Jealous

CAN I STILL SEE YOU

Junmyeon keluar dari biliknya dan menuju ke ruang dapur rumahnya. Dia disapa oleh dongsaengnya Myeonnie.

"Selamat pagi oppa"ucap Myeonnie lalu meneruskan acara makannya.

"Pagi. Omma mana?" Soal Junmyeon kepada Myeonnie.

"Kerja. Omma kena pergi Jepun untuk uruskan hal syarikat."

Junmyeon mengangguk tanda mengerti. Puan Kim merupakan CEO Kim Group. Puan Kim mula menjadi CEO syarikat itu selepas kematian Tuan Kim, appa Junmyeon dan Myeonnie 2 tahun yang lalu.

"Myeonnie lepas ni nak pergi sekolahkan?" 

"Ye. Napa oppa?"

"Oppa hantarkan ye. Sebab oppa nak pergi kubur appa pagi ni."

"Arasso oppa"

Setelah itu mereka pun mendiamkan diri dan sambung menikmati sarapan mereka.

 

 

 

 

Setelah tiba disekolah Myeonnie keluar dari kereta yang dibawa oleh Junmyeon lalu melambaikan tangannya kepada Junmyeon.

Belum sempat Junmyeon keluar dari kawasan sekolah itu terdapat sebuah kereta yang dia kenali berhenti didepannya. Setelah beberapa detik seorang yeoja keluar dari kereta tersebut dengan menunduk.

Yeoja tersebut memalingkan wajahnya lalu terlihat kearah Junmyeon yang berada didalam kereta itu. Junmyeon merasa hatinya luluh apabila matanya bertembung dengan yeoja itu. Dia ingin memeluk yeoja itu lalu menghapuskan kesedihan yeoja itu.

Yeoja tersebut terus memalingkan pandangannya lalu menuju masuk ke ruangan sekolah tanpa menoleh kembali kearah Junmyeon.

Beberapa detik kemudian Junmyeon kembali memandu dan menuju ke kubur appanya.

 

 

 

 

Hyunnie tidak bersedia untuk berjumpa dengan Junmyeon buat sementara waktu ini kerana dia merasa gagal menunaikan janjinya kepada Junmyeon.

Janji untuk selalu bahagia. 

Janji untuk tidak bersedih lagi selepas kematian hanaboji Jongin.

 

 

 

 

Chanyeol berjalan menuju kekelasnya. Dia berjalan sambil mendengar lagu yang berkumandang di headphonenya. Tiba tiba dia terlihat bahawa Hyunnie sedang menuju kearahnya. Chanyeol merasakan debaran dihatinya. Dia segera membetulkan baju dan rambutnya agar kelihatan rapi.Hyunnie masih belum melihatnya kerana terlalu tekun membaca nota kecilnya. Chanyeol pun memanggil Hyunnie.

"Hyunnie~ah". Hyunnie memberhentikan langkahnya lalu mengangkat wajahnya lalu bertemu mata dengan Chanyeol.

"Chanyeol~ah."panggil Hyunnie dengan nada suaranya yang lembut. Chanyeol merasakan hatinya telah cair apabila mendengar Hyunnie menyebut namanya.

"Awak baru sampai?" Soal Chanyeol kepada Hyunnie.

"Mm.. baru je"

Chanyeol terlihat nota kecil yang dipegang oleh Hyunnie itu."Rajinnya awak ulangkaji"ujar Chanyeol.

Hyunnie tersenyum." Tak ada la. Dalam kelas nanti Lee songsaengnim adakan kuiz tu yang saya study sikit."jawab Hyunnie yang diakhiri dengan ketawa kecil.

Chanyeol turut ketawa kecil. Hyunnie mengalihkan pandangannya daripada Chanyeol dan terlihat Kai dibelakang Chanyeol yang sekarang ini turut memandang kearahnya.

Chanyeol merasakan ada perubahan diwajah Hyunnie. Dia pun memalingkan wajahnya kebelakangnya dan dia terlihat Kai berdiri disitu dan dalam beberapa ketika Hyunnie bersuara.

"Chanyeol~ah saya masuk kelas dulu"

Chanyeol pun mengalihkan pandangannya semula kearah Hyunnie lalu mengangguk. Hyunnie meneruskan  perjalannya untuk memasuki kelasnya. Dia hanya menundukkan pandangannya agar tidak bertemu mata dengan Kai yang sejak tadi berdiri dihadapan kelas.

Lirikan mata Kai mengikut susuk tubuh Hyunnie yang sedang berjalan untuk memasuki kelas. Setelah Hyunnie memasuki kelas Kai pun memalingkan wajahnya kembali kearah Chanyeol yang sekarang ini sedang berjalan untuk memasuki kelasnya.

Kai merasakan ada secebis perasaan cemburunya terhadap hubungan Hyunnie dan Chanyeol. Kai tidak suka cara senyuman dan gelak tawa yang dapat Chanyeol berikan kepada Hyunnie. 

 

 

 

 

Baekkie merasa bosan dirumahnya bersendirian. Hyunnie sibuk dengan sekolahnya. Ommanya sibuk dengan butik pengantin yang diusahakannya. 

Baekkie membelek belek gambar kenalan kenalan Hyunnie untuk kembali mengigati mereka semua. Dia sehingga kini tidka menyangka bahawa dia akan menyetujui akal gila dongsaengnya itu.

Flashback~~

"No. I say no."ujar Baekkie apabila mendengar idea gila dongsaengnya itu.

"Jebal unnie. Ini permintaan terakhir aku. Aku janji aku takkan minta lagi dah lepas ni. Kali ni je." Baekkie merasa serbasalah sekiranya dia tidak membantu Hyunnie.

"No. Benda ni bukan main main. Kalau omma dengan appa tahu macam mana?" Soal Baekkie.

"Omma dengan appa takkan tahu kalau kita kita je."

Baekkie memikirkannya lagi.

"Kenapa kau nak buat semua ini?" Soal Baekkie.

"Sebab aku terlalu cintakan dia." Hening seketika diantara mereka.

"Aku tak nak kalau diorang sedih sebab aku. Aku tak nak." Baekkie dapat mendengar tangisan dongsaengnya itu walaupun mereka hanya berbual di telefon.

Baekkie berfikir sejenak. Kemudian dia kembali bersuara.

"Kau selalu fikirkan kebahagiaan orang lain dulu baru kau kan?. Aku fikirkan." Dia dapat merasakan kebahagiaan Hyunnie sekarang. 

"Thank you so much. Nanti aku hantarkan gambar gambar semua kenalan aku kat sini kat kau."

"Ok"

End of flashback~~

Baekkie teringatkan perbualannya dengan Hyunnie setahun yang lalu. Baekkie masih melihat gambar gambar yang dari tadi dia pegang.

"Tapi kenapa ramai sangat."keluh Baekkie lalu meletakkan kepalanya diatas gambar gambar itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment