WHO IS SHE???

CAN I STILL SEE YOU

Thanks kepada yang masih setia menanti chapter seterusnya ini.. ..............................................................................................................

Sehun pov

Kami berkumpul di kantin sekolah untuk makan tengahari seperti selalu kami lakukan sejak kami berkenalan 3 tahun yang lalu. Walaupun sekarang keadaannya berbeza dari dulu. Aku boleh katakan SANGAT berbeza kerana dulu hubungan kami tidak seperti sekarang. Bukan maksud aku kami pernah bergaduh atau apa. Maksudku hubungan kami yang terjalin sekarang ini.CINTA....

Pada pertama kali kami berkenalan aku sudah tahu bahawa Hyunnie, Myeonnie, Kai dan Minnie menjadi sahabat dari kecil. Yixing dan Jongdae menjadi kawan baik sejak mereka sekolah rendah. Kyungie kawan rapat dengan Zizi. Aku dan Chanyeol teman rapat sejak kecil. E. High School of XO ini merupakan bukan pilihanku. Aku hanya mengikuti kawan baikku sahaja iaitu Chanyeol. Pada mulanya aku cukup tak suka dengan sekolah ini kerana bagiku memasuki sekolah seni adalah bukan jiwaku walaupun aku sangat suka akan menari. Aku hanya ingin hidup bebas dan hanya bergambar dengan haiwan dan pemandangan. Tapi aku sangat menyukai sekolah ini dan malah jatuh cinta pada sekolah ini hanya disebabkan oleh seorang yeoja yang berjaya membuatku mencintainya. Yeoja itu sekarang sedang menuju kearah kami yang sedang mengisi perut kami yang lapar. Aku memerhatikan setiap pergerakkannya yang tersenyum manis kearahku. Yeoja bermata panda yang kucintai........HWANG ZIZI....

"Biannae sebab Zizi lambat. Tadi Zizi ada latihan drama dengan praktis muzik. Sorry sangat" ucap Zizi dengan muka bersalahnya lalu duduk disampingku. "Tak pe Zizi. Kitorang ok je. Yang tak oknya tu" kata Jongdae kepada Zizi lalu menujukkan ke arahku lalu mendapat anggukan daripada yang lainnya. Zizi hanya tersenyum melihat perilaku mereka. "Ye ke. Biannae Hun ah. Zizi tak sengaja." Ucap Zizi kepada ku lalu memeluk lenganku dengan muka comelnya itu tanda dia sedang memujukku. Tak kan la aku tak maafkan yeoja secomel dan semanja dia. "Tak pe. Saya x kisahpun. Awak ada halkan. Lagi pulak mereka ni saja je. Saya ok la." Ucapku sambil membelai pipi Zizi. Lalu Zizi pun tersenyum kearahku.

Flashback

Aku mengenali sosok Zizi saat 3 tahun lalu saat aku menantikan kedatangan Chanyeol kerana dia mempunyai kelas yang agak lewat habisnya. Aku menanti Chanyeol di taman belakang sekolah. Aku duduk di atas kerusi kayu di bawah pokok itu. Aku tidak melakukan banyak hal hanya memeriksa isi instagramku. Tiba-tiba aku mendengarkan bunyi geseran biola yang merdu. Aku mencari sumber bunyi itu. Dan apabila aku menoleh ke kiri aku terlihat seorang yeoja memainkan biola. Dia kelihatan sangat bahagia. Aku lihat sekeliling tiada pelajar lain di sini. Hanya kami berdua sahaja. Setelah dia selesai memainkannya aku pun memberikan tepukan gemuruh kepadanya. Dia memandangku lalu menunduk. Mungkin dia malu.

Aku pun dengan keberanian mendekatinya. "Hai. Maaf kalau saya biadap mengganggu awak main. Saya kebetulan ada kat sini." Ucapku. Dia tesenyum pada ku. "Tak pe. Saya pun minta maaf kalau geseran biola saya ni mengganggu awak" balasnya kepadaku. " Tak. Awak tak ganggu saya langsung sebab saya rasa tenang ja bila dengar awak bermain." "Tak la. Saya tak pandai lagi main. Saya baru start main." "Baru start. Tipu lah. Takkan baru start main. Saya dengar dari gaya awak main tadi macam dah lama je awak main." Jawabku tidak percaya dengan kata-katanya tadi. "Serius baru main" jawabnya lagi dengan wajah meyakinkan. Aku tiba-tiba tergelak dengan mimik muka yakinnya itu. Tidak lama selepas itu dia juga turut ketawa.

"Lupa pulak nak kenalkan diri. Saya Sehun. Oh Sehun. Awak boleh panggil saya Sehun." Aku memperkenalkan diri lalu memperlawanya untuk bersalam.

"Saya....... "

"Sehun ah!!..." belum sempat dia memperkenalkan diri Chanyeol mengganggu moment bahagiaku. "Sehun ah bianae kau tepaksa tunggu lama. Aku sesat tadi." Ucap Chanyeol. "Oh. Zizi ah buat apa kat sini?. Awak kenal Sehun ke??." Tanya Chanyeol kepada yeoja yang berada dihadapanku. Macam mana Chanyeol boleh kenal dengan sosok yeoja cantik ini sebelum ku.

"Itu namaku. Zizi. Hwang Zizi. Selamat berkenalan Oh Sehun. Ye baru kenal. " ucapnya kepadaku lalu beralih ke pada Chanyeol untuk menjawab soalan Chanyeol tadi. " Tak pe la. Saya pergi dulu ye. Zizi pergi dulu Chanyeol." Ucapnya lagi kepada kami berdua. "Hati-hati Zizi." Balas Chanyeol lalu mendapat anggukkan daripada Zizi.

"Ya!!. Park Chanyeol." Kataku lalu meletakkan tanganku di bahunya. "Kau kena bagi tahu aku semuanya tentang Zizi." Aku menariknya dengan tanganku masih di bahunya. Chanyeol kelihatan seperti tidak mendapat tangkap apa yang aku katakan.

End of flashback

Tiba-tiba sosok Kai muncul di ruangan kantin dan duduk di sebelah Kyungie yang bertentangan dengan Hyunnie. "Kai lama tak nampak. Mana kau hilang??." Ujar Jongdae yang sedang duduk ditepi Hyunnie."Kau jangan risau aku hidup lagi." Jawab Kai sambil tersenyum lalu memandang ke arah Hyunnie."setakat ni...." sambung Kai. Tiba-tiba suasana menjadi dingin. Kami semua terdiam dengan ucapnya. "Hahahaha.... korang patut tengok muka korang.. hahaha" ucap Kai sambil mentertawakan wajah terkejut kami." Kau jangan bergurau kasar macam ni." Balasku. " Aku bergurau je.hahaha... kan Hyunnie??." Jawab Kai lalu memandaag Hyunnie. Hyunnie hanya tersenyum. Aku dapat lihat wajah kurang senang Hyunnie, Kai dan Kyungie sekarang. "Wah... nampak sedap. BAby suapkan." Ucap Kai kepada Kyungie lalu membuka mulutnya meminta Kyungie suapkan. Kyungie hanya menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Kai.

Tiba-tiba bunyi handphone memecahkan suasana. Ternyata handphone Hyunnie berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Hyunnie kelihatan seperti tidak mengenali nomber yang tertera pada skrin handphonenya."Yeoboseyo.."ucap Hyunnie setelah menekan butang hijau di skrin handphonenya. Kami memerhatikan gelagatnya." Really??.." soal Hyunnie dengan senyuman yang gembira kepada si lawan yang berbicara dengannya. Aku mendengar Hyunnie menyuruh orang yang berbicara dengannya datang ke sekolah kami. Kami jadi bertambah bingung dengan ucapannya." Aku tunggu... mm.. ok.. bye.." ucap Hyunnie lalu memutuskan panggilan. "Kenapa Hyunnie??." Soal Minnie kepada Hyunnie yang sekarang ini mendapat pandangan ingin tahu dari kami semua.

"Baekkie. Baekkie dah balik." Jawab Hyunnie kepada kami dengan senyuman yang aku tak dapat mentaksirkan kebahagiaannya sekarang.

"Ye ke??.. Daebak. Akhirnya Baekkie balik!!!!" sorak Minnie lalu memeluk Myeonnie yang berada di tepinya dan Kai turut tersenyum dengan gembira apabila mendengar berita ini.

"Baekkie dugu??" Soalku lalu mendapat anggukkan daripada Yixing, Jongdae, Zizi dan Kyungie yang juga tidak mengenali sosok Baekkie di sebut oleh Hyunnie ini. "Baekkie ni kakak kembar Hyunnie." Jawab Kai.

"Hyunnie ada kembar??... Awak tak pernah bagi tahu kami pun Hyunnie." Jawab Kyungie dengan muka yang agak terluka kerana dia boleh dikatakan kawan baik Hyunnie yang sudah hampir 3 tahun lebih mereka berkawan. "Tu la... tak bagi tahu Zizi pun" Zizi pun turut serta dalam keterlukaan ini." Aku tak rasa apa pun." Jawab Yixing dengan selambat.

" Bila Baekkie sampai??". Soal Myeonnie kepada Hyunnie." Baekkie cakap baru sampai. Dia kata dia setuju nak datang sekolah." Balas Hyunnie. "So nanti kita boleh la jumpa dia ni.. bestnye.." ucap Minnie dengan gembira.

End of Sehun pov

Di dalam kegembiraan mereka akan bertemu dengan Baekkie tanpa mereka sedari Hyunnie berasa amat sedih. Kerana detik yang dia nantikan semakin dekat. "Maknanya Baekkie setuju dengan cadangan aku tu. Thanks Baekkie ah. So aku tak perlu risau lagi. Baekkie boleh kendalikan semua keadaan kat sini. Mungkin ini yang terbaik untun semua." ucap Hyunnie dalam hati. TBC... .................................................................................................. Akhirnya Baekkie dah balik. So macam mana??. Saya tulis seperti ini sebab saya ingin berlaku adil kepada setiap pasangan. Saya tak nak ada pasangan yang tidak mendapat keadilan di sini.Saya nak pembaca mengetahui setiap cerita tentang pasangan- pasangan yang wujud di dalam cerita saya ini. Hope korang tak bosan lagi untuk menanti apa yang berlaku seterusnya. Sebab korang kena tunggu apa yang berlaku. Sebab apa tiba-tiba didalam kegembiraan mereka menyambut Baekkie, Hyunnie bersedih?. Dah Suho oppa belum ada lagi. Sabar dia akan ada untuk chapter akan datang. Bye....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment