Final Chapter 2

Peminat Misteri
Please Subscribe to read the full chapter

Luhan P.O.V

Sudah masuk seminggu selepas kejadian itu berlaku, luka dan traumaku akhirnya sudah pulih walaupun bukan sepenuhnya. Jadi, aku boleh keluar dari hospital. Segala pakaian dan barang keperluan aku sudah pun dimasukkan ke dalam beg. Aku sudah sedia untuk keluar dari hospital. Cuma, ibubapaku terpaksa outstation kerana ada kerja yang boleh dikatakan emergency.

Kebetulan Kyungsoo mengalami demam panas sejak semalam dibawa ke klinik yang berdekatan dengan hospital ni. Kakak Kyungsoo menawarkan diri untuk menolong aku hantar pulang ke rumah aku dengan keretanya. Pada mulanya aku memang berat hati untuk menolak tapi memandangkan tiada siapa yang hantar aku pulang ke rumah, jadi aku terpaksa menerima perlawaan kakak Kyungsoo. Sebenarnya aku sendiri tidak suka duduk lama di hospital. Kadang kadang, aku berasa rimas kalau terpaksa ulang alik ke hospital dan balai polis untuk disiasat.

 

"Masuklah," ajak kakak Kyungsoo sambil membuka pintu kereta.

Barang barangku sudahpun diletakkan ke dalam bonet kereta. Kyungsoo masih menunggu giliran tapi memakan masa yang agak lama kerana klinik itu dipenuhi pesakit. Kakaknya tidak suka menunggu lama jadi dia terus menghantar aku pulang sementara menunggu Kyungsoo. Sekarang, aku duduk bersebelahan dengan kakak Kyungsoo. Hanya kami berdua sahaja dalam kereta. Sepanjang perjalanan, suasana dalam kereta agak sedikit awkward dan sunyi memandangkan aku tidak tahu macam mana nak mulakan perbualan. Kalaulah ada Kyungsoo sekali mesti lebih meriah.

 

 

"Kamu dah makan?" kakak Kyungsoo mula berbicara.

"Dah, kak.."

"Irene. Panggil je kak Irene." Kak Irene memperkenalkan diri.

"Okay, kak Irene," jawabku cuba menyesuaikan diri memanggil dia.

"Kamu dah berapa lama kenal Kyung?" Kak Irene mula bertanya.

"Dah lama kot, mungkin lebih kurang tiga tahun kak," jawabku sambil tersenyum manis. Rasanya aku mula biasakan diri berbual dengan kak Irene.

"Owh," jawabnya sambil balas senyuman

"By the way, terima kasih sebab sudi tolong hantarkan saya pulang." Aku tersenyum lebar.

"Sama sama. Akak cuti seminggu. Akak tolong bawa Kyung pergi ke klinik. Alang alang tak de sapa yang hantar awak, akak tolong hantarkan. Lagipun akak bosan hari ni tak tau nak buat apa sejak.....huh," Dia mematikan katanya lalu mengeluh kecil. Dia meleraikan senyumannya dan kembali......sedih? Lebih kurang dia macam ada masalah. Dari riak wajahnya membuatkan aku teringatkan sesuatu. Oh, ya. Aku teringat yang Kyungsoo pernah ceritakan masalahnya kat aku.

 

 

Flashback (sambungan chapter 10-membuat kerja sekolah di rumah Luhan)

Aku memandang pelik dengan kawan aku di hadapan aku sekarang. Kyungsoo mencebik marah sambil mencucuk cucuk buku kimia dengan pen berkali kali sejak tadi. Seolah olah buku kimia itu tempat dia melepas geram. Setahu aku, matapelajaran kimia itu subjek kegemaran dia. Aku berhenti menulis dan bertanya,

 

"Kau ni dah kenapa? Emo semacam je aku tengok."

 

Kyungsoo mengeluh. Kelihatan wajahnya nampak muram dan sedih.

"Abang ipar aku...."

"Kenapa dengan abang ipar kau?" Tanyaku. 

"Baru malam tadi dia nak minta cerai,"

Ternganga mulutku mendengar jawapan dia. Abang ipar dia nak minta cerai? Bukankah mereka baru sahaja berkahwin? Kenapa awal sangat?

"Kau biar betul Kyung! Diorang baru je dah kawin, ni kenapa tetiba je nak minta cerai?!" Tanyaku hairan.

"Aaaku tak tau Han. Aku betul betul tengah buntu sekarang ni. Aku tak sangka masalah tu boleh jadi gini. Abang tak tahan dengan perangai kakak ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
inspirebunny
Officially completed! Thank you readers and jemput komen semua. Your opinion dialu alukan =3

Comments

You must be logged in to comment
ShyRedBeans
#1
Chapter 13: Omg xD plot twist betul ending dia. Good job author sebab buat cerita bertemakan stalker macam ni!
Chiko_Miari #2
Chapter 13: Wahhh!!luhan...siannya..author buatlah ff horror lgi!!..besttt!"
Yana_xoxo
#3
Omo saiko betul haha... dah kawin pon still suka kat luhan menyeramkan sungguh kesian luhan dibuatnya...
otakuromanticgirl
#4
cerita ni mmg best! Saya puji sgt2 kt awkla. Hehe
Saya takut skit nak baca criter genre seram...tapi sbb ada misteri baca jugaklah(sbb dlm diam saya pun suka misteri huax3)
Tapi, awk mmg bagi imagination saya spreading...dahlah jantung x brhenti brdegup baca
creepy + horror betul!
Tapi, best. Ending tu...mmg menakutkan btw all the best for you :)
PS: perasaan takut still tak hilang lagi dlm hati ni
sone_shawols #5
Chapter 13: btw, all of your story is jjang!!!
sone_shawols #6
Chapter 13: betulke dh habis???
rse mcm belum complete lgii....
apa jdi kat luhan? mcm mana dia bleh ltak surat dlm bilik, kls and pasal dlm tandas tu?
sambung la lgi author nimmm
baekki_kook #7
Chapter 13: Final chapter 2: cAMNE Soyou boleh kenal Luhan aehh??And..TAK SANGKA KAK IRENE ADALAH DALANG SEBENAR!!ingat D.O XD!!Scary scary...Btw,BEST!!Hope awak wat ff scary lagi ^^
imraen_
#8
Chapter 13: Kesian luhan . omaigod
freakandheart #9
Chapter 13: It's creepy *gulp
hyeriiisso
#10
Chapter 13: Mmg officially completed ke author-nim? Sbb ending dia msih ada lg tertanya-tanya *~* apa trjd kt luhan dia blh kluar dr keta tu? Klau irene la si peminat rahsia so dia kah yg bkk pintu smpai terngagak time kat bilik luhan tu? Dia kah yg buat letrik cmtu?! Sbb dia hntr surat " ketakutan kau, kegilaan aku " trg2lah dia penyebabny kn? Ah pening xD n dia kah yg tulis I LOVE U kat jmban tu? Dsyt irene nih mmg peminat thp kritikal