chapter 3
Peminat MisteriLuhan P.O.V
Sejak peminat misteri hadir dalam hidupku,
Perasaanku sentiasa jadi tak tenteram. Sehinggakan aku menyoal ibuku siapa yang bagi makanan setiap kali ibu hidangkan lauk. Kadang kadang ibuku rasa pelik kenapa aku menyoal sebegitu.
Aktiviti sepanjang musim cuti tidaklah sehebat mana. Hanya setiap petang pergi main badminton dengan Kyungsoo dan Kai di belakang rumah Chen sampai habis musim cuti. Tidak jauh dari rumahku, boleh jalan kaki. Tapi, dia seolah olah macam tahu apa yang aku tengah buat. Aku pergi dan balik jam berapa, dia macam tahu. Aku baru sahaja melangkah keluar dari rumah pergi main badminton, phone aku berbunyi. Tapi bila diangkat, SENYAP. Aku juga terima panggilan yang serupa ketika aku pulang ke rumah. Keadaan ini berlarutan sepanjang musim cuti ketika aku pergi dan balik lepas bermain badminton dengan kawan kawan. Aku jadi terganggu. Dan aku berasa.....setiap langkah dan gerak geri aku diperhatikan. Bila aku melirik sekeliling, tiada.
Malam itu merupakan malam terakhir musim cuti sekolah. Dan malam itu jugaklah aku dijemput hadir ke majlis resepsi perkahwinan kakak Kyungsoo. Setelah majlis itu selesai, aku duduk di depan dewan. Tetamu tetamu yang hadir beransur pulang jadi suasana agak sedikit sunyi. Nasib baik Kyungsoo sudi menemani aku berborak sementara menunggu bapa datang dan menjemputku pulang ke rumah.
Muncul seorang perempuan dengan dress putih paras lutut duduk di sebelahku. Dia melemparkan senyuman manis untuk kami berdua.
"Oh, Soyou. Awak buat apa kat sini?" Soal Kyungsoo, nampak macam dia kenal perempuan ni.
"Saje, ambil angin." jawabnya bersahaja sambil matanya tak lepas merenung aku. Jantungku tetiba sahaja mula berdengup kencang dengan kehadiran dia. Rasa takut pun ada. Tak tahu kenapa. Perasaan apakah yang aku hadapi sekarang ni?
"Err....dia ni sepupu aku, Soyou. Kenalkan ni kawan saya, Lu..."
"Luhan,"
Please Subscribe to read the full chapter
Comments