Hadiah

Dia...Isteriku

(BEBERAPA BULAN KEMUDIAN)

Cahaya mentari memasuki pelusuk bilik Hyenim dan Seokjin, Hyenim terbangun dari tidurnya, sambil mengesat matanya yang sedang kabur, Hyenim duduk dan terus mengangkat kedua belah tangannya dan mengeliat, tiba-tiba..

"Good morning.."

Siapa Seokjin sambil merangkul pinggang Hyenim dan meletakkan kepalanya di bahu Hyenim, matanya masih lagi tertutup, Hyenim hanya menggeleng apabila melihat wajah suaminya yang agak tak terurus itu, Seokjin membuka matanya dengan perlahan, Hyenim mengukirkan senyuman.

"Nak kiss.."

Ucap Seokjin tanpa rasa malu sambil memuncungkan bibir pink nya, muka Hyenim merah, lalu menolak Seokjin secara perlahan.

"Lepaslah...Saya nak pergi siap kan sarapan ni.."

Kata Hyenim masih lagi menolak Seokjin, kepalanya di tundukkan kerana malu, Seokjin mengetatkan lagi pelukannya.

"Tak nak...Saya nak peluk Awak lagi.."

Hyenim mengeluh kecil, dan mengalihkan tangan Seokjin daripada melingkari pinggangnya, Seokjin memuncungkan bibirnya tanda merajuk apabila Hyenim berbuat demikian, Hyenim turun dari katil dan melihat Seokjin, Seokjin tetap dengan kelakuan tidak matangnya itu, Hyenim hanya menggeleng apabila melihat perangai suaminya.

"Oppa mandi ye? Hyenim pergi buat kan sarapan dulu.."

Kata Hyenim sambil mengusutkan rambut Seokjin, muka Seokjin tetap sama macam tadi, mata Seokjin beralih ke arah lain kerana tidak mahu melihat, Hyenim hanya menggeleng dan berjalan keluar dari biliknya.


 

"Okey, siap!"

Ucap Hyenim apabila makanan sudah terhidang di atas meja, apronnya di buka, lalu di gatungkan ke tempatnya kembali, dahi Hyenim berkerut. Perasaan aneh menyelubungi dirinya apabila suaminya dari tadi tidak turun dari tingkat atas, Hyenim mengeluh kecil dan berjalan menuju ke tingkat atas.

Sesampainya di atas, Hyenim terus memasuki biliknya, dan mendapati suaminya tiada. Matanya membulat. Perasan cemas menyelubungi dirinya, tiba-tiba.

"Hyenim.."

Hyenim membulatkan matanya apabila tubuhnya di peluk oleh seseorang dari belakang, Hyenim kenal akan suara itu, nafas lega di hembuskan dari mulut Hyenim.

"Seokjin..."

"Panggil Saya Oppa.."

Hyenim diam, dia tidak bercakap, Seokjin memusingkan tubuh Hyenim agar melihat ke arahnya, Seokjin menatap mata Hyenim, Hyenim hanya melihat Seokjin dengan pandangan dingin, Seokjin tahu Hyenim sedang marah dengannya, Seokjin tersenyum dan mengelus pipi gebu.

"Mianhae.."

Pujuk Seokjin sambil mengukir senyuman, Hyenim hanya memandangnya dengan pandangan mendatar, lalu dia mengeluh kecil dan mengukir senyuman hambar pada Seokjin.

"Jom la, turun makan. Saya dah sediakan sarapan untuk Awak."

Kata Hyenim sambil berjalan keluar dari bilik, tiba-tiba tangannya di tarik oleh Seokjin, Hyenim mengerutkan dahinya apabila Seokjin berbuat demikian, Seokjin hanya mengukir senyuman, dan terus mencium pipi kanan Hyenim, Hyenim menyentuh pipinya terasa panas, dia melihat Seokjin dengan rasa malu, lalu berlari keluar dari biliknya, Seokjin yang melihat hanya ketawa kecil melihat gelagat isterinya.


Setelah selesai makan, Seokjin segera menyarung kot hitam ke tubuhnya yang telah di pakaikan kemeja putih itu, Hyenim berjalan  mendekati Seokjin dan membetulkan kot Seokjin itu, dia memakaikan tali leher berwarna biru pekat pada leher Seokjin, itu lah rutin Hyenim pada setiap pagi  apabila Seokjin ingin pergi berkerja, Seokjin hanya tersenyum kecil melihat wajah isterinya yang sedang fokus membetulkan tali lehernya.

"Hyenim.."

"Hmm?"

Hyenim mengangkat wajahnya melihat Seokjin, Seokjin mengusap rambut Hyenim, Hyenim hanya menatap Seokjin hairan.

"Terima kasih...untuk segalanya.."

Ucap Seokjin lalu memeluk tubuh kecil Hyenim, Hyenim hanya tersenyum dan membalas pelukan Seokjin.

"It's okey. Dah la tu...Awak nak pergi kerja dah ni, nanti Umma marah pulak bila Awak datang lambat.."

Kata Hyenim seraya melepaskan pelukan, Seokjin duduk melutut di hadapannya, membuatkan Hyenim semakin hairan terhadap suaminya, Seokjin mendekatkan telinganya ke perut Hyenim.

"Baby...cepatlah wujud, Appa tak sabar nak tunggu kehadiran baby."Ujar Seokjin  sambil mencium perut Hyenim.

Hyenim mengetuk kepala Seokjin, Seokjin mengaduh kesakitan, lalu berdiri dan tersengih, muka Hyenim berubah menjadi merah padam kerana marah dan malu bercampur baur di dalam dirinya, Hyenim menundukkan kepalanya, matanya tidak mahu menatap Seokjin kerana terlalu malu, Seokjin mengangkat dagu Hyenim agar menatap matanya, Hyenim hanya membuat muka marah, Seokjin tersenyum kecil apabila melihat wajah comel Hyenim ketika marah dan Seokjin terus mencium bibir kecil Hyenim, Hyenim membulatkan matanya apabila Seokjin berbuat demikian, Hyenim kaku, Seokjin melepaskan ciumannya dan terus berlari ke keretanya kerana takut Hyenim akan mengetuk kepalanya sekali lagi, Hyenim tetap kaku di tempatnya, mukanya terlalu merah, dia menyentuh bibirnya, dan melihat Seokjin yang semakin hilang dari pandangan. Hyenim menundukkan kepalanya, hatinya terasa sayu.

"Maafkan Saya Seokjin, walaupun Saya pernah cakap yang Saya Sayang kan Awak, itu tak bermakna saya mencintai Awak......Kim Seokjin."


(DI PEJABAT)

"KNOCK! KNOCK!"

"Masuk.."

Arah Seokjin ke pada seseorang yang sedang mengetuk pintu bilik pejabatnya, Seokjin mengangkat wajahnya apabila orang itu telah duduk di hadapannya, dapat di lihat seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an, Seokjin mengukirkan senyuman kecil buat wanita tersebut.

"Ada apa Umma datang ke sini?"

Soal Seokjin sambil melihat Pn.Kim, Pn.Kim hanya mengangkat keningnya, sambil melihat fail-fail Seokjin.

"Malam ni...ada majlis ulang tahun syarikat kita, jadi....kamu sebagai Anak ketua syarikat, sila datang ye? Kim Seokjin, oh! Jangan lupa! Bawa Hyenim jugak.."

Ujar Pn.Kim lalu meletakkan fail-fail Seokjin di tempatnya kembali, dia berjalan keluar dari bilik Seokjin, Seokjin hanya membuat syarat 'okey' sahaja, Seokjin menyandarkan tubuhnya di kerusi,  matanya melihat ke arah siling, senyuman terbit di wajahnya apabila teringat tentang isterinya yang berada di rumah.

"Aku nak belikan sesuatu untuk Hyenim la."


 

 "Selamat datang my chingu~"

Ucap seorang gadis sambil membongkokkan tubuhnya sedikit, Seokjin hanya tersenyum dan memasuki butik, Seokjin memerhati sekeliling seperti mencari sesuatu.

"Seukhye..kau tau tak, dress mana yang sesuai untuk majlis Peribadi, macam...majlis syarikat ke..apa-apa je lah.."

Soal Seokjin sambil membelek baju-baju yang ada, Seukhye mendekati Seokjin, lalu melihat baju yang ingin Seokjin beli, dahinya di kerutkan, lalu melihat wajah Seokjin yang sedang fokus mencari baju itu.

"Kau....nak cari baju yang warna pink ke?"

Seokjin mengangguk, sambil melihat Seukhye dengan wajah yang ceria, seukhye hanya menggeleng apabila melihat rakannya itu, dia memilihkan satu baju yang berhampiran dengannya.

"Yang ni okey?"

 

Seokjin melihat baju itu dari atas hingga ke bawah, bibirnya di cebikkan, dan dia menggeleng.

"Simple sangat.."

Ujar Seokjin, lalu melihat baju yang lain, Seukhye menyimpan baju itu, lalu mengambil baju yang Seokjin tengok tadi.

"Yang ni...?Aku tengok kau tengok baju ni tadi, so...Aku rasa kau macam tertarik je dengan baju ni."

Seokjin hanya melihat sambil dahinya di kerutkan, Seukhye melihat Seokjin ingin menanti jawapan, Seokjin menggeleng lagi.

"Laaa...kenapa pulak?"

"Baju tu...tak sesuai untuk Hyenim, lagipun...baju tu..macam tak sesuai untuk majlis tu."

Seukhye menganghkan mulutnya apabila Seokjin berkata begitu, Seukhye mendengus Kasar dan meletakkan baju itu dengan perasaan marah, tiba-tiba mata Seukhye terlihat ke arah satu baju yang menarik perhatiannya,dia tahu Seokjin tak kan menolak baju ini, lalu dia mengambilnya sambil mengukir senyuman yang puas.

"Seokjin~"

Panggil Seukhye dengan Nada menggoda, Seokjin menoleh ke arah Seukhye dengan muka bosan, matanya membulat apabila terlihat apa yang Seukhye pegang.

 

"Okey! Perfect!"


 

"Apa hal ni?"

Seokjin menggosok tekaknya terasa loya, kepalanya berasa sakit, dengan pantas Seokjin berlari memasuki tandas awam, Seokjin memuntahkan segalanya apabila dia berada di dalam tanda, Seokjin membasuh mukanya di singki, matanya melihat ke arah cermin, nafasnya tercungap-cungap.

'Kenapa dengan Aku ni...?'

Soal Seokjin di dalam hatinya sendirian, dia menarik nafas dan menghembuskannya sebelum keluar dari bilik air.

Seokjin berjalan seorang diri, perasaan bosan menyelubungi dirinya, dia melihat sekeliling, matanya tertarik dengan sesuatu yang berada di dalam Kedai emas, Seokjin mengukir senyuman kecil, dan terus memasuki Kedai emas tersebut. Rantai berloketkan Krystal berwarna pink menarik perhatian jejaka bernama Kim Seokjin, dia merancang membelikan rantai tersebut untuk isterinya yang tercinta(awww! So sawiit! XD) 

 

  


 Hyenim yang sedang menonton televisyen di atas sofa di ruang tamu di kejutkan dengan, sesuatu...

Ada seseorang telah menatap matanya menggunakan kedua telapak tangannnya, Hyenim tersenyum kecil kerana dia tahu siapa empunya tangan tersebut.

"Kim Seokjin.."

Seokjin meleraikan tangannya daripada menutup mata Hyenim.

Dia berjalan dan mengambil tempat di sebelah Hyenim, dia menatap wajah Hyenim dari tadi sedang leka menonton televisyen, Seokjin memusingkan bahu Hyenim agar melihat ke arahnya, Hyenim mengelipkan matanya berkali-kali apabila Seokjin, Seokjin mengukir senyuman sinis, membuatkan Hyenim semakin cemas dan takut, Seokjin mendekatkan wajahnya ke wajah Hyenim, Hyenim menelan air liur dan membelakangkan tubuhnya, semakin Hyenim ke belakang makin galak Seokjin mendekatkan wajahnya ke wajah Hyenim, Hyenim terbaring di atas sofa, Seokjin menindih tubuh Hyenim, muka Hyenim semakin pucat, Seokjin hanya melihat Hyenim tanpa perasaan, Seokjin menghidu leher jinjang Hyenim, Hyenim terkejut akan tindakan Seokjin, Hyenim menutup matanya kerana terlalu takut, air matanya bertakung hanya menunggu Masa untuk mengalir, Hyenim dapat merasakan kedua belah tangan Seokjin sedang memasang sesuatu di belakang lehernya, Hyenim membuka matanya dengan perlahan, Seokjin mengangkat kepalanya dan menatap wajah Hyenim, dia menghadiahkan senyuman manis kepada Hyenim, lalu mengucup dahi gadis yang sedang resah itu, Seokjin bangun dari pembaringannya, dan berjalan meninggalkan Hyenim berseorangan di ruang tamu, Hyenim menggaru kepalanya Yang tidak gatal itu, merasakan ada sesuatu di lehernya. Hyenim tersenyum kecil apabila melihat seutas rantai yang berbatukan Krystal berwarna merah jambu tergantung di lehernya, dia membelek rantai tersebut.

"Terima kasih Kim Seokjin.."

Seokjin mengukir senyuman, kerana terdengar apa yang Hyenim ucapkan.

 


Korang rasa....Saya patut buat citer ni....happy end ke? Sad end? XP

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ