Good Night

Benci : Let's not fall in love
Please log in to read the full chapter

 

'They're way too fragile aren't they,

these feelings sway ever so lightly'

 

 

 

 

"Hati-hati…"

 

"Aku tahu tu…"

 

"Ish..Lambatlah...sini, aku dukung."

 

Aku terus melepaskan lengannya lalu menepuk dia dengan kuat sedikit.Terjerit kecil Jongsuk dengan tindakan aku.Aku perhatikan dia yang mengusap tangannya akibat tamparan itu.

 

Aku tak pukul dengan kuat okay, cukup nak tinggalkan rasa sakit je.

 

"Kau fikir senang-senang aku nak bagi.Aku cucuk kau dengan straw ni baru kau rasa."

 

Lee Jongsuk mencebik.

 

"Nak melawak je pun…"

 

"Tak.Lawak."

 

Lagilah dia mencebik dan mukanya dimasamkan.

 

"Buat muka. Ingat menarik?"

 

Aku marah, tapi marah yang dibuat-buat.

 

"Tskkk…Macam mak nenek."

 

Dia memerli aku lagi.Malas nak layan, buat tak tahu je lah.Air tebu aku hirup walaupun berjalan terjengket-jengket.Nampak tak betapa kasihannya aku? Asyik-asyik ditimpa nasib malang.Haritu kaki sebelah kiri, sekarang ni kaki sebelah kanan pula.

 

Sadis betul.

 

Suis lampu aku tekan dan ta-da! Rumah aku sudah terang-benderang disinari cahaya lampu. Lampu luar rumah memang automatik menyala sendiri kalau dah masuk pukul tujuh malam.Kunci rumah aku sangkut di tempat penyangkut kunci bersebelahan dengan rak kasut.

 

“I’m home!” Aku menjerit walaupun tiada orang yang akan dengar.Mama tak ada, orang gaji pun tak ada. Tiada sesiapa pun disini melainkan aku.Rumah ini kosong tidak berpenghuni. Tanpa mempedulikan apa-apa, aku laju sahaja berjalan menuju ke ruang tamu yang terletak betul-betul dihadapan pintu utama rumah ini.

 

"Kau tak nak jemput aku masuk ke?"

 

Suara dia di luar rumah kedengaran dengan kuat.Aku menoleh dan menepuk dahi melihat dia menyilangkan kedua tangannya ke dada dan sebelah tangannya memegang bungkusan ubat yang kami beli di klinik tadi.Selepas pergi ke klinik, kami singgah pergi makan kat kedai ramen dan baru je balik ni.Kereta aku kat rumah Kris dan aku biar je dulu kat situ.Nanti-nanti aku ambillah balik.

 

"Lupa.Jom ah masuk.Rumah ni bersepah sikit, aku tak sempat nak kemas."

 

Jujur, rumah  ni tak bersepah pun.Bukannya ada budak kecil yang menghuni rumah aku.Aku merupakan anak tunggal keluarga ini dan mustahil aku nak buat sepah sana-sini.Tolonglah, aku memang tidak berkesempatan hendak berkelakuan sedemikian.

 

Aku merebahkan badan ke atas sofa.Jongsuk mengambil tempat di sebelah aku.Siaran TV aku pilih secara rawak.Lantaklah nak tengok cerita apa pun.

 

"Rumah ni memang kosong lah? Aunty pergi mana?"

 

Jongsuk menghirup air Mountain Dewnya dan matanya turut tertancap di kaca television.

 

"Balik hari Selasa.Asal? Kau macam berminat nak rompak rumah aku je ni?"

 

Gurau aku dan Jongsuk membuat muka 'aku-tak-terdesak-sampai-nak-merompak-akibat-kegawatan ekonomi-memandangkan-aku-ni-ada-masa-depan-yang-cerah' kepada aku.

 

"Tak kuasa aku.Kau nak aku call Luna tak, suruh dia teman kau malam ni? Aku tak harap kat kau sorang-sorang macam ni.Jalan pun macam itik, terkedek-kedek.Silap hari bulan, jatuh tersembam."

 

Panjang dia bersyarah.Idea dia tu kelihatan bernas, ada Luna, si kawan hipster buat teman memang masyuk.

 

"Tak apa, biar aku call."

 

Telefon pintar aku seluk dari poket hadapan seluar dan mula mencari nama Luna dalam senarai kenalan.Lama juga aku tunggu gadis itu itu mengangkat panggilan aku, akhirnya setelah 30 saat menunggu, barulah panggilan aku berjawab.

 

 

"Hello…Lulu, kau ada kat rumah ke? Tak ada? Kau pergi rumah makcik kau? Tidur sana eah malam ni? Owh..Okay, tak ada apa, saja tanya.Okay, bye.See ya…Good night too!"

 

 

Panggilan tamat.Aku mengeluh sedikit.Ingat dia pergi sana balik hari, rupanya tidur sekali.

 

"Dia tak ada kat rumah?"Aku mengangguk mendengar pertanyaannya.Telefon aku letak semula di atas meja kopi.Aku bersandar malas ke belakang sofa.

 

"Aku duduk sorang lagilah malam ni."Aku ketawa kecil.Bukan tak biasa, malahan selalu begini.

 

"Risau lah…Kalau kau sihat, tak apalah." Kening Jongsuk sedikit berkerut.Wajahnya seperti tidak senang.Aku ukir sebuah senyuman kecil.

 

"Nahhh..Aku okay, dah biasa.Tak payah risaulah.Dah pukul berapa ni, kau tak balik lagi.Aku yang kacau kau."

 

"Aku lelaki, tak  ada apa-apa..Kau tu, perempuan.Ye lain."

 

“Yelah…” Aku mencebik sedikit.Dan baru terlintas sesuatu di fikiran aku.

 

"Sebenarnya, macam mana kau boleh tiba-tiba ada? Aku ingat orang mabuk manalah yang hon tadi.Takutlah jugak tapi bila kau yang keluar, aku lega sangat." Benar aku rasa senang dengan keberadaan Jongsuk.Kau sendiri boleh rasa yang kau perlukan seseorang untuk membantu kau meskipun kau tidak memintanya.Dan disinilah Jongsuk, my shining knight in armor.Hohoho….

 

Jongsuk tidak menjawab soalan aku sebaliknya dia berdiri dan merosakkan rambut aku."Anggap je kau bertuah sebab aku datang tepat pada masanya." Aku mendiamkan diri.Jongsuk melutut dan dia memeriksa balutan kaki aku.

 

"Kau ingat pesan doktor kan, makan ubat sekarang.Lepastu tidur." Dia menunjukkan seplastik ubatan yang aku terima di klinik tadi."Esok jangan mandi lagi, nanti balutan tu basah, kalau kau nak mandi jugak, pandai-pandai lah buat jangan sampai balutan ni kena air, nanti kena jangkitan, lagi susah nak baik."

 

Aku tersengih.Jongsuk berleter seperti mama. “Yes sir..!” Sebotol air mineral kecil yang telah aku beli tadi dibuka dan aku menelan beberapa pil ubat yang diberi oleh doktor.Jongsuk menghulurkan setiap satu pil kepadaku dan dia memerhati aku menelan kesemua pil tersebut sehingga pil terakhir selamat masuk ke dalam mulutku.

 

 

"Urgh! Pahit! Aku tak suka rasa ubat ni, tak sedap!" Rasa nak muntahkan semula pil-pil yang aku telan tadi.Dah lah besar, pahit, tak sedap.Kenapa ubat orang dewasa tak boleh sama macam budak-budak? Aku lagi suka makan ubat cecair daripada makan ubat yang berbentuk pil.Sekurang-kurangnya, ubat jenis cecair adalah rasa buah-buahan sikit dan berwarna warni.Pil pun ada banyak warna tetapi pahit.Diulangi, tak sedap! Dan sekarang aku sedang merungut seperti anak kecil.

 

Yeah..yeah… Typical Airisy.

 

“Tak pernah aku jumpa ubat yang sedap.Kalau sedap tu namanya bukan ubat duh…” Dia berkata sambil menyentuh kaki kanan aku. “Balutan ni kena selalu ganti, kalau dah kotor, tukar yang baru.Nanti kena jangkitan kalau tak bersih.Cuci setiap kali kau lepas mandi.Sapu ubat.Untung tak kena jahit sebab tak dalam sangat luka ni.”

 

Aku turut membelek kaki aku. Nasib aku agak baik sebab kulit tu macam terkoyak sikit, bukannya tertusuk apa-apa bendasing yang tajam seperti kaca atau paku atau besi. Aku asyik melihat balutan sehingga terlupa muka kami berdua berada terlalu dekat sehingga deruan nafas hangat Jongsuk menerpa hujung hidung aku.

 

"Aku rasa, aku tak reti nak balut macam ni nanti.Esok kau datang lagi boleh? Tolong aku?" Soalan itu spontan keluar saat aku mendongak kembali untuk memandangnya.Tidak pula aku perasan wajah kami begitu dekat sehingga hujung hidung aku boleh menyentuh kulit pipinya.

 

Sesaat…

 

Dua saat…

 

Tiga saat.

 

Mata aku kembali berkerdip saat hujung bibir aku rasa bersentuhan dengan bibirnya yang….lembut.Ciuman kecil yang tidak disengajakan bukan? Dan puncanya kerana aku.

 

"Jongs, so-sorr_"

 

Kali ini, pipi kiri aku dikucup olehnya perlahan dan pantas.Aku sedikit terkejut dengan perlakuan Jongsuk, terkejut sangat.

 

"Semoga kau cepat sembuh." Tutur lelaki dihadapanku ini.Aku terdiam dan terus memandang anak mata coklat tanah miliknya, matanya memberikan aku ketenangan seketika.Matanya membuat aku terbuai jauh.Baru aku perasan Jongsuk ada sepasang anak mata yang boleh mententeramkan jiwa sesiapa yang memandangnya.Aku boleh hanyut.Tak, aku sudah lemas disini.

 

"Jongs, kau dah mengantuk ke? Dah lewat ni…" Aku cuba mengalihkan perhatiannya apabila dia langsung tidak menjarakkan dirinya.Dia berterusan memandang aku dan senyumannya begitu mempesonakan.Adakah ini kesan daripada ubat penahan sakit yang aku telan, tak pun ubat antibiotik sebab aku mula melihat malaikat sesat dihadapan aku dan mukanya seperti Lee Jongsuk.

 

“Owh! I caught you…Hahahhaa…You should have look at yourself…!” Duh….Aku menolak dia jatuh ke belakang.Damn..! Dia ketawa tak berhenti.Muka aku merona merah.Merah giler!

 

“Bastard Jongsuk.” Aku membaling kusyen kecil kepadanya.Sejak bila dia dijangkiti perangai setan Taehyung ni? Lupa, kadang-kala Jongsuk boleh menjadi lebih teruk daripada kami..

 

“Don’t get mad sweetpea, nanti cepat berkedut.” Dia bangun dan menarik sebelah pipiku dengan tangannya. “Sakitlah..! Ishhhh..!” Aku menepis tangannya dan dia berterusan mengganggu aku.

 

“Sorry, it was a joke.Muka kau stress je dari tadi.Tak sampai hati aku….Hadoiii…” Jongsuk sudah bersandar disebelahku sambil menekan perutnya sendiri.Senyuman jahatnya tetap tidak lekang daripada wajahnya.Si jahat berwajah malaikat.Aku tarik balik kata-kata aku tadi.

 

“Bukan muka aku memang macam ni ke hari-hari.Sengal…Dah lah..Pergilah balik sana! Aku tak nak tengok kau….” Lengannya aku pukul perlahan.Jongsuk menjelirkan lidahnya kepada aku.Urghh..Spesies bermuka talam.

 

“Sampai hati…Yelah, aku balik..Aku balik…” Dia mengangkat kedua tangannya tanda menyerah dan bangun dan bangun untuk berjalan pergi. Tetapi sebelum dia bergerak, dia menolehkan kepalanya ke sisi dan memandang ke bawah sofa sambil tersenyum sinis. “Jangan pulak tanya kenapa balutan kau berlubang sebab ada tikus nak gigi

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Last update before SPM..Wish me do well for m SPM.Really appreciate it!

Comments

You must be logged in to comment
QuincyOat
#1
Chapter 12: i miss Airisy and Kris so muchhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! sankyu! really sankyu for updated this fanfic!! T_T no Airisy! you cant be alone! you have to fight! fight for your love! you cant just easily gave up like this! omomomomomomo........i miss this fanfic so much!!!!! T_T
tiabarty #2
I'm looking forward for your next update :D
QuincyOat
#3
Chapter 7: ekceli, I'm gonna gives my eyes out towards Jessica and Kris lepas ni. Huhu~ idk why tapi bila Luna plan nak suruh Sica pujuk Kris I rasa macam...gosh, maybe something unexpected might happen!
anyway, updateu soon! (sbb Hansol pun teruja member dia ada dalam ni) :)
cherryfrutie77 #4
Chapter 4: Kembar 3 rupanya . -__-
cherryfrutie77 #5
Chapter 3: aigoo . comellahh taehyung nyanyi . Cute gilerrr kembar Dae & Tae . Love this story . Best sngt , hope update slalu yeee . *wink*
QuincyOat
#6
Chapter 3: kyaaaaaaa~~~~ chap 2 ni best gileeerrr!! *peluk Mark* seriously.. l really fell in love dengan chap 2 ni! I love the way si kembar comel Dae&Tae x Luna moments!! paling feveret part "password first,"!!! seriously,,, part tu lawak gila! and i re-read it again and again!!
QuincyOat
#7
Chapter 1: Himnaeyo,Rees :). Yeah, i know you ada crush dengan Kris tu. But still,be strong sebab i yakin akan ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Whether it's a good ones or vice versa. Update~!!!!