THE AXE MAN

BEHIND THE CLOSED DOOR:THE SERIES

 

 

 

 

THE AXE MAN

 

axe man

-----------------------------------------------------

 

Andrew Hellman adalah seorang pembunuh gila pertama di Ohio, Amerika Serikat. Dia juga terkenal dengan panggilan manusia kapak..

 

Panggilan Manusia Kapak ini kemudian menjadi sebuah legenda di Ohio yang mengatakan bahawa arwah pembunuh ini masih menghantui sebuah perkuburan yang berada di sana. 

 

Pada waktu tengah malam, di sekeliling unggun api dan pesta khemah, sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi menceritakan sejarah tentang pembunuh terkenal bernama Andrew Hellman. 

 

Mereka juga mengatakan bahawa arwah masih menghantui tempat terjadinya kejadian tersebut.arwah mencari mangsa untuk melibas mereka dengan kapak tajamnya.

 

Legenda Manusia Kapak ini disebarkan pada tahun 1830an.pada waktu itu, Andrew Hellman adalah seorang penjahit yang terkenal dan tinggal di Ohio bersama istrinya, Mary. 

 

Mereka mempunyai tiga orang anak, Louisa, Henry dan John. Orang-orang yang mengenali Hellman selalu mengatakan bahawa Hellman seorang yang sangat kasar dan kejam seperti syaitan. Tidak seperti keluarga yang bahagia, isteri dan anak-anaknya malah hidup dalam ketakutan terhadap suami dan ayah mereka.

 

Mereka berkata Hellman menyimpan kebencian yang teramat gila kepada wanita. Dia yakin bahawa semua wanita seharusnya diperlakukan seperti budak dan apa yang baik dari seorang wanita hanyalah membersihkan rumah, memasak makanan dan menguruskan keperluan hariannya.

 

Dia memukul isterinya tanpa sebab dan memlakukan anak-anaknya seperti najis.dan sering meninggalkan mereka dalam keadaan lapar dan tidak memberikan mereka harapan kecuali mendapat hidup yang hampa. 

 

Dia semakin menjadi-jadi apabila Henry lahir. Dia mengatakan bahawa henry itu bukan anaknya yang sebenar. Dia yakin isterinya telah menduakannya. Setelah John lahir, Hellman bersumpah jika istrinya memberinya bayi lagi, dia akan langsung membunuhnya.

 

Musim semi di tahun 1893, kegilaan Hellman berbuah pembunuhan keji. Muak dan lelah dengan keluarganya, dia memutuskan untuk membunuh semua ahli keluarganya dengan tangannya sendiri.

 

Pertama, dia cuba membunuh isterinya dengan memberi racun kepada sarapan susunya.. Rencana ini gagal apabila isterinya menyedari buih putih yang terapung di permukaan atas susu dan membuangnya. 

 

Berikutnya, Hellman berniat meracuni anak-anaknya. Suatu hari, ketiga anak kecil ini tiba-tiba jatuh sakit dan menghabiskan dua hari di atas ranjangnya, menderita kesakitan yang tak diketahui puncanya.

 

Louisa dan John akhirnya meninggal kERAna tidak tahan menahan sakit yang luar biasa, tetapi syukurlah dengan usaha tak kenal lelah dari ibu mereka, Henry kecil masih dapat terselamatkan. 

 

Semestinya, ketika isteri Hellman menuduh suaminya yang meracuni anak-anak mereka, dia menyangkal semuanya. 

 

Untuk berhemat, Louisa dan John dikuburkan dalam lubang yang sama. Dan semenjak hari itu, istri dan putranya hidup ketakutan pada Andrew Hellman gemetar dan cemas ketika dia berada bersama mereka.

 

Lima bulan kemudian, Henry bekerja di ladang rakannya. meninggalkan ibunya sendiri bersama ayahnya. Setelah pertengkaran yang kasar, Hellman sepenuhnya menggila dan mengamuk luar biasa. Dia kemudian mengambil sebuah kapak, mengejar isterinya di dalam rumah, dan melibasnya berkali-kali.

 

apabila dia sedar akan kesalahannya. dia tahu dia harus menyembunyikan hasil kejahatannya. Rumahnya sudah dipenuhi dengan percikan darah dan dia tidak bisa membersihkannya begitu saja, jadi dia membuatnya seolah-olah telah terjadi sebuah perampokan. 

 

Dia berjalan ke seluruh ruang, dan mengosongkan barang-barang, segala perabotan. Lalu, melumuri tangannya dengan darah isterinya dan menggosok seluruh tubuhnya dengan itu.

 

Ketika polis tiba, mereka terperanjat menemukan potongan-potongan tubuh isteri Hellman yang malang tersebar di seluruh kamar tidur mereka. Kepalanya sudah hampir terpisah dari lehernya. 

 

Sedang Andrew Hellman berbaring di atas lantai, menangis dan merintih serta mengaku bahawa mereka baru saja diserang oleh segerombolan perompak.

 

Bagaimanapun, polis tetap curiga dan ketika mereka mencuci darah di tubuhnya, mereka tidak menemui punca darah di badan hellman.dan kulitnya tiada jesan luka jika dibandingkan dengan kuantiti darah yang berada di badannya.

 

Dia seterusnya ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara. Namun, rantai besi tidak dapat menahan Manusia Kapak itu dalam waktu yang panjang.

 

Setahun kemudian, dia melarikan diri. Ketika penjaga penjara tidak melihatnya, dia menyelinap keluar dari rantai besi yang diikatkan di kakinya. Mencuri seekor kuda dan memecutnya dalam kegelapan malam sebelum penjaga mengetahui bahawa dia sudah tidak ada. 

 

Tenaga pencarian dikerahkan dan mereka menelusuri jalanan siang dan malam mencari tawanan yang melarikan diri itu, namun setelah melalui beberapa daerah, mereka tidak menemukan sedikitpun jejak darinya.

 

Andrew Hellman melarikan diri ke Baltimore, Maryland, di mana dia membuka sebuah kedai jahit kecil dan memulai kehidupan yang baru dari hidupnya yang gila, dan sakit jiwa. 

 

Menyebut dirinya sendiri “Adam Horn”, dia menikahi seorang wanita lain bernama Malinda Hinkle dan pindah ke sebuah rumah baru dengannya. Namun, bulan madu itu tidak bertahan lama.

 

Penjara tidak mengubah karakter jahat dari Andrew Hellman beserta karakter kasarnya. Tidak memerlukan masa yang lama. Hellman terlibat dalam pertikaian dengan isteri barunya. 

 

Dia mengatakan kepada tetangganya bahwa isterinya masih terlalu muda untuknya dan curiga isterinya telah melakukan hubungan dengan lelaki lain. Akhirnya, dia muak dan bosan dengan usahanya  ketika mengetahui isterinya sarat mengandung di situlah ambang kesabarannya tumbang.

 

Sekali lagi, dia mengambil sebuah kapak dan mencincang istrinya hingga menjadi beberapa bahagian. Setelah selesai, dia mengumpulkan potongan-potongan tubuh itu dan menyebarkannya di seluruh bahagian di rumahnya. Lengan dan kakinya disembunyikan dalam bilik tidur dan menimbus potongan pinggangnya di kebun buah. Kepalanya tidak pernah ditemukan sama sekali.

 

Ketika kejahatannya terkuak, polisi akhirnya menyamakan ciri-ciri dan menyedari bahawa dialah Manusia Kapak yang sama. Hellman dihantar ke mahkamah dan hakim memutuskan bahawa dia bersalah di atas pembunuhan yang dilakukannya.

 

Dia akhirnya digantung hingga mati dipancung dan mayatnya ditanam di sebelah makam isteri pertama dan kedua anaknya.

 

Menurut legendanya, arwah Andrew Hellman masih menghantui tanah perkuburan di mana dia dikuburkan. 

 

Rumah tempat dia membunuh isteri dan anak-anaknya juga sangat dekat dari sana. Penduduk setempat menyebutnya dengan tanah oerkuburan Manusia Kapak dan batu nisannya konon bersinar dengan cahaya yang menakutkan.

 

Laporan tentang suara-suara misteri serta langkah-langkah kaki sudah biasa didengar di antara orang-orang yang mencari rumahnya. Ada yang mengatakan, lewat tengah malam, mereka dapat mendengar sebuah kapak ditancap berulang-ulang pada batu nisannya. 

 

Beberapa orang yang berani mengatakan bekas tancapan kapak itu memang terlihat di atas batu nisannya.

 

Beberapa tahun yang lalu, penjaga makam itu tengah melakukan penjagaan waktu malam ketika dia di serang seorang yang misteri yang membawa sebuah kapak. Penjaga itu dilibas berkali-kali meninggalkan genangan darah dan pembunuhnya menghilang dalam gelap malam tanpa pernah dilihat lagi.

 

Bahkan ada cerita yang mengisahkan pembunuh  itu menetak tiga mahasiswa  yang berani berkemah di dalam pemakaman itu. Ketika mahasiswa itu tiba di sana, mereka dilaporkan melakukan tindakan merosak beberapa batu nisan dan diketahui mencari keberadaan rumah Manusia Kapak tersebut. 

 

Walau di tengah musim dingin, dinding rumah itu masih panas. Mahasiswa yang masuk ke dalamnya hingga ketakutan setelah melihat bayangan seorang lelaki yang berdiri di bumbungnya, menggenggam sebuah kapak. 

 

Legenda mengatakan bahawa dia membunuh semua mahasiswa itu dan menyembunyikan mayatnya. Namun bagaimanapun, mereka tidak pernah terlihat sama sekali. Kebiasaannya jika kau pergi ke sana dan dinding rumah itu masih panas, itu bererti Manusia Kapak siap memangsa dan mencari korban barunya.

 

Beberapa orang mengaku telah melihat arwah menghendap hendap di antara batu-batu nisan di sana dan berjalan menuju jalan yang melalui pemakaman. 

 

Katanya dia suka muncul pada waktu malam,menakutkan manusia biasanya yang wanita, atau siapapun yang kendaraannya rosak di kawasan itu. Dia sangat membenci wanita, jadi jika kau kurang bernasib baik harus melalui kawasan ini pada malam hari, hati-hati. 

 

Kau mungkin boleh melihat sosok Manusia Kapak itu, berjalan turun ke jalan, dengan kapak yang sudah siap di tangannya, dan tidak sabar melempiaskan nafsu membunuhnya terhadap wanita lain.

___________________________________________________

Hello readers.im back.

Sorry..kalau sya sedikit hiraukan this ff.hehe.

Sbb busy skit.maklumlah....ada ramai adik..nk jaga pun  x lepas tngan.hahaha.

Btw.best x story ni..comment untuk saya tau betapa best atau x story ni.

One more..sya ingtkan balik.this ff dlm bentuk oneshots.

First.psl chanbaek tuh..and.sbb sya rasa nk bagi kt readers ni bonus.sya buatlah story psl.the mr eyes games..and another.psl the ax  man.iaitu yg ni.hehe.

Btw..comments is needed..

Fighting..luv u.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Hanna27 #1
Chapter 15: Update soon! Sya akan tunggu author! T^T
bubble_na_baebeul #2
kpda pmbaca BEHIND THE CLOSED DOOR.sya nk mnx maaf.skrng.sya dlm dilema exam.untuk form 4.for the first time.so.mungkin nnti hbis exam.sya uodate.x pun nnti hujung minggu.lgipun sya ddk asrama..again..mianhae
Areum_97 #3
Chapter 14: Authornim bila nak update??? Tak sabar untuk chapter yg power punya ><
Hanna27 #4
Chapter 14: saya tak sanggup tengok gambar yang author tunjuk dekat atas. *tutup mata*
seram!! update soon authornim!! ^0^
JEON_JI #5
Chapter 13: Waahhh... kirannya Naeun nmpak diri dia dilanggar lh? Yg tinggal tu roh je? Err... seramnyee ._.
Hanna27 #6
Chapter 12: bila saya baca ni, saya takut pula bila ada pop-up tiba-tiba muncul dekat skrin nanti!!
seram!! ><
Update soon!^^
JEON_JI #7
Chapter 12: Seramnyee... •﹏•
sw2tie #8
Chapter 10: Wow .... Seram meremang bulu roma ... Nasib x baca waktu mlm ....
Hanna27 #9
Chapter 9: smiley faces....its just not a happy face but also a face can make people scare...
walapun chapter ni pendek, tapi saya suka baca chap ni!!
semakin banyak authornim update, semakin menarik cerita saya baca^^
and congrats for your PT3 result^^
Hanna27 #10
Chapter 8: authornim, saya faham jalan cerita ni!
memang menakutkan!!