Chapter 3
Fated To Be With You
Ketika dia ingin mengangkat kakinya keluar dari situ, tiba-tiba dia mendengar pintu pagar dibuka. Dia menoleh ke hadapan dan melihat seorang perempuan yang sebaya dengan eommanya. Perempuan itu memandang tepat ke arahnya,“Nak jumpa siapa ye?” Yi Kyung terus berjalan ke arah perempuan itu.
“Maafkan saya. Saya Yi Kyung...” Yi Kyung menunduk sebagai tanda hormat. “Saya datang ni...nak jumpa... Baekhyun. Saya kawan sekelas dia. Saya nak melawat dia...sebab kawannya cakap yang dia tak sihat.” Jawab Yi Kyung dengan suara yang bergetar-getar. “Oh, nilah Yi Kyung yang Baekhyun selalu ceritakan tu. Masuklah. Nanti eomma panggil Baekhyun ye..” jawab perempuan itu dengan lembut.
Huh? Baekhyun selalu cerita pasal aku kat eomma dia? Biar jelah..Setelah dia menjejakkan kakinya kedalam rumah itu, dia melihat potret keluarga Baekhyun tertampal di dinding rumah itu. Foto yang paling menarik perhatiannya ialah foto yang menunjukkan Baekhyun sedang memeluk seorang lelaki. “Ni mesti ayah Baekhyun. Patutlah Baekhyun tu comel, muka ayahnya dulu lebih kurang je. Kyeopta!.” Dia tergelak kecil.
“Yi Kyung aaa..Duduklah dulu. Eomma buatkan air ye...”Yi Kyung menarik kerusi itu lalu duduk. “Eomma,pak cik Byun mesti rapat kan dengan Baekhyun? Mukanya nampak ceria je bila dengan appa dia.” Dia melihat eomma Baekhyun termenung sendirian seolah-olah sedang memikirkan kata-katanya tadi.
“Eomma?” tanya Yi Kyung kehairanan. “Sebenarnya sudah 2 tahun pak cik Byun......tinggalkan kami. Waktu tu hari lahir Baekhyun yang ke-16, appa dia tinggalkan kami semata-mata......ingin berkahwin.....dengan perempuan lain. Jawab eomma Baekhyun sambil menangis teresak-esak. “Huh, mianhei eomma..Yi Kyung tak berniat nak buat eomma sedih..mianhei eomma.” Yi Kyung memeluk eomma Baekhyun sambil menangis. Air mata mereka gugur bersama-sama. Yi Kyung berasa bersalah kerana dia, eomma Baekhyun teringatkan kenangan yang sepatutnya tidak perlu diingatkan.
“Takpe Yi Kyung, eomma dah biasa dah. Cuma eomma sedih teringatkan perubahan perangai Baekhyun sekarang. Sejak tu Baekhyun mula jadi pendiam dan suka menyendiri.” Yi Kyung memandang eomma Baekhyun sambil mengingat sesuatu.
Flashback
Harini hari lahir Baekhyun kan? Tanya cikgu Jihyo.
“Haah..cikgu!!” Semua classmatenya menjawab dengan ceria.
Maklumlah Baekhyun ni antara ahli Exo yang popular dengan kecomelan dan kepandaiannya.”Ok semua mari kita nyanyikan lagu hari lahir untuknya.” Sangeil cukka hamnida...sangeil cukka ham.. Belum sempat classmatenya menyanyikan lagu untuknya, Baekhyun bangun dari tempat duduknya dan terus keluar dari kelas dengan muka yang sedih lalu menghempas pintu dengan kuat.
Semua memandang kearah pintu dengan reaksi yang terkejut. Sejak dari peristiwa itu, tiada sesiapa yang akan menghiraukannya apabila hari lahirnya tiba. Kad atau hadiah pun hanya diberi selepas hari lahirnya.
End Flasback
Patutlah dia bertindak begitu setiap kali hari lahirnya. Tiba-tiba bunyi tapak kaki menuruni tangga. Kami berdua memandang ke atas melihat Baekhyun turun sambil menggosok-gosok matanya. Dia memakai baju pyjama berwarna putih. Mukanya kelihatan pucat dan bibirnya kelihatan kering. “Baekhyun aaa, marilah duduk. Eomma dah siapkan makanan ni. Yi Kyung pun ada. Dia datang nak melawat kamu.” Kata eommanya sambil mengelap air matanya, bimbang Baekhyun risau melihatnya menangis.
“Huh? Yi Kyung?” tanya Baekhyun kehairanan. Baekhyun, marilah duduk. Awak tak sihat lagi ni. Muka awak masih pucat. Kata Yi Kyung sambil meletakkan tangannya pada dahi Baekhyun. “Ehh, kenapa dengan awak ni?” Baekhyun menepis tangan Yi Kyung dengan perlahan. Mukanya mula kelihatan merah. Mungkin dia malu kerana ini pertama kali Yi Kyung bertindak sebegitu.
“Maaf..” jawab Yi Kyung dengan lembut. Baekhyun menarik kerusi lalu duduk. Yi Kyung mengambil sedikit sayur lalu meletakkannya kedalam pinggan Baekhyun. Baekhyun memandang Yi Kyung dengan muka yang pelik. “Yi Kyung, Baekhyun sebenarnya tak suka timun.” Jawab Puan Byun. “Ohh ye ke? Sori..takpe-takpe..awak makan sayur yang lain, saya makan timun tu sebab saya suka makan timun. Yi Kyung mengeluarkan timun dari sayur tadi lalu meletakkannya ke dalam pinggannya.
“Makanlah..”Puan Byun duduk di sebelah Yi Kyung. Yi Kyung menghulurkan pinggan kepadanya. “Gomawo, Yi Kyung aaa...” jawab Puan Byun. “Nae, eomma.” Betul kata Baekhyun, Yi Kyung ni bukan sahaja cantik malah baik orangnya. Kata Puan Byun sambil memandang kearah Baekhyun.
“Uhukk! Uhukk! Uhukk!” Baekhyun tersedak mungkin tercekik makanan atau tercekik kata-kata eommanya tadi. “Baekhyun awak okay ke? Gwaenchana?” Yi Kyung bangun lalu menggosok-gosok belakang badan Baekhyun. Saya okay. Cuma tersedak sikit je. Eomma saya naik atas dulu. Saya rasa pening lagi la.” “Oklah kalau macam tu. Nanti eomma bawakan makanan ke bilik. Jawab Puan Byun. Baekhyun mengangguk tanda setuju lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.
“Yi Kyung..lepas makan nanti, tolong bawakan makanan ni ke bilik Baekhyun ye. “Huh? Ermm...arasseo, eommaa..” Yi Kyung sedikit terkejut namun dia tetap bersetuju kerana dia berasa bersalah disebabkan peristiwa di bilik sakit kelmarin.
P/S: Maafkan saya jika story saya kurang menyengat sebab ni first time saya buat fanfic in malay...Mianhei..And thanks for subscribe and upvote my story!! I truly appreciate it!! Kamsa hamnida!! *bow*
Comments