Secret?

Last Christmas

Random P.O.V

 


 

Sedang aku menunggu Baekhyun di hadapan pintu pagar sekolah, aku mula teringat saat pertemuan aku semasa kecil bersama Baekhyun.

(FLASHBACK 10 YEARS A GO)

Ketika aku dalam perjalanan pulang dari sekolah, tiba-tiba aku terdengar suara seorang budak kecil sedang menjerit kesakitan, aku terus berlari ke arah suara tersebut, dan aku lihat seorang budak lelaki sedang di pukul  oleh 4 orang budak lelaki, aku terus mengambil  batu yang berdekatan dengan tempat aku berdiri, lalu aku baling ke arah mereka.

"Woi! jangan kacau dia!"

Jeritku setelah aku membaling batu ke salah seorang daripada mereka, budak-budak itu terus menolehkan kepala merka ke arah aku, dan terus berjalan ke arahku, aku hanya tersenyum sinis, lalu 'mengajar' mereka dengan ilmu Taekwando yang aku pelajari, lalu budak-budak itu menangis dan melarikan diri, aku hanya tersenyum sinis,lalu pandanganku beralih ke arah budak yang di pukul tadi.

"Kenapa kau lembik sangat? kenapa kau tak lawan budak-budak tu balik?"

Soalku sambil duduk mencangkung di sebelahnya, budak itu mengangkat mukanya dan jelas nampak ada sisa air mata di pipi gebunya itu.

"Aku bukan lembik la! Aku tak nak lawan diorang..sebab aku malas nak tunjuk 'Skill'."

Aku hanya memutarkan mataku.

"Berlagak.."

Kataku sambil menunjal kepalanya, Baekhyun hanya menggosok kepalanya,lalu bibirnya di cebikkan tanda tahan menangis.

"Nak nangis la tu.."

Kataku perli.

"Mana ada! Hanna..jom balik."

Katanya sambil berdiri dan menarik tanganku, Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

(END IF FLASHBACK)

"Anyeong."

Sapa Baekhyun sambil melambaikan tangannya ke arah aku,membuatkan aku tersedar dari lamunanku.

"Eh! Baekhyun? bila masa kau ada kat sini?"

Soalku sambil mataku di bulatkan, Baekhyun hanya ketawa kecil,menggelenkan kepalanya.

" Hahahaha! Kau ni,tu lah! kuat berangan sangat! kan dah tak sedar aku ada kat sini dari tadi lagi.."

Jawab Baekhyun sambil ketawa terbahak-bahak, lalu menarik tanganku.

"Jom balik! nanti balik lambat, abang kau risau pulak.."

Kata Baekhyun sambil tersenyum manis, aku hanya sekadar mengangguk.

 


 

 Setelah beberapa minit kami berjalan, Kami hanya mendiamkan diri,aku mula di landa kebosanan, lalu aku mula menegurnya.

"Wei! Kau rasa seronok tak? kalau kena denda 5 kali dalam masa sebulan."

Soalku dengan memerli, Baekhyun hanya memutarkan matanya.

"Seronok sangat~ macam duduk dalam 'Jail'!"

Jawabnya perli, lalu mengalihkan pandangannya ke arahku, Tiba-tiba air hujan mula turun dengan lebatnya, Aku membulatkan mata sambil melihat.

"Aik! Takde petir! takde Ribut! tiba-tiba Hujan lebat macam ni!"

Kataku sambil mulutku terngangah, kerana terkejut, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang menutupi kepalaku, dan aku lihat Baekhyun meletakkan Blazernya di atas kepalaku,dan terus berjalan mendahului ku.

"Baekhyun!"

Panggilku sambil mengejarnya, Baekhyun terus menolehkan kepalanya ke arahku.

"Boleh aku tanya satu soalan?"

Soalku sambil menarik hujung bajunya.

"Kenapa...Kau bodoh sangat?"

Soalku tanpa segan silu.

"Kenapa kau cakap aku bodoh.."

Kata Baekhyun hampir menangis.

"Memang kau bodoh pon! kau letak blazer kau untuk lindungi aku daripada terkena Hujan! tapi..kau sendiri yang basah kau tak kisah pulak!"

Kataku marah, Baekhyun pula menundukkan kepalanya, dan berjalan meninggalkanku.

"Dah besar pon kuat merajuk lagi."

Kataku perlahan, lalu berjalan ke hadapan, tiba-tiba aku terdengar bunyi enjen kereta berhampiran denganku. dan...

"Hanna hati-hati!!"

"BASSSSHHH!!"

Perlahan-lahan aku membuka mataku, dan aku lihat Baekhyun berdiri di tepi ku, untuk menghalang air lopak terkena pada tubuhku, Baekhyun menolehkan kepalanya ke arahku sambil tersenyum, dan senyumannya mati apabila melihat bajuku telah basah sedikit.

"Alamak! baju kau dah basah kuyup dah ni! macam mana aku nak buat ni! eottokhae?!!"

Katanya cemas camas,lalu mengibas-ngbas bajuku agar kering,aku hanya melihatnya tanpa reaksi, lalu mengetuk kepalanya.

"Adoi! kau ni dah kenapa?!"

Soalnya marah,aku hanya mengangkat.

"Kau risau, kalau aku basah kuyup macam ni? tapi...kau tak risau pulak bila kau dah macam basah macam orang kena siram macam ni?!"

Jawabku marah, sambil melihat ke arahnya.

"Ala..kau ni, kau kan perempuan..So...aku sebagai lelaki kacak,hansem dan bergaya ni..kenalah protect kau, lagipun..aku punya antibody ni kuat tau.."

Kata Baekhyun dengan megahnya, aku hanya menjulingkan mataku ke atas.

"Eleh..kuat la sangat, aku tengok kau kuat merajuk adalah.."

Kataku sambil menjelirkan lidah ke arahnya, Baekhyun hanya tersenyum.

"Ele..Hanna...kuat-kuat merajuk pun..aku ni..ramai peminat..lagipun aku ni..A..ach..achummm!!!"

Baekhyun bersin tanpa menghabiskan kata-katanya aku hanya ketawa kecil sambil menggeleng.

"Hahaha kata..antibody kau kuat sangat.. habis tu? yang bersin tu..kenapa?"

Soalku memerli,Baekhyun mengangkat mukanya dan melihat aku.

"Ala..semua orang kat dalam dunia ni pernah bersin,kalau tak pernah bersin tu..maksudnya bukan manusia la tu.."

Jawabnya tidak mahu mengalah.

"Yelah-yelah! ade je benda nak jawab! Jom kita duduk jat sana! ada tempat berteduh.."

Ajakku sambil menarik tangan Baekhyun menuju ke arah pokok yang terletak di taman.


 

Setelah beberapa minit kami mendiamkan diri, kami berdua mula bosan,  hujan pula semakin lebat,Baekhyun menolehkan  kepalanya ke arah aku.

"Hanna?"

Soalnya sambil melihatku, aku terus menolehkan kepalaku ke arahnya.

"Ye.."

Jawabku ringkas, Baekhyun hanya melihat ke arah tanah dan mengeluh berat.

"Hmm..bila kau nak ada Boyfriend?"

Soal Baekhyun sambil mengangkat kening, aku hanya mengerutkan dahi, kerana hairan terhadap soalan tersebut.

"Kenapa..kau tanya soalan macam tu?"

Soalku kepadanya, Baekhyun hanya mendiamkan diri, aku hanya memerhatinya sambil tersenyum.

"Macam mana aku nak ada Boyfriend, kalau semua orang lelaki tak nak dengan aku, aku ni...dahlah garang tak cantik pulak tu.."

Kataku jujur, Baekhyun hanya ketawa kecil setelah mendengar kata-kataku tadi.

"Tapi...kau boleh tahan comel apa."

Mataku bersinar apabila Baekhyun mengatakan aku Comel, lalu aku tersenyum macam kerang busuk.

"Kalau macam tu..kau je lah couple ngan aku!"

"Ehhh!! tak boleh! aku dah ada GF!"

"Haaaa?! Kau dah ada GF tak bagitau ea?"

"Aku bukan tak nak bagitahu, cuma...aku rasa kau dah kenal perempuan tu.."

"Ha?! aku dah kenal?! siapa dia?? budak kelas kita ke?!"

"Tekalah, nam dia mula dari-"

'BTANG!!' 

*bunyi petir*

"Ahhhhhhh!!!"

Jeritku apabila terdengar bunyi, dengan pantas aku memeluk Baekhyun,Kata-kata Baekhyun tadi terhenti, dan Baekhyun yang  sudah biasa dengan sikapku yang penakut dengan petir ini,perlahan dia mengusap belakangku, dan berbisik di telinga.

"Shhh..jangan takut..aku ada kat sini.."

Itulah kata-kata yang dia akan keluarkan untuk menenangkanku, aku hanya meletakkan kepalaku ke dada bidangnya, dan sambil itu aku dapat mendengar degupan jantungnya, aku berasa selesa dengan situasi sebegini, masa seakan-akan terhenti, tiba-tiba aku terdengar degupan jantungnya semakin laju, dan dia mula mengeluh berat dan melepaskan pelukanku.

"Ha-Hanna...aku nak...nak pergi tandas.."

Kata Baekhyun sambil mukanya berkerut-kerut membuatkan aku risau terhadapnya.

'Kenapa dengan dia'

Bisik Hatiku sambil melihat Baekhyun berjalan menuju ke tandas.

(KEESOKAN PAGINYA)

"Bangunlah wahai adikku.."

Kejut Suho kepada adiknya, sambil menarik selimut yang menutupi tubuh adiknya.

"Ala..Oppa..Hanna tak nak bangunlah..Hanna penat.."

Keluh Hanna sambil menutup matanya dengan bantal,Suho hanya menggeleng dan mendapat satu idea.

"Hanna nak bangun ke..tak nak? Kalau Hanna tak nak bangun..nanti..Oppa seret Hanna masuk bilik air, lepas tu..Oppa mandikan..nak?"

Ugut Suho sambil tersenyum nakal, Hanna membulatkan matanya dan terus  berjalan masuk bilik air, kerana takut terhadap ugutan Oppa nya itu, Suho hanya ketawa kecil apabila melihat karenah Hanna sebegitu rupa.

(DI SEKOLAH)

"Anyeong.."

Sapa Baekhyun sambil mengambil tempat di sebelah Hanna, Hanna hanya tersenyum sinis sambil mengangkat kening.

"Awal datang hari ni, selalunya lambat sangat.."

 Soal Hanna dengan nada memerli, Baekhyun hanya tersenyum comel.

"Hari ni aku tak ada hal, sebab tu aku datang cepat.."

Jawab Baekhyun sambil,melihat ke arahku.

"Anyeong!"

Sapa seseorang yang Baekhyun dan Hanna tak berapa nak kenali.

"Anyeonghasaeyo! Na Park Chanyeol imnida."

Chanyeol mengenalkan dirinya sambil tersenyum ke arah Hanna dan Baekhyun, Baekhyum dan Hanna hanya membalas senyuman Chanyeol.

"Nama saya Chanyeol, saya baru masuk sekolah ni..2 hari lepas.."

Kata Chanyeol sambil bibirnya tidak lekang dari senyuman.

"Selamat berkenalan."

Kata Barkhyun dan Hanna serentak.

"Sila beri tunjuk ajar, tentang sekolah ni.."

kata Chanyeol.

"Okey,nanti saya tolong awak.."

Kata Baekhyun dan Hanna serentak, Hanna terus memandang Baekhyun dengan pamdangan yang tajam.

"Jangan ikut cakap aku la!"

Baekhyun membulatkan matanya apabila Hanna berkata sedemikian.

"Aku tak ikut cakap kau pun! kau yang ikut cakap aku!"

"Kau la yang ikut dulu!"

"Kau la!"

"Kau la!"

"Kau la!"

"Kau la!"

"Stooooooooppppppppppp!!!!!"

Baekhyun dan menolehkan kepala mereka ke arah hadapan, di mana terletaknya meja Miss yoon di situ.

"Dah habis gaduh dah? sila berdiri kat luar sekarang!"

Arah Miss Yoon kepada Hanna dan Baekhyun, Hanna dan Barkhyun menjelong sesama sendiri, sebelum berjalan keluar dari kelas.

 


 

"pasal kau la ni, kita kena berdiri kat luar."

Kata Hanna tanpa menolehkan kepalanya ke arah Baekhyun, Baekhyun hanya menjeling Hanna dengan ekor matanya.

"Yelah,semua salah aku, kau je yang betul, semua benda yang kau buat semuanya betul,tak ada yang salah, aku nak cakap dengan kau sesuatu...kau ni..pentingkan diri sendiri, tau nak salahkan orang je,patutlah sampai sekarang tak ada Boyfriend"

Kata-kata Baekhyun membuatkan Hanna tersinggung, lalu Hanna hanya menundukkan kepalanya.

 


 

"Kenapa ni.. Hanna?"

Soal Chanyeol risau, apabila melihat Hanna tidak berkata apa-apa daripada tadi, Baekhyun hanya menggeleng dan terus meletakkan kepalanya di bahu Hanna.

"Hanna-ah..Mianhae~"

Pujuk Baekhyun sambil melihat Hanna,Hanna melihat ke tempat lain,tanda merajuk, Chanyeol hanya tersenyum dan memerhati mereka berdua.

"Nak ni..tak?"

Soal Baekhyun sambil melambaikan lolipop di hadapan muka Hanna,Hanna membulatkan matanya dan ingin mengambil lolipop tersebut, tiba-tiba Baekhyun.

"Cakap 'Aku maafkan kau' ..dulu...baru aku kasi kau lolipop ni.."

Hanna hanya mengeuh sedikit dan tersenyum tawar.

"Aku maafkan kau.."

Kata Hanna perlahan, lalu Barkhyun terus memberikan lolipop itu kepada Hanna.

"Korang ni! sweet la! macam orang couple!"

Kata Chanyeol riang, Hanna membulatkan matanya,mukanya sudah merah padam, Baekhyun yang merasakan reaksi muka Hanna itu comel terus tersenyum nakal.

"Kitorang memang couple pon, betul tak Hanna?"

Kata Baekhyun sambil tersenyum nakal,lalu memberi 'Wink' kepada Hanna muka Hanna makin merah.

"A-aku kena pergi gim sekarang ni, nanti lambat coach marah pulak.."

Kata Hanna menukar topik, lalu berjalan keliar dari kelas dengan tergesa-gesa.

"Hanna comel kan?"

Soal Chanyeol kepada Baekhyun apabila Hanna sudah keluar dari kelas.

"Dia memang comel pun, dia lain dari perempuan yang lain.."

Kata Baekhyun sambil tersenyum tawar, Chanyeol tersenyum nakal, lalu melihat Baekhyun.

"Kau suka dia ea?"

Soal Chanyeol sambil tersenyum nakal, Muka Baekhyun terus berukar menjadi merah.

"A-aku kena pergi gim sekarang ni, nanti lambat coach marah pulak.."

Kata Baekhyun menukar topik, lalu berjalan keliar dari kelas dengan tergesa-gesa, Chanyeol hanya ketawa kecil,apabila melihat sikap Hanna dan Baekhyun yang lebih kurang sama.


 

"Chanyeol! kamu boleh berehat!"

Arah Coach itu kepada Chanyeol.

"Thanks Coach!"

Chanyeol terus berlari ke kerusi panjang yang sedang Baekhyun duduki, dia berasa hairan kerana Baekhyun tidak bersukan, malah Baekhyu hanya memerhatikan orang-orang lain bersukan,Lalu Chanyeol mengerutkan dahi, dan terus mengambil tempat di sebelah baekhyun.

"Nah! Air.."

Kata Baekhyu. sambil menghulurkan air mineral kepada Chanyeol.

"Wei! Apasal kau tak bersukan sekali?"

Soal Chanyeol kepada Baekhyun, Baekhyun hanya tersenyum tawar.

"Kalau aku bagitau hal ni, kau jagan bagitau Hanna tau."

Chanyeol hanya sekadar mengangguk, dan Baekhyun membisikkan sesuatu di telinga Chanyeol

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 3: ahhh so sweet~~baekhyun pabo !~
girly_girl25 #2
Chapter 3: arhg so sweet !!
kaiexona #3
Chapter 3: Authornim kejammm!!!ingat sad endingTT ..rpnye happy end..btw daebak r
hanbinhaera #4
Chapter 3: OMG AUTHOR SAYA NANGIS TAPI SAYA GEMBIRAAAAA XDXD
teen_girl #5
Chapter 3: daebak!!!!!authornim you are the best......
baekk99
#6
Chapter 2: suka gile cite ni..best2..hope ade sequel nnti..please author!!!