Good Buddy Dongwoon, Yoseob and Junhyung

My Seven Bodyguard

 

Dahyun memandang tiga orang lelaki yang berdiri di depannya. "Hmm...Saya tengah bosan ni. Jom main kejar-kejar?" Ujar Dahyun sambil tersenyum kambing. "Kejar-kejar? Jomlah!" Yoseob menarik tangan Dahyun. Junhyung mencubit lengan Yoseob. "Oit, kau tu bodyguard je. Jangan lebih." Kata Junhyung sambil merenung Yoseob.

 

"Saya kejar, awak semua lari. Boleh?" Tanya Dahyun sambil membuat aegyo .

"Larat ke tuan puteri nak kejar kami ?" Soalan bodoh itu keluar dari mulut Dongwoon. Maybe agak genius.

" Hey, jangan pandang rendah terhadap kebolehan saya, tahu?" Dahyun cuba mengawal diameter lubang hidungnya. Wah, bangga puji diri sendiri.

"Baiklah. Disebabkan ini arahan daripada tuan puteri, kami hanya akur." Ketiga-tiga jejaka kacak itu menunduk hormat. "Baiklah, saya mulakan pengiraan. Satu, dua, tiga!" Dahyun mula mengejar ketiga-tiga jejaka yang berlari bertempiaran seperti kambing yang dikejar musang. Yoseob pula sudah berlari sambil menjerit-jerit.

"Jangan pandang rendah terhadap saya!" Dahyun mula mengejar Dongwoon yang mengejeknya tadi. "Alamak! Tuan puteri sudah mengamuk!" Dongwoon berlari ke arah Yoseob. Dahyun yang dilihatnya tadi umpama singa sembelit, bukan lagi budak perempuan yang naif.

"Yoseob! Tunggu aku!" Dongwoon masih terkedek-kedek mengejar Yoseob yang entah dah berlari ke mana. Laju dia berlari. Kalah kereta lumba F1. Dahyun terhenti seketika selepas melihat Mark sedang asyik membaca buku. Sisi mukanya sangat sempurna, memenuhi ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Dahyun terlupa, yang dia tengah bermain kejar-kejaran dengan tiga jejaka yang dah serupa kera terlepas.

"Tuan puteri, sudahlah. Saya dah penat. Dongwoon dengan Yoseob pun entah ke mana." Ujar Junhyung kepenatan. Kesian pula pada mereka. Tak pasal-pasal kena jadi mangsa buli Dahyun. "Baiklah. Tapi, mana mereka berdua ?" Tanya Dahyun sambil menggaru-garu kepala. Junhyung hanya mengelengkan kepala sebelum pergi meninggalkan Dahyun.

"Tuan puteri~ Saya ada bawakan aiskrim kegemaran tuan puteri." Dongwoon cuba membodek Dahyun dengan memberikan aiskrim kegemarannya, aiskrim berperisa vanila. "Wah! Jahat! Pandai awak tahu kegemaran saya." Dahyun menyuap aiskrim itu ke dalam mulutnya.

"Hmm...Jom kita jadi kawan baik ?" Tanya Dahyun.

"Maaf tuan puteri, tetapi nanti kita kena berpisah jugak. Tuan puteri kena pilih salah seorang dari kitorang." Ayat ini memang hendak Yoseob luahkan, tapi mungkin cuma di dalam hati sahaja.

"B-boleh..Tuan puteri." Yoseob dan Dongwoon cuba mengawal reaksi mereka dengan tersenyum mesra.

"Maafkan kami, tuan puteri."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Coco_Cherry #1
Chapter 7: Awakk update soon, update soon~~ Nak tgok Dahyun ngn Mark *^▁^* Eh tpy npe nme sye ade eyh? XD sye bkak ff nih tgok ade nme sye XD . Ke sye yg perasan?? Lol XD
baek_nd_u10n #2
Chapter 7: update soon^^......
NurRahSyaXD #3
Chapter 5: .... update soon
Hyunheekim #4
Chapter 4: Update soon..
MomoEXO #5
Chapter 4: Yah author-nim update please
_hoshicutie #6
Chapter 4: Update soon authornim
nurul030416 #7
Chapter 4: tak sabarnya nk baca next chapter!!!
NurRahSyaXD #8
Chapter 4: hrp2 nnti Mark ngn Dahyun