They Are Mine

My Seven Bodyguard

"Nenek? Kenapa nenek panggil Dahyun? Kenapa mereka berkumpul di sini?" Dahyun yang bingung asyik bertanyakan soalan tidak berhenti-henti.

"Jadi, Dahyun, kamu sudah pilih siapa yang kamu mahu untuk menjadi pembantu peribadi kamu selamanya?" Puan besar mula bersuara.

Dahyun tergamam.

"Maksud nenek? Apa yang nenek merepek pagi-pagi ini?" Dahyun cuba ketawa.

"Yang Yoseob, kamu tidak memberitahu Dahyun?" Puan besar menjeling geram.

"Maafkan saya, puan besar." Hanya itu balasan dari mulut Yoseob.

"Kamu semua juga?" Puan besar tidak puas hati.

"Tidak." Semua jejaka kacak itu menggeleng.

Puan besar mengeluh kecil. "Nenek, lawak apa pula pagi-pagi ni? Saya kena memilih mereka?" Dahyun seakan-akan tidak percaya. "Ya, Dahyun. Kamu kena pilih salah seorang di antara mereka." Puan besar menerangkan situasi sebenar. "Tidak! Dahyun tidak boleh memilih salah seorang di antara mereka!" Dahyun mula membentak. Puan besar terkejut dengan keputusan Dahyun.

"Apa? Kamu mesti pilih. Kamu mahu jadi puteri bukan?" Puan besar duduk di atas kerusinya.

"Tidak perlu! Saya perlukan mereka semua." Dahyun tetap mempertahankan keputusannya. "Hmm...Tidak mengapalah, Dahyun." Puan besar akur. "Hah? Nenek tidak bergurau?" Dahyun masih bingung.

"Mungkin ini sebabnya mak kamu lari dari rumah agam ini. Nenek terlalu mengongkongnya. Kamu...hiduplah dengan mereka semua." Puan besar tersenyum lebar.

Dahyun bersorak gembira. Dia memeluk Mark secara spontan. "Ehem... Tapi kamu tetap anak mak. Tidak boleh berpelukan di depan mak." Mak Dahyun muncul dari belakang pintu besar pejabat neneknya itu. "Hehehe...Maaf, mak. Dahyun gembira sangat." Dahyun tersengih seperti kerang busuk. Dahyun memandang pembantu-pembantu peribadinya itu. Dia tersenyum. "Mulai hari ini, kamu semua milik saya, Tuan Puteri Kim Dahyun."
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Coco_Cherry #1
Chapter 7: Awakk update soon, update soon~~ Nak tgok Dahyun ngn Mark *^▁^* Eh tpy npe nme sye ade eyh? XD sye bkak ff nih tgok ade nme sye XD . Ke sye yg perasan?? Lol XD
baek_nd_u10n #2
Chapter 7: update soon^^......
NurRahSyaXD #3
Chapter 5: .... update soon
Hyunheekim #4
Chapter 4: Update soon..
MomoEXO #5
Chapter 4: Yah author-nim update please
_hoshicutie #6
Chapter 4: Update soon authornim
nurul030416 #7
Chapter 4: tak sabarnya nk baca next chapter!!!
NurRahSyaXD #8
Chapter 4: hrp2 nnti Mark ngn Dahyun