Welcome Home Junmyeon Oppa

CAN I STILL SEE YOU

Myeonnie melangkah masuk kerumahnya  dengan langkah yang longlai. 

"Selamat pulang agashi" sapa pembantu rumahnya lalu mengambil beg yang dibawanya. 

"Terima kasih ajumma." Ujar Myeonnie. Myeonnie menghempaskan badannya di atas sofa yang berada di ruang tamu rumahnya.

"Ajumma. Omma belum balik lagi ke?" Soal Myeonnie kepada pembantu rumahnya.

"Belum lagi agashi."jawab pembantu rumahnya itu sambil membawakan segelas air untuknya.

"Tak perlu la ajumma bawakan air untuk Myeonnie. Myeonnie boleh ambil sendiri. Myeonnie dah besar la ajumma." Ujar Myeonnie lalu mengambil segelas air yang dibawa oleh Song  ajumma.

"Cakap tak perlu, tapi ambil jugak air tu" Myeonnie terkejut apabila terdengar suara seorang namja dari arah tangga rumahnya. Dia pun menoleh kearah suara tersebut.

"Apa khabar dongsaeng?"

"Oppa?. Junmyeon oppa!!" Jerit Myeonnie lalu berlari kearah oppanya dan menghempaskan badannya kedalam pelukan abangnya itu. 

Junmyeon memeluk dongsaengnya itu lalu mengangkat dongsaengnya.

"Beratnya dongsaeng oppa yang sorang ni" ujar Junmyeon setelah meletakkan Myeonnie kembali dan masih belum melepaskan pelukan dipinggang dongsaengnya.

"Oppa ni tak habis habiskan. Mesti ada je nak kutuh Myeonnie." Ujar Myeonnie sambil memuncungkan mulutnya tanda protes.

"Ala ala dongsaeng oppa yang sorang ni. Jangan la buat muka macam tu nanti oppa tak bagi hadiah. Oppa ada belikan hadiah untuk kamu." Ujar Junmyeon yang ia yakini Myeonnie akan serta merta akan berubah selepas menyebut tentang hadiah untuknya.

Myeonnie tersenyum dengan riang.

"Kalau macam tu Myeonnie nak bagitahu yang lain la yang oppa dah balik." Myeonnie menjauhkan dirinya dari oppanya untuk mencapai telefon yang ia tinggalkan di sofa tadi.

Myeonnie mula menekan skrin telefonnya.

"Hajima." Ujar Junmyeon lalu memegang telefon Myeonnie menghalang Myeonnie menaip.

"Waeyo"

"Oppa nak buat kejutan kat diorang. Myeonnie bagitahu diorang yang esok lepas sekolah jumpa kat cafe bubble tea yang dekat dengan sekolah. Jangan bagitahu diorang lagi yang oppa ada. Bagitahu ja jumpa kat cafe tu."

Myeonnie mengangguk tanda setuju lalu menaip semula untuk memberitahu yang lain.

"Selesai. Ok oppa jom naik atas Myeonnie banyak nak ceritakan kat oppa tentang apa yang jadi kat sini semenjak oppa tak ada" 

"Ok jom." Junmyeon meletakkan tangannya dibahu dongsaengnya itu lalu menaiki tangga untuk ke biliknya.

 

 

 

 

Bunyi getaran telefon mengalihkan tumpuan Baekkie yang dari tadi berbual di telefonnya ke arah telefon yang terdapat di atas meja beedekatan dengannya.

"Hyunnie telefon kau berbunyi ni!!" Teriak Baekkie untuk memanggil Hyunnie yang sekarang ini berada luar dari bilik membaca itu.

Tidak makan masa yang lama Hyunnie pun masuk ke dalam bilik membaca itu lalu mengambil telefonnya lalu membuka chat yang masuk.

Myeonnie: Esok kita semua pergi ke cafe bubble tea yang dekat dengan sekolah tu tau. PENTING...

"Ada apa yang penting sangat ni?" Fikir Hyunnie

 

 

 

 

Kyungie mencuci tangannya di sinki tandas sekolahnya. Setelah selesai Kyungie mengambil tisu dan segera keluar. Belum sempat dia keluar dia terdengar suara seorang yeoja sedang berbual didalam telefon. Yang menbuatkan Kyungie masih berdiri disitu ialah kerana yeoja tersebut sedang membicarakan hal yang membabitkan Kai dan Hyunnie.

"Betul la aku nampak sendiri hari tu Kai oppa bercakap dengan Hyunnie unnie.  Aku tak tau la apa yang mereka bualkan tapi yang peliknya sebelum Kai oppa pergi  dia nampak marah." Ujar yeoja tersebut.

Kyungie berfikir apakah yang membuatkan Kai marah.

Beberapa detik kemudian yeoja tersebut bersuara kembali.

"Aku rasakan diorang bercakap pasal Kyungie unnie la."

Kyungie terkejut apabila namanya disebut.

"Mana taknya aku bukannya nak memandai ke apa tapi aku ada la dengar yang Kai oppa tu bukannya cintakan Kyungie unnie pun dia cuma buat baik dan berpura pura mesra je dengan Kyungie unnie sebab nak sakitkan hati Hyunnie unnie sebab putuskan hubungan diorang dulu"

Tanpa menunggu lama lagi Kyungie keluar dari situ kerana tidak mahu mendengar perkara yang menbuatkannya sakit hati.

Dia tahu bahawa apa yang dikatakan oleh yeoja tersebut semuanya benar.Kyungie tahu Kai memang tidak menyukainya seperti dia menyukai Kai.

Hati Kai hanya untuk Hyunnie.

Kyungie tidak tahu kemana dia mahu sembunyi tetapi yang dia pasti dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapapun saat ini. 

Tiba tiba Kyungie bertembung dengan orang yang dia paling tidak mahu berjumpa saat ini.

Hyunnie.

"Oh.. Kyungie~ah. Kau dari mana?" Soal Hyunnie. Namun tiada balasan daripada Kyungie. 

Kyungie meninggalkan Hyunnie yang sekarang ini sedang memanggilnya. Hyunnie cuba mengekori.

"Tolong jangan ikut aku. Aku nak bersendirian sekarang ini" tanpa disedari air mata Kyungie mengalir.

"Kyungie~ah"

Kyungie hanya melemparkan senyuman lalu berlalu dari situ. Hyunnie tidak mengejar Kyungie lagi. Dia tetap disitu dan setelah itu dia beredar menuju bilik guru untuk berjumpa dengan Han Songsaengnim.

 

 

 

 

Myeonnie menarik narik tangan Yixing untuk segera masuk kedalam cafe tersebut. 

"Cepatlah Yixing " sambil menarik lengan Yixing.

"Sabarlah sayang." Ujar Yixing.

Setelah itu mereka memasuki cafe tersebut dan menuju ke arah kiri bahagian cafe tersebut kerana bahagian tersebut mempunyai meja yang besar.

Tiba tiba Myeonnie melepaskan tangan Yixing yang dia pegang tadi dan menuju kearah seorang namja tampan dan memeluknya.  Yixing merasakan letusan gunung berapi di dalam fikirannya. Yixing menguatkan genggaman tangannya untuk bersedia menumbuk namja tersebut kerana berani memeluk yeojachingunya.

Tiba tiba niatnya terhenti apabila melihat wajah namja tersebut.

"Junmyeon hyung?" Soal Yixing kepada namja tersebut. 

"Ya aku la. Sapa lagi." Ujar Junmyeon lalu melepaskan pelukannya bersama dongsaengnya.

"Aneonghaseyo hyung" dengan pantas Yixing mengucapkan selamat kepada Junmyeon dan menundukkan sedikit badannya.

"Dae. Duduk la Yixing." Pelawa Junmyeon. Yixing kini duduk dihadapan Junmyeon.

"Bila hyung balik?".soal Yixing 

"Baru semalam. Aku saja nak buat kejutan kat korang semua sebab tu la aku suruh Myeonnie kumpulkan korang kat sini sekarang. Tapi aku rasa aku yang akan terkejut. Kau ingat aku tak nampak tangan kau tu dah siap sedia dah nak bengkakkan mata aku tadi."ujar Junmyeon dengan senyuman smirknya.

Yixing menggaru garukan kepalanya kerana malu.

"Junmyeon oppa!!!" Terikkan seorang yeoja yang membuatkan seluruh orang yang berada di dalam cafe tersebut berpaling kearahnya.

Yeoja tersebut tidak menghiraukan keadaan sekeliling cafe tersebut lalu berlari ke arah Junmyeon yang sekarang ini berdiri.

Yeoja tersebut memeluk Junmyeon dengan gembira.  Begitu juga Junmyeon.

"Minnie~ah. Awak tak pernah berubah."ujar Junmyeon kepada yeoja tersebut 

"Saya rindukan oppa. Sangat sangat sangat sangat" ujar Minnie sambil mempereratkan pelukannya.

Junmyeon hanya tersenyum. Dia faham bahawa Minnie merupakan orang yang paling bahagia sekali sekiranya berjumpa dengannya.

"Aneonghaseyo hyung"ujar Jongdae yang dari tadi menahan rasa cemburunya terhadap Junmyeon. Jongdae tahu bahawa Junmyeon ialah cinta pertama Minnie.

"Oh Jongdae~ah . Mari duduk." Pelawa Junmyeon yang dari tadi masih belum melepaskan tangannya dari pinggang ramping Minnie atau sebenarnya Minnie yang tidak mahu lepaskan Junmyeon.

Di belakang Jongdae terdapat dua orang yang mengikuti.

"Dugusaeyo ?." Ujar Junmyeon ketika pandangannya tertumpu kepada Sehun dan Zizi.

"Aneonghaseyo" Sehun bersuara dan Zizi  juga ikut menundukkan kepala dan badannya tanda hormat.

"Saya Oh Sehun dan ini Hwang Zizi." Ujar Sehun lagi.

"Oh... Jadi awak berdua la kawan Myeonnie yang saya belum kenal. Hai nama saya Junmyeon." Kata Junmyeon sambil menghulurkan tangannya kepada Sehun dan di sambut oleh Sehun dan kemudiannya Zizi.

"Kita tak yah la cakap formal. Ini bukan interview. Jadi Sehun ambil kursus apa?"

"Saya ambil kursus tarian dan saya satu team dengan Yixing, Minnie dan Kai" jawab Sehun agak gugup kerana belum pernah berjumpa dengan Junmyeon.

"Oh macam tu. Zizi pulak?" 

"Saya kursus muzik dan pementasan"jawab Zizi.

"Oh. Jadi Zizi ni kelas yang berbeza la dengan yang lain." Ujar Junmyeon dan dibalas anggukkan dari Zizi.

Setelah itu mereka berbual lama. Sesekali Junmyeon mengalihkan pandangannya kearah pintu masuk cafe. Minnie sedar akan hal itu.

"Oppa tengah cari Kai dan Hyunie ke?" Soal Minnie dan mendapat perhatian dari mereka yang lain.

"Mm.. mana diorang.  Tak kan la pergi dating sampai tak datang kut." Ujar Junmyeon .

"Lambat lagi kut sebab tadi Hyunnie pergi jumpa Lee songsaengnim dan Kai tak pasti la pergi dating kut. "Jawab Minnie.

"Macam mana pulak Hyunnie pergi jumpa songsaengnim dan Kai pergi dating?" Soal Junmyeon dengan penuh kebingungan

Myeonnie baru teringat bahawa dia belum memberitahu oppanya lagi bahawa Kai dan Hyunnie sudah putus.  Myeonnie berdehem. 

"Sebenarnya oppa..." sebelum sempat Myeonnie menghabiskan ayatnya bunyi pintu cafe terbuka dan memperlihatkan Kai yang datang bersama sama Kyungie. Mereka berdua menoleh kekiri dan kekanan mencari rakan mereka yang lain. 

"Oii.. Kim Jongin!" Panggil Junmyeon 

Kai terkejut melihat Junmyeon berada dihadapannya.

"Hyung?. Junmyeon hyung!" Ujar Kai lalu pergi kearah mereka lalu memeluk Junmyeon yang sekarang ini berdiri. Junmyeon menyedari terdapat seorang yeoja dibelakang Kai.

"Awak ni?.."soal Junmyeon

"Oh. Kenalkan ini Do Kyungie. Yeojachingu saya."jawab Kai.

"Yeojachingu?" Soal Junmyeon lagi dengan nada yang terkejut. 

"Aneonghaseyo" ujar Kyungie ragu ragu. 

"Kai apa yang kau cakapkan ni?. Habis tu Hyunnie?" Soal Junmyeon. Belum sempat Kai berkata apa apa terdengar bunyi telefon Myeonnie berbunyi.

Myeonnie pun mengangkat telefon tersebut. Tertera nama Hyunnie di skrin.

"Oo.. Hyunnie~ah.  Mana kau. Semua orang dah ada ni."

"Mana korang semua" soal Hyunnie.

Myeonnie ternampak Hyunnie di pintu masuk cafe.

"Tengok sebelah kiri" ujar Myeonnie.

Hyunnie pun memalingkan pandangannya di sebelah kiri. Dengan riaksi wajah yang terkejut dia mendekati meja tersebut.

"Oppa" bisik Hyunnie yang masih boleh di dengari oleh mereka yang lain.

Junmyeon dengan pantas menghapuskan jarak antara mereka. Dia memeluk erat tubuh Hyunnie. Hyunnie membalas pelukan tersebut.

"Lama tak jumpa.Hyunnie sihat?" Soal Junmyeon yang menerima anggukan oleh Hyunnie yang masih didalam keadaan memeluk.

Selepas beberapa detik mereka duduk. Mereka semua terdiam kerana tiba tiba terdapat ketegangan kerana wajah Junmyeon daripada peramah kepada serius.

"Apa yang berlaku sebenarnya?. Saya minta maaf Kyungie tapi saya perlukan penjelasan daripada Kai dan Hyunnie. Apa yang berlaku kat korang berdua?. Sebelum aku berangkat keluar negara semuanya baik baik je. Macam mana korang boleh putus?"Soal Junmyeon dengan nada yang sedang menahan kemarahan.

"Oppa jangan salahkan Jongin. Saya yang nak akhirkan hubungan ni."jawab Hyunnie. Kai dan yang lain hanya mendiamkan diri.

"Waeyo?..sebelum ni ok je"

"Oppa dah tak balik dah hampir 4 tahun. Oppa masih harapkan semuanya kekal sama ke?. Masa berubah. Begitu juga dengan hati manusia."jawab Hyunnie dengan nada menahan sebak di dada.

"Hyunnie~ah."Junmyeon cuba meraih tangan Hyunnie yang sekarang ini duduk disamping kanannya. Namun Hyunnie menarik tangannya dengan perlahan.

"Bianae oppa. Kalau saya biadap. Maaf semua.Saya pergi dulu." Hyunnie berdiri dan beredar. Tiada seorang pun mengikuti Hyunnie kerana mereka tahu bahawa Hyunnie memerlukan masa bersendirian.

 

 

 

 

Masa menunjukkan pukul 7.30 malam. Chanyeol menuju ke perhentian bas yang berdekatan dengan sekolahnya untuk pulang kerumah. Chanyeol lambat pulang  kerana dia menyiapkan kertas muzik yang harus dihantarnya kepada songsaengnim esok.. Setelah tiba di perhentian bas dia terlihat seorang yeoja yang memakai pakaian sekolah yang sama dengannya menunduk.

Dia melihat sekeliling namun tiada sesiapa di perhentian bas itu. Dia duduk di sebelah yeoja tersebut dan mendengar tangisan yang perlahan.

Tiba tiba yeoja tersebut mengangkat wajahnya dan menahan sendu akibat menangis terlalu lama. Chanyeol terkejut apabila melihat ternyata yeoja tersebut adalah Hyunnie.

"Hyunnie?" 

Hyunnie berpaling kearah Chanyeol dan dengan segera mengesat pipinya yang dibasahi oleh air mata. 

"Awak tak apa apa ke?. Kenapa awak menangis?" Soal Chanyeol.

"Tak la. Saya ok." Jawab Hyunnie dengan senyuman untuk menyembunyikan kesedihan hatinya.

"Awak pasti?. Awak tau, awak boleh ceritakan kepada saya kalau itu boleh  tolong awak legakan hati awak."ujar Chanyeol yang sekarang ini sedang duduk agak rapat dengan Hyunnie dan menghulurkan sapu tangannya kepada Hyunnie.

Tiba tiba tanpa Chanyeol duga Hyunnie memeluk tubuh Chanyeol. Chanyeol terkejut dan jantungnya berdegup tidak keruan. 

"Hyunnie~ah" 

"Sekejap je. Kita kekal dalam posisi ni." Ujar Hyunnie lalu menerima pelukan dari Chanyeol. Tangisan Hyunnie dapat didengari oleh Chanyeol.

"Mm.." Chanyeol mengusap lembut belakang Hyunnie untuk menenangkan Hyunnie. 

Chanyeol berasa sangat tersentuh kerana mendengar tangisan Hyunnie.

"Apa yang berlaku sebenarnya?.  Kenapa Hyunnie menangis sampai macam ni?" Fikir Chanyeol yang masih mengusap belakang Hyunnie.

Chanyeol merasa agak lega kerana tidak ada orang menunggu bas di perhentian bas yang mereka duduki.

................................................................................................................

Selamat pulang Junmyeon oppa. So semua watak utama cerita ini telah ada.

Saya akan segera untuk update cerita ni. Dan saya juga di dalam proses menulis cerita yang lain.

So saya harap pembaca yang membaca cerita ini bersabar. Saya akan pecepatkan cerita ini untuk anda.

And thanks a lot kepada pembaca yang sabar menanti update saya.

Tq guys.

Love u all...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment