Please, Forgive Me! // -Lucyana-

MAD HOUSE // Malay Fanfic Review Shop [CLOSED]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Please, Forgive Me!

by -Lucyana-

 

01. Tajuk Cerita (1/5)

Tajuk cerita ‘Please, Forgive Me!’ kena dengan tema dan mood cerita, namun kedengaran sangat biasa dan mungkin bagi sesetengah pembaca, membosankan, klise. Tak mudah untuk mencari tajuk cerita untuk cerita melodrama sebab kita tak boleh nak letak tajuk yang catchy macam ‘Rindu Awak 200%’ atau ‘Suamiku Encik Perfect 10’, jadi saya sarankan penulis tinjau-tinjau tajuk buku di goodreads.com bawah kategori contemporary atau romance. Ada banyak tajuk-tajuk yang baik dan kita nak tiru dulu pun tak apa. Dalam dunia seni kreatif, langkah pembelajaran yang terbaik adalah meniru, tapi janganlah berhenti di tahap tu saja ya? Nanti jadi plagiarism.

 

02. Kata Pengantar/ Sinopsis (7/10)

Anda menyampaikan kata-kata pengenalan anda dengan baik. Format yang kemas, tatabahasa yang baik, ayat yang mudah difahami dan tidak mendedahkan keseluruhan isi cerita. Namun, sedikit hambar dan kedengaran klise. Ayat ‘Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah segala yang berlaku itu adalah suratan takdir hidup mereka?’ seperti tak berkaitan dengan cerita. Saya lihat dalam cerita lebih mengutamakan perbalahan dan salah faham antara dua beradik tu, tak ada pula kena-mengena dengan takdir.

 

03. Plot (12/30)

Cerita yang bertemakan kekeluargaan sudah cukup untuk menarik minat saya, namun  masih banyak ruang yang boleh diperbaiki. Isi plot anda bergerak dengan terlalu pantas, dan setiap isi utama bagaikan ‘setengah masak’. Bahagian awal, perbalahan antara Minji dan Minhye, mengapa Minji begitu suka melawan kakaknya? Kenapa Minji berperangai begitu? Nak kata hidupnya mewah sangat tak juga. Mungkin disebabkan hidupnya serba kekurangan dia rasa tak puas hati pada kakaknya? Mungkin anda boleh buat Minhye memang betul-betul kerja di kelab malam sebab tu Minji marah pada kakanya. Masih banyak lagi yang boleh dihuraikan di sini, dan saya boleh bayangkan beberapa babak tambahan untuk menguatkan konsep ‘adik yang suka melawan cakap kakak’, bukanlah sekadar mereka berbalah mulut saja.

Kemudian, babak di sekolah juga sama. Di sini Minji bergaduh dengan kawannya yang mengejek dia (atau kakaknya). Bahagian ini boleh digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan di atas namun sebaliknya babak ini seperti habis begitu saja dan tidak memberikan apa-apa signifikan untuk perjalanan plot anda. Pada saya, babak ini punya banyak potensi. Satu, untuk pembaca dalami watak Minji. Jika anda bijak mengatur, pembaca boleh rasa dekat dengan Minji dan faham kenapa dia begitu degil di rumah. Dua, anda boleh jadikan babak ini sebagai key point untuk plot seterusnya, iaitu babak klimaks cerita ini

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
MAD HOUSE // minta maaf kpd semua yg telah request. i've been gone for too long but im slowly working on the reviews. hope u guys are okay with that :(

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 6: Hai Cik LunaticMoon!
Saya datang untuk pick up!
Terima kasih kerana sudi review cerita saya. ^_^
Haah saya sendiri akui bahagian 2 tu hujung2 dia mcm rushing sebab nak kejar dateline contest. Sebab cerita tu saya tulis untuk contest. Tajuk tu diambil pun sebab contest sebab syaratnya guna lirik lagu. Saya sukaaaaa skateboarding cuma tak main ja. Kalau dunia pelajaran Baekhyun tu tak research pun sebab saya memang budak graphic sekarang dan used to be budak sains.
Bahagian 2 tu In shaa Allah ada masa saya akan edit balik ^^.
Terima kasih sekali lagi!
JIMPXS
#2
Chapter 5: terima kasih review :)
twenty-six
#3
Chapter 4: Terima kasih atas review-nya! Picked up.

Alzheimer's ialah penyakit kronik yang progresif. Memory loss is the main symptoms. Setiap babak sebenarnya merangkumi cebisan memori Arisa yang sememangnya benar-benar berlaku, tetapi tidak kekal di dalam ingatannya. Namun ada ketika, dia akan mengingat semula, contoh pabila dia tersedar di kamar beradunya dengan Jinwoo. Itu lah 'present day' mereka, dan babak dia mencium Jinwoo itu ialah cebisan memori pada masa lampau yang dilupakan.

It's her memories, but owned by nobody because it will fade repeatedly to the point that she no longer remembering the sequence of everything. Haha, sori tp mcm lebih senang kalau explain dlm eng.

Terima kasih sekali lagi sebab sudi me-review cerita ini. Fear not, when I request for reviews, I was readily prepared for any critic! Peace, harap dapat request lagi di lain hari.

Have a nice day onward!
HeavenDelight
#4
Chapter 3: Pick up.
haha..sebenarnya saya ni penulis cerita angst and cara penulisan sy totally different from yg awak baca ni...but for this story,,sengaja saya cuba tukar cara penulisan sy kepada rom-com supaya dapat menarik minat pembaca yg menyukai cara penulisan seperti itu. Sebabkan as we know,kebanyakan pembaca dlm asianfanfics ini adalah remaja yg berumur belasan tahun..dan mereka menyukai cerita yg berunsur rom-com ini.
Tp saya still x boley lari dari genre angst bila saya tulis cerita...so,maybe itu sebabnya cara penulisan saya kali ini seperti tidak berapa sesuai dengan plot story yg agak angst pd pendpat saya.

But I`ll try to improve my writings.
tq.
Shimmieh
#5
Story title: Speak Now
Story link: http://www.asianfanfics.com/story/view/675618/speak-now-contest-friendship-malay-asbts
Genre: Slice of life, friendship
Author: Shimm_Ahmad
Tuan kedai: chesire cat
Sebarang komen: Review anda sangat dan teramat dihargai!
Yana_xoxo
#6
Chapter 2: Hai! Assalamualaikum, hehe...saya minta maaf banyak-banyak sebab lambat pick up, bukan apa saya sibuk sebab nak dekat dengan trial exam. So saya nak cakap terima kasih sebab beri komen yang memberangsangkan pada awalnya saya baca dekat fon komen akak bagi sebab saya tak boleh buka laptop masa mula-mula baca tu adalah juga rasa nak berasap sebab baca kritikan T_T terlalu banyak sebab tu saya tak komen masa mula-mula tu sebab takut-takut terlepas emosi kat sini pula haha sekarang baru saya berikan pendapat, dari apa yang saya baca dari kritikan ini saya akui yang tajuk tu memang agak cliche sebab saya kehabisan idea untuk tentukan tajuk yang sesuai. Bab-bab watak Mimi dan Chen tu hanya watak yang tak ada apa-apa fungsi pun cuma nak bagi cerita tu jadi lebih panjang dan cukup bilangan patah perkataan selain tu bab plot Min Hye ditembak dan penjenayah yang tak tahu apa kesudahannya, saya akui di sini yang one-shot adalah kelemahan saya sebab tu saya tak suka buat oneshot tapi ini adalah cabaran bagi saya, jadi babak-babak yang macam tergantung tu sebab idea yang saya dapat selalunya spontan, saya tak suka nak rangka plot sebab bagi saya menyusahkan haha dan paling saya benci nak tulis plot satu-persatu bagi saya cara macam tu bazir masa dan bazir kertas sebab tu bila saya dapat idea terus tulis dan tak fikir apa-apa dah pasal salah silapnya...hehe lagipula cerita ni saya buat hanya dalam satu hari memang banyak kesalahannya dan saya terima kritikan akak seadanya ini bermaksud saya setuju sangat part penjenayah tu sebab bila difikirkan balik memang nampak macam tergantung pun :D haha...heeee sorry kak, yana memang suka komen panjang-panjang bila dapat review xD apa-apa pun terima kasih sekali lagi sebab sanggup tegur kesalahan yana...insyaallah yana akan baiki lagi pada cerita oneshot akan datang :D heeee...
JIMPXS
#7
Hi saya nak request Review untuk cerita saya

Story title
Ahjusshi

Story Link
http://www.asianfanfics.com/story/view/961133/ahjusshi-angst-malay

Genre
Angst, Slice of life, Drama

Author
Racess

Tuan Kedai
chesire cat

Sebarang komen
Terima kasih sebab review hihi xD
twenty-six
#8
Hi, it's me again. How are you?

Story title
The Cat's Memories

Story link
http://www.asianfanfics.com/story/view/993597/the-cat-s-memories-malay

Genre
Psychological, Angst, Romance

Author
twenty-six

Tuan kedai
chesire cat

Sebarang komen
Any suggestion for the title? Hah. I rasa sangat lari tajuk...hee.
HeavenDelight
#9
Story title: Forgive me,Forget me.

Story link: http://www.asianfanfics.com/story/view/880024/forgive-me-forget-me-angst-comedy-malay-suzy-yooseungho-exo-baekhyun

Genre: angst, romance and a bit comedy

Author: iemacute

Tuan kedai: cheshire cat

Sebarang komen: Saya mahukan review yang boleh saya jadikan rujukan untuk memperbaiki semua aspek dalam penulisan saya.
Thanks.^^
fourteenone
#10
Chapter 1: aww thank you! thank you sooo much!


Part Sehun melawat kubur Jie Lynn tu actually dia ckp ‘bukan senang nak move on’ dan ‘saya sayang awak’ tu sbb dia dah jatuh cinta kat Jie Lynn sejak malam dorg jumpa kat kedai Mak Jah tu hehe. Mungkin ramai yg tak faham part ni..? I'm not sure. Maybe wooya tak berapa tonjolkan part Sehun suka Jie Lynn betul-betul.

Mmg wooya suka tulis dgn simple so tak dapat nak buat apa la ttg tu hehe mungkin gaya penulisan wooya tak sesuai dgn cerita macam ni? What do you think? Do you like my writing style?

Apapun wooya setuju dgn semua benda yg awak terangkan and of course wooya tak kecil hati. Review yg awak kasi mmg lain drpd review yg wooya dpt dari kedai lain. That's why i like to request from several shops bcs different ppl, different opinion. So thank you :3