Patung (dxniean)

Patung
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

 

AUTHOR: dxniean

CHARACTER(S): sehun | jongin

A/N : first time buat collab. special
thanks to kak ema yang dah 
banyak tolong. To Iffah and her
continous support, also readers
yang sudi baca cerita ni
Terima kasih saya ucapkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sehun bangun apabila jam locengnya berbunyi tepat pada pukul 6:30 pagi. Dengan keadaan yang masih mamai, dia bergerak menuju ke arah pintu bilik air sebelum tanganya mencapai tuala yang disangkutkan pada kerusi meja belajarnya.

Tidak sampai 20 minit, Sehun sudah pun keluar daripada bilik air dengan tuala yang membaluti pinggangnya serta satu tuala yang sederhana kecil yang disangkutkan pada leher untuk mengeringkan rambutnya yang masih lagi basah.

Pantas sahaja tangannya mencapai baju kemeja putih dan seluar slack hitam yang memang sudah siap diseterika serta digantung pada penyangkut baju di belakang pintu biliknya. Lengan baju kemeja itu dilipat sehingga pangkal siku sebelum memasukkan baju kemeja tersebut di dalam seluar agar lebih kemas. Tali pinggang dibetulkan dan setelah itu dia bergerak pula kepada rambutnya.

Rambutnya disaluti dengan gel rambut sebelum disikat kemas ke belakang, menampakkan dahinya. Setelah memastikan bahawa tidak ada sebarang benda yang mencacatkan mukanya, serta sebuah senyuman manis pada cermin, Sehun keluar daripada biliknya dengan beg sandang dan kamera Nikkon di leher.

 

 

 

 

.   .   .   .

 

 

 

 

 

 

 

Dia duduk di atas kerusi plastik yang memang sudah disediakan di situ. Setelah yakin dia telah mendapat tempat yang terbaik, dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar sebelum menyambung pembacaannya.

 

 

 

Kim Jongin seorang usahawan muda yang telah pun mengambil alih syarikat keluarganya; KIMBASE COPPORATION SDN. BHD. Walaupun masih setahun jagung dalam dunia keusahawanan namun Jongin telah pun menunjukkan kemampuan beliau dalam membimbing syarikat tersebut untuk menjadi lebih teguh. Pengarah muda ini bukan sahaja mempunyai muka yang kacak namun dia juga mempunyai sebuah senyuman yang menawan.

 

 

 Suasana yang tiba-tiba gamat menarik Sehun keluar daripada dunia pembacaannya. Melihat semua orang berdiri dengan flash kamera serta bunyi butang kamera ditekan membuatkan Sehun juga berdiri dan kamera ditangannya juga dibawa ke muka.

 

 

Kim Jongin Usahawan muda yang menunjukkan kebolehan yang mengejutkan dalam dunia keusahawanan. Jongin menjadi bahan hangat yang telah dikejar oleh ramai wartawan stesen televisyen dan akhbar namun, tiada sesiapa pun yang dapat menemu ramah Jongin secara eksklusif. Jongin ibarat sebuah barang berharga yang hanya orang yang bertuah sahaja yang dapat mendekatinya. Dan Sehun yakin bahawa dia akan menjadi orang yang bertuah itu.

 

Baru sahaja menamatkan pengajian di University Seoul dalam bidang kewartawanan, dan juga baru sahaja memulakan kerja dengan sebuah syarikat majalah yang agak terkenal; Sehun ingin membuktikan bahawa dia mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini. Tapi sebelum dia dapat merealisasikan impiannya, dia perlu menjadi orang bertuah tersebut. Dia perlu menemu ramah Kim Jongin secara bersendirian. Dia harus selamatkan kerjayanya.

 

Sehun hanya merenung Jongin yang sedang berdiri megah di atas pentas menghadap penonton tanpa perasaan gentar. Dia bagai yakin dan bangga; seperti itu memang tempat selayaknya untuk dia. Sebenarnya Sehun tidak menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Jongin dan ucapannya; perasmian projek terbaharunya.

 

Dalam fikiran Sehun penuh dengan rangka strategi bagaimana cara untuk dia rapat dengan Kim Jongin supaya dia dapat mengorek sedikit sebanyak rahsia Kim Jongin dan namanya;Oh Sehun, akan meletup dalam dunia kewartawanan ini.

 

Sehun tersentak kerana sekali lagi semua orang tiba-tiba sahaja berdiri dan flash kamera serta bunyi butang kamera ditekan kedengaran kembali. Sehun juga pantas berdiri, memegang kamera dan sekali lagi, mukanya dilitupi oleh kamera tersebut.

 

 

 

 

.   .   .   .

 

 

 

 

Sehun beredar keluar daripada dewan auditorium tersebut setelah diarahkan keluar oleh pihak penganjur majlis tersebut. Dia bersandar di kaki lima laluan tersebut dengan kamera yang setia digantung di leher. Matanya meliar, memerhati sahaja wartawan-wartawan yang lain, dan Sehun pasti bahawa mereka mempunyai niat yang sama sepertinya.

Melihat sekumpulan manusia mengeremuni sesuatu membuatkan sifat ingin tahu Sehun mula menampakkan diri. Dia memanjangkan lehernya, cuba untuk melihat apa atau siapa yang telah berjaya menarik minat manusia-manusia itu.

 

Melihat Kim Jongin lah mangsa kerumunan tersebut membuatkan mulut Sehun ternganga luas. Dia bagai tidak percaya bahawa Kim Jongin berada beberapa langkah di hadapannya sekarang. Jongin masih lagi melemparkan senyuman manis walaupun jelas di wajahnya bahawa dia tidak berapa selesa dengan asakkan dan flash kamera yang menyilaukan mata.

 

Dengan kehadiran empat pengawal peribadi yang membalas kembali asakkan daripada manusia-manusia itu membuatkan asakkan itu semakin berkurang. Sehun hanya memerhati sahaja gelagat mereka. Dan senyuman sinis mula terbit daripada bibir Sehun apabila dia menangkap kelibat Jongin telah bergerak masuk ke dalam tandas dan Sehun yakin tidak ada sesiapa yang perasan akan Jongin.

 

“Ini lah masanya!” Sehun berbisik perlahan sebelum kakinya mula mengatur langkah menuju ke tandas tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perlahan sahaja tombor pintu itu dipusing. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum pintu ditolak dan Sehun telah pun berjaya memasuki tandas tersebut tanpa sesiapa pun perasan.

Matanya membulat apabila dia menangkap figura Jongin sedang bersandar pada dinding jubin; betul-betul menghadap Sehun, dengan rokok yang menyala dikepitkan dicelah bibir. Jongin menarik keluar rokok itu dengan dua jarinya sebelum menghembus asap rokok itu perlahan dan matanya masih tidak lepas merenung Sehun.

Air liur diteguk kasar apabila Sehun menangkap renungan Jongin. Melihat Sehun yang sudah tidak keruan membuatkan senyuman Jongin makin melebar.

“You keep staring me all the time. I noticed you. I caught you,” kata-kata Jongin yang keluar daripada bibirnya yang masih ditemani puntung rokok itu membuatkan kaki Sehun berasa lembik. Macam mana Jongin boleh perasan dia?

 

“How can I forget such a handsome face like you. Huh?” Jongin masih lagi merenung Sehun dan asap rokok yang masih lagi berlegar-legar membuatkan dada Sehun berasa sesak.

 

Adakah Jongin sedang cuba mengodanya? Kim Jongin ingin menggoda Oh Sehun? Jongin is a gay?
Sehun hates gay tapi demi kerjayanya dia sanggup berlakon menjadi gay. You want to play a game, Jongin? then a game you wil get.

 

Sehun membetulkan posturnya. Dia berlakon seolah-olah dia malu dengan kata-kata pujian Jongin. Dia mula berlagak seperti seorang budak perempuan sekolah menengah yang mendapat luahan cinta daripada seorang lelaki yang sudah lama menjadi crushnya. Sehun perasan yang Jongin terkesan dengan lakonannya membuatkan Sehun ingin tersenyum senget namun cepat-cepat dia sedar.

Melihat Jongin yang masih merenungnya, Sehun dengan pantas melancarkan gerakkan seterusnya. Dia mengerdipkan matanya berulang kali dengan bibir diketap sedikit. Dia berlakon seolah-olah dia sedang bingung dengan kepalanya sengaja ditelengkan ketepi dan bibir yang sedikit dimuncungkan.

 

“Kenapa tengok saya macam tu?” Sehun bertanya malu-malu kucing. Selepas bertanya, dia menundukkan kepalanya, cuba untuk menyibukkan diri dengan benda lain.

Senyuman hampir terbit di bibirnya namun cepat sahaja dikawal apabila terdengar suara Jongin ketawa kecil. Terdengar juga perkataan ‘comel’ terbit daripada bibir Jongin yang membuatkan hati Sehun mula berdendang keseronokkan.

 

Jongin berjalan mendekati Sehun setelah dia membuang putung rokok yang masi tinggal separuh di dalam tong sampah yang diletakkan di bawah singki. Sehun masih lagi tenggelam dalam dunia lakonannya dan tidak  perasaan akan tindakan Jongin yang seterusnya.

Jongin tersengih melihat Sehun yang terkejut melihat muka Jongin yang sungguh dekat dengannya. Setelah meletakkan sesuatu di dalam poket baju kemeja Sehun, Jongin berlalu keluar, meninggalkan Sehun yang masih lagi terpinga-pinga di situ keseorangan.

 

 

 

 

.   .   .   .

 

 

Sehun berasa sangat gembira apabila dia mengetahui bahawa kertas putih yang Jongin selitkan di dalam kocek bajunya rupa-rupanya adalah nombor telefon Jongin. Pada ketika itu, Sehun terus melompat kegembiraan. Pantas sahaja tangannya mengambil telefon bimbitnya di atas meja belajar dan terus sahaja dia mendial nombor.

 

Tidak sampai beberapa saat, panggilannya terus dijawab.

 

“Hello? Jumpa kat tempat biasa!” telefon diletakkan kembali sebelum dia bergerak ke bilik air.

 

 

 

 

.   .   .   .

 

 

“Apa? Kau dapat nombor telefon Jongin yang famous tu? Seriously?” Minseok merenung sahabat karibnya bagai tidak percaya. Jongdae yang tersedak di sisinya tidak diendahkan. Matanya membulat, rahangnya jatuh dan matanya tidak berkelip. Sehun hanya tersenyum bangga dengan kening sengaja diangkat berulang kali.

 

“Wow!” itu sahaja yang keluar daripada mulut Jongdae setelah dia berjaya menangani krisis tersedaknya. Dia dan Minseok berbalas renungan sebelum mereka berdua kembali merenung Sehun yang nampak sangat bahagia.

 

“Kan? Aku siap buat temu janji dah dengan dia untuk temu ramah dia. Dan dia setuju. Aku akan pegi rumah dia esok!” dalam senafas Sehun berkata. Menambah lagi keluasa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
inspirebunny
Next story from inspirebunny, i'll update soon.

Comments

You must be logged in to comment
baekki_kook #1
Chapter 1 & 2: Dua dua seram!!meremang bulu roma T^T!!tapi chapter 2 lagi scary!!teringat novel FIXI saya..
imraen_
#2
Chapter 2: teringat cite patung buku fixi. sampai masuk mimpi ╥﹏╥ <- menagis bahagia
starlightkim_
#3
Chapter 3: Huhu...seram giler....meremang bulu romaku..
freakandheart #4
Chapter 1: Tiba2 teringat cerita my teac psl patung yang dia dpt masa kecik2 dulu..dan patung tu pon 'berhuhuhu'.. Dan akhirnya depa bakar patung tu.... :,)
zoeluo #5
Chapter 1: sory but nak tnya sama ada maid dia tu sebenarnya dh mati or hidup? konfius skit dekat bahagian tu.
jandiwan #6
Sumpah seram wehhh ... Keep it up !!
pikahbajet #7
Chapter 2: wah seramnyaaaaa...................
pikahbajet #8
Chapter 1: kejamnya kai .......
seram jugak....
happineseu
#9
Chapter 2: seram gila seram gila.... macam chucky dgn annabelle pulak <(_ _)>
ExoLoveable
#10
Chapter 2: ok wait..*lari masuk bilik dan bakar semua patung lama* wuishhhh seramnya~~briliant !!