Drop Your Opinion Here! [MALAY READER & WRITER]

Description

Mai semua pembaca dan penulis malay sekalian!

  • Hi! Kepada semua pembaca serta penulis malay kita yang berada di Asianfanfics, saya buat khas satu tempat di mana awak boleh nyatakan segala pendapat awak tentang penulis dan pembaca malay.
  • Mungkin kepada penulis, terdapat ketidakpuasan hati awak semua terhadap penulis seperti saya yang lemah ini. Awak sebagai pembaca boleh nyatakan pendapat awak dan di sini saya akan bincangkan dan rumuskan berkaitan pendapat awak semua. Contohnya awak nyatakan apa yang awak tidak suka berkaitan cara penulisan sesetengah penulis malay. Mungkin juga awak boleh nyatakan masalah yang pernah timbul seperti layanan penulis terhadap pembaca. Mungkin tiada interaksi antara pembaca dan penulis.
  • Jika awak sebagai penulis pula, awak boleh luahkan segala isi hati awak di sini. Mungkin terdapat pembaca yang menjadi silent reader. Mungkin juga komen yang diberi oleh pembaca hanya memberi kesan negatif dan bukannya positif kepada diri penulis. Mungkin juga awak boleh nyatakan pendapat awak tentang kata-kata yang enak didengari sewaktu pembaca memberikan komen kepada awak, Si Penulis.
  • Cara untuk meletakkan pendapat dan luahan hati awak semua adalah mudah.
    1.  Awak komen di bawah ini saja.
    2.  Awak post kat wall saya.
    3.  Awak pm saya.
  • Kepada sesiapa yang ingin menjadi co-author iaitu pembantu di sini, awak boleh pm saya. Sebab saya rasa saya perlukan seseorang untuk membincangkan serba-serbi masalah dan pendapat penulis dan pembaca yang lain.
  • Tempat ini merupakan ruang perbincangan antara penulis dan pembaca malay. Jadi, semua pendapat dan masalah dapat dinyatakan serta dibincangkan dengan mudah dan efektif.
  • Pendapat dan masalah yang dinyatakan akan saya letakkan sebagai anonymous jika awak mahukan. Kalau tidak, username awak akan terpapar pada ruang pendapat dan masalah.
  • Terima kasih untuk kerjasama yang diberikan!

Foreword

Bermula pada 27 Mei 2018.

Khas buat penulis dan pembaca malay.

 

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Wah bagusnya ada ruangan macam ni.