Prologue

Baby dont cry.

Dunia aku bagaikan terbalik.Aku melutut di atas tanah itu tanpa menghiraukan lecak dan lumpur yang bakal mengotorkan aku.Keranda hitam di hadapan aku,aku pegang dan perlahan lahan aku mencium keranda hitam itu.

Air mata aku turun sama lebat dengan hujan ketika itu. “Appa wae..?Wae..?! "

Aku menjerit melepaskan perasaan sedih aku.Langsung tak menghiraukan orang ramai di keliling aku.Kyungsoo memegang bahu aku erat.Dia cuba untuk menyalurkan kekuatan.

“Appa..kenapa tinggalkan Hani? Appa kata nak tengok Hani naik pentas? Appa kata nak tengok album Hani..?"

“Hani yah..bangun.Bangun Hani..kotor tu."Kyungsoo membantu aku berdiri.Aku terus menyandarkan kepala aku pada dada Kyungsoo.Aku rasa lemah sangat.

Sempat aku menjeling eomma yang turut melayan perasaannya ditemani appa dan eomma Kyungsoo.

Aku tak patut pergi ke pertandingan tu.Patutnya aku duduk di sisi appa.Teman dia saat dia perlukan aku.Aku rasa macam aku anak yang tak guna.

Appa selalu ada dengan aku saat aku perlukan dia.Tapi aku? Aku tak ada dengan dia masa dia paling perlukan aku.

Tangisan aku makin menjadi apabila aku melihat keranda itu masuk makin ke dalam tanah.Perlahan lahan mereka turunkan keranda itu ke dalam tanah.

Kemudian saat mereka mula menutup keranda itu dengan tanah.Aku rasa seolah olah jiwa aku melayang.Lepastu aku tak sedarkan diri.

 

***

 

“Saya tak patut pergi ke pertandingan tu..saya patutnya.."

“Hani yah..awak janganlah cakap macam tu.Appa awak yang nak awak pergi kan? Bukan salah awak.Lagipun appa awak mesti bangga sebab awak dapat jadi juara kan? Hani yahh..awak kena kuatkan semangat.Kalau tak,macam mana awak nak tunaikan cita cita appa awak? "

Air mata aku mengalir laju.Kyungsoo bercakap betul.Tapi aku masih tak boleh nak berhenti berfikir aku yang salah.Aku memang rasa bersalah.

Tapi Kyungsoo betul.Aku patut kuatkan semangat.Kalau aku tak kuatkan semangat,macam mana aku nak tunaikan janji aku pada appa? 

Appa nak sangat aku jadi penyanyi.

Dia selalu kata kat aku.Dia nak tengok aku naik pentas.Dia nak tengok music video aku.Dia nak tengok album aku.Dia nak tengok poster aku dan dia nak duduk bahagian paling depan sekali dekat konsert aku.

Aigoo..ottokae? Macam mana dia nak tengok semua tu? 

“Kyungsoo ottokae? Saya tahu saya perlu tunaikan impian dia, tapi saya rasa macam dunia saya dah hancur."

Kyungsoo menepuk belakang aku.Aku tahu Kyungsoo dah kebuntuan dalam mencari cara untuk menenangkan aku.Aku tahu aku dah menyusahkan Kyungsoo.

“Hani..eomma awak dan saya akan sentiasa ada dekat awak.Saya janji akan tolong awak tunaikan impian appa awak ok? "

 

***

 

Aku memukul bahu Kyungsoo berkali kali.Aku menangis sepuas puasnya.Aku melepaskan semua perasaan geram aku padanya.

Aku bengang.Aku sedih.Aku kecewa.Kyungsoo kata dia tak akan tinggalkan aku! Tapi kenapa,baru dua bulan lepas appa tinggalkan aku,dia pulak? 

“Kyungsoo ya..awak janji awak takkan tinggalkan saya.Baru dua bulan awak buat janji tu,sekarang awak dah nak pergi?!"

Kyungsoo memeluk aku erat.Dia cuba untuk menenangkan aku.Aku meronta ronta namun akhirnya aku mengalah.Aku meletakkan dagu aku atas bahunya dan menangis sepuas puasnya.

Lepas Kyungsoo dah pergi, bahu siapa lagi aku nak pinjam? Biasanya Kyungsoo lah yang akan meminjamkan bahunya untuk aku menangis sampai basah bajunya.

“Saya takkan tinggalkan awak,Hani.Percayalah.Saya pindah ke Seoul ada sebab.Sebab yang awak tak perlu tahu.Saya cuma nak awak tahu yang saya takkan tinggalkan awak ok? Saya janji."

Aku melepaskan diri aku dari pelukan Kyungsoo.

“Kyungsoo ya..awak selalu janji tapi awak tak pernah tepati."

Kyungsoo tersenyum.Perlahan lahan tangan aku diambil dan jari kelingkingnya dilekatkan dengan jari kelingking aku. “Saya janji ok? Kalau saya tak tepati janji saya,saya potong jari kelingking saya."

Aku mencebik. “Saya nak potong.Mana boleh awak potong."

“Ahh..geurae geurae..awak potong ok?"

“Hani ssi..dahlah.Kyungsoo dah lambat ni."Eomma menarik aku dari Kyungsoo.Namun jari kami seolah olah tak mahu terlepas.Jari kami seolah olah telah terkunci. 

Aku menyandarkan kepala aku pada bahu eomma.Dada aku sakit menahan sebak.Kenapa Kyungsoo pun nak kena pergi? Atas urusan apa dia nak kena pergi sampai ke Seoul? Kenapa dia tak nak beritahu aku? 

Kyungsoo melangkah perlahan ke keretanya.Aku terus memeluk eomma dan menangis sepuas puasnya.

Aigoo..Kyungsoo wae?! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 8: Kesiannya kat Hani.huwaaa
lugege_
#2
Chapter 4: Kyungsoo suke Hani ke? Huaaaaa. Update soonn
ashily_ashikin #3
Chapter 3: Hohoho...daebak rrr...and slamat hari raya author....update soon yaa?