linda yang terlupa nak log out skype dekat tv rumahnya itu terlalu excited cerita pasal B.I dengan Wonho sampai nak menangis (drama je lebih) lepastu tukar pulak topik cerita pasal suasana sekolah dekat sini macam mana. cerita punya cerita,mereka tamatkan video call dan kawannya yang lain pulak call. Linda yang masih tak habis habis dengan cerita pasal kes nak ceraikan B.I dengan mintak nasihat pasal nak insafkan Wonho itu rancak berceloteh dan kawannya yang sorang tu hanya mampu gelak. Dah duduk dekat negara orang pun perangai langsung tak berubah. Sayang sangat ke oppa(s) dia. Bila orang tanya takda crush/pakwa dia geleng. real life boys not my style katanya. dah puas berdrama bagai, Linda keluar dari bilik sambil pasang lagu Hafiz-bahagiamu deritaku,layan feeling katakan. lepastu buat pavlova,victoria sponge kek dengan mangocheesecake kerana daddynya beritahu bahawa ada 20 orang tetamu nak datang. 

 

biasalah Linda,sedawa tak bertapis. banyak kali jugak la sedawa kuat depan daddynya. katanya tu sedawa kesedihan. 

daddynya hanya mampu menggeleng dan gelak. macam tak percaya tu anak perempuan dia 

 


 

tiba tiba kawan kawan Linda ajak skype lagi. kalini lagi ramai,budak cina pun ada. tengah-tengah borak pasal cikgu dekat sekolah lamanya, Linda tetiba cakap cina. takut daddynya faham kalau dia cakap melayu. Disebabkan oleh permintaan dari kawan-kawannya , dia pun membuat house tour sambil menukarkan line skype dari laptop ke fonnya. 

 

 

tengah buat tour tu, Linda menunjukkan tempat Linda membuat fizikal training tiap tiap petang di halaman belakang rumahnya. Linda yang selalu main bar itu pun bershow off dekat kawan-kawannya. tiba tiba dia ternampak seseorang macam familiar termasuk dalam video call dia. Dia abaikan,mungkin sebab effect meroyan tadi kot. Linda cuba sedapkan hatinya. 

Selesai saja skype, kedengaran orang bertepuk tangan. 

Linda yang terkejut dengan bunyi tepukan itu terjatuh macam durian gugur. Bergegor kejap xD

"aduhhhhhhh daddy, jubo kakak kebas. takleh bangun..aduhhhhhhh" jerit linda yang kesakitan tu. 

"jubo?" Myeongsoo pelik,tak pernah dengar ayat tu

". my " jerit linda lagi

Myeongsoo menolong Linda bangun dan membawanya pergi ke meja makan berdekatan tempat fizikal trainingnya. 

"ohhhh Linda...Anyyeongggg!!!!!!" jerit seluruh ahli Monsta x serentak

"Linda noona!!!!!!" Chan pulak menjerit

"Yo Linda" Vernon pun sibuk nak join 

"halamak kenapa semua ada dekat siniiiiii" linda bermonolog sambil tutup muka. malu 

rupa rupanya 20 orang tetamu  dan "yang lain" tu Seventeen dengan Monsta x

 

"gomasupnida Linda for this desserts!!!!!" jerit mereka serentak

"do it for me next time. just for me eh Linda" jerit Vernon

Linda yang ke-malu-an tu hanya mengganguk dan lari. tapi belum sempat dia melarikan diri,bajunya ditarik oleh Myeongsoo. "tahu tak kitaorang duk perhatikan awak dari mula awak keluar bilik duk menjerit part Joheon dalam lagu Rush sampailah awak jatuh tadi?" Myeongsoo memulakan bicara 

"lepastu awak ada mencarut eh dalam cina tadi?" katanya lagi

"eh manada. cakap cb je" linda berdalih

tiba tiba linda menepuk dahi,terlupa yang member seventeen ada yang paham bahasa cina. "mati nyah"

"mujur awak seru sekali je. dorang tergelak bila dengar awak seru ayat tu. sebagai denda. jangan lupa masukkan 1 dolar dalam tabung mencarut" Myeongsoo mengingatkan pasal tabung mencarut yang baru saja wujud lepas dapat tahu dari mama Linda yang Linda ni boleh tahan lancang jugaklah mulut dia lagi lagi time dia tengah berasap.

tak pasal pasal kepala Linda terasa berat nak angkat . bukan sebab kena marah,tapi sebab malu duk teringat pasal drama tadi. sah semua duk gelak sakan. lagi lagi si Wonho dan Vernon yang kuat menganjing orang tu. 

 

"don't worry linda. your beloved oppa already removed his earrings. dewmi pewmynat dieya" kata I.M yang ntah muncul dari mana dengan BM dia yang hancur tu. Ntah belajar dari mana pun tak tau

 

 


 

lepas kes petang tadi, Linda langsung tak keluar dari bilik. bukan apa, 20 orang tu ada lagi, tak balik balik dari tadi.

tunggu dorang balik ke dorm masing-masing macam tunggu kucing jantan dia nak beranak. sampai tertidur linda 

maka,hari yang memalukan itu pun berakhir~

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Lysa3Kyu #1
Chapter 7: Kelakar la xD teruskan author-nim ^^