Three

Saranghae
Please Subscribe to read the full chapter

Hana sedang menyalin nota yang ditulis oleh cikgunya di hadapan. Zico menyalin dan mecuri pandang ke arah Hana. Park Kyung hanya tersengih melihat kawannya itu. Taehyung berpusing ke belakang dan memandang ke arah Hana kerana ingin menyalin nota yang tidak sempat disalin kerana cikgu sudah memadamnya. Cikgu Haneul meletakkan buku yang dipegangnya ke atas meja guru. "Kamu semua sudah siap salin?" Cikgu Haneul memandang ke arah pelajarnya. Para pelajar mengelengkan kepalanya.

 

Hana siap menyalin dan pusing ke belakang dan matanya bertentangan dengan mata Zico. Zico agak terkejut. Hana menjongket keningnya dan memandang ke arah Zico. Zico hanya tersengih memandang Hana dan membuat isyarat V. Hana hanya tersenyum dan pusing semula kehadapan. "Murid2. Minggu depan kita akan mempunyai pelajar baharu". "Lelaki ke perempuan?" Yeri bertanya gedik. "Entah" Cikgu Haneul tidak melayan. "Gedik" Zico berbisik kepada Hana. Hana hanya tersengih.

 

'KRING!!!'

 

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat. Taehyung dan Jimin terus menuju ke gym memandangkan perlawanan bola keranjang semakin hampir. Zico memandang ke arah Hana yang sedang menyimpan barang barangnya. Park Kyung menjuihkan mulutnya menyuruh Zico pergi ke tempat Hana.

 

"Park Kyung!!! Jom pergi karoke!!!" Ukwon tiba tiba muncul dari pintu belakang.

"Okay je. Zico. Kau nak ikot tak?" Park Kyung memandang ke arah Zico. Hana memandang kepada 3 sekawan. Zico memandang ke arah Hana.

"Tak kot. Aku nak temankan Hana. Dia kena tinggal sorang2. Kesian pulak" Zico memberitahu dan menyengih sambil menggosok gosok kepala Hana.

"Aku bukan budak kecik la" Hana menepis tangan Zico.

 

Park Kyung dan Ukwon tergelak melihat gelagat 2 orang jiran tersebut. "Sweet betul lah korang ni. Mengalahkan pasangan kekasih" Ukwon memberitahu. Zico hanya blushing dan Hana hanya membuat muka blank. Mesti Taehyung yang ajar. "Okaylah, kitaorang pergi dulu" Ukwon menepuk bahu Zico dan melambaikan tangannya ke arah Hana.

 

***********************

 

Hana dan Zico berjalan menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di hadapan rumah Hana, mereka melihat rumah di hadapan rumah Zico. Puan Kim sedang mengarahkan pekerja menyusun barang2 yang di bawa turun oleh lori.

 

"Aku rasa esok lusa diorang akan pindah" Zico memberitahu sambil memandang ke arah Puan Kim.

"Entahla. Ye kot" Hana memandang ke arah Zico.

"Noona tengah tengok apa?" Jungkook tiba tiba muncul di sebelah Hana.

"Eh kamu Jungkook, terkejut Noona" Hana tersenyum memandang Jungkook.

"Kau buat apa dekat sisni? Pergi balik" Zico memandang ke arah Jungkook.

"Eh Zico hyung ni. Suka hati lah. Nak Jumpa Noona saya yang cantik ni" Jungkook tersenyum comel dan memaut lengan Hana.

 

Zico memandang tajam ke arah Jungkook. Jungkook perasan akan mata Zico. Tapi dia sengaja. Huhuhu. Nakal kau Jungkook ye. 

 

"Aper2 jela Jungkook ku sayang. Esok jadi tak? Jimin cakap Jungkook ajak keluar" Hana berkata sambil mencubit pipi Jungkook. Jungkook hanya tersengih. Zico berbahang cemburu. 'Sabar Zico..'

"Eh! Mesti la~. Dah lama tak jalan2 dengan Noona" Jungkook membuat aksi gedik.

"Aku nak join?" Zico mencelah dan memandang Jungkook.

"Marilah. Tapi aku dah cop Hana Noona esok. So.. aku yang nak pegang tangannya" Jungkook sengih jahat dan memandang Zico.

"Aper2 jela korang ni. Hana masuk dulu" Hana ingin membuka pintu pagarnya. 

"Nanti datanglah makan dekat rumah. Omma dengan Appa Jungkook pun takde dekat rumah" Jungkook memandang ke arah Hana.

"Okay." Hana membalas dan terus masuk ke dalam rumah.

 

Terdapat sepasang mata memandang Hana. Dia tersenyum. Senyum suka dan bahagia.

 

 

***********************************

 

 

 

Zico sedang mengeringkan rambutnya. Dia memandang rupanya di dalam cermin. 'Apa kurangnya aku? Aku hensem. Mata y. Kuit pulak tu. Romantik?? Mungkin la.. kiranya pekej cukup lengkap sebagai boyfriend idaman'. Tiba2 handphonenya bergetar menandakan mesej masuk. Zico tersenyum lebar melihat nama pengiringny. Kim Hana.

 

'Zico. Jom ke rumah Jungkook. Takkan aku nak pergi sorang2.' 

'Okay. bagi aku masa 10 init. Aku baru lepas mandi ni'

'Okay.'

 

Zico memilih baju yang hendak dipakai. 'Isyh. pergi ke rumah Jungkook je kut'. Zico mendesis di dalam hati. Tiba tiba pintu biliknya di bukak.

 

"Zico jom ke rumah Jungkook....." terdiam Hana melihat kedaan Zico yang hanya bertuala.

".............."

"ARGHH!!!!" Hana menghempas pintu bilik Zico. Zico pun terjerit jugak di dalam biliknya. Hana menekup pipimya dan jatuh tersandar di pintu bilik Zico. Zico terus bersiap dan membuka pintu biliknya secara slow slow. Dia melihat Hana duduk di hadapan biliknya sambil menekup pipinya. 

 

"erkk... ehem!" Zico berdehem. Hana teragak agak berpusing ke arah Zico. Zico duduk mencangkung di sebelah Hana.

"Byuntae" Zico berbisik tepi telinga Hana.

"Ya!!!! aku tak sengaja lah." Hana memandang ke arah Zico. Zico tersengih.

"Dah, jom pergi ke rumah Jungkook" Zico menarik tangan Hana. 

 

Hana hanya menurut dan mengikuti langkah Zico.

 

 

******************************************************

 

"Anyeong!!! Jungkook!!! Jungkook!!!" Zico menjerit dan menekan loceng rumah Jungkook.

"Korang dah sampai!!" Jungkook membuka pintu rumahnya dan memeluk Hana. Zico memandang tajam ke arah Jungkook. Jungkook tersengih memandang Hana. "Sorry peluk Hana Noona tadi, eksited sangat" Jungkok tersengih dan menggosok belakang kepalanya.

"Kamu masak apa?" Hana melihat ke arah meja makan.

"Jungkook pesan ayam. Hehehe" Jungkook mempelawa Hana dan Zico masuk ke dalam.

 

Hana menuju ke meja makan dan terus duduk. Jungkook hanya mengelengkan kepalanya. Dia tahu si Hana kuat makan. Jungkook menuju ke dapur untuk mengeluarkan air ribena yang dibancuhnya tadi. Zico mengambil tempat di hadapan Hana supaya dia mudah melihat wajah Hana. Hana sedang kyusung melihat ayam yang dibeli oleh Jungkook. Jungkook menuju ke arah meja makan dengan menatang dulang dengan cawan serta jug. 

 

"Ha.. lambat la kamu ni Jungkook.. Noona dah lapar ni.." Hana memuncngkan mulutnya memandang ke arah Jungkook.

"Hahaha. Kenapa Noona tak makan dulu? Tak perlu lah tunggu saya" Jungkook memberitahu dan menuangkan air ke dalam gelas.

"Tak sopanlah makan tanpa tuan rumah.. heheheh" Hana hanya tersengih.

"Kau ada perasaan sopan ke?" Zico menongkat dagu dan memandang ke arah Hana.

"Kau diamlah" Hana menjeling ke arah Zico.

"Dah la serbu bilik aku macam hape" Zico bercakap sendirian namun di dengari oleh Jungkook.

"Siapa serbu bilik Hyung?" Jungkook memandang ke arah Zico. Hana sudah cuak mukanya.

"Hah??? tak de sapa2 lah. Kamu silap dengar ni" Zico tersengih dan di memandang ke arah Hana. Hana sedang menahan geram dan dia menyepak kaki Zico. "Ouh!" Zico terjerit. Hana hanya membuat muka toya.

 

***************************

 

Selesai makan, mereka sedang lepak di ruang tamu rumah Jungkook. Hana sedang memandang rumah sebelah. Rumah yang bakal diduduki oleh Puan Kim. Jiran baru mereka.

 

"Jungkook, bila diorang akan pindah??" Hana memandang ke arah Jungkook.

"Siapa?? rumah sebelah ke?" Jungkook yang sedang bermain playstation dengan Zico. Hana hanya menganggukkan kepalanya. "Entahla. Omma cakap dalam minggu depan kut." Zico hanya mendiamkan diri.

"Takpelah. Noona pulang dahulu. Kita Jumpa esok" Hana bangun dan menuju ke pintu.

"Bye Noona. Jalan elok2. Takut anak jiran sebelah mengorat Noona" Jungkook mengenyitkan mata kepada Hana. Hana hanya tersenyum. Hana keluar dari rumah Jungkook. Zico meletakkan joystick dan berbaring. Tiba tiba dia mengeluh.

"Hyung masih tak luahkan perasaan hyung kepada Noona ke?" Jungkook turut baring di sebelah Zico.

"Belum. Hyung... takut sebenarnya... takut... hyung luahkan perasaan.. Hana menjauhkan diri" Zico memberitahu dan memejamkan matanya. "Dah lama hyung simpan perasaan ni. Sejak pertama kali hyung bertemu dengannya." Zico memandan ke arah Jungkook dan tersengih.

"Hyung luahkan jela. Sekurang kurangnya lepas sikit terbeban yang di dalam hati tu.. nanti noona tersangkut dekat orang lain.. Jungkook tak tahu." Dia tengih.

'Kalaulah semudah tu.'  Zico berbisik di dalam hati

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: updateee sooon!!"!
kamong
#2
Chapter 5: pahal dgn rapmon ? erghh
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Huwaaaa T^T
Jahatnya Kim Hana... kenapa buat Zico macam tu... T^T
aquariusxpisces
#4
Chapter 4: Wahhh!!!! Untungnya sama birthday dgn Taehyung!!!!
aquariusxpisces
#5
Chapter 3: Huwaaa....knp x confess?
aquariusxpisces
#6
Chapter 1: Huwaaaaa π_π
Kesiannya biasku tu...zico suka hello kitty? Hahahahaha XD
aquariusxpisces
#7
Tahniah!!! Jumpa pun ff pasal block b