Chapter 21

CAN I STILL SEE YOU

Chanyeol tiba disekolah pada waktu yang sama setiap pagi namun pagi ini merupakan pagi yang berbeza. Hal ini kerana dia merasakan bahawa terdapat beberapa pasang mata memandang kearahnya. Dia tidak pernah mendapat perhatian sebegini namun pagi ini berbeza halnya. Chanyeol yang merasa tidak selesa mempercepatkan langkahnya memasuki kelasnya. Setelah tiba dikelas semua rakan kelasnya memandang kearahnya ada yang tersenyum lalu memberikan thumb up kepadanya.Ada juga memandangnya dengan mata yang penuh dengan cemburu. Chanyeol melemparkan senyuman kepada rakan sekelasnya dengan senyuman janggalnya lalu duduk ditempatnya. Tiba tiba Zizi mencuit bahu Chanyeol lalu Chanyeol memandang Zizi yang berada di belakangnya. 

"Tahniah."ucap Zizi lalu memberi tepukan kecil kepada Chanyeol. Chanyeol menerutkan dahinya tanda tidak faham."sebenarnya apa yang berlaku pagi ni. Kenapa semua orang pandang saya lain macam je?". soal Chanyeol.

"Awak tak buka blog sekolah atau chat kelas ke?. Chanyeol menggelengkan kepalanya. Chanyeol terus menyelup saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon pintarnya dan apabila dia membuka blog sekolah matanya yang sudah sedia bulat itu makin membulat tanda terkejut. Dia mengangkat pandangannya lalu memandang Zizi yang hanya tersenyum kearahnya.

TAJUK UTAMA:BYUN HYUNNIE KINI TELAH MENJALINKAN HUBUNGAN BERSAMA SEORANG PELAJAR JURUSAN MUZIK,PARK CHANYEOL.

"Macam mana berita macam ni boleh jadi berita sekolah?"soal Chanyeol."Awak lupa ke?. Hyunnie tu kan pelajar paling popular dan jangan lupa jugak yang sekolah ni keluarga dia yang punya so tak perlu nak terkejut sangat. Tak sangka yang awak akan popular."kata Zizi yang diakhiri dengan gelak ketawa Zizi.

 

 

 

 

Di kelas Hyunnie semua orang terpaku apabila Kai menarik Hyunnie keluar dari kelas tersebut secara paksa dan tiada sesiapa yang berani menahannya. Minnie, Kyungie, Yixing, Sehun, Jongdae dan Myeonnie bergegas mengikuti belakang Hyunnie dan Kai. 

Kai dan Hyunnie menjadi tumpuan para pelajar yang masih berada di laluan tepi kelas. Setelah sampai di rooftop sekolah Hyunnie menarik paksa tangannya daripada genggaman Kai lalu langkah mereka terhenti. "Perlu ke awak tarik saya sampai sini?' soal Hyunnie dengan nada yang tenang sambil mengelus pergelangan tangannya. Kai memandang Hyunnie tepat kemata Hyunnie . Matanya penuh amarah yang tidak sebarangan orang dapat meredakannya."Betul ke berita tu?". soal Kai dengan nada yang menahan marah. Hyunnie mendiamkan diri dan melangkah untuk pergi dari situ. Kai dengan gerakkan pantas memeluk Hyunnie dari belakang.

"Saya harap berita tu tak betul. Saya sanggup lakukan apa saja yang awak nak tapi tolong katakan yang berita tu tak betul." kata Kai yang menahan diri dari mengalirkan air matanya.Hyunnie menahan dirinya agar tidak terlihat bahawa dia juga menginginkan Kai disisinya. Minnie, Kyungie, Yixing, Sehun, Jongdae dan Myeonnie yang tiba di situ melihat kejadian itu. Mereka hanya mendiamkan diri menyaksikannya. Betapa sakitnya hati Kyungie sekarang ini hanya dia sahaja yang tahu apabila melihat pemandangan dihadapannya sekarang ini namun dia harus bertahan kerana selama ini dia sudah tahu lambat laun Kai akan menunjukkan juga bahawa dia tidak akan pernah dapat melupakan Hyunnie.

Hyunnie melepaskan pelukkan Kai tadi lalu pergi dari situ. Hyunnie terus berjalan tanpa menghiraukan rakan rakannya yang ada disitu. Myeonnie dan Minnie mngikuti Hyunnie manakala yang lain hanya memandang ke arah Kai yang sekarang ini sedang berdiri lemah. Kyungie mendekati Kai lalu memeluk Kai untuk menenangkan Kai. Kai membalas pelukkan Kyungie itu.

Setelah sejam berlalu mereka berlapan kembali kedalam kelas. Kelas yang selama ini sentiasa bising namun sekarang begitu suram akibat kejadian tadi. Nasib menyebelahi mereka kerana sekarang ini para songsaengnim sedang mengadakan mesyuarat jadi mereka tidak didenda kerana keluar kelas pada waktu pembelajaran. Kai memandang kearah luar tingkap manakala Hyunnie hanya menunduk menatap meja. 

 

 

 

 

"Maaf."Ucap Hyunnie kepada Kyungie yang sekarang ini sedang bersiap siap untuk memulakan latihan mereka. Di dalam bilik tersebut hanya mereka berdua sahaja. Hal ini kerana mereka sedang mempersiapkan diri untuk persembahan duet mereka nanti pada hari festival seni sekolah. Kyungie tidak mengata apa apa, hanya memandang Hyunnie dengan tatapan heran."Sebab pagi tadi"sambung Hyunnie lagi. Kyungie hanya tersenyum apabila memahami apa yang dimaksudkan oleh Hyunnie itu."dah la. Kita lupakan je .Kita berlatih dulu." ujar Kyungie lalu memasang minus one.Lagu yang dipopularkan oleh Davichi iaitu sebuah kumpulan duet yang popular dengan suara merdu mereka iaitu Starry Night. Alunan muzik pun memenuhi ruangan latihan itu.

[KYUNGIE]byeori bitnaneun bam
geudaewa na duri georeoyo
haengbokhan barami bureowa
nae mam ttara seolleyo
majubogo isseumyeon
gaseumeseo haneun geu mal
saranghae na geudae yeongwontorok saranghae

[HYUNNIE]geudae deung ireokena
ttaseuhanji mollasseonneunde
himdeul ttaemada naege himi dwaejun
geudae pumi neomu johayo

[KYUNGIE]geudaeman isseumyeon gyeote isseumyeon
i sesangi ireoke areumdawo
nuguboda nal akkyeo jul
sarami geudaera mideoyo


[HYUNNIE]nunbusige bitnaneun
jeo byeori geu bicheul da irheul ttaekkaji
yaksokhaeyo
nae mam byeonhaji annneundago

geudaega ireokena
deundeunhanji mollasseonneunde
apeul ttaemada naege dallyeowajun
geudae sarange gamsahaeyo

[KYUNGIE]geudaeman isseumyeon gyeote isseumyeon
i sesangi ireoke areumdawo
nuguboda nal akkyeo jul
sarami geudaera mideoyo


[HYUNNIE]nunbusige bitnaneun
jeo byeori geu bicheul da irheul ttaekkaji
yaksokhaeyo
nae mam byeonhaji annneundago

ttaeroneun neomeojigo
apeulttae hamkkehal nae saram
eonjekkaji bicheul nae juneun sarangigil

[KYUNGIE]cham gomaun saram nollaun saram
nal ireoke haengbokhage mandeuneun
geudaeran iyumaneuro
gaseumi ttwineun nal anayo


[HYUNNIE]sesangi nal sogyeodo
geudaeneun pyeongsaengeul nae pyeoni doeeojul
chakhan saram yeongwontorok saranghalgeyo

Alunan muzik mula perlahan dan terus senyap. Hyunnie mengambil dua botol air mineral lalu memberikan satu kepada Kyungie."Hyunnie~ah. Aku ingat aku nak putus dengan Kai" ucapan Kyungie itu memberhentikan Hyunnie yang sedang minum. Hyunnie menjauhkan botol tersebut dari bibirnya."Kyungie~ah..."

"Aku tahu yang aku dah janji dengan kau, tapi aku dah putus asa nak buatkan dia cintakan aku. Apapun yang aku buat akhirnya nanti kau jugak yang ada dalam hati dia.Maafkan aku."Hyunnie mendekati Kyungie lalu memegang kedua dua tangan Kyungie.

"Tolong jangan. Dia perlukan kau dengan dia."Kyungie tersenyum lalu menarik perlahan tangannya dari genggaman Hyunnie.

"Orang yang Kai perlukan adalah kau dan bukan aku. Aku tahu yang  kau masih sayangkan Kai. Aku tak sanggup nak tengok dia pura pura cintakan aku sebab kau."Kyungie mengambil begnya lalu meninggalkan ruangan tersebut.

 

 

 

 

Junmyeon melangkah masuk ke dalam sebuah cafe berdekatan dengan hospital untuk menyegarkan badannya yang sudah 5 jam berada di dalam hospital . Sedang dia mencari tempat untuk duduk tiba tiba dia terpandang seorang yeoja berseragam yang dia yakin bahawa dia pernah menemui yeoja tersebut. Dia memberanikan diri mendekati yeoja itu. Yeoja itu sedang asyik memandang keluar kaca tingkap cafe itu.

"Maaf kalau tak silap awak ni yeojachingu Kai kan?" soal Junmyeon apabila sedikit mengecam yeoja tersebut. Yeoja itu bingkas bangun dengan ekspresi terkejut."Junmyeon~shii kan?" soal Kyungie."Tak payah nak ber shii dengan saya. Just panggil oppa. boleh oppa duduk dengan kamu?"Kyungie tersenyum lalu memperlawa Junmyeon duduk.

"Kyungie kan nama awak?"soal Junmyeon.

"ye."

"Maaf lah oppa ni kadang kadang bukan ingat sangat nama orang."

"Tak pe la. lagi pulak kita baru jumpa dua kali termasuk yang ni." Junmyeon mengangguk tanda setuju.

"Kenapa duduk seorang je?. Kai ?"

"Kai ada latihan."

"Dia tak habis habis lagi dengan sibuk dia tu. Dari kecil sampai sekarang ni lebih utamakan dance dia."

"Saya dah biasa dah." Setelah itu seorang pelayan mendekati mereka dan mengambil pesanan Junmyeon dan Kyungie. Mereka berbual bual agak lama sehingga Junmyeon mendapat panggilan daripada pihak hospital dan setelah itu mereka berdua berpecah dimana Junmyeon pulang ke hospital dan Kyungie pulang kerumah.

 

 

 

 

Chanyeol sekarang ini sedang duduk di sebuah taman bersama sama dengan yeojachingunya iaitu Hyunnie. Tak banyak yang mereka lakukan. Mereka hanya memandang kanak kanak yang sekarang ini sedang asyik bermain buaian dan gelongsong."Saya ada dengar pagi tadi tentang Kai." kata Chanyeol yang mula buka bicara.

"tak de apa la. Cuma hal kecil je. awak jangan risau ok?"kata Hyunnie yang sekarang ini sedang memandang Chanyeol yang berada di sisi kanannya.

"Hmm."Jawab Chanyeol."Awak free tak malam ni?"soal Chanyeol.

"Free."

"Kalau boleh saya nak ajak awak keluar tengok wayang." kata Chanyeol.

"Ok. " Jawab Hyunnie lalu mendapat anggukkan dari Chanyeol. Mereka kembali memandang kearah kanak kanak tadi sambil menggenggam tangan masing masing. 

 

 

 

 

Minnie sekarang ini sedang membaca sebuah dokumen yang dia jumpai terletak cantik diatas meja Jongdae. Tidak dapat dibaca riak wajah Minnie kerana semua perasaan bercampur aduk.

Gembira, sedih, marah.

Dengan gerakkan pantas dokumen tersebut telah dirampas oleh seorang namja yang sekarang ini sedang berdiri di belakangnya. "Minnie~ah"

Minnie memandang tepat kearah Jongdae yang sekarang ini sedang cemas. "Kenapa awak tak bagitahu saya tentang dokumen ni?" soal Minnie. Jongdae menghulurkan tangannya untuk memegang Minnie namun Minnie malah bergerak menjauhi Jongdae lalu pergi meninggalkannya.Jongdae menghempaskan dokumen tersebut dilantai dan menghembuskan nafas kasar.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment