Long Lost Bestfriend

My Seven Bodyguard

Dahyun tercari-cari manusia bernama Mark Tuan atau yang sebenarnya Tuan Yi Eun. Selama dia di rumah agam ini, sesekalipun dia tidak menyangka bahawa Mark ialah kawan baiknya yang terpisah.

Dia ternampak Mark di pondok. "Mark!"

Mark hanya berlalu pergi. Dahyun tidak berputus asa. Dia tetap mengejar Mark sehinggalah dia terjatuh.

"Tuan...Tuan Yi Eun!" Jeritnya lantang.

Mark memberhentikan langkahnya sebelum berpaling ke arah Dahyun yang sudah terduduk.

"Kenapa awak tidak mahu beritahu yang awak...anak jiran sebelah rumah tu?" Ujar Dahyun yang berjaya membuat Mark terkejut.

"Jadi... tuan puteri dah ingat saya?" Kata Mark sambil tersenyum.

"Jangan panggil saya tuan puteri! Saya kawan baik awaklah! Kim Dahyun!" Dahyun mula berlari ke arah Mark sebelum berhenti tepat di depannya.

"Kenapa awak berpindah? Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa awak tidak beritahu pada saya? Awak jahat, Mark!" Air mata Dahyun mula merembes.

"Sebenarnya..."

"Yi Eun, bangun. Kita nak berpindah." Ibu Yi Eun mengejutkan Yi Eun yang masih lena tidur.

"Berpindah? Tapi saya belum beritahu kawan-kawan saya lagi. Bagaimana dengan Dahyun? Pasti dia akan berasa sedih." Yi Eun cuba memujuk ibu tersayang itu.

"Tak boleh, Yi Eun. Kita kena pulang ke Los Angeles." Si ibu masih cuba memujuk anaknya.

"Ibu, saya masih nak tinggal di sini, bersama kawan-kawan saya." Yi Eun tidak berputus asa, dia masih cuba memujuk ibunya itu.

"Yi Eun! Jangan degil! Cuba dengar cakap ibu." Ibu Yi Eun makin bertegas dan sudah menukar nada suara. Akhirnya, Yi Eun meninggalkan rumah yang diduduki sekarang tanpa sebarang khabar.

"Kalau ya pun, kenapa awak tidak cuba beritahu saya yang awak...Yi Eun?" Dahyun mengesat air mata yang berbaki di pipinya.

"Awak tidak tanya." Senang sahaja jawapan yang diberikan.

"Yi Eun! Saya rindu sangat dengan awak!" Dahyun memeluk lengan Mark. "Lepaslah, tuan puteri. Malu orang nampak." Mark menolak muka Dahyun jauh-jauh. Dahyun memuncungkan bibir.

"Yi Eun. Awak ni..." Dahyun menjeling Mark.

"Oh, tuan puteri di sini rupanya." Kelihatan Cory menjengah kelakuan Dahyun. "Cory? Kenapa?" Tanya Dahyun, kehairanan. "Puan besar panggil." Ujar Cory sebelum meninggalkan Dahyun.

Dahyun berpaling. Mark yang bersamanya tadi juga sudah hilang. Huh, ada ilmu agaknya.

P.S : Bahasa baku, right? Saya nak memperbaiki kualiti penulisan saya~
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Coco_Cherry #1
Chapter 7: Awakk update soon, update soon~~ Nak tgok Dahyun ngn Mark *^▁^* Eh tpy npe nme sye ade eyh? XD sye bkak ff nih tgok ade nme sye XD . Ke sye yg perasan?? Lol XD
baek_nd_u10n #2
Chapter 7: update soon^^......
NurRahSyaXD #3
Chapter 5: .... update soon
Hyunheekim #4
Chapter 4: Update soon..
MomoEXO #5
Chapter 4: Yah author-nim update please
_hoshicutie #6
Chapter 4: Update soon authornim
nurul030416 #7
Chapter 4: tak sabarnya nk baca next chapter!!!
NurRahSyaXD #8
Chapter 4: hrp2 nnti Mark ngn Dahyun