chapter 10
Peminat Misteri
Selesai mandi, barulah tubuhnya kembali segar setelah rehatkan diri lebih lama. Sebenarnya Luhan tidak suka tidur lama di siang hari tapi demi kesihatannya, dia terpaksa lakukan sebegitu. Dia sendiri tertanya tanya macam mana dia tiba tiba sahaja boleh pengsan dalam kelas. Nak kata salah makan pun tidak juga.
Dia keluar dari bilik mandi dengan bathrobe tersarung kemas di tubuhnya. Baju kemeja kasual hitam dan seluar denim di keluarkan dari almari. Baru sahaja dia ingin membuka bathrobe, dia mengerling ke arah patung itu. Pelik. Dia dah biasa memakai pakaian dalam bilik sendiri tapi kenapa baru hari ni.... dia rasa lain?
"Takkanlah penyakit baru aku kot. Tapi patung tu....aish...lantaklah." Tanpa berfikir panjang, dia terus menutup patung itu dengan selimutnya. Entah kenapa dia jadi tak selesa apabila dia ingin memakai baju di depan patung padahal benda bukan bernyawa pun.
Sudah masuk hari ketiga patung itu di dalam bilik Luhan. Segala gerak geri Luhan setiap kali masuk ke bilik diperhatikan sang peminat misteri. Tapi, dia masih tidak puas hati. Dia tak puas hati apabila Luhan menutup patung itu dengan selimut ketika Luhan ingin memakai pakaian. Baginya, selimut menganggu lensa mata patung dari pandangannya. Dia tak suka! Kini, tibalah masanya dia munculkan diri. Dia dah tak sabar untuk menyeksa Luhan yang dia idam idamkan selama ini. Luhan harus ter
Comments