Sober

Benci : Let's not fall in love
Please log in to read the full chapter

Sudah 21 tahun aku hidup sendiri tanpa merisaukan apa-apa.Tanpa perlu kisah akan dunia luar,hanya fokus kepada kehidupan aku sendiri.Tetapi suatu hari tuhan mengurniakan aku perasaan untuk tertarik kepada seseorang.Aku tidak tahu bagaimana tetapi dia yang aku lihat dihadapanku.

 

 

ⓑ.ⓔ.ⓝ.ⓒ.ⓛ

 

 

 

"Boleh pinjam pen? Saya nak guna sekejap" Aku menyerahkan sebatang pen biru kepada dia yang duduk disebelahku.Kami sekarang berada di dalam dewan kuliah dan dia muncul secara senyap-senyap setelah setengah jam kelas bermula.Tutur katanya membuat aku meluat,sangat.

 

"Terima kasih" dia menyambut dengan senang hati lalu aku membiarkan dia sendiri.Pergi kelas pun malas nak bawa pen.Teruklah dia ni.Profesor Tiffany menerangkan dengan teliti mengenai penggunaan tatabahasa bahasa inggeris  dan penggunaannya yang berubah mengikut keperluan ayat.Setiap apa yang dikatakan oleh Prof.Tiffany aku catit.

 

 

"Prof ni,benda yang orang dah tahu tak payahlah diterangkan…" Omel lelaki disebelahku ini.

 

"Setakat grammar,alah..Kacang peas" bongkak sekali rasanya.Pas pelajar yang dia pakai aku jeling sedikit.

 

"Boleh diam tak?" Dia menjongketkan kedua bahunya kepadaku tanda tidak tahu.Aku mengetap gigi kegeraman.

 

"Jangan ah marah,kau kawan aku kan Rees.Nanti balik aku ajar kau eh?" Aku meluat dengan dia yang suka berlagak poyo.Hakikat seorang Kris..Daaa

 

"Diam ah Kris" dia menarik mukanya sedikit.Kutuk aku dalam hatilah tu.Setelah cukup dua jam barulah kelas bahasa ini tamat.Tapi mulut Yifan Wu tak pernah nak berhenti bercakap.Baju yang Prof.Tiffany pakai pun dia nak komen kata 'tak ada taste lah,no sense of fashion,tak up to date'.Haihh…Bising betul mulut dia ni.

 

 

 

"Rees,teman aku main skate jom! Aku ada game petang ni" tutur dia sewaktu aku menyuap Jajangmyeon ke dalam mulut.pukul 2:30 petang baru aku dan Kris berjaya menikmati makan tengah hari.Mana taknya,kelas Prof.Park habis pukul 2 tadi.Subject bussiness management.Entah kenapa ntah aku ambil subject giler tu.

 

"Malas ah..Assignment aku tak siap lagi.Nota aku lagi,kau pergi ah sendiri"pelawaannya aku tolak.Minggu ni je,bertimbun assignment kena siapkan untuk next week.Dengan kuiz prof Park yang belum aku study lagi,memang terbaik ah uni ni.Tahun kedua mencabar minda dan mental aku.

 

"Kat sana nanti kau siapkanlah.Duduk bersila.Okay camni ah,kalau aku menang aku belanja kau cool blog?" dia membuat tawaran yang agak menarik kepada ku.Tahulah cool blog tu favourite aku sejak aku belajar kat negara orang ni.Aku menggeleng tanda menolak.

 

"Weyh,cool blog tu aku offer!" Kris tidak mempercayai bahawa aku,Airisy Wilson menolak cool blog yang sering menjadi dambaan semua orang.Dia melambaikan sebelah tangannya kepadaku.

 

"Weyh,kau sedar tak ni?"

 

"Aku sedarlah..Kau tu yang tak sedar diri,kerja tak siap.Tahu nak enjoy je" Aku perli dia.Tersedak sedikit Kris mendengar kata-kataku.

 

"Tapi pointer aku selalu naik what,3.8 ke atas dan tak pernah turun.Hebat tak??" hakikat yang dia ni genius tidak pernah aku lupakan.Entah apa ilmu dia pakai,semua dia boleh score.

 

"Fine…Lepas ni belanja aku dan kau kena ajar aku sekali.Next week Prof.Park buat kuiz.Mati aku kalau tak boleh jawab"disebabkan si Kris ni sedikit bijak dalam subjek yang melibatkan kira-kira,maka aku harus pergunakan dia supaya aku boleh berjaya..Cehh…

 

"Deal.Dah jom,lagi setengah jam game tu nak mula.Aku nak amik skate lagi,nanti lambat" dia sudah berdiri.Ewah-ewah,senang je suruh aku ikut dia.

 

"Pergilah ambil dulu,nanti aku datanglah.Kau lawan kat mana? Taman kat 'green area' kan" dia mengangguk sedikit.Memang tu pun port budak-budak U kami melepak dan bersosial untuk aktiviti sukan macam roller blade dan skating.

 

"Okay…Kau jangan lari,kalau aku menang lepastu kau tak ada,aku tak mengaku kau kawan" dia mengugut aku dengan senyuman jahatnya.

 

"Kau kawan aku ke selama ni hah setan??" dia ketawa mendengar soalan aku.See,gelak pun macam setan dah ni.

 

"Apa-apa lah…Aku chow dulu.Adios" Kris telah pun pergi dengan berlari-lari anak.Tetapi sebelum sempat dia pergi dia mengusutkan rambut aku dulu.Dasar kawan tak guna.Nilah akibatnya kalau bestfriend kau seorang lelaki.Reda je lah.

 

 

 

"Weyh..dia datang,dia dah datang!" laung satu suara.Mereka yang lain mula gelabah.

 

"Okay,buat macam yang kita dah practise tadi..cepat!" masing-masing sibuk melakukan apa yang telah mereka rancang sebelum ini.

 

 

"Oii Rees,kau buat apa datang sini?" aku disapa oleh Taehyung yang sedang menuju ke arah aku dengan menaiki skatenya.

 

"Nak tengok korang lawan lah..Mana Kris? Tadi dia yang beriya-iya suruh aku datang" aku mengambil tempat di atas sebuah bangku lalu duduk bersama Luna dan Jongsuk.

 

"Lawan apa ni?Setahu aku harini semua orang free,tak de pun aku dapat whatsapp dari sesape pun” Daehyun bersuara pula.Dia memeriksa handphonenya.Kud-kud lah terlepas pandang something.Muka aku sudah panas,telinga aku sudah merah.Damn you Kris!

 

“Kris tipu kau ke? Takkan lah kud…” ujar Jongsuk.Dia dan Luna sedang sibuk menyiapkan hasil karya mereka.Masing-masing designer katanya.

 

“Ishh,aku nak baliklah macam ni” daripada duduk aku kembali bangun,mencapai bag galasku dan sedia  untuk bergerak.

 

“Alah lek ah,apa kata kau tengok aku buat trick?” Taehyung menyuruh aku duduk kembali.

 

“Trick kau dah basilah Tae,kay lah aku nak blah.Kalau jumpa si galah tu cakap aku kirim salam maut kat dia” kali ini aku benar-benar mahu pergi.Suka hati dia je buat aku macam ni.Ingat aku apa? Anak kucing?!

 

Sempat aku menangkap suara-suara sumbang (aku tipu,suara diorang semua sedap) sedang menyanyikan sebuah lagu yang cukup dikenali semua manusia sepanjang hayatnya.Aku menekup mulutku dan berdiri kaku.

 

 

Selamat hari jadi..

Selamat hari jadi..

Happy birthday to Airisy Wilson,

Selamat hari jadi~

 

 

“Blow the candles buddy,happy 21st birthday girl.Make some wish” Kris memegang kek kecil itu dihadapanku sambil dikelilingi oleh rakan-rakan yang lain.

 

“Neon nappun saekkiya (you jerk)” Aku tersengih tambah terharu tambah benci kepada Yifan Wu.Dia masih lagi menghadiahkan senyuman nakalnya kepadaku.

 

“Tiup lilin cepat!” Taehyung dan Daehyun bersorak teruja.

 

“Biarlah dia buat hajat dulu kud ye pun” Luna mencubit sebelah telinga Taehyung dan Daehyun.Dari tadi asyik memekak je.

 

“Sakitlah woi,capang nanti!” jerit Taehyung.Jongsuk meleraikan perbuatan Luna yang agak kejam tetapi patut itu.

 

Aku pula memejamkan mata dan mula membuat hajat.Kris menganggukkan kepalanya sedikit membenarkan.

 

‘Jangan kau jauhkan dia daripada aku wahai Tuhan,aku suka kan dia’.

 

Api yang menyala di atas lilin telah pun padam ditiup oleh ku.

 

“Terima kasih,tak sangka korang ingat hari jadi aku yang aku sendiri pun lupa” ujar aku terharu.Nak menangis pun ada tapi aku tahan.Tak cool lah kalau menangis sekarang,nanti kena ejek.

 

“Kris yang plan,kitorang ikut je” Jongsuk memberitahu sambil tersenyum.Mereka semua mengangguk tetapi Kris melemparkan senyuman nya yang paling bangga kepadaku.Aku mencebik sedikit.

 

“Jom makan kek!!” Daehyun bersorak keriangan.Dia sudah merampas kek itu daripada pegangan Kris.

 

“Woi Dae,bak ah.Ni nak melantak sorang,mana patut” bebel Taehyung pula.

 

“Sinilah aku potongkan.Jong,pegang kamera ni kejap” akhirnya Luna yang menguruskan dua kanak-kanak riang itu.Jongsuk menangkap gambar.Aku dan Kris disini,memerhatikan mereka semua.

 

 

“Nah cool blog kau,vanilla oreo tambah bubble.Hadiah daripada aku” aku menyambut huluran daripada Kris.Hadiahlah sangat.

 

Orang lain syok-syok makan kek,aku pergi minum ice blend je.

 

“Thank you,ni yang buat aku sayang kau ni.Lain kali bagilah sedozen baru cukup” aku mencucuk straw menembus plastik bungkusan.Aduh,nikmat sungguh bila pearl yang kenyal-kenyal tu aku gigit dalam mulut.Padahal tiada apa yang istimewa pun pasal ice blended ni.Tapi itulah,kalau dah suka,tak boleh nak kata apa dah.

 

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Last update before SPM..Wish me do well for m SPM.Really appreciate it!

Comments

You must be logged in to comment
QuincyOat
#1
Chapter 12: i miss Airisy and Kris so muchhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! sankyu! really sankyu for updated this fanfic!! T_T no Airisy! you cant be alone! you have to fight! fight for your love! you cant just easily gave up like this! omomomomomomo........i miss this fanfic so much!!!!! T_T
tiabarty #2
I'm looking forward for your next update :D
QuincyOat
#3
Chapter 7: ekceli, I'm gonna gives my eyes out towards Jessica and Kris lepas ni. Huhu~ idk why tapi bila Luna plan nak suruh Sica pujuk Kris I rasa macam...gosh, maybe something unexpected might happen!
anyway, updateu soon! (sbb Hansol pun teruja member dia ada dalam ni) :)
cherryfrutie77 #4
Chapter 4: Kembar 3 rupanya . -__-
cherryfrutie77 #5
Chapter 3: aigoo . comellahh taehyung nyanyi . Cute gilerrr kembar Dae & Tae . Love this story . Best sngt , hope update slalu yeee . *wink*
QuincyOat
#6
Chapter 3: kyaaaaaaa~~~~ chap 2 ni best gileeerrr!! *peluk Mark* seriously.. l really fell in love dengan chap 2 ni! I love the way si kembar comel Dae&Tae x Luna moments!! paling feveret part "password first,"!!! seriously,,, part tu lawak gila! and i re-read it again and again!!
QuincyOat
#7
Chapter 1: Himnaeyo,Rees :). Yeah, i know you ada crush dengan Kris tu. But still,be strong sebab i yakin akan ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Whether it's a good ones or vice versa. Update~!!!!