TIGA.

Baby dont cry.

3:

 

Ramyun eomma masakkan itu aku suapkan ke dalam mulut. “Aigoo..Hani yahh! Kenapa asyik nak makan ramyun? Eomma nak masak nasi goreng,tak nak.Tak sihatlah."

Aku mengeluh.Memang sejak setahun lepas aku tak banyak makan.Aku suka makan ramyun aje.Kalau makanan lain aku takde selera.Ayam,makanan kesukaan aku pun,aku tak makan banyak sekarang.

Ayam.Dulu aku dengan appa selalu makan ayam tengah malam tanpa eomma.Sebab kalau eomma tahu kitaorang makan ayam,eomma mesti marah.Tak sihatlah..apelah.

Selalunya pergi dengan Kyungsoo.Walaupun jelas Kyungsoo rasa bersalah dengan eomma appanya sebab curi curi keluar,dia buat jugak.

Jinjja daebak masa tu! 

Aku menyedut ramyun itu dengan berselera di depan eomma.Eomma mengangkat pengepitnya dan mengetuk kepala aku. “Eomma sepit mulut tu nanti!"

Tanpa menghiraukan eomma,aku terus mengangkat mangkuk itu keluar rumah. “Nak ke mana?"jerit eomma.

“Nak makan dengan tenang."

Aku tarik satu kerusi plastik ke tepi rumah itu menghadap pemandangan separuh bandar Seoul.

“Buat apa dekat luar ni? Nak kena rompak ke?"

Aku terus berpaling menghadap pemilik suara yang seram tu.Kyungsoo tersenyum memandang aku. “Annyeong chingu yaaa!"

“Omo!"

Aku terus meletakkan mangkuk itu ke tepi. Aku berdiri menghadap Kyungsoo dan terus memeluknya ketat ketat.Kami berdua terlompat lompat keterujaan.

“Eomma! Eomma! Kyungsoo datang! "

Kyungsoo melepaskan pelukan dan menutup telinganya kerana terkejut mendengar jeritan aku yang dekat dengan telinganya.Aku tergelak.

Dari luar aku nampak eomma berlari keluar rumah.Di hadapan pintu,eomma berhenti seolah olah cuba meneliti wajah Kyungsoo dari jauh.

Bila Kyungsoo berpusing memandang eomma,baru eomma berlari dengan teruja ke arah Kyungsoo.Lelaki itu dipeluk nya kuat kuat.

Kyungsoo memandang aku sambil tersenyum lebar.Untuk seketika aku macam terkedu.Lama aku tak tengok senyuman tu secara berhadapan.Senyuman tu nampak lebih jelas bila tengok secara berdepan.Baru aku teringat betapa uniknya senyuman Kyungsoo.

Bila dia tersenyum,bibirnya akan membentuk hati.

“Ahh..lamanya tak jumpa Kyungsoo.Eomma macam mana? Appa? Kenapa diorang tak datang sekali?"

“Eomma appa sihat je.Diorang sibuk sikit.Esok diorang datang melawat."

Eomma mengangguk laju.Bahu Kyungsoo ditepuk berkali kali. “Ahh arrasseo! Jom masuk.Jangan ikut perangai buruk Hani ni..orang lain tak nak sejuk,takut sakit,dia tu.."

Aku mencebik.Kyungsoo ketawa.Kemudian kakinya mengikut langkah eomma.Aku tergelak.Eomma macam teruja gila tarik Kyungsoo.

Dengan rela hati,aku mengangkat mangkuk aku dan masuk ke dalam rumah.

 

***

 

Aku tak tahu apa yang eomma dan Kyungsoo borakkan sebab bila aku masuk,aku diarahkan basuh mangkuk dulu jadi aku ketinggalan.Aku duduk bersila di sebelah eomma.

Eomma dan Kyungsoo memandang aku sambil tersengih. Waeyo? 

“Im Hani..esok pagi Kyungsoo datang ambik awak ke sekolah ok?"

Aku menepuk dahi aku.Walaupun aku memang rasa teruja nak ke sekolah tu,tapi bukanlah seawal ni! Aku masih malas lagi nal bergerak lepas perjalanan yang panjang tadi.

“Aigoo eomma! Hani tak bersedia lagi lah..Kyungsoo yah..minggu depan tak boleh? Lusa at least? "

“Boya? Hari tu awak jugak yang cakap tak sabar nak tengok sekolah saya kan? "

“Kyungsoo ya..hari tu hari tulah..Sekarang ni penatlah.Kyungsoo ya.."

“Andwae! Im Hani.. awak kena ke sekolah esok."Aku terkejut memandang eomma yang sangat tegas menyuruh aku ke sekolah.Mukanya sangat serius.Biasanya eomma kasi aje kalau aku nak ponteng sekolah.

Aku mendengus kasar.Kyungsoo tersengih memandang aku. “Janganlah marah Hani.Tengok ni! "

Kyungsoo meletakkan satu bungkus plastik ke atas meja.Aku dan eomma cepat cepat bukak bungkusan itu. “Ayam! "

Aku menekup mulut aku.Ayam tu ayam kegemaran aku! Ayam yang selalu kami berdua makan dengan appa.Tapi lepas appa pergi,aku dah lama tak makan ayam yang dimasak serupa macam tu.

“Gomawo Kyungsoo ya.."

“Aigoo Kyungsoo..kenapa ayam?Ayam tak sihat lah.Lagi lagi untuk orang jiwa kacau macam Hani ni."

Automatik aku terus mencubit peha eomma. “Yahh ahjumma!"

Kyungsoo tergelak. “Ni makanan favourite Hani.Ahjumma ssi..tak tahu ke?"

Aku menekup mulut Kyungsoo.Eomma memang tak tahu aku suka makan ayam.Kalau eomma tahu kegiatan kami dulu,mati aku!

“Kenapa eomma tak tahu Hani?Wae?"

Aku melepaskan mulut Kyungsoo dan memberikannya jelingan maut.Kyungsoo tersengih.

“Eomma..Hani tak suka ayam.Jinjja! Cheongmal!Kyungsoo je yang suka ayam."

Eomma mengangguk. “Ahh..arrasseo.Tapi sebab Kyungsoo dah belikan kita ayam,kita makan jelah.Tunggu jap eomma ambik pinggan."

Eomma berlalu ke dapur meninggalkan aku dengan Kyungsoo berdua dekat meja.Aku dan Kyungsoo berpandangan.Alamak..janggal pulak rasenye..

“Hani ssi.."

Aku pandang Kyungsoo.

“Macam mana hidup awak sekarang? Gwaenchana?"

Aku mengangguk. “Gwaenchana.Dah boleh terima hakikat perlahan lahan tapi yelah..rindu appa sangat sangat.Hidup lain sejak dia takde."

“Ahh..arrasseo.Saya pun rindu ahjussi jugak.Dah takde orang nak bawak kita pergi makan ayam kan? "

Aku tergelak. “Ok.Jom makan!"

Ayam diambil dan diletakkan ke dalam pinggan masing masing.Eomma dengan Kyungsoo rancak gila berborak.Aku tak masuk campur.

Memandang ayam tu,mengingatkan aku semuanya pada appa.Kyungsoo betul.Sekarang ni dah tak ada sesiapa nak bawak kitaorang pergi makan ayam tengah malam.

“Hani ya..wae?" Kyungsoo menyoal namun aku hanya menggeleng.Aku cuba untuk menyentuh ayam itu,namun tangan aku seolah olah lembik.

“Hani ya.." eomma memeluk aku dari belakang.Air mata aku mula mengalir.Eomma menggosok gosok bahu aku. “Aigoo..hani.."

“Kyungsoo mian..Hani memang selalu macam ni.Mood dia tak tentu.Dia mesti teringat ke appa dia nih.Im Hani! "

Aku menempis tangan eomma dan terus berlari masuk ke dalam bilik.

 

***

 

Aku terlangkupkan gambar appa.Memandang gambar tu,akan buatkan aku jadi lebih beremosi.Aku mengesat air mata aku dengan lengan baju aku yang panjang.

Getah rambut diambik dan aku mengikat rambut aku tinggi.Terus aku menghempaskan diri aku ke atas tilam yang telah disediakan.

Siling kosong dipandang.Ada dua ekor cicak sedang berkejaran.Entahlah..tapi pada aku dua ekor cicak tu nampak happy sangat.Walaupun seekor lagi tu macam dah takde ekor.

Aku teringat pesan appa aku semasa  kali terakhir aku jumpa dia.

“Anak appa kena jadi macam cicak."

“Yah...appa!Kenapa cicak?Buruklah.."

“Sebab tulah cicak..Nak jadi angsa ke?Macam tak sesuai aje."

“Sampai hati appa cakap anak appa buruk."

“Bukan tu maksud appa.Apa yang appa maksudkan,walaupun cicak tak sempurna.Malah ada yang putus ekornya,tapi dia langsung tak putus asa.Dia happy je dengan hidup dia.Sebab dia tahu,nanti ekor dia akan tumbuh balik."

“Appa..apa yang appa nak cakap ni?"

“Kalau apa apa benda jadi pada appa,appa nak awak hidup bahagia dan tenang.Jadi macam cicak.Sebab percayalah,nanti kebahagiaan kita pasti kembali."

Aku memejam mata aku.Cuba untuk menghapuskan wajah appa dari minda aku.

Masih terngiang ngiang lagi suara appa dalam telinga aku.Aku kembali menegakkan tubuh.Beberapa helai tisu diambil dan air mata aku dikesat.

*tok *tok

Aku pandang pintu bilik aku yang diketuk. “Sape?"

“Saya ni.." Kyungsoo.Aku lap air mata aku dengan tisu basah agar nampak lebih segar.

Bila dah sedia,aku bukak pintu.Senyuman paling menyenangkan aku kirimkan pada Kyungsoo.Namun Kyungsoo langsung tak beriak.Dia menunjukkan wajah seriusnya pada aku.

“Waeyo?"

Aku mula rasa bimbang.Biasanya ni lah muka Kyungsoo bila nak marah orang.

“Hani ya..esok kalau awak tak nak datang sekolah lagi,takpe.Awak tenangkan diri awak.."

“Andwae!Gwaenchana!Esok saya akan ke sekolah.."

“Jinjja Hani?Nanti kalau apa apa jadi pada awak.."

“Kyungsoo yah..awak dengan eomma same je. Ingat saya ni masalah jiwa kacau.Sakitnya hati saya.."

“Mianhe..tu bukan maksud saya.."

“Gwaenchana.Jinjja gwaenchana!Esok awak datang ambik saya ok?" Terus aku menutup pintu dan melepaskan keluhan berat.

 

~annyeong! Selamat hari raya for all the muslims! Have a great raya ok? so this is my third chappie.Ur comment will be appreciated. Kamsahamnida! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 8: Kesiannya kat Hani.huwaaa
lugege_
#2
Chapter 4: Kyungsoo suke Hani ke? Huaaaaa. Update soonn
ashily_ashikin #3
Chapter 3: Hohoho...daebak rrr...and slamat hari raya author....update soon yaa?