chpt 2

Miserable at best

sepanjang perjalanan ke Korea, Linda tidur. Mungkin kesan daripada dos ubat yang dia makan sebelum menaiki kapal terbang tadi kot.

selepas kebas buntot duduk diam dalam flight sekian lamanya,akhirnya mereka sekeluarga tiba di Incheon Airport. Kepulangan family Kim itu disambut mesra oleh anak mereka, Rayyan dan ibu bapa mereka. Maka keluarga mereka lengkap semula . One Happy Family At Home . (tetiba teringat game kad legend tu ;A;) . Sedang mereka asyik mengomol Rayyan, mereka terlupa sekejap pasal kewujudan Linda. Yela,seminggu tak jumpa anak,siapa tak rindu kan. Linda ditinggalkan di belakang dalam keadaan terpinga-pinga memandang semua orang yang lalu lalang depan dia dalam keadaan mulut ternganga(boleh sumbat sebijik burger bigmac Mcd). Yela,kagum katakan sebab first time jejak kaki di bumi Oppars dan dia macam tak percaya akhirnya dia dapat jejak kaki ke Korea,tempat paling dia nak kunjung sejak kecik lagi. 

 


 

 

"Linda. ni atok,tokki,nenek dan maktok kamu" kata daddy setelah puas bermain dengan Rayyan. 

"Linda,kenapa diam je ni?" Ibu pulak bersuara setelah perasan Linda diam je dari tadi.

 

Mereka semua berpusing serentak apabila perasan yang Linda tiada bersama mereka. 

"YEOBO LINDA HILANGGGGGGG!!!!"

"yahhhhhhhh kot ya pun nak menjerit,jangan jerit tepi telinga. pekak nanti,kesian yeobo awak muda-muda dah pekak"

"hey tak kelakar la,anak kita dah hilang tu!!!"

"kejap kejap. tunggu sini dengan yang lain,biar yeobo gi cari Linda"

 


 

akhirnya,setelah penat tawaf airport,Linda dijumpai dalam keadaan ternganga. dah macam robot yang kehabisan bateri .(still dalam posisi macam tadi). 

 

"Linda,kenapa duk dekat sini? penat tau daddy tawaf airport sebab nak cari kamu. ingatkan dah hilang larikan diri nak pergi dorm seventeen awak sebab nak jadi sasaeng" kata daddynya sambil tercungap-cungap.

"linda? hello? dengar tak ni? mulut tu tutup,kang gajah masuk kang. linda?" 

"LINDA TENGOK TU MINGYU DENGAN WONHO DENGAN L OPPA ADA DEKAT SINI AH. DIAORANG NAK PERGI MANA TU OMAGAK CEMNYA MINGYU CEMNYA WONHO CEMNYA L INSEKIYO PULAK DADDY "

"HAAA MANA? OPPAAAA. MINGYU , WONHO , L OPPA EODINIIIII....MANA DADDY MANAAAAAA" tiba tiba Linda berfungsi balik sambil mencari kelibat bias kesayangan dia tu. 

 

tiba-tiba daddynya gelak.

 

"daddy tipu eh? paiti tipu. tanak kawan" katanya sambil mencebik

"haah tipu. kalau tak tipu pah sudoh awak duk ternganga lepastu tengok orang lalu lalang macam tak pernah tengok orang sampai daddy dengan ibu awak dah lama takde dekat sisi awak pun tak perasan"

"oh eh? sejak bila ibu dengan daddy pergi? bukan tadi ada dekat tepi linda ke?" 

/ketuk kepala "tula berangan lagi. dahdah yang lain tunggu awak dekat situ. jom pergi"

Linda pun mengikut daddy sambil mengusap kepalanya. Tak sakit,tapi risau jarum peniti dekat tudung dia tercucuk kepala dia. kang tak pasal-pasal tercucuk sampai ke otak. (tolong gelak. authornim saja nak melawak walaupun tak sampai)

 


 

Ibunya lari memeluk Linda. "aigoo Linda. awak pergi mana tadi? tahu tak kitaorang risau tadi"

"ibu ibu jangan ibu jangan pelukkkkk. geli T_T ibu geli, ibu lepaslah, ibuuuuuuu TT_TT" ronta Linda yang geli apabila dipeluk. 

makin kuat dia meronta,makin kuat ibunya memeluknya sambil diiringi oleh gelak tawa yang lain. 

"tyah,kesian dia. dahlatu"

"biar dia ayah,siapa suruh buat orang risau tadi" 

selepas puas memeluk Linda yang badannya macam teddy bear itu, Linda geli geleman satu badan. yela,dia mana suka peluk peluk ni. 

semua terhibur tengok gerak geli dia. 

"oh ya Linda, ni tokki dan maktok awak. parents ibu kamu dan ini atok dan nenek awak,parents daddy"

Linda menyalam mereka satu per satu dan tak lupa,pipinya yang macam pau tu kena cubit oleh semua orang sebagai tanda warm welcome. 

"aigooo ni ke cucu tokki yang kecik kecik dulu selalu main kotor dekat depan rumah tu,yang setiap hari beli lollipop dekat kedai Cik Endon tu?. besar dah awak. mungkin awak tak ingat tokki,tapi setiap kali raya dulu awak selalu datang rumah tokki sebab nak makan satay. lepastu sanggup ulang alik berkali kali sebab nak makan sampai 50cucuk lepastu lidi tu awak kumpul dalam bekas yang awak sediakan,buat apa pun taktau. lepastu awak selalu datang rumah tokki nak mintak makanan sebab terbau masakan maktok" 

"eh? ada eh? asal Linda tak ingat langsung?"

"sebab satay dah hadam ingatan awak yang tu. dahla taktau malu datang nak mintak makanan" sampuk daddynya sambil mendapat jelingan maut dari Linda.

"daddy bergurau je. jangan jeling gitu,meremang bulu roma ni. ampun buk ampun" 

"dahdah jom balik rumah,Rayyan dah tido dah ni haa. lagipun korang mesti penat" sampuk maktok

 

 

 

 

 

malam itu, mereka tidur di rumah ibu bapa mereka kerana kepenatan dan rumah mereka yang berada di Gangnam itu agak jauh dari airport. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Lysa3Kyu #1
Chapter 7: Kelakar la xD teruskan author-nim ^^