Liar.

Dia...Isteriku

"Dia ni..isteri Aku?"

Soal Seokjin sambil melihat Taehyung dan Eunrim bersilih ganti. Eunrim dan Taehyung hanya tersenyum dan mengangguk. 

Seokjin melihat wajah Hyenim yang tidak menyedarkan diri itu. Matanya memerhati setiap sudut wajah gadis tersebut. Kepalanya tertunduk keluhan berat di lepaskan. Dia mengangkat kepalanya dan melihat ke arah Hyenim kembali.

"Macam mana....Aku-Aku...boleh kahwin dengan Dia. Sedangkan..Aku rasa, macam..Aku tak pernah polun kenal dengan Dia."

Soalan Seokjin membuatkan Taehyung dan Eunrim seakan terkejut. Mereka berdua melihat sesama sendiri. 

"Aaa...Err...aaaa....eer..Hyung....Noona..Errr..."

Taehyung mula tergagap-gagap. Kerana agak berat lidahnya untuk menjelaskan segalanya. Eunrim melihat Taehyung dan menggaru kepala, Dia melihat Seokjin dan mengambil tempat di sebelahnya. 

"Seokjin, Kim Hyenim ni...isteri Awak yang sah. Awak sendiri cakap , Dia cinta pertama Awak. Cinta Awak tak pernah kurang terhadap Hyenim. Awak yang cakap kat Saya sebelum ni."

Kata Eunrim dengan lembut. Mata mereka bertentangan, Mata Seokjin menusuk ke dalam mata Eunrim. Jantung Eunrim berdegup kencang, tetapi..Dia cuba untuk tidak mengendahkan. 

"Tapi, kenapa Aku rasa macam tak kenal dengan Dia? Kenapa Aku tak rasa yang Aku pernah cakap macam tu? Kenapa...Aku lamgsung tak ingat apa yang pernah berlaku terhadap Aku dan dia? Dan...kenapa Aku rasa macam ada benda yang pernah berlaku antara kita? Dan..rasa cinta tu..kenapa Aku rasa macam....ada pada kau?"

Soal Seokjin, yang cuba mengalihkan pandangannya daripada Eunrim. Eunrim seakan tersentak dengan soalan Seokjin. Ingin sahaja Dia mengalirkan air matanya sekarang.Dia cuba tersenyum. Kepalanya tertunduk.

"Tak pernah ada sesuatu yang berlaku di antara Kita. Sa-saya..hanya kawan Awak. Saya hanya rapat dengan Taehyung, adik Awak."

Taehyung terkejut mendengarkan jawapan Eunrim. Matanya membulat, melihat ke arah Eunrim. 

"Pasal Hyenim, mungkin bukan sekarang waktunya, untuk Awak ingat balik tentang apa yang berlaku di antara Awak dan Dia. Saya rasa mungkin...ingatan tu..dan rasa cinta tu....akan kembali apabila tiba waktunya nanti. Awak hanya perlu tunggu dan sabar Seokjin."

Kata Eunrim dan terus berdiri dan berjalan keluar dari bilik ward. Tanpa mengendahkan Taehyung yang dari tadi memerhatinya. Rasa sedihnya tidak boleh di bendung lagi. Dia tersandar di dinding berhampiran dengan bilik ward. Dia menutup mulutnya agar tangisannya tidak kedengaran. 

"Kenapa Awak tipu Hyung?"

Soal Taehyung yang keluar dari bilik ward, dan terus berdiri di hadapan Eunrim. Eunrim hanya diam dan menangis sahaja. Taehyung mengeluh berat melihatkan keadaan Eunrim.

"Dah. Jangan nangis, Saya tau Awak buat semua tu untuk kebaikan Hyung. Dan untuk keluarga Dia..."

Kata Taehyung sambil memegang kedua belah bahu Eunrim. Eunrim melihat Taehyung dengan matanya yang sudah merah akibat menangis. Taehyung hanya tersenyum.

"Saya tak salahkan Awak untuk menipu pasal hal tu. Jadi....Jangan nangis lagi okay?"

Taehyung terus memeluk tubuh kecil Eunrim. Eunrim membenamkan mukanya di bahu Taehyung, dan menangis sepuasnya. Taehyung hanya tersenyum tawar dan mengusap belakang tubuh Eunrim. Tanda untuk memujuknya.

'Menangislah sepuasnya bidadariku..Aku tahu, agak sukar untukmu membuang perasaanmu. Terhadapnya. Sehingga engkau sanggup berbohong hanya untuk kebahagiaannya bersama  bidadarinya. Mulai sekarang, Aku bersedia menjadi kesatriamu..yang akan sedia ada di sisimu..bidadari..'

Kata Taehyung dalam hati. Sambil menghangatkan pelukannya untuk gadis itu.


Hyenim membuka matanya setelah suasana agak senyap. Mata Hyenim beralih ke arah jejaka yang tertidur di birai katilnya. Seokjin, Dia lah jejaka yang tidur di birai katil Hyenim. Hyenim mengusap lembut rambut lelaki itu. Matanya yang kuyu melihat setiap sudut wajah lelaki itu.

"Seokjin, Kim Hyenim ni...isteri Awak yang sah. Awak sendiri cakap , Dia cinta pertama Awak. Cinta Awak tak pernah kurang terhadap Hyenim. Awak yang cakap kat Saya sebelum ni."

"Tapi, kenapa Aku rasa macam tak kenal dengan Dia? Kenapa Aku tak rasa yang Aku pernah cakap macam tu? Kenapa...Aku langsung tak ingat apa yang pernah berlaku terhadap Aku dan dia? Dan...kenapa Aku rasa macam ada benda yang pernah berlaku antara kita? Dan..rasa cinta tu..kenapa Aku rasa macam....ada pada kau?"

Hyenim menahan air matanya setelah mendengar soalan daripada suaminya, setelah beberapa jam tadi. Walaupun orang lain melihat seolah-olah Hyenim tidur. Tapi...sebenarnya Hyenim telah tersedar sebelum mereka bertiga pergi ke wardnya. Dia hanya tidak larat untuk bangun di sebabkan dose yang kuat pada ubat itu membuatknnya menjadi begitu. Dia mendengar kesemua perbualan mereka betiga, dan penipuan Eunrim untuk kali kedua.

Hyenim menekup mulutnya untuk menahan tangisannya. Hati dan fikirannya bercelaru memikirkan akan keadaan tadi. Tetapi Dia cepat-cepat mengiyakan apa yang berlaku. Dia tahu bahawa dia salah, kerana Dia yang meminta agar Seokjin tidak pernah sekalipun mencintainya.

Dia yang meminta agar lelaki itu melepaskannya! Dan..sekarang! Semua itu telah berlaku! Tidak ada apa yang boleh di persalahkan. Dia yang meminta agar semua ini berlaku, dan Dia patut menerimanya. Ataupun..

"Aku patut baiki keadaan ni semula.."



AUTHOR NOTE:

Hi kepada pembaca setia 'Dia Isteriku'! Maaf sebab dah lama x update! Rasanya dah setahun kot, x update? Saya sedang mengalami writer Block...sbb..saya dah hampir x tau nk buat citer ni cmne. Lgi satu! Saya dh kekurangan idea! Klau korang ada pandangan atau idea sila komen. Saya mungkin akan gunakan idea korang untuk citer ni nnti! Okay bye! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ