Homesick

Aku nak balik!!(Ramadhan special)

Aku tak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.Fikiran aku melayang ke kampung halaman yang telah lama tidak dijejaki.Aku susah hati memikirkan tentang hari raya aidilfitri yang bakal menjelang.Dengan siapa aku nak sambut,di mana dan sejauh mana makna aidilfitri tu dapat aku dalami.Tanpa aku sedari,keluhan aku membuatkan bff tersayang aku,Jungkook turut mengeluh dan risau "Homesick lagi?" Aku hanya menjawab "mm.." dengan nada yang tak semangat.

Kelas tamat.Aku tak faham langsung apa benda yang dibebelkan manusia kat depan tu tadi "Akhirnya!Boleh balik.." Kataku dengan muka yang agak lesu sambil menggeliat "Buat muka elok elok sikit.." Jungkook menegur."Aku laparlah..Jomlah makan!" aku bangun dari kerusi yang hampir hangat."Tadikan dah makan!" Jungkook menjegilkan matanya "Kau ni tak faham ke..Tadi tu 5jam yang lalu.Kau bukan tak kenal aku.Aku makan setiap 3 jam okey..Sekarang kan dah lebih!" Aku mencekak pinggangnya.Jungkook tiba-tiba teringatkan sesuatu."Jap jap..Kau tak puasa ke?" Aku menyengih lalu berkata "ngehh..Bukan sekarang aku nak bagitau kau kenapa..Nanti-nantilah~Memalukan lah kalau nak cerita.Haiih..Susah betul ada best friend lelaki ni." Jungkook menunjukkan muka 'blur'nya menandakan dia tidak faham.

__________________________________________________________

Aku menikmati tteokbokki pedasku dengan berselera sekali hingga tiada siapapun boleh curi tteokbokki tu dari tangan aku.Mana tau ada peragut tteokbokki tiba-tiba ragut tteokbokki kegemaran aku ni.

Perbuatanku memakan di tempat awam mungkin menimbulkan tanda tanya non-muslim di sekelilingku.Biasanya aku tak macamni kalau datang haid.Tapi masa tu aku stress dan sangat lapar."Makanlah elok elok sikit!" Jungkook menegurku dengan tteobokki yang penuh dalam mulutnya.Tak malu betul.."Kau tu pun makanlah elok elok..Yang penuh sangat dalam mulut tu apa?" Kami menyambung makan tanpa berkata apa-apa.

Tiba-tiba seorang lelaki muda datang untuk membeli tteobokki.Dia sempat berbisik kepada Jungkook yang berada disebelahnya.Aku boleh dengar suara lelaki tu."Daebak~Jarang aku nampak couple yang macam korang" Jungkook tersentak lalu berhenti mengunyah.Dia memandang lelaki itu dengan mata besar dan wajah yang terkejut dan comel pada masa yang sama.Aku yang tadinya menelan tteokbokki dengan gelojoh tiba-tiba perlahan.Aku terus menelan semuanya yang di dalam mulut lalu berkata "Dia blah macam tu jaa?!!Apa yang pelik sangat kalau kitorang couple pun?Aku ni makhluk asing ke?!"

Aku perempuan bertudung,mungkin itu yang dimaksudkan lelaki tadi."Aku ni bff kau kan?" Jungkook tiba-tiba menanyakan soalan yang tak perlu ditanya"Kau ni kenapa?Mestilah ya.." "Boyfriend Forever?" Jungkook mengeluarkan dua perkataan yang membuatkan aku hampir tersedak dan tersentak.Kalau aku tengah minum air,disemburnya air tu dekat muka dia agaknya."Yah!Apa masalah kau ni?Gelilah aku!!!" Perangai Jungkook harini lain sangat.Dia sengal semacam je..Tersalah makan ubat kot..Takkanlah dia dah mula suka kat aku,bff dia sendiri..

__________________________________________________

Semasa di dalam bas,dalam perjalanan pulang ke rumah,Mama call aku.Dengan tak teragaknya aku jawab panggilan mama kesayangan."Assalamualaikum,anak mama!Sihat?" Aku rindu suara Mama.Walaupun cuma dalam telefon,aku rasa gembira dapat mendengar suara Mama."Wa'alaikummussalam..Eka sihat.Mama macam mana?" "Mama pun sihat..Eka boleh balik ke raya ni?" Terasa berat hati untuk menjawab soalan Mama.Mama tidak akan gembira dengan jawapan aku.Jadi aku terpaksa menipu si ibu yang menanti kepulangan anaknya disini."Insya-Allah,mama..Eka balik."

Perbualan kami berlarutan selama 10 minit iaitu sebaik sahaja aku sampai di 'bus stop' yang dituju.Perasaan bersalah masih terasa walaupun menipu untuk kebaikan.Aku taknak Mama susah hati.

Aku memandang kalendar yang tergantung di dinding kamarku.

"5 days left.." aku bermonolog.Aku sebak kerana tidak dapat pulang.Suasana raya di kampung halaman sentiasa bermain di fikiran.Hanya gambar kenangan mengumbat rindu.

___________________________________________________

Aku turun dari bas dengan lafaz bismillah.Wajah Jungkook yang pertama aku lihat sebaik sahaja turun dari bas.Terkejut aku dibuatnya.Matanya yang besar sentiasa buat aku terkejut.Aku menampar bahunya yang berketul-ketul tu dengan kuat.Geram betul dibuatnya!

"Ada 30 minit lagi..Jomlah minum2 dulu."

"Aku puasa laa.."

"Aihh?Puasa pulak?!kemarin tak!Aku konfius lah!"

Aku tak berkata apa-apa dan hanya smirk.Jungkook sedar yang aku masih sedikit badmood."Kau ada masalah lagi ke?" Jungkook tanya kepadaku dengan wajah yang risau."Apa lagi klau bukan homesick." Aku memasukkan tangan ke dalam poket jacketku yang hangat "Aku nak balik raya..Macam mana ni?Mak aku mesti risau kalau dapat tau aku tak boleh balik." Aku mengeluh dan kami diam buat seketika.Ting!Kedengaran seperti idea baru memasuki otak Jungkook yang sedang kosong."Kenapa tak beraya di sini?" Aku memandangnya dengan kening yang berkerut."Takda maknanya..Nak beraya dengan siapa kat sini?Aku takda kawan lain selain kau.Budak-budak melayu dekat sini pun aku tak berapa nak kenal." "Salah kau jugak tak bergaul dengan dorang." Jungkook menyalahkan aku.

Aku ingat belajar di luar negara seronok.Tapi bila sampai suatu hari yang kita betul-betul nak pulang,tapi tak boleh,itu yang menyedihkan.Keluarga yang sentiasa menunggu kepulangan ahli keluarganya masih menunggu dan menunggu tanpa khabar berita kerana yang di sini sedang takut hendak beritahu.

_____________________________________________________________

Aku pulang ke rumah dengan muka kosong.Kalendar yang tergantung di dinding langsung tak dipandang.Tak boleh terima kenyataan yang esok merupakan hari raya.

Telefon yang berdering segera aku angkat."Assalamualaikum,mak!" Sebak aku mendengar suara mak yang aku rindui."Eka bertolak bila?Sampai esok ke?" Mak kedengaran seperti tidak sabar menanti kepulanganku.Aku tak sampai hati hendak beritahu perkara sebenar.Tanpa aku sedari air mata membasahi pipi.Mujurlah tangisan aku tak berbunyi."Tak boleh?!Laa..kakak abang kau tak sabar tunggu kau balik.Takpalah kalau macam tu..Redha jee lah~Bukan kita boleh buat apa-apa." Aku berasa lega suara mak tidak kedengaran terlalu risau.Setelah kami menamatkan perbualan,aku menggenggam telefonku rapat ke dada sambil menangis.Terkilan kerana tidak dapat pulang ke tanah air untuk menyambut hari raya aidilfitri.

_____________________________________________________________

Aku berjalan di sekitar Itaewon memandangkan hari ini merupakan hari raya.Sebak aku mendengar takbir raya yang berkumandang daripada satu-satunya masjid di seoul yang terletak di Hannam-dong.Inilah tujuan utama aku ke Itaewon,untuk menunaikan solat sunat aidilfitri.Kelihatan masjid utama seoul dipenuhi muslim-muslim yang bertujuan untuk menunaikan solat sunat aidilfitri.

_____________________________________________________________

Sebaik sahaja aku tamat menunaikan solat,telefonku berdering.Aku segera menjawab panggilan daripada Jungkook "Ke tempat biasa.." tidak sempat aku berkata apa-apa,dia sudah meletakkan telefon.Entah apa yang difikirkan si Jungkook itu.Kejutan apa pulak yang dia nak buat pagi-pagi macam ni.Tanpa pulang menukar pakaian,aku terus ke 'tempat biasa' iaitu di atas bumbung rumahnya,tempat aku dan Jungkook selalu melepak dengan Abangnya.

Aku menaiki tangga ke atas bumbung satu demi satu.Aku tidak menjangka langsung apa yang bakal terjadi di atas sana.Sebaik sahaja aku sampai di atas bumbung,kelihatan Jungkook segak berbaju Melayu berwarna hijau muda.Entah dari mana dia dapat baju tu agaknya..

"Selamat Hari Raya Aidilfitri!" Jungkook mengucapkan perkataan yang sukar disebutnya.Terbelit lidah dibuatnya."Ommo!Dari mana kau belajar cakap macam tu..Amboi..kau nampak kacak lah pakai macam tu!" Aku memuji-muji Jungkook yang kelihatan kacak berbaju melayu.Dia tersipu-sipu mendengar pujian aku.Ya,seperti biasa,dia kelihatan comel.

Suasana sambutan raya Jungkook dan aku bagaikan parti hari jadi dengan belon-belon yang berwarna-warni yang dibiar berteraburan di atas lantai bumbung.Mujurlah dia tidak lupa makanan wajib hari raya.Ketupat dan kuah kacang tak sah kalau tak ada.

Walaupun aku tak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman,beraya bersama Jungkook pun dah okey.

Aku sangat berterima kasih kepada Jungkook,sahabat karibku yang sentiasa berada disamping aku tak kira susah atau senang.Dia sentiasa mengambil berat tentang aku.Setiap kali aku kelihatan tak senang hati,dia menanyakan berjuta soalan kepadaku.

Sorry kepada subscribers yang dh lama tunggu fanfic ni.

Well,im busy completing my pt3 punya kerja khursus,geografi n susah nk update cepat2 fanfic ni..

Thanks to ma friend,Eka..yang benarkan aku guna gambar dia.Dan aku guna nama dia sekali.

Maaf kalau fanfic ni bosan.Maaf untuk bahasa melayu aku yg teruk tu.Yelaa,fanfic je pun bukan nk jawab exam..

Sekarang dh 6.59,berapa minit lagi nak berbuka..Selamat berbuka,readers!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimchinana #1
Chapter 1: I knew that feel *sob sob*. Walaupun tahun ni tahun ke2 berjauhan dgn family, at least tahun ni dpt balik raya. Hahahahahaha yehet
Dragneel09 #2
Awk...bila nk update??
hyemipark
#3
Please update soon
FIGHTING!!!