Patung (inspirebunny)

Patung
Please Subscribe to read the full chapter

AUTHOR: Inspirebunny

CHARACTER(S): Luhan | Mina

A/N : cerita ini ada sedikit unsur islamic dan ilham kisah benar dari author nim.

 

 

 

 

 

 

 

"Omma! Appa! Kak Lisa dah datang!" Luhan menjerit gembira lalu keluar dari rumah untuk menyambut kedatangan kakak sekeluarga. Lebih lebih lagi Mina, satu satunya anak buah berusia 6 tahun kesayangan Luhan.

Sebenarnya, sudah hampir enam bulan mereka tidak menziarahi rumah kedua orang tua kak Lisa sejak berpindah ke london kerana atas kerja dari suaminya, abang Kai. Memandangkan mereka diberi cuti selama seminggu, jadi mereka mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti bersama keluarga orang tuanya. Luhan sudah lama tidak bermain bersama Mina sejak mereka berpindah. Rasa rindu sudah tentu tersemat dihatinya.

 

Setelah Mina keluar dari kereta, Luhan terus memeluknya dengan erat. Tapi, pelukannya hanya bertahan sementara lalu dilepaskan pelahan apabila dia baru sedar yang Mina membawa sebuah patung perempuan yang cantik, berambut panjang mengurai, matanya biru dan berpakaian gaun pendek berwarna hitam.

"Mina, cantik patung tu." puji Luhan sambil tersenyum manis.

"Mestilah cantik. Nama dia Mimi." Balasnya.

"Wah, comel nama dia. Macam tuannya juga." kata Luhan lalu mencubit hidung Mina.

"Yah, abang! Sakitlah!" Mina menjerit comel sambil mengosok hidungnya hingga kemerahan.

"Yah, jangan panggil abanglah! I'm your pak su. So, you must call me pak su!" Luhan pula mencebik marah.

 

Mina tertawa kecil. Tidak dinafikan, sejak kecil lagi Mina memanggil abang Luhan, bukan pak su. Disebabkan sudah terbiasa memanggilnya sebegitu rupa, jadi ianya nampak awkward bagi Mina sekiranya memanggil Luhan dengan panggilan pak su.

"Abang pun abanglah. Kalau panggil pak su pun nampak tua je." Fikir Luhan.

Ketika itu, dia terlihat sesuatu. Dia tidak pasti sama ada dia tersalah pandang atau cuma khayalan sahaja kerana baru sahaja tadi muka patung ni tetiba merona merah......... seakan akan tersipu malu.

 

"Luhan, tolong abang angkat barang ni!" Suara ngaring abang Kai menyuruh Luhan mengangkat barang barang milik mereka keluar dari bonet kereta.

"Sorry bang! Saya kena pergi kelas tambahan sekarang, dah lewat ni."

"Aik, cuti sekolah ni ada kelas?" Kak Lisa bertanya hairan.

"Nak buat macam mana kak, exam SPM nak dekat. Mina, esok esoklah kita main k. Abang ada kelas. Aku pergi dulu ya semua!" ucap Luhan sebelum meninggalkan rumahnya.

 

Tetapi, sepanjang perjalanan ke sekolah, fikirannya ligat memikirkan perkara yang dilihatnya sebentar tadi. Semasa dia puji kecomelan patung tu, wajah patung tu berubah merah. Namun, cepat cepat dia menepiskan benda buruk itu. Takkanlah patung tu...? Aish, bersangka baik, mungkin dia tersalah pandang kot.

 

 

 

 

 

Sudah masuk hari ketiga mereka tinggal disini. Cuma, satu perkara yang menghairankan Luhan. Setiap kali dia ingin mengajak Mina untuk bermain bola di halaman rumahnya, Mina menolak. Alasannya hanya ingin bermain bersama patung Mimi. Malah, Mina asyik berkepit dengan patung Mimi, selalu bercakap dan ketawa riang apabila bersama patung Mimi. Seolah olah, patung Mimi itu teman baik Mina walaupun bukan benda bernyawa. Luhan sedar perubahan Mina tidak seperti dulu. Bila diajak bermain, dialah paling beria ria nak bermain tapi sekarang tidak lagi. Perlakuan Mina bagaikan sudah jauh berubah...bukan sebab gaya hidup di london tapi...... sejak kehadiran patung Mimi.

 

 

 

 

Sehinggalah....

 

Setelah penat belajar semalaman, hari ini barulah Luhan merehatkan diri dengan menonton televisyen yang menanyangkan drama drama cukup membosankan. Dan, dihadapannya juga iaitu Mina sedang menyisir rambut patung Mimi sambil bercakap. Luhan yang mendengar perbualan Mina sudah cukup annoying baginya.

"Ha, bercakaplah puas puas dengan si Mimi tuh. Karang dia menjawab, baru tau!" guraunya sambil tersengih sinis ke arahnya. Sahaja ingin mengusik anak buahnya. Namun, lain pula dibalasnya.

"Memang Mimi dah menjawab pun, abang tak dengar ke?" Mina berkata dengan nada santai, serentak bulu roma Luhan meremang. Entah kenapa sebaik sahaja Mina membalas, tiba tiba dia rasa tak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Huh, perasaan aku je kot. Maybe aku penat sebab study semalam. Patung tu.....aish, budak kecik je kot." Decit hati Luhan, dia cuba menepiskan perasaan itu. Biasalah, nama pun budak perempuan. Suka dengan patung mainan. Tu ar cakap dengan patung. Fikirnya.

 

 

 

Pada malam itu, Luhan terjaga dari tidurnya. Tekaknya berasa haus meminta air lalu terus melangkah keluar dari bilik dan berjalan menuju ke dapur. Rumah yang gelap tidak dihiraukan. Ketika dia melintasi ruangan depan, dia terdengar sesuatu.

 

"Kihkihkihkih~" Suara itu seakan akan suara budak kecil sedang ketawa. Pelik. Takkanlah Mina ketawa malam malam begini. 

"Si...siapa tu?" Pertanyaannya tiba tiba sahaja keluar dari mulutnya. Suaranya entah kenapa jadi tersekat sekat. Ketika itu, suara ketawa tadi sudah hilang.

"Khayalan aku je kot. Buang masa betullah," hatinya berdecit marah. Tanpa membuang masa, dia terus melangkah laju ke dapur.

 

Suasana dapur amat gelap dan sunyi sepi. Baru sahaja dia ingin membuka peti sejuk, dia terlihat bayangan seseorang sedang berdiri di tepi tingkap dapur.  Dia tidak dapat melihat jelas bayangan itu kerana su

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
inspirebunny
Next story from inspirebunny, i'll update soon.

Comments

You must be logged in to comment
baekki_kook #1
Chapter 1 & 2: Dua dua seram!!meremang bulu roma T^T!!tapi chapter 2 lagi scary!!teringat novel FIXI saya..
imraen_
#2
Chapter 2: teringat cite patung buku fixi. sampai masuk mimpi ╥﹏╥ <- menagis bahagia
starlightkim_
#3
Chapter 3: Huhu...seram giler....meremang bulu romaku..
freakandheart #4
Chapter 1: Tiba2 teringat cerita my teac psl patung yang dia dpt masa kecik2 dulu..dan patung tu pon 'berhuhuhu'.. Dan akhirnya depa bakar patung tu.... :,)
zoeluo #5
Chapter 1: sory but nak tnya sama ada maid dia tu sebenarnya dh mati or hidup? konfius skit dekat bahagian tu.
jandiwan #6
Sumpah seram wehhh ... Keep it up !!
pikahbajet #7
Chapter 2: wah seramnyaaaaa...................
pikahbajet #8
Chapter 1: kejamnya kai .......
seram jugak....
happineseu
#9
Chapter 2: seram gila seram gila.... macam chucky dgn annabelle pulak <(_ _)>
ExoLoveable
#10
Chapter 2: ok wait..*lari masuk bilik dan bakar semua patung lama* wuishhhh seramnya~~briliant !!