Chapter 14

CAN I STILL SEE YOU

Hyunnie  segera mengambil beg tangannya lalu  bergegas keluar dari biliknya. 

"Do odiga?"soal Baekkie yang baru pulang. 

"Zizi. Dia ada masalah. Dia call aku dan suara dia nangis nangis. " ujar Hyunnie dengan nada yang laju. Dia meneruskan langkahnya namun dihalang oleh Baekkie. Hyunnie memandang Baekkie kembali.

"Saya ikut." 

"Kaja" balas Hyunnie lalu Baekkie meletakkan barangan yang baru dibelinya di ruang tamu dan mengikuti belakang Hyunnie.

 

 

 

 

Baekkie memeluk Zizi yang masih menangis ketakutan. Hyunnie hanya duduk disamping Zizi lalu mengusap belakangnya bagi tujuan menenangkannya.  Baekkie melihat Hyunnie dan Hyunnie memberikannya senyuman. 

Baekkie berasa agak kekok kerana Zizi memeluknya. Dia belum kenal rapat dengan Zizi. Setelah mereka tiba dirumah Zizi 10 minit yang lalu, yeoja itu terus memeluk Baekkie selepas dia membuka pintu. Hyunnie menyuruh Baekkie membiarkan sahaja perkara ini.

Setelah keadaan tenang, Zizi melepaskan pelukannya dari Baekkie.

"Bianae Hyunnie~ah."ujar Zizi lalu sambil memegang tangan Baekkie.

"Bianae Baekkie~ah."lalu Zizi memegang pula tangan Hyunnie.

"Tak de apa la. Lagi pulak awak tengah sedihkan apa gunanya kawan, kan Hyunnie?".lalu Hyunnie memandang Baekkie untuk meminta respon darinya.

"Mmm. Betul tu Bae..kk..ie"ujar Baekkie lanjut. Kerana berasa kekok memanggil nama sendiri.

"Apa sebenarnya yang berlaku Zizi?" Soal Hyunnie yang Zizi anggap sebagai Baekkie.

Zizi lantas bangun lalu mengambil gambar dan surat yang dia terima.

Hyunnie dan Baekkie melihat lalu membaca isi kandungan surat itu.

"Kenapa dia sanggup buat macam ni?"Soal Baekkie yang Zizi anggap sebagai Hyunnie.

"Zizi tak tahu." Ujar Zizi yang masih sedu.

"Awak dah bagitahu Sehun?"soal Hyunnie.

Zizi menggelengkan kepalanya.

"Zizi tak nak Sehun tahu tentang hal ini."Hyunnie dan Baekkie hanya berdiam diri sahaja. Setelah beberapa detik Baekkie suara.

"Jadi.... Zizi nak buat apa sekarang?" Zizi mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Macam ni.. Nanti bila Zizi di sekolah tolong jangan duduk bersendirian. Takut perempuan ni buat apa apa pulak. Dan boleh Saya ambil gambar ni?" Tanya Hyunnie.

"Awak nak buat apa dengan gambar ni Baekkie?" Soal Zizi.

Hyunnie terlupa seketika bahawa sekarang ni dia adalah Baekkie dan Baekkie adalah dia dan hal ini tidak munasabah sekiranya dia terlalu mengambil berat pasal kes ni kerana Zizi baru mengenali Baekkie seminggu.

"Saya..." belum sempat Hyunnie menghabiskan ayatnya. Baekkie mencelah.

"Maksud Baekkie tu dia nak pinjam gambar ni mana nak tahu kalau kalau gambar ni palsu. Baekkie pandai dalam hal macam ni. Kan Baekkie?"

"Ha'ah."jawab Hyunnie.

Zizi hanya mengangguk tanpa berasa ada yang pelik diantara dua kembar itu.

 

 

 

 

Setelah pula dari rumah Zizi, Baekkie dan Hyunnie terus duduk diatas sofa di ruang tamu. Baekkie memandang kearah Kanannya dimana dongsaengnya sedang memejamkan mata seperti sedang berfikir.

"Apa yang kau tengah fikir?"soal Baekkie . Hyunnie membuka matanya lalu memandang Baekkie.

"Saya tak sangka yang Zizi boleh tertukar antara kita."ujar Hyunnie lalu tersenyum sinis.

"So nampaknya plan kau menjadi la."

"Nampak gayanya macam tu la. Kalau Zizi boleh percaya yang kau tu aku dan aku ni kau, maknanya kita dah boleh jalankan plan kita."ujar Hyunnie yang sekarang ini sedang mengambil telefon bimbitnya. Kemudian dia sedari bahawa terdapat mesej yang masuk.

Dia membuka mesej tersebut dan ianya datang dari Chanyeol.

"Chanyeol mesej aku"kata Hyunnie kepada Baekkie.

"Ye ke?.Apa dia tulis?"soal Baekkie. 

"Dia minta maaf pasal hal tadi?. Apa maksud dia?"Hyunnie mula ingin menaip tetapi Baekkie memberhentikan Hyunnie dengan mengambil telefon tersebut. Baekkie membaca isi mesej tersebut.

"Waeyo?"soal Hyunnie.

"Sebenarnya tadi aku terjumpa dengan Chanyeol dengan omma dia kat mall. Omma dia macam kenal kau je Hyunnie. Dia siap peluk aku lagi . Pastu dia ajak aku makan dengan diorang. Aku cuba bagitahu yang aku ni bukan kau tapi asyik kena potong je dengan omma dia. Kau ada apa apa ke dengan Chanyeol?." Soal Baekkie dengan nada agak cemburu.

"Mana ada." Jawab Hyunnie.

"Kau pernah jumpa omma dia?".soal Baekkie lagi.

"Tak lah."

"Habis tu macam mana omma dia macam kenal kau. Seolah oleh kau dah kenal dia."

Hyunnie mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Hyunnie mengambil semula telefonnya yang dipegang oleh Baekkie dari tadi lalu menaip sesuatu untuk dihantarkan kepada Chanyeol.

"Kau balas apa?"soal Baekkie.

"Aku cuma cakap yang aku tak ambil hati pun. Cemburu ke?".

"Haha. So funny."balas Baekkie lalu bangun memasuki biliknya dan Hyunnie mentertawakan unnienya.

 

 

 

 

"Nah"kata Junmyeon sambil menghulurkan sebatang aiskrim kepada Minnie.

"Terima kasih oppa."

"Sama sama"lalu Junmyeon duduk di samping Minnie.

Mereka berjalan jalan menikmati taman Seoul.Minnie tersenyum bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama sama dengan Junmyeon. Semasa menikmati aiskrim tersebut Minnie menoleh kearah Junmyeon dan ternampak ada sedikit aiskrim yang tercalit pada hidung Junmyeon. Tiba tiba Minnie ketawa sedikit lalu mendapat perhatian daripada Junmyeon.

"Kenapa Minnie ketawa?. Ada yang lucu ke?"Minnie terus ketawa lagi.

"Cakap la ada apa?"desak Junmyeon.

"Oppa ni dah tua pun masih makan comot." Ujar Minnie.

"Mana?" Soal Junmyeon sambil menyapu sisi mulutnya. 

"Bukan kat situ. Tapi..."sebelum menghabiskan ayatnya,  Minnie mendekatkan dirinya dengan Junmyeon lalu mencalitkan jari telunjutnya dihujung hidung Junmyeon lalu menunjukkannya kepada Junmyeon.

"Ooo.. terima kasih." Lalu mereka berdua ketawa puas. Namun ketawa Junmyeon hilang tiba tiba apabila dia terpandang seseorang yang berdiri tidak jauh dari belakang Minnie. Orang itu memakai lengkap pakaian beriadah. Seorang namja. Dia kelihatan tercungap cungap seperti baru lepas berjoging.

Minnie perasan perubahan pada wajah Junmyeon. Tiba tiba Junmyeon tersenyum dan membuat isyarat memanggil seseorang yang berada dibelakangnya.

Minnie memaling kebelakang dan dia terlihat seorang namja menuju kearahnya. Minnie terkejut apabila menyedari siapa namja tersebut.

Junmyeon dan Minnie berdiri dan namja tersebut berdiri dihadapan mereka. Dia menunduk sedikit kepada Junmyeon dan tidak memandang Minnie langsung. Minnie hanya menunduk kerana tidak mahu bertentangan mata dengan namja tersebut.

"Hai Jongdae macam mana kau boleh ada kat sini?" Soal Junmyeon .

"Saya memang selalu datang sini setiap petang. Nak bersenam sikit tak sangka pulak boleh jumpa hyung dengan Minnie kat sini."Jongdae memaksa dirinya untuk senyum ketika berbual dengan Junmyeon. Jongdae masih tidak melihat kearah Minnie.

"Minnie ajak hyung keluar hari ni. Dia kata dia bosan.  Tak silap hyung Minnie kata tadi kau sibuk berlatih dengan Hyunnie."

Betapa sakit hati Jongdae rasakan setelah mendengar apa yang dikatakan Junmyeon kepadanya. Dia tidak menyangka bahawa Minnie sanggup berbohong kepada Junmyeon untuk keluar bersama Junmyeon. Jongdae melihat Minnie dan Minnie masih menundukkan pandangannya dan enggan melihat Jongdae.

Jongdae senyum kembali lalu melihat Junmyeon kembali.

"Ye betul la tu. Tapi tak sangka pulak habis awal." Ujar Jongdae. Minnie mengangkat pandangannya lalu bertemu mata dengan Jongdae. Minnie dapat melihat kesakitan yang dirasakan oleh Jongdae sekarang ini.

"Jongdae ~ah.." panggil Minnie.

"Tak pe la. Saya rasa saya mengganggu hyung dengan Minnie je. Saya pergi dulu."lalu Jongdae berlalu pergi.

Junmyeon dapat merasakan ada sesuatu yang tersembunyi diantara mereka berdua.

"Oppa. Hantarkan Minnie balik. Tiba tiba rasa tak sihat " lalu Minnie berjalan kearah kereta Junmyeon. Junmyeon mengikutinya dari belakang.

"Jongdae~ah, bianae." gumam Minnie perlahan.

 

 

 

 

Tiba tiba telefon bimbit Hyunnie berbunyi tanda ada pesanan masuk. Hyunnie mengambil telefonnya lalu membaca pesanan tersebut.

Jongdae:

Hyunnie aku nak minta tolong kau sikit. Kau pergi rumah Chanyeol esok ambilkan kertas muzik kita kat dia. Dia suruh aku ambilkan tapi aku ada hal esok. Jap gi aku hantarkan kau alamat dia. Tolong...

Hyunnie merasakan ada yang tidak kena dengan Jongdae. Setelah beberapa detik sebuah pesanan daripada Jongdae datang lagi iaitu alamat rumah Chanyeol. 

Tiba tiba Hyunnie teringat bahawa esok dia kena pergi rumah Jongin kerana esok ialah hari peringatan pemergian Kim hanaboji. 

"Hyunnie~ah."panggil Baekkie.

Hyunnie memandang Baekkie. Tiba tiba Hyunnie mendapat sebuah idea yang bernas.

"Unnie~~" panggil Hyunnie dengan riang lalu memeluk lengan Baekkie.  Baekkie merasakan ada yang aneh dengan dongsaengnya. Sekiranya Hyunnie memanggilnya dengan panggilan 'Unnie' itu bererti ada sesuatu yang ingin Hyunnie minta.

"Wae?"Soal Baekkie lalu dibalas senyuman oleh dongsaengnya. Senyuman yang penuh erti.

 

 

 

 

Myeonnie cuba bersikap tenang. Setelah beberapa minit dia mengambil kembali benda yang dia letakkan tadi diatas meja disisinya.  Setelah melihat benda tersebut dia mengeluh.

Berbagai perasaan yang menyelubunginya ketika ini. Sedih, marah, gembira. Semuanya bercampur. Dia tidak sangka bahawa perkara yang paling digeruninya selama ini berlaku terhadap dirinya. Dia melihat kembali benda yang sedang dia pegang sekarang ini. Keputusannya masih tidak berubah. Ini sudah kali ketiga dia mencuba tetapi keputusannya masih sama.

Apa yang akan dia cakap nanti kepada ommanya, oppanya, rakannya dan terutama, Yixing. Patutkah dia sembunyikan hal ini. Namun Yixing ada hak untuk tahu.  Dapat ke Yixing terima semua ni.

Myeonnie membuat keputusan bahawa dia ingin menyembunyikan perkara ini buat masa sekarang. Dia mengambil semua pregnancy testnya lalu membalutnya dengan plastik dan membuangkannya kedalam bakul sampahnya.

 

 

 

 

Hyunnie tiba dirumah Jongin tepat pukul 10 pagi. Dia menekan loceng rumah agam tersebut lalu tunggu untuk seseorang membukakan pintu. 

"Siapa ni?"soal suara disebalik alat yang berada dihadapannya. 

"Ni saya. Hyunnie."jawab Hyunnie dan beberapa detik kemudian pintu dihadapannya terbuka. Hyunnie melangkah masuk kedalam rumah tersebut.

Rumah ini masih macam dulu tidak pernah berubah.

"Selamat datang agashi."sapa Jeong ajumma. Hyunnie membalas dengan senyuman lalu memeluk Jeong ajumma. Setelah beberapa detik dia melepaskan Jeong ajumma dan tersenyum kembali. 

"Rindunya kat ajumma. Lama saya tak datang sini."

"Ajumma pun rindukan kamu."jawab Jeong ajumma lalu memegang kedua tangan Hyunnie.

"Kamu makan kurus."

"Mana ada."jawab Hyunnie lalu ketawa. 

"Hyunnie~ah"sebuah suara memanggil Hyunnie dengan gembira. 

Puan Kim mendekati Hyunnie lalu memeluk Hyunnie. Hyunnie membalas pelukan Puan Kim.

"Lamanya kamu tak datang kesini. Kamu sihat?"soal Puan Kim lalu melepaskan pelukannya.

"Kalau hanaboji masih hidup mesti dia akan marah kamu sebab kamu makin kurus omma tengok."

"Mana ada ommoni."

"Jeong pergi beritahu Kai yang Hyunnie dah sampai."

"Baik puan."

Puan Kim membawa Hyunnie pergi kesebuah ruangan bilik yang sudah lama Hyunnie tidak masuki. Bilik Kim hanaboji. Keadaannya masih sama. Katil dan perabotnya dikedudukan yang sama.

Hyunnie mendekati katil yang terdapat didalam bilik tersebut lalu duduk. Dia memainkan jari jemarinya diatas tilam tersebut.

"Omma keluar dulu ye, kamu duduk la kat sini dulu."ujar Puan Kim lalu mendapat anggukan dari Hyunnie. Puan Kim meninggalkan Hyunnie bersendirian di dalam bilik tersebut. Hyunnie mengambil bingkai gambar yang terdapat didalam bilik tersebut. Dia mengamati gambar gambar itu.

Terdapat dirinya, hanaboji dan Jongin di dalam gambar itu.

Dan gambar yang satu lagi terdapat gambar Jongin,  Kim hanaboji, Puan Kim dan Encik Kim. 

"Ehemm." Hyunnie memandang kearah suara tersebut dan berdirinya di situ, Kim Jongin. Hyunnie meletakkan kembali bingkai gambar yang dipegangnya lalu berdiri dan membetulkan pakaiannya.Jong in mendekati katil tersebut dan berdiri dihadapan Hyunnie.

Hening. Tidak ada sepatah pun yang diungkapkan diantara mereka.

Jongin memandang Hyunnie yang sekarang ini menunduk. Hyunnie dapat merasakan ada sepasang mata sedang melihatnya. Dia dengan berani mengangkat pandangannya lalu melihat tepat pada mata Jongin. Tidak ada sepatah kata yang terucap. Hanya tatapan mata yang diberikan. Pandangan yang penuh dengan kerinduan dan perasaan cinta yang tidak dapat diungkapkan dengan kata kata.

Tiba tiba Jongin menghapuskan jarak diantara mereka. Sedikit demi sedikit. Dia memeluk pinggang ramping Hyunnie agar dekat dengan tubuhnya. Dan Hyunnie meletakkan kedua dua tangannya ditempat yang sering ia letakkan dulu. Dia mengusap tangannya di dada bidang Jongin lalu mendekatkan dirinya dengan Jongin. 

Jongin mendekatkan wajahnya dengan Hyunnie lalu memandang seketika bibir Hyunnie. Dan kemudiannya yang Hyunnie rasakan ialah bibir Jongin. Setelah beberapa detik Hyunnie merasakan gerakan dibibirnya yang didominasi oleh Jongin. Dia mengikut rentak gerakan bibir Jongin. Setelah 5minit. Jongin menjauhkan bibirnya dengan bibir Hyunnie untuk menarik nafas begitu juga dengan Hyunnie yang sekarang ini sedang meletakkan tangannya pada leher Jongin.

Setelah sekian lama akhirnya Hyunnie bersuara. 

"Ini semua tak patut terjadi." Ujar Hyunnie yang masih mengatur nafasnya.

"Bianae."ujar Jongin lalu melepaskan tangannya yang tadi memeluk pinggang Hyunnie lalu beredar dari situ. Hyunnie merasa bahawa dirinya kejam terhadap Jongin namun dia perlu menjauhkan dirinya dari Jongin kerana tidak mahu Jongin mengetahui perkara sebenar.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment