Chapter 2
Fated To Be With You
Setelah sampai ke rumah, dia membuka pintu rumahnya lalu menutup pintu dengan perlahan. Dia meneruskan langkahnya dengan menaiki tangga untuk ke biliknya di tingkat atas. Sewaktu dia ingin membuka pintu biliknya, abangnya menerjahnya dari belakang. “Yaaa!!! Yi Kyung aaa!!! Kenapa balik lambat? “
“Ermm...tadi kaki Yi Kyung terseliuh..so, Yi Kyung terpaksa berehat di bilik sakit. Oppa...” Yi Kyung memegang erat tangan abangnya dan memandang tepat ke arah abangnya.. “Janji dengan Yi Kyung yang abang takkan beritahu eomma pasal ni. Nanti eomma risau. Lagipun terseliuh sikit je ni.” rayu Yi Kyung sambil menggoncang-goncangkan tangan abangnya.
“Yelah.Oppa takkan bagitahu. Dah, pergi masuk bilik. Mandi dan lepas tu berehat. Nanti oppa hantar makanan ke bilik Yi Kyung." kata abangnya sambil menggosok-gosok kepala Yi Kyung. “Gomawo..oppa..sayang oppa...” kata Yi Kyung sambil memuncungkan mulutnya.
*******
Seperti biasa Yi Kyung akan turun ke dapur untuk menolong eommanya memasak sarapan pagi. “Yi Kyung, harini jangan tinggalkan bekal tu lagi. Penat eomma masak tau.” “Nae..Mianhei...Yi Kyung selalu lupa...” kata Yi Kyung sambil memeluk eommanya dari belakang. “Eomma lupa nak beritahu, harini Yi Kyung balik lambat sikit sebab ada study group..” “Ermm..ok..Jangan balik lambat sangat tau. Kesian eomma duduk sorang kat rumah ni.”
“Huh? Appa kan ada.. Oppa pun ada..kenapa eomma kena duduk sorang pulak?” tanya Yi Kyung. “Yelah harini..appa kamu outstation..oppa kamu pulak ada kerja dengan klien baru. Sebab itulah eomma nak kahwinkan kamu dengan anak kawan appa kamu. Tapi kamu ni degil, taknak jugak. Kalau kamu kahwin adelah jugak cucu-cucu eomma temankan eomma kat rumah ni.” Jawab eommanya dengan muka yang sugul.
“Alaaa...janganlah sedih..Yi Kyung janji akan balik selepas je study group tu.Yi Kyung takkan melencong ke tempat lain. Oklah eomma Yi Kyung pergi dulu.” Jawab Yi Kyung. Dia mengendahkan kata-kata eommanya mengenai perkahwinan. Dia tidak mahu bergaduh dengan eommanya disebabkan hal itu..”Jangan lupa bekal tu” kata eommanya sambil melihat ke arah anaknya.”Nae,,eomma..Gomawo” Yi Kyung mencium pipi eommanya lalu menuju ke arah pintu rumahnya.
*******
Di Exodus Art School....
Yi Kyung menuju ke lockernya sebelum masuk ke kelas. Dia masih memikirkan mengenai kata-kata eommanya tadi. Apa yang aku perlu buat supaya eomma batalkan perkahwinan itu?
Setelah dia mengambil buku dari lockernya, tiba-tiba ada seseorang merempuhnya dengan kuat sehingga menyebabkan dia terjatuh ke lantai. “Ingat..kau pompuan..jangan nak ngade kacau my Baekk! Dia aku punya!” Dia terkejut dengan kata-kata tadi sehingga tidak sempat menoleh untuk melihat siapa yang melanggarnya tadi.
Mane ada aku kacau. Baekhyun yang kacau aku adelah. Desis hati kecil Yi Kyung. Dia tidak berpuas hati atas sikap perempuan yang melanggarnya tadi. Dia menuju ke kelas dengan wajah yang sugul. Dia duduk di tempat duduknya dan meletakkan bukunya di atas meja. “Yi Kyung...lepas Baekhyun temankan awak semalam, dia ada beritahu awak tak dia pergi mana-mana?” tanya Chanyeol dengan muka yang serious.
Yi Kyung berfikir sejenak sebelum menjawab soalan Chanyeol tadi. “Seingat saya dia tak bagitahu pun dia pergi mana. Waeyo?” tanya Yi Kyung. “Ermm..semalam saya ada call Baekhyun tapi dia tak angkat pun,lepas tu pagi tadi saya pergi ke rumah dia, dan eommanya cakap yang dia demam. Sebab tu saya tanya awak dia ada pergi mana tak, sebabnya dah lama Baekhyun tak macam tu, last dia macam tu pun waktu...ermm..takde ape-ape lah..kalau awak tak tahu takpelah.”
Okay, class.. Bangun semua!!! Selamat pagi Cikgu Gary!! Suho selaku ketua kelas amatlah bertanggunggjawab, lebih-lebih lagi melibatkan disiplin. Maklumlah appanya guru disiplin di sekolah itu. “Okay..sila duduk. Harini saya akan mengajar tajuk baru.” Yi Kyung masih memikirkan mengenai Baekhyun. Dia berasa risau. Salah aku ke mengaku yang aku appa dia waktu di bilik sakit haritu. Tapi takkanlah disebabkan itu je.
Setelah selesai waktu persekolahan, dia pergi berjumpa dengan Chanyeol, salah seorang kawan rapat Baekhyun. “Chanyeol aa...awak tahu tak Baekhyun tinggal kat mana?” tanya Yi Kyung. “Huh? Baekhyun? Kenapa awak ....?” “Janganlah banyak tanya, awak tahu tak. Kalau boleh saya nak alamat dia. Tapi janji jangan bagitahu sesiapa pasal ni.” rayu Yi Kyung. “Ok..no problem..nah” Chanyeol memberi sekeping kertas yang menunjukkan alamat rumah Baekhyun kepada Yi Kyung. “Gomawo..Chanyeol aa..”
*******
Yi Kyung berdiri di hadapan sebuah rumah yang agak mewah sambil memegang kertas yang bertuliskan alamat rumah Baekhyun. “Ermm..kalau tak silap ni lah rumahnya. Jumpa pun” Dengan perasaan gementar dia menekan loceng rumah itu.
~Ding....Dong....Ding....Dong~
Setelah dia menekan loceng itu berkali-kali, namun masih tiada tanda-tanda rumah itu berpenghuni. Dengan perasaan sedih, dia menoleh ke belakang dan berjalan keluar dari kawasan rumah itu.
Comments