TWO

Saranghae
Please Subscribe to read the full chapter

Zico dan Hana berjalan pulang menuju ke rumahnya. "Kesian kau sebab jatuh kan??" Zico memandang Hana. Tetapi Hana hanya mendiamkan diri. 'plak plak' Zico memetik jarinya di muka Hana. Hana terkejut dan memandang Zico.

 

"Kau nak apa?".

"Kau mermenung macam nak tembus segala bagai depan kau, tu aku buat macam tu" Zico berkata dan mengambil patung Hello Kitty di tangan Hana. 

 

Hana hanya terdiam. Tiba tiba dia tersenyum.

 

"Kenapa kau senyum pulak ni?? takkan dah jadi tak betul lepas kau jatuh" Zico memandang hana pelik.

"Aku tersenyum ke?" Hana memandang ke arah Zico.

"Taklah, kau menangis" Zico berkata selamba.

 

Hana dan Zico telah tiba di kawasan rumah mereka. Mereka melihat sebuah lori yang besar di hadapan rumah Zico. Di hadapan rumah Zico dahulu keluarga Park yang tinggal di situ. Kemudian, Encik Park berpindah atas pertukaran tempat kerja. Lbih 6 bulan rumah tersebut kosong. 

"Zico, jom kita pergi tengok. Nak tak" Hana menarik tangan Zico.

"Malas la nak pergi" Zico memuncungkan mulutnya. 

"Jom laa!!! kata nak jadi jiran yang baik. JOM!" Hana mula mengheret tangan Zico.

 

Bunyi bising kerana pekerja menurunkan perabot dan barang barang. Hana dan Zico hanya memandang. Tiba tiba bahu Hana di pegang. Hana pusing ke belakang dan melihat seorang perempuan berumur dalam 30-an. Perempuan tersebut tersenyum memandang Hana dan Zico.

 

"Oh.. annyeonghaseyo, saya Kim Hana, ini kawan saya, Woo Jiho. Orang panggil dia Zico" Hana memperkenalkan diri dan tunduk 90 darjah.

"Annyeong, saya Zico. Jiran Hana dan rumah saya di hadapan rumah mak cik" Zico tersenyum.

"Annyeong. Makcik Puan Kim. Makcik baru saja memindahkan barang hari ni, dalam minggu hadapan baru makcik pindah ke sini" Puan Kim tersenyum mesra.

"Ooo.. hehehehe.. sebelum ni mak cik tinggal di mana?" Hana bertanya mesra.

"Makcik tinggal di Ilsan. Suami makcik bertukar tempat kerja." Puan Kim menjawab mesra. "Umur kamu berdua berapa?"

"Kami 17 tahun" Zico menjawab terlebih dahulu.

"Oo.. sama lah dengan umur anak makcik." Puan Kim tersenyum

 

'Ppoonngg!!!' mereka terdengar bunyi hon kereta. Rupanya itu adalah suami Puan Kim. Tengok dari gaya kereta boleh tahan.

 

"Okay, Makcik balik Ilsan dahulu". Pun Kim berkata dan masuk ke dalam kereta.

Hana terpandang tempat duduk belakang kereta tersebut. terdapat seorang lelaki. Tetapi dia leka bermain dengan telefonnya. 'Mungkin anak dia'. Hana juga tidak nampak wajah lelaki tersebut. Zico juga terpandang seseorang di bahagian belakang kereta tersebut. 'Anak Puan Kim lelaki ke?'.

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Hana tinggal berseorangan di rumah. Omma dan Appanya outstation selama 3 minggu. Kembarnya si Taehyung masih belum pulang dari latihan bola keranjang. Hana membuka lampu di meja belajarnya. Tiba tiba phonenya bergetar menunjukkan mesej masuk.

 

"Ooit Hana! Buat apa? Taehyung dah balik ke?". Zico menghantar mesej kepada Hana.

"Aku tak buat apa2 pun. Taehyung oppa tak balik lagi" Hana membalas.

"Datanglah rumah aku. Kita makan, nak tak?? makanan banyak ni" Zico membalas dengan muka tersengih.

"Malaslah nak keluar. Hahaha. Nanti Taehyung balik dia membebel" Hana merebahkan dirinya ke atas katil.

"Okay, aku datang ke rumah kau ek?" 

"Datanglah. Bawak makan banyak banyak tau!" 

 

Zico mula meletakkan makanan ke dalam bekas. 5 bekas besar semuanya. Ommanya melihat Zico meletakkan makanan ke dalam bekas. "Jiho, kenapa letak makanan ke dalam bekas? nak simpan ke?" Omma Zico menegur Zico. Zico hanya tersengih memandang ommanya. "Orang nak makan dengan Hana. Boleh tak?". Omma Zico hanya tersenyum dan menganggukan kepalanya.

 

 

 

 

*************

 

 

 

'TING TONG'. Loceng rumah Hana ditekan. Hana membuka pintu dan melihat Zico tersengih di hadapannya.

 

"Masuklah, Taehyung tak balik lagi" Hana mempelawa.

"Gigih betul kembar kau training bola keranjang ye, jangan jadi mata keranjang sudah lah" Zico berkata dan meletakkan makanan di atas meja di dapur.

"Siapa cakap aku jadi mata keranj

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: updateee sooon!!"!
kamong
#2
Chapter 5: pahal dgn rapmon ? erghh
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Huwaaaa T^T
Jahatnya Kim Hana... kenapa buat Zico macam tu... T^T
aquariusxpisces
#4
Chapter 4: Wahhh!!!! Untungnya sama birthday dgn Taehyung!!!!
aquariusxpisces
#5
Chapter 3: Huwaaa....knp x confess?
aquariusxpisces
#6
Chapter 1: Huwaaaaa π_π
Kesiannya biasku tu...zico suka hello kitty? Hahahahaha XD
aquariusxpisces
#7
Tahniah!!! Jumpa pun ff pasal block b