Chapter 2 (13/3/2016)

For You

     Aku mengikut pelajar itu atau lebih tepat lagi Sooyoung masa waktu rehat.Dia tidak pergi makan di kantin tapi dia pergi tempat yang aku tak tahu.Maklumlah baru sehari aku wujud dekat sekolah ni,memang tak tahu lagi.Aku nampak dia masuk ke satu bilik kosong.Aku ekori dia lagi.Aku melihat saja dari luar bilik tersebut melalui tingkap.Aku melihat yang dia mengangkat kain yang menutupi sesuatu dan benda itu ialah piano.Apa yang dia nak lakukan?

Aku perhatikan dia lagi dan melihat yang dia bermain piano tersebut.Dia memainkan lagu Ra.d -Mom.Lagu tu memang sedih.Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba yang aku teringat semula kata-kata dua pelajar perempuan tadi.

"Dia takkan cakap dengan kau pun.Dia saja pekakkan telinga dan membisu.Dia tak pernah cakap dengan orang lain semenjak masuk dekat sekolah ni."

"Ada orang cakap yang dia jadi macam tu semenjak mak dia sakit dan baru-baru ni,mak dia meninggal dunia."

"Dan kalau latar belakang keluarga dia,dia tu anak luar nikah dan mak dia tu cuma perempuan simpanan bapa dia.Bapa dia orang kuat dekat sekolah ni.Jadi tak ada orang yang berani nak kawan dengan dia."

"Jadi aku nasihatkan kau jangan rapat dengan dia.Dia tu perempuan s*al."

Lamunan aku terhenti apabila aku terasa sesuatu menyentuh bahuku.

"Budak baru.Apa kau buat dekat sini?"

Aku terkejut.Aku meletakkan jari telunjukku di bibirku tanda menyuruh dia untuk senyap.

"Shuhhh!Diam sikit."

"Kau buat apa dekat sini?"

"Kan aku sudah suruh senyap sikit."

"Baiklah.Tapi kau buat apa?"

"Tengok tu."

"Joy.Kenapa dengan Joy?"

"Pasal kau panggil dia Joy."

"Suka hati aku lah nak panggil dia apa.Lagipun dia tu kawan aku.Kawan dia masa sekolah rendah.Tapi sekarang dia dah berubah.Dia tak bercakap pun."

Aku tengok dari muka budak yang bernama Seunghyun ni,memang hampa.Aku faham perasaan dia.

"Kau budak yang baling kertas dekat kelas tadikan?"

"Haah.Maaflah.Tadi aku nak baling dekat tong sampah tapi terkena dekat kau.Nasib kau memang malang lah."

Aku memukul bahu dia.

"Suka hati kau kata aku malang eh."

"Bi-"

Aku menekup mulutnya dan menyuruhnya tunduk sebab aku nampak yang Sooyoung nak keluar dari bilik tersebut.

"Huh!Selamat."

"Kau macam dah biasa buat kerja ni kan?"

"Ishh!Aku tumbuk juga kau nanti."

Kami gelak bersama-sama.Dan situ lah mulanya persahabatan kami.Walaupun baru berjumpa,dah rasa macam berkawan nak dekat 10 tahun rasanya.Mungkin aku rasa persahabatan ini terlalu cepat tapi aku tak kisah pun.

     Kami bercerita kisah hidup kami dan aku ada sikit bertanyakan tentang Sooyoung.Aku pun tidak tahu kenapa aku ni kisah sangat nak jaga tepi kain orang pula.

"Yang kau suka tanya aku pasal Sooyoung banyak sangat ni kenapa?Dah tersangkut dekat dia eh?"ucap Seunghyun sambil menyiku perlahan lenganku berkali-kali,menyakat aku.

"Ishh!By The Way,kau nak aku panggil kau apa?"

"Panggil aku Seungri,"dia ucapkan dengan senyuman.Aku membalas senyuman dia.

"Okey.Seungri-ahh."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hari ni dah genap seminggu aku duduk dekat sekolah ni tapi tak ada apa yang berubah pasal Sooyoung.Dia tak berbual pun dengan aku apatah lagi nak tegur sapa dengan aku.Sedih tapi Wonwoo,don't give up.You can do it.Mata aku bersinar-sinar.

Loceng rehat berbunyi dan aku pun mulakan rutin harian aku untuk stalk Sooyoung dekat bilik muzik.Kadang-kadang,Seungri ada juga ikut join aku sekali.Tiba-tiba,aku dengar suara orang sedang memarahi seseorang.

"Kau memang tak ada mata ke?Dah lah perangai sebiji macam orang bisu dan pekak.Takkan buta sekali."

"Ss-sorry."

"Apa?Aku tak dengar."

Satu tamparan kuat tepat mengenai pipi kiri Sooyoung.Dia terjatuh akibat tamparan itu.

"Kau ucap sorry saja untuk semua ni.Kau tak nampak yang kau dah rosakkan baju baru aku.Nampak tak?!Buatan Itali kau tahu!"

Aku mula mengorak langkah aku ke arah Sooyoung selepas 'Si Dia' mula mengangkat tangan kirinya,cuba menampar Sooyoung lagi.Aku tak tahan dengan semua ni.Aku dengan segera menahan lengan 'Si Dia' daripada menampar Sooyoung lagi.Sooyoung masih tertunduk menyentuh pipi kirinya yang sudah naik merah akibat tamparan tersebut.

"Kau pasal?Lepaskan aku.Ishh!"

'Si Dia' meronta-ronta meminta supaya tangannya dilepaskan.

"Kau nak tangan kau elok lagi atau kau nak lepaskan Sooyoung?Hah??!!!"

Aku menjerit ke arahnya dengan nada suara yang tinggi dan marah.'Si Dia' mula menundukkan kepalanya disebabkan terkejut akan perlakuan aku.

"A-aku l-lepaskan dddia."

Perlahan-lahan aku lepaskan tangan 'Si Dia' dan pergi ke arah Sooyoung.Aku membantunya untuk bangun.Tapi dia menolak.

"Tak apa.Jangan bantu aku."

Dia menahan tangannya pada dinding dan cuba bangun.Cubaan dia berjaya tapi dia tiba-tiba pengsan.Aku menyambut dia dari belakang.'Si Dia' masih ada di belakang aku.Tercegat macam tugu negara di belakang aku.

"Jangan pandang saja.Tolong lah."

Dia mengangguk dan memanggil cikgu manakala aku mendukung Sooyoung ke bilik rawatan.Muka Sooyoung pucat.Aku takut.

"Sooyoung.Jangan risau.Kau pasti akan selamat."

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
I was responsible to make poster for this story from HONESTLY GS :)
Baca forward and nampak nama saya. I was like "Eh?" Hahahahaha :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 1: Best!!!!update soonnnnnn!!!!!♥♥♥
youngminbfminwoo
#3
Chapter 1: Hohohho, best. Saya makin tak sabar nak baca. Update soon
aquariusxpisces
#4
Jap... tak silap aku tadi ff ni masuk mimpi aku!!!