Chapter 20

CAN I STILL SEE YOU

Chanyeol bergegas menuju rumah kediaman keluarga Oh apabila menerima panggilan daripada Sehun.Pada mulanya Chanyeol tidak mahu pergi kerumah Sehun kerana dia baru tiba dirumahnya setelah seharian disekolah namun nama seorang yeoja telah menarik perhatiannya. Chanyeol terus memasuki ruamh Sehun tanpa perlu meminta kebenaran hal ini kerana rumah Sehun sudah seperti rumahnya. Setelah menutup pintu rumah tersebut Chanyeol terus menuju ke bilik Sehun yang berada di tingkat 2. Dia terus memasuki bilik Sehun dan mendapati Sehun sedang duduk di kerusi belajarnya sambil melihat diatas meja yang terdapat sekeping gambar. Chanyeol mendekati sahabatnya itu lalu duduk di atas katil Sehun. Sehun menyedari keberadaan Chanyeol namun dia masih didalam posisinya itu dan membelakangi Chanyeol yang sekarang ini memandanginya.

"Mana gambar tu?."soal Chanyeol kepada Sehun. Sehun memusingkan badannya dan menyerahkan gambar tersebut kepada Chanyeol lalu kembali keposisi tadi. Chanyeol melihat gambar tersebut lalu mengeluh. "Macam mana gambar ni boleh ada pada Zizi?" soal Chanyeol."Aku tak tahu. Yang aku tahu orang yang hantar gambar ni mesti kenal Lulu nuna."jawab Sehun yang masih menunduk menatap meja belajarnya.

"Aku tak rasa orang yang hantar gambar ni pelajar sekolah kita. Sebab yang aku tahu cuma kita ja yang kenal Lulu nuna." ujar Chanyeol yang masih memegang gambar itu."ahh!!!" jerit Sehun sambil mengacak ngacak rambutnya tanda frustasi."Aku tak tau nak buat apa sekarang ni Chanyeol. Aku buntu." kata Sehun dengan nada kecewa.

"Aku tak nak Zizi jauhkan diri dengan aku. Aku cintakan dia. Aku tak nak kehilangan Zizi macam aku hilang Lulu nuna dulu." kata Sehun. Chanyeol dapat meneka bahawa sekarang ini Sehun sedang menangis. Ini pertama kali Chanyeol melihat Sehun menangis. Terakhir kali dia melihat Sehun menangis adalah pada hari pemergian Lulu nuna 5 tahun yang lalu.

 

 

 

 

Malam menjelang dan keluarga Byun sedang menikmati makan malam mereka. Tiada sebarang suara dikeluarkan. Tiba tiba Puan Byun meletakkan copsticknya lalu memandang kedua puterinya yang sedang kembali memandangnya. "Kenapa senyap ja ni?. Selalunya ada je benda nak dibualkan." Soal Puan Byun kepada anak anaknya. Baekkie memandang Hyunnie namun Hyunnie hanya menunduk. Tiba tiba Hyunnie bangun dari kerusi yang ia duduki lalu meminta diri untuk kembali kebiliknya.Baekkie dan Puan Byun hanya terdiam dengan tidakkan Hyunnie itu. Namun sebelum Hyunnie belum sempat mencapai anak tangga pembantu rumahnya iaitu Puan Nam memberitahu bahawa ada seseorang ingin menemuinya. Hyunnie mengerutkan dahinya kerana tiada sesiapa yang memberitahunya bahawa ingin menemuinya hari ini tambahan pula di waktu malam begini. "siapa ajumma?"soal Hyunnie. "Kalau tak silap nama dia Park Chanyeol-shii." Hyunnie memandang Baekkie yang sekarang ini membalas menatapnya. Hyunnie berfikir sejenak. "Baiklah." Hyunnie lalu meneruskan langkahnya kearah pintu hadapan rumahnya untuk menemui namja yang sekarang ini bergelar namjachingunya.

Puan Byun memandang Baekkie yang sekarang ini kelihatan sedang berfikir. "Siapa Park Chanyeol?.Umma tak pernah dengar pula nama dia ni." soal Puan Byun kepada Baekkie. "Dia kawan baru Hyunnie" jawab Baekkie.

"Namjachingu Hyunnie ke?" soal Puan Byun lagi. Baekkie hanya membalas dengan anggukan perlahan namun terlihat keraguan.Puan Byun tersenyum bahagia.

Chanyeol bersandar pada keretanya sambil memainkan skrin telefon pintarnya sehinggakan tidak perasan bahawa Hyunnie telah bediri dihadapannya."ekhmm.." Hyunnie berdehem untuk mendapatkan perhatian Chanyeol dan berhasil. Chanyeol mengangkat pandangannya melihat kearah Hyunnie yang sekarang ini tersenyum manis kearahnya. Dia menyimpan telefonnya lalu memegang kedua dua tangan Hyunnie lalu mengelusnya. Hyunnie membiarkan sahaja Chanyeol mengelus tangannya kerana sekarang ini namja tampan yang berada dihadapannya ini ialah namjachingunya.

"Kenapa datang malam malam macam ni?" soal Hyunnie.

"Rindu" jawab Chanyeol ringkas. Hyunnie hanya mampu tertawa dengan ucapan Chanyeol itu.

"Dekat sekolah tadikan kita dah jumpa."

"Memang la tapi entah saya rasa serabut sangat sekarang ni" chanyeol masih mengelus tangan dan jari jemari Hyunnie. Tanpa Hyunnie sedar tangan kanannya melepaskan pautan tangannya dengan Chanyeol lalu mengelus pipi kiri Chanyeol yang masih bersandar pada kereta itu. Chanyeol memejamkan matanya bagi merasai sentuhan lembut Hyunnie itu.

"Nak cerita dengan saya?" soal Hyunnie sambil melepaskan tangannya yang berada dipipi Chanyeol tadi kembali menggenggam tangan Chanyeol. Chanyeol mengumpul kekuatan sebelum membuka bicaranya. "Pasal Sehun dan Zizi.Zizi ada ceritakan apa apa tak pasal gambar atau apa saja." Hyunnie cuba mengingati kembali gambar dan surat ugutan yang diterima Zizi yang masih berada di dalam simpanannya.

"Kenapa awak tanya?"

"Sebab Sehun jumpa gambar dan surat ugutan dalam loker Zizi dan Sehun pernah bagitahu saya kalau ada apa apa yang berlaku Zizi mesti bagitahu awak dulu."

"mmm.. Ada. Dia ada bagitahu saya.Siapa yeoja dalam gambar tu?"

"Sebenarnya yeoja tu ialah Xi Lulu. Dia tunang Sehun." Hyunnie membulatkan matanya kerana terkejut." Tapi Sehun kan masih...." Hyunnie menghentikan bicaranya,Chanyeol seperti memahami ucapan terhenti Hyunnie itu lalu kembali bersuara.

"Ye memang Sehun masih muda tapi ini penjodohan keluarga, janji diantara ayah Sehun dengan ayah Lulu nuna."

"Lulu nuna?" soal Hyunnie

"Ye. Lulu nuna dia tua 2 tahun daripada kita semua. Dia nuna yang baik, lemah lembut, peramah, taat dan yang paling penting dia sangat sayangkan Sehun dan begitu juga dengan Sehun."

"Maksudnya sekarang ni Sehun tunangan orang. Habis tu kenapa dia bercinta dengan Zizi?.Dia nak main mainkan Zizi." Soalan Hyunnie itu dijawab dengan ketawa Chanyeol yang kuat. Hyunnie terkejut dengan tindak balas Chanyeol itu. 

"Chanyeol saya serius ni kenapa awak ketawa pulak." kata Hyunnie sambil menampar lengan Chanyeol keras berasa kesal. "Aigoo" ucap Chanyeol lalu menekup pipi Hyunnie dengan kedua belah tangan besarnya dan hal ini membuatkan Hyunnie kelihatan sangat comel dimata Chanyeol.

"Tak la. Sebenarnya Lulu nuna dah lama meninggal dunia. sejak 5 tahun yang lalu." Hyunnie hanya mengangguk. Chanyeol menatap mata Hyunnie yang indah itu lalu mendekatkan wajah mereka dan mencium bibir Hyunnie sekilas lalu mencium dahi Hyunnie. Hyunnie terkejut dengan tindakkan Chanyeol itu lalu memegang tangan Chanyeol yang sekarang ini berada di kedua dua pipinya untuk melepaskan pegangan di pipinya itu.

"Kenapa awak buat macam tu nanti orang sekeliling nampak." ujar Hyunnie yang masih terkejut.

"Sebab awak comel dan saya cintakkan awak."Chanyeol terus memeluk Hyunnie dan Hyunnie hanya membiarkan saja . Di dalam pelukan itu Hyunnie mengangkat pandangannya kesisi kirinya dan terlihat sebuah motor serta penunggang motor itu sedang melihat kearahnya. Hyunnie kenal sekali dengan motor malahan penunggangnya. Hyunnie membulatkan matanya tanda terkejut.

"Kim Jongin" kata Hyunnie dalam hati. Chanyeol melepaskan pelukan itu. "Saya balik dulu ye. Jumpa kat sekolah esok." Hyunnie hanya mengangguk.

"Saranghae."

"Nado saranghae." balas Hyunnie. Chanyeol memasuki keretanya lalu memecut keretanya. Hyunnie masih melihat kearah Jongin yang sekarang ini sedang menghidupkan enjin motorsikalnya lalu meninggalkan Hyunnie yang melihat bahagian belakang motorsikal tersebut sehingga motorsikal tersebut hilang dari pandangan.

"Ini yang terbaik."ujar Hyunnie pelan. Lalu masuk kerumah kembali.

............................................................................................................................................................................................................................................................. MAAF HANYA INI SAHAJA YANG AKAN SAYA POST. NANTI SAYA POST LAGI YE.

BYE.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment