Kehidupan baru

Dia...Isteriku

Seokjin melepaskan tangannya dari tombol pintu, dia terdengar apa yang Hyenim katakan, dia tahu...Hyenim memang tidak mahu di cintai olehnya sejak dari dulu lagi, tetapi...dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak mahu melepaskan gadis itu, ada sesuatu yang dia telah sembunyikan daripada gadis itu, tetapi dia merahsiakannya.

"Kenapa Awak pindah? Nanti siapa nak kawan dengan Saya?  siapa nak teman Saya?"

"Saya janji dengan Awak, Saya akan datang balik, Saya akan taman Awak bermain lagi....Saya akan Jaga awak, Saya janji...."

"Janji?"

"Janji.."

Seokjin menyandarkan tubuhnya di pintu biliknya, dia mengusutkan rambut depannya, terasa kusut di kepalanya membuat dia mengetap bibirnya, kepalanya di sandarkan di pintu bilik, dia terduduk, dia melihat ke atas, nafasnya di tarik, dia menutup matanya, nafasnya di hembuskan.

"Tolong...cintai Aku, walaupun hanya sekali.."


 (DI PEJABAT)

 Seokjin yang sedang khusyuk membuat kerjanya, telah di ganggu oleh seseorang, dia mengeluh kecil dan melihat orang itu sambil keningnya di angkat.

"Ada apa yang Saya boleh bantu encik Himchan?"

Soal Seokjin memerli, Himchan mengambil tempat di hadapan Seokjin sambil bibirnya di cebikkan,  Seokjin yang melihat hanya mengerutkan dahi.

"Hyung dah kenapa? Muka macam orang tertelan cuka je."

Soal Seokjin hairan, Himchan hanya menyandarkan tubuhnya di kerusi.

"Malam ni, keluar dengan Aku...nak tak?"

Soal Himchan, Seokjin hanya menggeleng tanda tidak mahu,  Himchan hanya menatap Seokjin hairan, Seokjin hanya mengangkat kening sambil membuat kerjanya kembali.

"Kau ni..semenjak dah kahwin, kau langsung tak keluar dengan Hyung, kenapa? Isteri kau tak sihat ke?"

Seokjin hanya mengangguk, Seokjin mengerutkan dahinya apabila terasa sakit di kepalanya secara tiba-tiba, wajah Himchan berubah risau apabila melihat reaksi Seokjin berubah.

"Yah! Gwenchana?"

Himchan memegang bahu Seokjin, muka Seokjin berubah pucat, menambahkan kerisauan pada Himchan, Himchan terus mendekati Seokjin dan memegang dahi lelaki itu.

"Yah! Kau demam ni, jom..Aku bawa kau pergi klinik."

Ajak Himchan sambil memgangbahu Seokjin hanya sekadar mengangguk. Dan mengikuti Himchan.

(DI RUMAH SEOKJIN)

Hyenim termenung seketika apabila melihat foto perkahwinannya bersama Seokjin, dia mengusap wajah Seokjin yang berada di dalam foto tersebut, senyuman terbit di wajahnya. Air mata Hyenim bergenang di matanya apabila dia teringat kembali layanan dia tehadap Seokjin dan layanan Seokjin terhadap dia sungguh, dia terasa bersalah, bibirnya di ketap menahan rasa.

"Aku patut balas balik apa yang dia buat, segala kebaikan yang dia buat semuanya ikhlas, tapi...Aku sendiri tak perasan pun akan semua tu...Aku nak dia lepaskan Aku untuk...satu perkara sahaja, Aku nak dia cari sesiapa yang boleh menyayangi dia, yang boleh mencintai dia, dan...yang paling penting...dia boleh setia dengan Seokjin."

Kata Hyenim perlahan, lalu meletakkan foto tersebut di tempatnya kembali, Hyenim melihat sekeliling biliknya, keadaannya agak bersepah dan tidak terurus, keluhan kecil terbit di bibir kecilnya, rambutnya di ikat mengikut style ponytail.

"Okey, kita mulakan kerja pembersihan sekarang!"

Kata Hyenim sambil memegang penyapu.


 Seokjin membuka pintu rumahnya dengan lemah, nafasnya seakan-akan mengah kerana suhu badannya terlalu panas mukanya terlalu merah, kepalanya tersangat pening, membuatkan matanya berpinar. Dan akhirnya...

BAMMM!!

Hyenim yang sedang membuat kerja di tingkat atas terkejut apabila mendengar sesuatu terjatuh di tingkat bawah, Hyenim terus berlari ke tingkat bawah, perasaan cemas menyelubungi dirinya.

Matanya membulat apabila melihat sekujur tubuh yang sangat dia kenali terjelopok di atas lantai, Hyenim terus mendapatkan orang itu.

"Seokjin!"

Jerit Hyenim dalam Nada berbisik, Seokjin membuka matanya perlahan, lalu mengukir senyuman dan menutup matanya kembali, Hyenim mengerutkan dahi dan memegang pipi Seokjin menggunakan belakang telapak tangannya, ternyata ia terasa panas, Hyenim cemas. Lalu memapah Seokjin pergi ke sofa.

Hyenim membaringkan Seokjin di atas sofa, lalu dia pergi ke dalam bilik untuk mengambil sapu tangan untuk meletakkan di dahi Seokjin, Hyenim membuka paip air singki untuk mengisi air ke dalam bekas, tiba-tiba tangannya di pegang, bekas itu terlepas dari tangannya kerana terkejut, Hyenim menolehkan kepalanya ke arah empunya tangan tersebut, Hyenim mengelipkan matanya beberapa Kali kerana melihat Seokjin sedang menggenggam erat tangannnya, Seokjin melihat Hyenim dengan tatapan kosong, Hyenim tidak faham apa yang Seokjin Cuba buat, Hyenim terdiam. Seokjin menarik Hyenim masuk ke dalam dakapannya, mata Hyenim membulat apabila melihat kelakuan Seokjin, Seokjin membenamkan wajahnya di bahu Hyenim.

"Ma-maafkan Saya Hyenim, Saya dah buat Awak menangis pagi tadi, Saya tak bermakna nak marah Awak Masa tu...Saya tak nak Awak cakap tentang cerai depan Saya, Saya tau Awak mungkin dah jadi macam orang gila..tapi..Saya..akan menunggu Awak sampai Awak berubah, Saya tahu Awak boleh berubah menjadi yang lebih baik, walau apapun yang terjadi Saya takkan lepaskan Awak, sebab Saya tau..Awak hanya untuk Saya dan Saya telah berjanji untuk menjaga Awak sehingga Saya mati, itu janji Saya, dan Saya tak akan memungkiri janji Saya...dan...maafkan Saya atas segalanya..."

Kata Seokjin sambil tersedu kerana menangis, Hyenim terkedu dengan apa yang Seokjin rasa terharu dan bersalah bercampur baur di dalam hatinya, dia membalas pelukan Seokjin membuatkan Seokjin sedikit terkejut atas kelakuan Hyenim, Hyenim menjingkit sedikit dan membenamkan wajahnya ke bahu Seokjin, air mata terharu mula menitis di matanya.

"Saya pun Sayang kan Awak, Saya mungkin tak boleh nak lupakan Kim Jongin, tapi...Saya nak balas semua budi baik Awak terhadap Saya, bolehkah Awak terima Saya walaupun Saya masih cintakan Kim Jongin?"

Seokjin hanya sekadar mengangguk lalu meleraikan pelukannya dan menatap wajah gadis itu, Seokjin mengalihkan rambut depan Hyenim dan mengucup dah gadis itu, Hyenim memejamkan matanya apabila Seokjin berbuat demikian.

Seokjin menatap mata Hyenim dan tersenyum melihat wajah isterinya, Hyenim membalas senyuman Seokjin membuatkan hati Seokjin menjerit keriangan.

"Jadi...boleh kita mula dari Awal?" 

Soal Seokjin, Hyenim mengangguk tanda 'ya', Seokjin menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan gadis itu.

"Nama Saya  Kim Seokjin, Awak?"

Hyenim menyambut tangan Seokjin.

"Kim Hyenim.."

Kehidupan baru mereka telah bermula.


 

Kepada semua pembaca, citer ni blom completed lagi, jgn slah anggap plak...hihi ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ