The Truth About Mark Tuan
My Seven Bodyguard
Dahyun sudah mula selesa dengan layanan pengawal peribadinya. Memanglah, mereka tu khas untuk dia. Hmm.. Apa salahnya cuba membiasakan diri? Hahaha..
Dahyun melepasi perpustakaan di rumah agam itu. Besar! Memang tak lah bagi si Dahyun yang tak minat membaca nih.
Dia ternampak Minhyuk. Mungkin dah tiba masanya untuk dia rapat dengan Minhyuk pula.
"Hai Minhyuk!" Dahyun tersenyum ceria. "Oh, tuan puteri. Hai.." Dengan sopannya, Minhyuk berdiri dan memberhentikan pembacaannya. "Tengah baca buku apa tu?" Tanya Dahyun sambil mendekati Minhyuk. "Saya tengah baca cerita pasal persahabatan." Minhyuk menjawab dengan sopan.
"Boleh ceritakan pada saya?" Dahyun memegang buku itu. "The Long Lost Bestfriend." Dahyun membaca tajuk cerita itu. "Hmm...Teringat pula saya pada Tzuyu." Dahyun berasa agak sedih kerana sepatutnya mereka bersama-sama ke Pulau Jeju.
"Hmm...Cerita ni pasal dua orang kawan berpisah. Mereka sebenarnya berdekatan, tapi mereka tak perasan pun hal itu. Pada suatu hari, mereka bertemu kembali." Ujar Minhyuk seraya memendekkan kandungan buku yang setebal kamus itu. Musuh Dahyun tu, hahahah.
"Haah ya. Saya pun pernah mengalani situasi macam ni. Tapi sampai sekarang saya tak jumpa dia." Ujar Dahyun sayu. "Itupun sebab saya pernah hilang ingatan. Saya tak ingat muka dia, tapi nama dia saya boleh ingat." Sambungnya.
"Apa nama dia?"
"Tuan...Tuan Yi Eun."
Minhyuk terkejut. "Kenapa Minhyuk?" Tanya Dahyun.
"Tuan puteri...langsung tak cam dia ke?" Minhyuk menunduk.
Dahyun menggeleng.
"Hmm.. Mungkin tuan puteri patut tahu kebenarannya." Minhyuk mengeluh sebentar.
"Tuan Yi Eun tu...dia sebenarnya..."
"Tuan puteri, tuan puteri kena tidur sekarang." Cory mengganggu perbualan mereka.
"Tapi... Minhyuk, cepat beritahu saya!" Dahyun mendesak Minhyuk.
"Tuan Yi Eun tu...dia sebenarnya Mark!"
"....apa?"
Comments