Good Luck!

Benci : Let's not fall in love
Please log in to read the full chapter

Kris dah ada girlfriend.

 

Kris ada girlfriend.

 

Jessica girlfriend Kris.

 

 

"Huh...."

 

Aku merenung syiling kosong kamarku.Fikiran aku melayang kepada fakta baru.Kris tidak lagi meluangkan masanya bersama ku.Masanya sekarang hanya untuk Jessica, kekasihnya.Urghh!! Kenapa aku harus sibuk dengan hal orang? Lantaklah dengan KriSica sana.Jujur, aku tidak sukakan semua ini.Jessica sudah mencuri perhatian Kris secara penuh.Aku sudah ditolak ketepi secara automatik oleh kris.Keadaan sekarang sudah 360 darjah berubah.Aku lah yang paling terasa tempiasnya.Aku bukan cuba untuk menjadi tamak; Kris bukan hak mutlak aku pun.

 

"Apa aku nak buat sorang-sorang ni.."

 

Sekarang aku kebosanan.Seperti sekarang, berbaring di atas katil seperti orang tiada harapan untuk hidup.Kawan-kawan yang lain pastinya sudah merencanakan aktiviti menarik pada hari hujung minggu.Mama dan aunty pula terpaksa pergi ke Jepun pada hari ini.Lagi tiga hari, baru mereka pulang.Alahaiii..

 

"I should get some snacks."

 

Aku bangun dan berjalan keluar menuju ke dapur.Peti ais aku buka.Ada sekotak susu segar.Ada beberapa biji epal hijau serta sekotak strawberi.Ada juga pisang.

 

"Buat smoothie pun okay juga."

 

Kemudian aku membawa smoothie buatanku dan juga semangkuk bijirin ke ruang tamu.Menonton television kerana kebiasaan hari Ahad ada pelbagai rancangan yang menarik.

 

"Terima kasih buat untuk aku.."

 

Kris dengan selamba mengambil smoothie aku lalu dia hirup sambil jarinya ligat menekan butang remote control.

 

"Yah! Bukan untuk kau lah.."

 

Marah aku bersahaja.Aku menoleh ke kananku tetapi tiada sesiapa.Aku menoleh disebelah kiri juga tiada sesiapa.Smoothies aku masih lagi penuh tidak berusik.Aku berkhayal rupanya.

 

"Kenapa macam ni?"

 

Baru sebulan dan aku terasa dengan ketiadaan Kris disampingku.Aku tahu dia belum mati lagi tapi  sekarang sudah jauh beza keadaan aku dan dia.Tiada lagi dia datang serbu rumah aku seperti selalu.Kami hanya dapat berjumpa sewaktu berada di kelas, lain waktu, dia menghilang.Jangan tanya lagi ke mana dia pergi.Tindakan Kris juga kadang-kala boleh menyebabkan hati aku jadi sakit dengan sendiri.Setiap kali nama Jessica disebut, setiap kali itulah aku berusaha untuk memadam tompok hitam dalam hati aku.Adakah ini yang dinamakan cemburu?

 

 

 

"Kris, kau nak pergi mana ni?"

 

"Aku nak jumpa Jess, kejap lagi dia habis kerja.Kenapa?"

 

"Huh? Tak ada apa, ingat kau free."

 

"Kalau kau nak, esok kita jumpa.Aku datang rumah kau.Bye, gotta go!"

 

 

Tetapi bila esok tiba, Kris mungkir janji.Dia tak jumpa aku pun.Dia cuma hantar mesej dan kata,

 

"Rees, sorry.Jess ajak aku teman dia pergi klinik, dia tak sihat.Demam."

 

"Owh..Tak apa, kau temanlah dia.She is sick right..Sokay."

 

Itulah yang aku balas.Jessica sakit, pasti itu lebih penting berbanding aku, bukan.Namun, baru sekali dua dia terpaksa mungkir janji.Alasan dia pasti Jessica.Lagipun, aku dan dia bukanlah sesiapa kalau setakat nak dilabel 'kawan baik'.Kadang-kadang aku sendiri tertanya apa status sebenar diantara aku dan Kris.Business partner? Kawan sekelas? Kawan baik? Abang dan adik? Entahlah..

 

 

Aku sedar telefon bimbitku berbunyi minta diangkat.Aku melihat nama Kris tertera diatas Skrin.Panjang umur dia.Automatik sebuah senyuman terukir dibibirku.

 

"Hello, Kris?"

 

"Rees, kau kat rumah ke?"

 

Kening aku terangkat sedikit.Suara aku cuba kawal.Aku teruja kerana Kris yang menelefonku dahulu.

 

"Yeah..Aku kat rumah.Asal?"

 

"Great, kau tak dengar ke aku tekan loceng rumah kau ni?"

 

"Err..Kau kat sini ke? Lupa, loceng rumah aku rosak.Tunggu, aku bukak gate."

 

"Okay.."

 

Talian diputuskan.Aku menyelak sedikit langsir tingkap disini.Kereta merah Kris memang ada didepan pintu pagar rumah ku.Kunci pagar automatik aku tekan agar pintu pagar dapat dibuka.

 

 

 

 

 

"Asal nak datang tak cakap.Kalau aku tak ada kat rumah tadi macam mana?"

 

"Macam tu lah..Mereput sendiri."

 

"Sengal.Ni tak ada angin, tak ada ribut asal kau bawak aku pergi sini? Dah lah ramai orang duh.."

 

Sekeliling kami berdua penuh dengan orang ramai yang membawa haluan sendiri.COEX pada hujung minggu memang sibuk.Mata aku jadi pening sebab sesak sangat dengan orang.Kris pula tiba-tiba hilang disebelahku..Aku jalan sorang-sorang ke apa ni? Nak cari dia pulak lah macam ni.Tempat sesak macam ni pun dia sanggup nak jalan ke? Mata aku melilau mencari dia.Kris si galah, pasti senang hendak mengecam dia dengan rambut honey-blondenya

 

"Lah..Lambatnya kau..Sinilah, nanti hilang lagi."

 

Suara dia muncul kembali.Aku tersengih maaf.Dia memautkan jarinya kepada tangan kanan aku.Jari kami bergabung.Aku jadi segan, yeah, tiba-tiba segan sebab dia buat macam tu.Rasa janggal.

 

"Err, Kris.Kau pegang tangan aku ni.."

 

Aku beritahu dia dengan menarik lengan t-shirt maroonnya.Dia memandang aku pelik dan genggaman tanganku dikuatkan lagi.

 

"Dah tu, kenapa? Macam tak biasa je aku pegang tangan kau selama ni.Nanti kau hilang, susah aku tau." Aku mencebik.Sebab tu je ke? Dah tu, aku rasa sebab apa? Haihh…Kenapalah aku terlalu banyak menyoal diri sendiri?

 

"Dah lah..Tak payah lah pegang, aku boleh je jalan sendiri."

 

Rasa nak merajuk pun ada bila dia cakap macam tu tadi.Terasa sendiri.Aku melepaskan pegangan tangannya.Dia menjeling aku apabila aku berbuat sedemikian.Dia menarik semula tangan aku dan dipegang dengan kejap serta kemas.Tak lupa juga sedikit kuat agar aku tidak seenaknya melepaskan tangan dia lagi.

 

"Mengada, aku dah pegang elok-elok, senang-senang suruh lepas.Aku lepas betul nanti baru tahu.Lepastu kau hilang..Bila aunty balik, apa aku nak cakap? Kau hilang dalam mall sebab aku.Hesyhh….Payah!"

 

Bebel dia.Aku mengetap gigi sabar sahaja.Dahlah aku ditarik mengekori kemana sahaja dia melangkah.Tahu tak langkah kaki kami tidak sama besar? Aku terpaksa mempercepatkan langkahku 2x ganda dari yang sepatutnya.Sah, aku persis lembu yang dicucuk hidung.Dia pulak, tak cakap apa benda yang dia cari kat sini.Aku pulak, tak reti-reti nak tanya.Okay, okay..Aku tanya.

 

"Kris, kau sebenarnya nak cari apa kat sini? Dari tadi jalan-jalan macam tak ada arah..Dah lah aku kena heret…! Penat lah..!"

 

Aku memarahi dia.Sebenarnya, tak ada niat pun nak marah sampai hentak-hentak kaki.Aku stress tahu dengan orang ramai sangat kat sini.Aku tak suka pergi tempat yang ramai orang macam ni.Buat aku pening.Dia jeling aku lalu dia berhenti melangkah.Ekspresi mukanya berubah menjadi gelisah. Dia memegang dahinya yang berkerut sedikit.Kris nervous? Biar betul!

 

"Okay..Sorry, aku give up.Aku ingat aku boleh cari sendiri barang yang aku nak tu.."

 

Keluh dia.Aku mengambil tempat di atas sebuah bangku kosong yang disediakan di kompleks membeli-belah ini.

 

"Yelah..Aku tahulah kau nak cari barang.Tapi barang apa?" Aku berlembut apabila sepasang kaki aku dapat direhatkan setelah hampir 2 jam berjalan seperti orang gila kat sini.

 

"Kau rasa, perempuan suka apa?"

 

Mulut aku ternganga.Tu je yang dia dok pikir dari tadi.Yang dia jalan-jalan keliling mall ni sampai naik leceh tulang aku? Tenaga aku terbazir macam tu je? Izinkan aku tumbuk dia dahulu.

 

"Duh..Asal kau tak tanya aunty je pasal ni?! Yang kau heret aku kenapa, lelaki tinggi? Asal tak tanya Luna, Jess ke?" Kris mengaduh sakit. Aku rasa dia langsung tak jangka aku nak tumbuk dia.Biar, puas hati aku macam ni!

 

"Sebab aku pilih kau untuk tolong aku.Ada masalah?"

 

Nak je aku bagi penumbuk tetapi kat muka dia ni.

 

"Asal pilih aku.Kalau aku tahu macam ni, aku tidur je kat rumah lagi bagus!" Aku sudah berdiri.Aku nak balik, sekarang!

 

“Yah…Jangan lah macam ni.Nantilah dulu!” Dia menarik aku duduk dengan sekali tarik. Kedua tangan Aku silangkan ke dada.Muka Kris berubah jadi cemberut.

 

"Fine, asal kau tiba-tiba berminat nak tahu 'apa yang perempuan suka', are you really Kris Wu that I'd known?" Aku tertanya-tanya dengan diri Kris sekarang.Dia menundukkan wajahnya sedikit dan mengusap belakang tengkuknya perlahan.Seperti berkira-kira untuk memberitahu aku.Baru aku perasan, pipi Kris merona merah, seperti malu-malu.

 

"Kris..Tell me, what is it?" Kecurigaan aku terlalu tinggi sekarang ini.Biar aku teka, mesti ada kaitan dengan Jessica.

 

"Actually, aku nak hadiahkan Jess sesuatu, you know, a meaningful gift from me.Sebagai tanda yang kami berdua bercinta.Aku propose dia haritu pun tak sempat nak bagi dia apa-apa.Not even a proper dinner.I feel like I am the worst man ever."

 

Penjelasan Kris buat keterujaan aku tenggelam.Ini lah sebab utamanya kami berdua berada disini.Aku terasa dipergunakan pun ada.Tapi, bila melihat wajah Kris yang begitu mengharap, aku tidak sampai hati pula untuk menolak kehendaknya.Tak pernah Kris berkelakuan serabut seperti ini; less confident pun ada.

 

Kenapa kau jadi macam ni Kris? Did love changed you?

 

"You know, you should have told me earlier about your, 'bout your relationship with Jess.."

 

"Yeah, okay..Again, I’m sorry girl. I didn’t meant it to hide what’s going on especially to you.Sorry, Rees."

 

“You never hide anything from me before….” Omel aku dibawah bibir dengan perlahan.Cukuplah aku seorang yang mendengarnya.

 

"You should and must tell me first you, jackass.." Aku memukul bahu kanannya perlahan.Sudah menjadi kebiasaan aku untuk memukul dia sebegitu apabila aku geram.Kris tersengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun rapi.

 

"Okay, i'm sorry girl.But please, can you help me?" Kris merayu aku lagi.Ni memang parah, tak pernah dia nak merayu sampai macam ni pada sesiapa.

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Last update before SPM..Wish me do well for m SPM.Really appreciate it!

Comments

You must be logged in to comment
QuincyOat
#1
Chapter 12: i miss Airisy and Kris so muchhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! sankyu! really sankyu for updated this fanfic!! T_T no Airisy! you cant be alone! you have to fight! fight for your love! you cant just easily gave up like this! omomomomomomo........i miss this fanfic so much!!!!! T_T
tiabarty #2
I'm looking forward for your next update :D
QuincyOat
#3
Chapter 7: ekceli, I'm gonna gives my eyes out towards Jessica and Kris lepas ni. Huhu~ idk why tapi bila Luna plan nak suruh Sica pujuk Kris I rasa macam...gosh, maybe something unexpected might happen!
anyway, updateu soon! (sbb Hansol pun teruja member dia ada dalam ni) :)
cherryfrutie77 #4
Chapter 4: Kembar 3 rupanya . -__-
cherryfrutie77 #5
Chapter 3: aigoo . comellahh taehyung nyanyi . Cute gilerrr kembar Dae & Tae . Love this story . Best sngt , hope update slalu yeee . *wink*
QuincyOat
#6
Chapter 3: kyaaaaaaa~~~~ chap 2 ni best gileeerrr!! *peluk Mark* seriously.. l really fell in love dengan chap 2 ni! I love the way si kembar comel Dae&Tae x Luna moments!! paling feveret part "password first,"!!! seriously,,, part tu lawak gila! and i re-read it again and again!!
QuincyOat
#7
Chapter 1: Himnaeyo,Rees :). Yeah, i know you ada crush dengan Kris tu. But still,be strong sebab i yakin akan ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Whether it's a good ones or vice versa. Update~!!!!