[A]

Exo; Raya Version

Takbir raya berkumandang di pagi itu menandakan hari ini ialah hari kemenangan umat islam. Dan tak lupa jugak 12 orang manusia ini sedang bergembira kerana hari yang mereka nantikan sudah tiba.

 

“YEHOO! Raya, aku tak sabar dah nak kumpul duit raya banyak-banyak,” Kai dan Sehun terus melompat keriangan macam katak yang tak cukup makan.

 

“Lay! Tolong hidangkan makanan dekat meja makan kat luar,” laung nenek mereka dari dapur dan Lay segera menuju ke dapur.

 

“Woah! Lemang SM dengan rendang SM di pagi raya sedapnya,” ujar Chen apabila dia melihat Lay sedang menagankat makanan itu ke meja.

 

“Korang semua ni apesal tak siap lagi? Pergi lah mandi, nak pergi solat sunat hari raya pulak ni,” bebel Suho yang baru lepas siap mandi.

 

“Tao, kau dah mandi?” tanya Sehun yang sedang merancang agenda yang sangat bijak dan teliti seperti Hitler.

 

“Belum, kenapa?” tanya Tao yang sedang makan biskut raya. Kesian dekat Xiumin, dia yang kena angkut semua biskut itu letak dekat ruang tamu.

 

“Jom mandi dengan aku. Tapi dengan syaratnya…”

 

“Apa syaratnya?”

 

“Nanti kau dapat duit raya, kau kena bagi dekat aku sikit. Kira macam cukai mandi dengan aku yang hot dan hensem ni,” Sehun cuba memujuk Tao supaya Tao melaburkan duit rayanya dekat dia.

 

“Tak pelah, aku dah janji nak mandi dengan D.Ollah tadi. Bye-bye,” Tao segera mencapai tualanya yang diletakkan di atas sofa itu dan segera mencari D.O.

 

“TAO! Kau tahu tak mandi dengan D.O dikenakan cukai lagi tinggi daripada mandi dengan aku. Lolololo,” Sehun terus melalak dan menglololo, dia segera mengejar Tao untuk mandi bersama. Erk, apa yang sedang berlaku?

 

 

 

“Nenek, pagi raya ni nenek hidangkan air apa?” soal Xiumin yang sedang menolong neneknya di dapur.

 

“Tak tahu lagi, nanti Umin buatkan air untuk kami semualah,” ujar neneknya dan segera beredar dari dapur. Maka terpancurlah dua senyuman jahat dari dua orang manusia yang bernama Luhan dan Xiumin.

 

“Kau rasa air apa yang sedap di pagi raya yang indah ini?” tanya Xiumin.

 

“Air longkang,” jawab Luhan.

 

“UIsshh, itu keterlaluan itu. Baik bagi nila terus,” serentak Xiumin dan Luhan ketawa.

 


 

“Semua marilah sarapan dulu sebelum pergi sembahyang raya,” ajak Atok SM kepada 12 orang cucunya itu.

 

“Baekhyun, kau tahu tak kat mana butang baju melayu aku?” soal Lay.

 

“Aku rasa kau tertinggal dekat rumah kot. Pinjam lah yang Atok punya.” Bebel Baekhyun. Lay memang tak boleh nak jaga diri sendiri melainkan yang lain kena jaga dia.

 

“Mana samping aku?” tanya Suho mensempahkan semua beg pakaiannya.

 

“Cukup lah kau berada di samping aku,” kata Kris dengan muka derpnya.

 

“Yah! Aku tengah serius ni, tak payah buat raya pickup linelah kat sini,” marah Suho.

 

“Suho hyung tertinggal kot, pakai ajelah kain pelekat itu buat samping,” cadang Xiumin.

 

 

“Kita semua nampak macam orang nak buat tarian zapin aje dengan siap bersampingnya. Hahaha,” kata Chanyeol dan dia segera menari tarian zapin bersama dengan Kai dan Luhan.

 

“Haha, Tao nak buat tarian kuda kepanglah,” ujar Tao dan dia segera mencari anak patung unicorn Lay.

 

“Sehun rasa macam nak kawin aje pakai macam ni, tehet.”

 

“Korang semua ni dah kenapa? Macamlah tak pernah pakai baju melayu, ish, ish, ish. Dah lah tu, jom sarapan dulu nanti lewat nak pergi solat sunat hari raya ni,” ajak nenek mereka sambli membebel. Pening kepala dia melihat cucu-cucnya yang dah hyperaktif pagi-pagi raya begini.

 

 

 

“Nak air sunquick,” Tao menghulurkan gelasnya kepada Kai.

 

“Nak sunlight pun boleh…” kata Kai menyindir.

 

“Yah! Itu untuk basuh pinggan lah.” Balas Tao dengan benggang.  

 

“Sunrise tunggu pagi esok,” kata Sehun sambil berhi-5 dengan Kai dan mereka terus ketawa.

 

Semua terus terkejut saat mata mereka terpandang Lay. D.O hampir tersedak nasi impit yang dikunyahnya, Kai hampir tersembur air oren yang diminumnya.

 

“Kenapa semua  pandang Lay ni?” soal Lay kepalikan.

 

“Lay kau pakai baju siapa tu?” tanya neneknya kehairanan.

 

“Baju yang Lay jumpa dalam almari tadi, sebab butang baju melayu Lay tertinggal. Jadi, Lay pakai ajelah baju ini,” jawab Lay dengan selamba dan segera mengambil tempat duduk di meja makan.

 

“Arhh! Nenek sakit...” Lay mengaduh kesakitan apabila neneknya menarik telinga dia.

 

“Pergi pakai balik baju melayu tu. Ni baju kurung untuk orang perempuan, kau jangan nak malukan Atok kau Lay. Butang melayu nenek ada banyak yang lebih,” marah nenek mereka. Lay segera pergi tukar semula pakaian dia atas arahan neneknya yang garang macam singa itu. yang lain hanya mampu ketawa terbahak-bahak sahaja.

 

“Apalah Lay ni,” ujar Baekhyun.

 

“Woah! Ada air teh tariklah, siapa yang buat ni?” Kris yang memang suka teh tarik itu terus menuangkannya di dalam cawannya tanpa usul periksa dulu.

 

“Dasyat betul teh tarik ni, banyak giler buih. Boleh buat mandi dah,” kata Sehun apabila melihat buih lebih banyak dari air.

 

“Nenek, apasal air ni rasa macam sabun pencuci pinggan aje?” tanya Kris.

 

“Nenek tak buat air tu, Xiumin dan Luhan tadi yang buat. Nenek suruh,” jawab neneknya.

 

“Korang letak apa dalam air ni? patutlah berbuih pelik ni,” marah Kris.

 

“Sunlight,” jawab Xiumin dan Luhan serentak dan mereka segera beredar dari situ. Kris dengan langkah galahnya terus mengejar XiuHan hingga ke luar rumah.

 

“Sampai hati korang buat aku macam ni,” laung Kris. Walaupun dia tinggi tapi dia tetap tak dapat nak melawan ketangkasan XiuHan berlari.

 

“Bak kat Lay, buat dosa banyak-banyak dulu, nanti lepas ni kita minta maaf lah,” kata Luhan.


 

Selesai mereka semua menunaikan solat sunat hari raya berjemaah di masjid mereka semua terus kembali ke rumah untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain.

 

“Mari beraya dengan nenek dan atok dulu,” kata nenek mereka.

 

Mereka semua mula minta maaf dengan atok dan nenek mereka kerana banyak kesalahan yang mereka lakukan.

 

“Atok dan Nenek Suho minta maaf banyak-banyak. Selamat hari Raya,” Suho terus bersalam dan mencium tangan mereka berdua. Tidak di lupakan juga, atok SM yang kaya raya itu terus menghulurkan sampul duit raya kepada mereka semua. Bersorok gembiralah mereka semua.

 

“Yehet! Sehun dapat seratus, wohooo,” Sehun terus melompat dengan gembira.

 

“Cuba lagi tahun depan…” Chanyeol membaca isi kandungan sampul raya yang dia dapat.

 

“Atok, apa ni? Kenapa Chanyeol dapat macam ni,” bantah Chanyeol dan segara menuntut haknya balik.

 

“Huhuhu, atok saja aje nak kenakan kamu,” kata Atok SM sambil berhuhuhu.

 

“Semua! Luhan hyung nak bagi kamu duit raya jugak ni.Hyung kan dah kerja kenalah bagi,” kata Luhan dan segera mengeluarkan sampul duit raya dari poketnya.

 

“Mula-mula Xiumin,”

 

“Yehoo! Aku dapat jugak walaupun dah kerja,” kata Xiumin.

 

“10 sen aje?”

 

“GST! Hahaha,” kata Luhan dan terus ketawa. Apa punya oranglah.

 

“Kedekut betullah Luhan hyung ni, dia bagi Sehun seringgit aje,” keluh Sehun.

 

Sesi memberi duit raya telah tamat dan sekarang sesi meminta maaf antara satu sama lain.

 

 

“Baek, hyung nak minta maaf sebab dah banyak sakitkan hati kau,” ujar Lay dan terus memeluk Baekhyun.

 

“Kris, kami nak minta maaf sebab dah bagi kau minum air sabun tadi,” kata Xiumin dan Luhan.

 

“Aku pun nak minta maaf jugak sebab selalu troll korang ,” kata Chen dan terus meminta maaf kepada 11 orang yang lain.

 

“Air mata palsu aje tu,” kata D.O yang tak ingin termakan dengan kata-kata Chen itu.

 

“Lepas ini dia sambung balik perangai saka dia tu,” Suho mengiyakan kata-kata Dollah itu.

 

 

 

“Jom kita pergi beraya rumah sebelah pulak, aku nak kumpul duit raya banyak-banyak ni. Nak beli…” kata-kata Sehun tergantung di situ kerana dia tidak tahu nak beli apa.

 

“Beli apa?” tanya Chanyeol.

 

“Beli chendol, hahahaha,” Sehun terus pergi dari situ.

 

“Tao nak beli McD, KFC, Pizza Hut, Domino, Noodle Station, etc…” Tao mengira smeua kedai makanan restoren yang ingin dijejakinya selepas hari raya.

 

“Chanyeol hyung tak tanya kau pun,” kata Kai.

 

“Kai! Kau selalu sakitkan hati aku,” rajuk Tao.

 

“Aku nak beli kereta ferarri cap unicorn satu,” kata Chen yang menyampuk perbualan mereka semua.

 

“Korang sepupu atok datang ni, nama dia YG( Yusuf Ghazali). Mehlah beraya dengan dia…” laung atok mereka memanggil semua cucu-cucunya.

 

“Macam kaya aje YG itu,” kata Kai dan segera naik atas rumah. Yang lain dah nampak duit.

 


 

“Hah, korang. Kenalkan ini Atok YG ( Yusuf Ghazali) dan sebelah itu cucu perempuan dia namanya Aminah.” Atok SM memperkenalkan mereka semua.

 

Saat Chanyeol melihat Aminah hatinya terus berdegup kencang. Dan apalagi, berbekalkan genetik gatal dan miang atoknya itu, terus dia tanpa segan silu pergi mengorat Aminah.

 

“Hai, nama awak apa?” tanya Chanyeol yang malu-malu singa itu.

 

“Tadi atok awak dah bagitahu kan…” ujar Aminah dengan selamba. Padan muka, yang lain sedang menahan ketawa.

 

“Awak nak biskut tak? Atau awak nak saya?” tanya Chanyeol sambil mengeyitkan mata. Aminah masih lagi senyap.

 

“Atok, Minah nak air,” kata Aminah dekat atoknya itu.

 

“Oh! Air, air apa? Biar saya pergi buatkan…” kata Chanyeol.

 

“Air mata air…” terus semua ketawa dengan jawapan Aminah.

 

“Chanyeol, cucu Atok YG ni dah bertunang. Lupakanlah hasrat kamu nak mengorat dia,” kata atok SM  apabila dia perasan cucunya itu sedang mengorat Aminah. Saat itu Chanyeol terasa malu sangat dan dia nak balik rumah dengan segera. Padan muka, lain kali periksa dulu line sebelum pergi buat ayat-ayat jiwang.

 

Itulah dia kemeriahan suasana hari raya mereka. Entahlah meriah ke tak? Yang pasti Sehun dengan derpnya sedang mengumpulkan banyak duit raya.

 

 

“Sehun, berapa banyak duit raya kau?” tanya Chen.

 

“Rm 144.”

 

“Kau kena bagi dekat hyung 44 ringgit sebabnya nombor 44 tu tak cantik. Kalau kau nak cantikkan duit raya kau biar jadi Rm100,” Chen cuba memasukkan jarum.

 

“Yah! Sehun, kalau kau percaya kau bodoh,” marah Lay. Apalah Chen ni, duit raya pun sempat lagi nak troll orang. Harap adik-adiknya yang lain tidak terkenalah.


Author; Maaf semua, saya lambat update. Mood Raya XD. Terima kasih kepada yang setia menanti, ceh ayat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
datanglah jenguk poster! ^^

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 4: Daebakkkk cite nieee. ♥♥♥
= ̄ω ̄= ̄ω ̄
spaghetti_soda #2
Chapter 4: Lepas Ramadan version, saya terus baca Raya version. Nasib baik tak tercekik air liur masa gelak. Cerita yg hebat ^.^
Dragneel09 #3
Chapter 1: Hahaha baca sekali lagi...bengong snagtlah diorang ni XD
hazhatt #4
Chapter 4: Sakit perut saya sbb cerita ni lawak sgt ^^ anyway, authornim ni krisho shipper ke? Huhu
starlightkim_
#5
Chapter 4: Mmg daebaklah ff authornim ni...saya suka...
nuyeen #6
Chapter 4: hahaha...lawak betul la citer niey...good job authornim
kwonShinHye
#7
Helo
awak boleh x awak credit poster kepada orqngnya...corz poster tu kawan saya yang buat..sori sebb lambat buat awak punya poster..
tolong kredit poster to the owner..
lagi satu poster awak mungkin lambat akan siap...mian..
nisa_luhan #8
Chapter 4: Nasib baikla si lay tu tak pakai dengan tudung skali. Kalau pakai gaya ala ala hipster lagi la teruk xD ksiannya kau chanyeol sbb Aminah dh brtunang xD
tyhah_nad #9
Chapter 4: Alooo dh habisss T~T huhuhu cite ni best gilerr