Bab 4

Alamak

"Bangunnn!!"

"Ahh!"

Bukk!

Adam terjatuh tergolek jatuh dari katil.Opahnya mengetuk kuali mengunakan senduk.Kemudian dia bercekak pingang.

"Bangun,pergi solat isyak!Lepastu buat kerja sekolah."ngomel opah.Adam mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Alah Opah ni..Chill ah..Orang nak tidur pun susah."

"Apa kamu kata?!"Opah segera menghampiri Adam lalu menarik cuping telinganya.

"Adehh sakitt..."

Kesian Adam,nampaknya tak lama lagi capanglah telinga Adam dibuatnya.Hari tu Ummi,ni Opah pulak.

"Nak buat apa Opah suruh ke tak nak ni ha?"

"Yelah..Baik opah..Baik..Adam buat."

•••

"Yo Daim!!Gua rindu sama lu ah bro."ujar Afieq lalu memukul bahu Daim.Daim hanya tertawa sambil mengangguk.

"Sama ah..Aku pun rindu kau jugak.Siaa apa khabar dak² 4Adil?Sihat tak diorang?"

"Sihat walafiat je aku nengok.Oh ya,ada pelajar baru.Dak  KL."

"Wuu~Dak keyel sia."

"Keyel memang keyel.Poyo nak mampus dak uh."Afieq menjeling sambil memeluk tubuh.

"Duh,poyo eh?Alah kalau dak uh dah masuk kawasan kita..dia mesti kena ikut cakap kita punya.Tak de nak keyel² nye."Seloroh Daim.

Afieq mengangguk mengiakan kata Daim.

"Jom ah.Masuk kelas."

•••

Adam memerhatikan gelagat pelajar kelas barunya itu.Mereka berborak dengan gembiranya.Adam berasa sedikit terasing,kerana tiada pelajar mahu menegurnya.Dia berasa agak bosan dan kesunyian.

"Hey,sorang je?"Adam mendonggakkan kepalanya.Bella tersenyum lalu mengambil tempat disebelahnya.Juliana yang mengekori Bella dari belakang melambai kearah Adam.

"Aku Juliana.Panggil Ju."Juliana memperkenalkan dirinya.

Adam mengangguk."Ju."

"Duh,kau yang haritu datang rumah aku en?Maksud aku opah aku."

Bella mengangguk sambil tertawa kecil.

"Aha.Saya lah tu."

"BIla doo kau pergi rumah opah?"soal Juliana.Bella hanya  mengukirkan senyuman.

"Duh.Petai."ujar Adam.

Bella mengerutkan keningnya.

"Kenapa dengan petai?"

"Takda apalah."

 

Daim dan Afieq yang baharu sahaja melangkah masuk kedalam kelas 4 Adil berpandangan sesama sendiri.

"Butuh.Asal dia kawan dengan Bella ngan Ju?Kau kata dia bukan type eco-friendly?"soal Daim

Afieq hanya mengeleng.

•••

Ali menyepak bola masuk kedalam gol.Pelajar lain bersorak untuknya.

"Caya ah Ali.Kau memang hero ah."ujar Aidil sambil menepuk bahu Ali.Ali hanya tersenyum.

"Ceh biasa.Ni Aliyusri ah."ujar Ali sambil menepuk dada.

Mereka sambung bermain bola.Kelab Bola Sepak Sekolah memang antara kelab yang aktif.Kebanyakan pelajar lelaki adalah ahli kelab bola sepak.Ya.

Adam memerhatikan mereka bermain bola sepak.Dia teringat akan kenangannya bersama rakannya.Bermain bola sepak..Hmm

"Wey budak bandar,kau asal terjenguk²?Nak join ke?"soal Jamal sambil membawa beberapa biji bola.Adam memandang Jamal.Lalu dia mengangguk laju.

"Nak.nak..nak"

"Jom follow aku.Nah pegang"Jamal memberi bola tersebut kepada Adam lalu berlari kearah padang.Adam segera mengikut  langkahnya.

"Geng,budak ni nak join kita."ujar Jamal.

"Join ah.The more the merrier."

Adam mengangguk sambil tersenyum.

Mereka pun bermain bola hinggalah hari mahu senja.Setelah penat bermain,mereka bersalaman lalu meminta diri untuk pulang ke rumah masing².

"Amacam?Sonok tak main bola ngan kitorang?"soal Aidil sambil merangkul bahu Adam.Adam mengangguk.

"Not bad.Aku have fun."ujar Adam.Ya,dia terasa gembira kerana dapat bermain bola.

"Kau terer ek main bola.Macam CR versi Malaysia aku tengok."puji Jamal sambil membuat thumbs up.

Adam tertawa.

"Thanks.Tak ada orang pernah puji aku macam tu."

"Duh.Aku bukan puji.Memang kau main terer la..Jom ah.Kita jalan balik sesama."

"Aku no hal."

•••

Adam merenung ke luar tingkap.Sejak dia tinggal sini,satu pun rakannya tidak ada menghubunginya.Even,abg dia and parents dia pun tak da call.

"Budak sini takdelah sombong mana.."bisiknya sendiri.Sekali matanya tertangkap akan tiga orang lelaki yang sedang menuju kearah rumah opahnya itu.Salah seorang daripada mereka terperasan Adam yang sedang memerhatikan mereka.

"Yoss Adam!"teriak Jamal.Ali dan seorang lagi yang tidak dikenali melambai kearahnya.

"Wui korang.Buat apa kat sini?"soal Adam sambil menjengahkan kepalanya keluar tingkap kayu itu.

"Kitorang nak ajak kau solat kat masjid."terang Ali.Lelaki berbaju melayu hitam itu mengangguk.

"Aah.Kau nak ikut tak?"

Adam melihat jam dinding sekilas.Hampir masuk waktu solat maghrib.

"Erm..Aku nak ikut!"

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Hoboyobo
#1
This was really good!