ONE

Saranghae
Please Subscribe to read the full chapter

"Zico!!!! palli!!! nanti kita lambat ke sekolah!!!! Cepatlah!!!!" Kim Hana menjerit di hadapan pintu pagar rumah Zico. Taehyung menyandarkan bahunya di pagar rumahnya. 

 

"Taehyung! jom pergi sekolah sama!" Jimin, merupakan kawan baik Kim Taehyung. "Hana, oppa pergi dengan Jimin dulu la, jumpa dekat sekolah." Belum sempat Kim Hana memberi jawapan, Taehyung mengheret Jimin ke sekolah. "BYE HANA!! JUMPA DI SEKOLAH!!" Jimin menjerit.

 

'Thung' Bunyi pintu pagar rumah Zico dibuka. Zico dengan muka mamainya memandang ke arah Hana. Dengan rambut serabai, baju tak tuck-in.. memang selekeh. 

 

'Tungg!!!!!' Kim Hana mengetuk kepala Zico. "Woi!! apa ni?? sakitlah!!" Zico memegang kepalanya. "Huh! hari hari lambat. Lepas tu, sampai sekolah pun lambat, lepas tu kena denda, lepas tu..."

"Lepas tu kau boleh diam tak? Kalau kau dah start membebel esok tak habis lagi. Dah, jom ke sekolah" Zico menarik tangan Kim Hana.

 

Zico dan Hana berkawan dari kecil. Dia sangat rapat dengan Kim Hana. Zico berpindah di kawan tersebut masa berumur 5 tahun.

"Saya Kim Hana. Awak Jiho kan??" Kim Hana tersenyum dan menghulurkan tangan kepada Zico. Zico hanya tersenyum memandang KIm Hana dan menyambut huluran tangan Kim Hana.

 

Zico tersenyum seorang diri mengingatkan peristiwa itu. Hana memandang pelik ke arah Zico. Tersenyum sorang sorang. "Kau kenapa tersenyum sorang sorang??" Hana memandang pelik ke arah Zico. "Eh, mana ada aku tersenyum, mengarutlah kau ni" Zico membuat muka toyanya. Pipinya berasa panas..

 

Sampai sahaja di hadapan pagar sekolah, Zico masih memegang tangan Kim Hana. Kim Hana ingin melepaskan tangan Zico, tapi Zico masih memegang tangannya. "Lepaslah tangan aku, semua orang pandang" Hana memandang ke arah Zico. "Tak boleh, nanti kau hilang, kau kan kecik" Zico menjawab dengan selamba badaknya.

Kim Hana hanya memasamkan wajahnya dan memuncungkan mulutnya. 'Comelnya' Zico berbisik di dalam hati.

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Kim Hana sekelas dengan Zico. Zico duduk di belakangnya dan deskmate dia Park Kyung. Sebelah Hana kosong kerana kawan sebelahnya berpindah sekolah minggu lepas. Taehyung dan Jimin duduk di hadapannya. Kadang kadang Zico akan berpindah ke sebelah Hana jika Park Kyung tidak hadir ke sekolah. 

 

"Hana! Jungkook ajak pergi jalan2 hari Sabtu ni, nak tak?" Jimin bertanya. Jungkook merupakan adik kepada Jimin. Hana sedang menulis di atas mejanya dan mengangkat mukanya. "Okay! Lama tak jumpa Jungkook.. Oppa ikut jugak kan?" Hana bertanya kepada Taehyung yang sedang merenung burung di luar kelasnya.

"Ikutla, takkan nak bagi Hana keluar dengan Jungkook je, kan jdi gossip susah pulak" Taehyung memandang Hana dan tersengih.

 

"Er... aku nak join jugak boleh tak?" Zico mencelah dan tersengih. Taehyung memandang ke arah Zico dan beralih ke arah Jimin. "Boleh je, lagi ramai mesti lagi syok kan" Jimin tersenyum. Zico tersenyum. Taehyung tersenyum memandang Zico dan Hana. 'Zico.. zico' Taehyung senyum di dalam hati.

 

Jimin juga tinggal di kawasan rumah Hana dan Zico. Masa kecil kecil dahulu, Hana, Zico, Taehyung, Jimin dan Jungkook sentiasa bermain bersama sama. Jungkook sangat manja dengan Hana sehingga Zico juga cemburu. Ish ish ish. Di sekolah, Hana tidak mempunyai rakan perempuan kerana pelajar perempuan di sekolah tersebut memulaukan Hana kerana rapat dengan Zico. Hanya seorang yang berkawan dengannya, iaitu Irene. Tetapi Irene telah berpindah pada minggu lepas.

 

'Kringg!!!' Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Hana berjalan menuju ke kantin berseorangan. Terdapat ramai mata tajam yang menjeling dan memandang sinis ke arahnya. Hana hanya tidak mengendahkannya. Tiba tiba terdapat tangan mengenggam tangannya. Hana tahu, hanya seorang saja yang suka pegang tangannya, Zico.

 

"Kenapa pergi kantin tak ajak aku? saje lah tu nak aku lapar dan terseksa sorang2" Zico membebel. Hana hanya memubuat muka blur dan tidak mengendahkan Zico. 

"Makcik, nak roti melon 2 ya" Hana tersenyum memandang mak cik kantin. "Kamu berdua ni pasangan kekasih ke? Sejak hari tu lagi datang beli roti melon sama2" Makcik kantin bertanya. Hana hanya tersenyum. Zico pulak blushing mengalahkan si Hana. "Tak lah makcik, kami hanya kawan je" JAwapan Hana menyebabkan wajah Zico murung.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: updateee sooon!!"!
kamong
#2
Chapter 5: pahal dgn rapmon ? erghh
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Huwaaaa T^T
Jahatnya Kim Hana... kenapa buat Zico macam tu... T^T
aquariusxpisces
#4
Chapter 4: Wahhh!!!! Untungnya sama birthday dgn Taehyung!!!!
aquariusxpisces
#5
Chapter 3: Huwaaa....knp x confess?
aquariusxpisces
#6
Chapter 1: Huwaaaaa π_π
Kesiannya biasku tu...zico suka hello kitty? Hahahahaha XD
aquariusxpisces
#7
Tahniah!!! Jumpa pun ff pasal block b