Doll & Rose

Broken Angel
Please Subscribe to read the full chapter

-Waktu berputar pada dua belas tahun yang lalu-

 

Mata bundarnya yang bercahaya masih mampu mengingati adegan yang diperhatinya saat seorang wanita yang berusia lingkungan pertengahan tiga puluh an berjalan disebelah ayahnya. Wanita itu memakai gaun bewarna yang ringkas namun tetap elegan. Rambutnya disanggul kemas dengan lilitan jaring bewarna hitam serta dihiasi bunga-bunga bewarna putih susu yang kecil. Wanita itu turut memakai kasut bewarna coklat muda dengan perkataaan Bonia ditepinya.

 

“Mama ada kasut yang tertulis macam tu,” ujarnya dengan mata dijegilkan. Dia mengintai dari tingkat atas. Dia tidak pernah melihat wajah asing tersebut. Siapa wanita tersebut? Mengapa Ayahnya bawa wanita itu bersama? Mengapa mereka kelihatan begitu mesra? Semua soalan itu dia pendam jauh disudut hati. Mahu dia serbu semua soalan tersebut pada Ayahnya.

 

Dia masih memerhati sambil memeluk lutut dengan hujung bibirnya diketap tekun. Dia tidak hiraukan anak kucingnya, Yomi yang mengiau-ngiau memanggil dirinya. Dia tidak kisah jika Yomi akan menarik-narik hujung skirtnya. “Oh,” bibirnya terlopong apabila melihat Ayahnya menarik kerusi untuk wanita tersebut. Dia selalu melihat adegan tersebut dikaca televisyen. Itu tanda permulaan sebuah hubungan yang intim.

 

Wanita itu ibarat akar akan jalan kehidupan aku.

 

Tanpa gadis kecil itu sedar,dia sudah melabuhkan punggung diatas kerusi dimeja makan,bersebelahan Ayahnya yang segak memakai tuxedo bewarna coklat muda yang sama warnanya dengan kasut wanita tersebut. “Yori-ah..,” Ayah memanggil namanya dengan lembut dan mengusap lembut rambutnya. Gadis kecil itu mendongakkan wajah dan melihat kearah mata Ayahnya.

 

“Nama Makcik ini..Jung Jessica…”

 

Yori mengalihkan pandangan matanya kearah wanita yang bernama Jung Jessica. Dia cantik,itu sememangnya betul. “Hello,” Yori terkebil-kebil memerhatinya. Senyuman wanita tersebut lebar sehingga matanya terbentuk seperti daun. Daun hijau yang ada ditaman halaman rumah. “Hello,Yori-ah..Panggil Makcik..Makcik Sica,okay?,” jari telunjuk dan jari ibunya bergabung,membentuk sebuah isyarat yang belum dapat ditafsir gadis kecil tersebut.

 

Dia mengajuk gaya tersebut,membuatkan Jung Jessica ketawa kecil. Ayah yang memerhati turut tersenyum dan mengusap-ngusap kepala Yori dengan mesra. Saat itu,pintu dibuka luas oleh seorang remaja lelaki yang berjaket kulit dan jeans hitam.Keningnya tebal serta wajahnya nampak seperti bengis dan menakutkan.

 

“Oh..Kris,” Jung Jessica berdiri dari tempat duduknya. Yori melihat kearah lelaki yang dipanggil Kris. Mata mereka bertembung untuk beberapa saat sebelum Kris menjeling tajam dan menuju kearah meja makan,dan melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan Jung Jessica berhadapan Yori. Lelaki muda itu menarik nafas panjang dan berlawan tenung dengan Ayah.

 

“Jadi..Encik Xi…Luhan?”

 

“Err…Luhan…Ini anak saya…Kris Wu”

 

“Biar saya betulkan,anak tiri,” ujarnya dengan suara yang kasar acuh tak acuh. Yori mengerling kearah Ayah yang sedang tersenyum kekok. Yori keliru,ini mesyuarat apa? Seperti acara minum teh? Tetapi Yori tidak dapat lihat mana-mana cawan teh koleksi milik Mama. Namun semua cawan Mama disimpan didalam almari disebuah bilik yang kosong. Bilik itu kosong dan sepi,penuh dengan koleksi cawan teh dan teko. Mama,sangat sukakan teh. Bilik itu umpama bilik rahsia.

 

 

Rambut anak patung disikat dengan penuh berhati-hati menggunakan berus kecil bewarna Kristal yang bersih. Anak patung ini adalah anak patung terakhir yang dihadiahi oleh Mama. “Mama..Yori rindu Mama,” Yori memeluk erat anak patung tersebut. Dia merasakan,kasih sayang Mamanya kekal abadi tersemat didalam anak patung tersebut.

 

Tidak lama kemudian,Ayah muncul disebalik daun pintu. Dia memakai pajama bewarna biru muda yang sentiasa dipadankan dengan Mama,Mama punya bewarna jingga. Mama suka warna jingga sangat-sangat. Ayah merapatkan badannya pada Yori dan memeluk lembut bahu gadis kecil itu dan mengucup dahinya yang suam dan nyaman.

 

“Ayah..Siapa Makcik dengan Abang tadi?”

 

Ayah mengangkat badan Yori dan meletakkannya diatas riba. “Yori..Yori bosan tak main anak patung seorang diri?”

 

Yori mengangguk laju. “Ya..Dulu Mama selalu main dengan Yori,” jawab Yori tanpa mengetahui apa disebalik persoalan tersebut. Ayah mengangguk dan bermain-main dengan hujung rambut anak perempuannya. “Nanti..Yori akan ada kawan untuk main bersama”

 

“Betul?,” Yori mengangkat kening.

 

Aku terlalu bendul,aku tak terfikir apa disebalik soalan Ayah,siapa yang bakal menemani aku bermain anak patung.

 

“Yori dah minum susu?”

 

“Dah”

 

“Gosok gigi?”

 

“Dah”

 

“Makan ubat?”

 

“Yep”

 

“Tidur sekarang?”

 

“Okay,” Yori meluru kearah katil dan memanjatnya tanpa memerlukan bantuan Ayahnya lalu mengelumungi badannya dengan selimut yang nyaman dan memejamkan mata. “Ayah..Macam biasa…Jangan tutup pintu kemas-kemas..Yori takut tau”

 

Ayah tersenyum kecil. “Ayah tahu anak ayah…”

 

Ayah keluar dari bilik seusai mengucup pipi dan mengucapkan selamat tinggal,seperti yang selalu dilakukan olehnya. Yori memusingkan badan dan memerhati bahagian atas almari pakaiannya. Dia sentiasa fikir ada bayangan hitam duduk tercongok disitu. Namun dia mengabaikannya kerana setiap kali dia merenung kegelapan pada siling bilik,dia dapat membayangkan bunga-bunga halimunan yang bewarna ibarat buih-buih lautan melayang-layang diudara.

 

Dia merindui Mamanya yang akan mendakapnya sehingga dia lena,seusai menceritakan cerita dongeng yang sangat hebat. Dia rindukan semua itu. Dia bermain-main dengan jari jemarinya dan memeluk anak patung beruang yang gebu dan lembut.

 

 

“Hai Yori,Makcik datang,ingat tak Makcik?,” soal Makcik Sica yang melambai-lambai tangan penuh mesra. Lelaki yang bernama Kris Wu tidak datang hari ini. Yori mampu menarik nafas lega. Walaupun pada tempoh hari,itu adalah kali pertama dia menemui lelaki tersebut,dia sudah punya tanggapan yang teruk dan tidak yakin tanggapan tersebut akan berubah.

 

“Yori-ah,Makcik tahu Yori suka gula-gula kapas,” wanita tersebut menghulurkan sebungkus gula-gula kapas bewarna jingga. Dia mula teringat pada Mama. Mama suka warna jingga. Yori menekan-nekan pipi kirinya dengan jari telunjuk dengan mata bundarnya merenung Makcik Sica. Dia masih was-was dengan kebaikkan wanita tersebut,apatah lagi mereka masih belum mengenali.

 

“Mak…Cik”

 

Makcik Sica kelihatan sedang meneguk sebuah minuman bergelar harapan yang penuh dengan cahaya yang disinari oleh ungkapan yang diberi oleh Yori. “Ya?,” Yori menguis-nguis lantai dengan hujung kasut Ballet Flatnya. “Makcik kawan Ayah ke?”

 

Makcik Sica mengangkat keningnya dan merenung jauh kearah lantai. “..Ya”

 

“Dah lama kawan?”

 

“Lama jugak”

 

“Kenal Mama Yori?”

 

“Tak sempat kenal”

 

“Mama Yori dah..Terbang ke syurga dengan Mama Yomi dua tahun lepas..”

 

Makcik Sica mendiamkan diri dan mengusap lembut dahi Yori. “Yori masih ingat muka Mama Yori”

 

“Yori mesti anak yang bijak..Punya memori yang kuat…,” senyumannya kian pudar. Seperti ada sesuatu. “Kalaulah..Dia ingat..,” suaranya begitu perlahan,Yori tidak mampu menangkapnya dengan lebih jelas.


“Apa dia Makcik Sica?”

 

“Tak ada apa-apa”

 

Saat itu aku belum tahu apa yang dia bisikkan. Kini,sewaktu aku meningkat dewasa,aku sedar.

 

“Yori..Makan gula-gula kapas ini,okay? Meh sini Makcik bukakan pembungkusnya,”Makcik Sica membuka ikatan pada hujung pembungkus dan menghulurkan awan yang manis tersebut kepada Yori yang memerhatinya dengan wajah yang penuh berminat. Makcik Sica dengan penuh berhati-hati dan prihatin menyuap gula-gula kapas tersebut kedalam mulut Yori. Yori fikir,kebaikkannya itu bukan sebuah penipuan kerana,Ayah tiada disitu,Makcik pembantu rumah pun tiada. Hanya mereka berdua,kebaikkannya tidak mahu ditonjolkan kepada sesiapa.

 

Hanya Yori,Tuhan dan Mama yang dapat tahu,Makcik Sica melayan Yori dengan baik dan prihatin. Mungkin dia sememangnya kawan Ayah yang baik.

 

 

Tiga minggu Makcik Sica selalu melawat Yori dan mengajar Yori membaca dan menulis dengan penuh sabar,jika Yori bersikap malas dan suka merengek,Makcik Sica akan memarahi Yori. Namun Yori tidak berdendam,kerana dia tahu,dia yang salah. Hukumannya tapak tangan Yori terkena penangan pembaris milik Makcik Sica,kalau Yori jadi pelajar yang baik dan dengar kata,gula-gula strawberi dihadiahkan kepadanya.

 

Oleh kerana Yori mula pandai membaca dan menulis,Yori mula menulis diari. Kebanyakkan cerita yang ditulis mengenai apa yang terjadi padanya pelik dan pasti membuat si pembaca terjongket kening. Kerana cara penyampaiannya agak unik,mungkin kerana dia masih kecil. Dan oleh kerana dia mulai mengenal huruf,dia mula perasan akan dua keping kertas yang begitu menarik perhatiannya. Tiket penerbangan ke Paris pada tiga bulan lepas,Ayah punya dan Makcik Sica.

 

Yori menemuinya diatas meja kerja Ayah. Yori berlari masuk ke dalam bilik dengan dadanya berdegup kencang. Dia tahu dia masih muda dan naif,namun dia pasti ada sesuatu dengan hubungan ‘kawan’ Ayah dan Makcik Sica. “Mungkin,Ayah nak jadikan Makcik Sica pengganti Ibu?,”Yori menggeleng kepala. “Tiada sesiapa dapat gantikan tempat Mama”

 

Saat bibir Yori terlepas menguturkan kata-kata tersebut. Kris Wu,muncul didalam bilik. Dia menolak daun pintu rapat. Dia memakai uniform sekolah sambil menggalas beg gitar yang bewarna kelabu serta langkahnya menuju kearah Yori yang terkebil-kebil dibirai katil. Lelaki itu mengambil tempat duduk disebelah kanak-kanak tersebut dan melepaskan hembusan nafas lalu meletakkan beg gitarnya ditepi katil.

 

“Yori? Hana Yori Dango?,” soalnya dengan sebuah senyuman yang sinis.

 

“…X..Xi Yori,” ujar Yori dengan wajah yang ketakutan terhadap Kris. “Bukan Hana Yori Dango,” terburai tawa Kris Wu sambil menekan perutnya. Tidak lama kemudian lelaki itu diam menyepi. “Aku tahu,” ujarnya sambil menggaru-garu belakang lehernya. Yori mengerutkan kening dan memeluk patung beruang dengan erat. “Hei..Biar aku beritahu terang-terang..Aku tak reti nak bercakap berlapik bagai dengan budak kecik ni,” ujarnya sebelum berdehem.

 

“Kita..Akan jadi adik beradik tiri”

 

“Apa tu?”

 

“Sebuah hubungan yang bodoh,memeritkan dan akan buat kau menyesal”

 

“Nampaknya..Itu bukan hubungan yang bagus,kan?”

 

“Ya,nampaknya kau bijak..Jadi aku tak perlu terangkannya panjang lebar pada kau,jadi..Boleh aku pergi sekarang??,” saat Kris mahu beredar pergi,Yori mengaut lengan Kris yang saiznya lebih besar dari milik Yori. “Jadi..Saya..Kena panggil…Abang..Abang Kris?”

 

Kris memalingkan wajahnya kebelakang dengan wajah yang terkedu memandang kearah Yori kemudian merenung lengannya yang dipaut oleh kedua belah tangan Yori yang kecil. “Abang Kris?,” Kris menjongketkan kening. “Abang Kris..Saya tak nak kita jadi adik beradik tiri”

 

“Maksud kau?”

 

“..Bukankah ini bermakna..Mama Abang Kris akan jadi Mama Yori?”

 

“Budak ni Alien keapa pandai sangat…,” Kris menyoal dirinya sendiri dan mengangguk. “Yori jumpa tiket kapal terbang Makcik Sica dengan Ayah ke Paris untuk tiga bulan lepas”

 

Kris terkaku dan mendiamkan diri sekali lagi sebelum dia beredar keluar dari bilik dengan begitu sahaja. Yori pasti,Kris tidak suka Ayah jadi pengganti Ayahnya.

 

 

Kawan. Kawan mula menjadi teman hidup Ayah. Yori asyik mengulangi kata-kata tersebut sambil merenung lama Alter. Yori sudah pun berusia lima tahun. Yori mengenali Makcik Sica dimusim sejuk,sehingga ke pangkal hati Yori terkena penangan dingin musim sejuk itu. Dia merenung lama Ayah dan Makcik Sica yang sedang saling menyarungi cincin pada jari.

 

Makcik Sica kelihatan menawan dengan gaun kembangnya yang bewarna putih suci dengan rekaan yang sangat menarik perhatian si pemandang. Namun bukan si pemandang yang bernama Kris Wu. Dia sibuk dengan telefon pintarnya sambil mengunyah gula-gula getah. Yori disebelah terkebil-kebil memerhati lelaki tersebut. Dia macam nampak tak endah namun ada sesuatu yang berkaca dalam dirinya.

 

“Abang Kris..”

 

Kris mengerling kearah Yori. “Apa?”

 

“Abang Kris..Sedih sebab dapat Ayah tiri ke?”

 

Kris ketawa terbahak-bahak,tetamu disekeliling memerhati dengan kehairanan. Mungkin dia hairan dengan anak-anak si pengantin. Hairan dengan umur anak-anak si pengantin. Hairan dengan segalanya. Apabila Ayah dan Makcik Sica berkucup diatas Alter,Kris menekup mata Yori dengan tapak tangannya. Yori pula menutup mata Kris dengan tangan kecilnya.

 

“Hei”

 

“Hihi,”Yori ketawa kecil. Kris turut gelak bersama…Dan dengan perlahan dia berkata sendiri “Terima kasih”

 

 

Dua belas tahun berlalu. Tiupan angin yang menyerpa wajah dibiarkan begitu sahaja. Rambutnya kini kian panjang dan diwarnakan dengan coklat gelap. Ketinggian badannya turut meningkat,figura badannya berubah serta… Hari makin hari,dia menjadi semakin curiga pada Makcik Sica. Dia tidak mampu merenung lama wajah wanita itu,menyebabkan dia keluar dari rumah mewah tersebut. Tinggal disekolah berasrama swasta,mempunyai rakan yang ramai dan juga cemerlang dalam gred pelajarannya. Disayangi guru dan rakan sekelas. Itu semua sudah cukup bagus.

 

Kris. Abang Kris,kali terakhir dia melihat lelaki tersebut sewaktu dia berusia sembilan tahun. Lelaki itu jarang sekali berada dirumah,lepak dirumah rakannya atau dimana-mana sahaja,yang Yori tidak tahu. Bagaimana keadaan lelaki tersebut sekarang? Yori menarik nafas panjang. Sewaktu dia masih kecil dan Kris yang memakai jaket kulit dengan wajahnya yang garang,lelaki itu suka menceritakan cerita dongeng kepadanya,seperti Mama,tetapi dalam versi sedih dan sadis. Katanya,kita harus menerima kenyataan hidup.

 

Realitinya,Yori tidak mahu menerima kenyataan Makcik Sica menjadi pengganti Mama,Ayah berkahwin dengan Makcik Sica. Walaupun wanita itu ramah dan baik terhadap dirinya,dia tetap bersikap acuh tidak acuh. Dia tidak mampu berjalan diatas air. Dia tidak mampu namun dia tetap mahu melakukannya. Dan akhirnya,dia akan lemas sendiri. Dia sedar dan tahu,oleh itu dia mahu pergi. Dan dia pergi.

 

“Flower for the princess who resemble a flower”

 

Sejambak bunga mawar bewarna merah yang dibalut dengan kertas plastik bewarna seperti buih-buih dilautan menghiasi pandangan. Dia mengalihkan wajah melihat siapakah pemilik suara dan bunga ini.

 

“Kai?”

 

“Hai,nah bunga,” lelaki tersebut tersenyum lebar,tangannya masih menghulurkan bunga tersebut. Yori menyilangkan tangannya dan menarik nafas panjang. Kai. Lelaki ini kawan,namun tindak tanduknya seperti..Mahu menjadi seperti Makcik Sica.  Kawan kepada…

 

“Kenapa murang aja? Kau okay?,” soal lelaki tersebut sambil menyelak rambut yang melitupi wajah Yori ke pesisir wajah dan menilik raut gadis itu dengan ramah. “Kau..Gaduh dengan Mak tiri kau? Atau..Ayah kau?,” dia menjongketkan kening. Yori mendongak wajah dan merenung lama rupa lelaki tersebut. “..Tak”

 

“Kau selalu cakap macam tu….Aku tahu sangat kau ni”

 

“Ayah tahu anak Ayah”

 

“Ayah tahu anak Ayah”

 

….

 

“Tepilah!,” Yori menepis bahu Kai dan berjalan selangkah lebih maju kehadapan meninggalkan Kai yang terkejut dengan tindakkan Yori yang begitu tiba-tiba. “Yori-ah!,” lelaki itu melaung memanggil nama gadis tersebut,namun Yori tidak mengendahkannya,seolah-olah Kai bukan lelaki yang dikenalinya. Setiap kali Kai melaung namanya,setiap kali itu jua dia mencebik benci.

 

“Yori”

 

“Apa!?”

 

Kai memaut kedua belah Yori dan memegangnya dengan erat dan merenung lama anak mata Yori yang mengucup,yang membuatkan lelaki tersebut hampa. “Yori…,” lelaki tersebut menarik nafas panjang dan mengetap bibirnya. Yori mengkakukan diri. Bunga ditangan Kai ditenung lama. Gadis itu berlalu pergi setelah menghadiahkan lelaki yang tidak bersalah tersebut sebuah jelingan yang tajam.

 

 

Tiada mesej dari Kai. Ataupun panggilan. Kebiasaannya,telefonnya penuh dengan mesej-mesej dari lelaki tersebut. Kini sepi. Yori mula rasa bersalah,kerana kesalahan orang lain,dia menyalahkan orang lain. Ini semua,kerana dirinya. Dirinya yang tidak guna. Dia,terperangkap di waktu silam yang menjerat dirinya. Bukan pintanya dia berfikiran sebegini rupa. Dia menarik nafas panjang,dia berharap Kai menghantar pesanan ringkas kepada dirinya.

 

“Mungkin sebab perangai bodoh aku ni..Semua jauhkan diri aku sebagai kawan..Tetapi..Mereka rapat dengan aku sebagai seorang pelajar..,” bisiknya sendiri. Hanya Kai yang sudi menemaninya sewaktu sendu dan pilu. Tatkala dirinya diulit perasaan benci pada keluarga dan masa silamnya. Dan ada kalanya,dia berharap Kris akan muncul. Namun lelaki itu lama menyepikan diri. Kerana,dia fikir lelaki itu senasib dengannya dan mampu berkongsikan hal yang sama.

 

Rakan sebiliknya pun tidak mahu mengajaknya berborak dan sentiasa senyap-senyap ke bilik sebelah. Baguslah,dia suka bersendirian didalam bilik dan tidur. Dia memang suka tidur kerana dia boleh lesapkan diri ke dunia yang jauh berbeza dari disini. Bunyi mesej masuk mengejutkannya dari lamunan.

 

[Dah tidur? -,-]

Yori mendiamkan diri,Kai. Kai.

[Belum]

[Dah pukul 12 lebih]

Yori tersenyum sendiri. Dia bersyukur Kai tidak menjauhkan diri.

[Kai..Petang tadi..Sorry..Habis plan hancur sebab aku..]

Yori menggigit jarinya.

Dua minit. Kai masih belum menjawabnya.

Dia dah tidur?. Janganlah.

[Tahu pun..Maaf kau diterima]

[Kai..what’s with that rose for the sudden?]

[Bodoh..Esok hari jadi kau..That’s your present,babe]

[Don’t call me babe and..Oh..hari jadi aku esok,kenapa kasi hari ni?]

[Call me baby,babe..Call me baby.Esok aku sibuk,makcik ahli sihir. Kalau aku tak kasi hadiah,kau merajuk dan sepak aku]

[Kenapa kau sibuk esk??]

[Aku kan penari yang dikehendaki. Aku ada buat persembahan dekat majlis perkahwinan]

[Nak ikut]

[Kau tak suka pergi majlis perkahwinan. Kau dah lupa? Ke kau dah nyanyuk,nak aku hantukkan kepala kau?]

 

Betul. Yori tidak suka pergi ke majlis perkahwinan sejak Ayahnya berkahwin dengan Makcik Sica dan dia tidak sudi pergi ke mana-mana majlis perkahwinan. Tetapi,esok hujung minggu dan dia tidak mahu menyambut hari jadi keseorangan atau Ayah dan Makcik Sica datang melawat. Ini peluang melarikan diri.

[Tak,aku nak ikut kau. Jemput aku depan asrama perempuan besok]

[okay..Pukul 7 pagi]

 

Yori terus menyerbu almari pakaian. Baju apa yang sesuai untuk dipakai? Keningnya bertaut kemudian tangannya bersilang. Rambut panjangnya yang melitupi separuh daripada wajahnya diselak kebelakang. Dia membelek satu persatu helaian pakaian yang tergantung didalam almari sambil menggigit hujung bibir dengan wajah yang serius.

 

Untuk seketika,dia mahu membuat Kai terkagum pada esok.

 

[Kai..Kau belum tidur? Dah lewat]

[Aku minum kopi,dua mug. So tak boleh tidur]

[Tapi esok kau kan nak buat persembahan dekat majlis perkahwinan..Nanti tak ada tenaga]

[Sembanglah-sembanglah dengan aku dekat sini]

[hmp~Aku nak tidur~]

 

Kai tersengih membaca mesej gadis tersebut dengan kepalanya tergeleng-geleng. Dia tahu gadis tersebut tidak akan tidur seperti yang dikatakannya. Dan dia tidak minum mana-mana kopi,cuma..Sekadar alasan untuk dia….

 

 

Mereka berdua tiba di majlis perkahwinan yang berkonsepkan taman yang sungguh indah dan memukau,membuatkan Yori terpesona. Kai terburu-buru ke sebuah arah tempat yang tidak dapat dikenal pasti oleh Yori kerana semakin lama lelaki itu pergi,dia hilang dalam lautan manusia. Saat itu,dia mula cemas tanpa alasan. Matanya melilau melihat sekeliling. Nampaknya dia harus menjadi salah satu daripada tetamu yang menjadi saksi akan lafaz perjanjian diantara suami dan isteri. Tidak ubah seperti dua belas tahun yang lalu.

 

“Ah..Apa aku kisah..Aku datang sini nak teman Kai dan larikan diri dari asrama,”bisiknya sendiri sambil menghembuskan nafas dengan berat. Sepanjang pengantin berada di Alter dan penuh tuturan yang panjang lebar,Yori langsung tidak mengerling kearah mereka. Namun ada seorang lelaki yang kerap mengerling kearahnya.

 

Seusai itu,Yori mampu bernafas dengan sempurna,tidak berat atau membebankan bagi dirinya. Dia menyeka peluh didahi dan tetamu mula menepuk tangan tatkala kek yang bertingkat-tingkat dipotong. Saat itu,Kai mula muncul dengan seorang perempuan,mereka berpegangan tangan dengan wajah yang mesra. Yori mengerutkan wajah,dia tidak tahu pula Kai akan berpasangan dengan seorang perempuan. Wajahnya mula suram dan air wajahnya pudar.

 

Dia menggigit hujung bibirnya dan mengalihkan anak matanya kearah pianist yang sedang mengalunkan melodi indah yang sungguh ajaib dan indah dengan jari-jemarinya yang panjang dan memukau. Pianist itu mempunyai rambut hitam yang agak panjang,sehingga paras leher. Wajahnya bengis dan…

 

Kris

 

Kris

 

Abang Kris

 

Yori memerhati setiap geri dan ekspresi wajah daripada lelaki tersebut yang tidak banyak boleh diperolehi dengan matanya. Dia pasti,itu Kris. Dia sungguh pasti. Hatinya kuat mengatakan itu Kris. Ekoran itu,Kai yang sudah selesai menari dan menundukkan badan sebelum menyusulkan diri ke belakang tabir,matanya berpaut pada anak mata Yori yang langsung tidak fokus padanya,tetapi kepada pianist yang sudah lama dikenalinya. Kai menarik nafas panjang.

 

“Kai..Jomlah,” ujar gadis yang menjadi pasangan tarinya untuk melakukan persembahan sebentar tadi. Kai mengangguk dan membuntuti gadis tersebut dari belakang.

 

Yori perlahan-lahan melangkah bangun menuju kearah pianist yang dia pasti itu ialah Kris Wu. Abang Kris yang dikenalinya. Kris yang memakai jaket kulit dengan wajahnya yang bengis. Yang menghilang sewaktu dia mulai menyayangi lelaki tersebut. Saat dia mulai membenci Makcik Sica.

 

Lelaki itu sibuk mencari sesuatu didalam begnya,badannya bertentangan dengan Yori yang sedang teragak-agak untuk menegur lelaki tersebut. Apabila tangannya mula mahu menghampiri bahu lelaki itu untuk menyapanya,Kai muncul lalu membaluti bahu gadis tersebut dengan lengannya.

 

“Yori-ah,jom kita makan~”

 

Kai membawa Yori pergi dari situ. Dia berharap Kris berpaling kebelakang saat namanya dipanggil oleh Kai,namun tidak. Lelaki itu masih sibuk mencari sesuatu didalam begnya. Adakah dia sudah lupakan Yori?. Gadis itu berpaling kebelakang dengan sukar oleh kerana bahu Kai yang berpaut kemas pada dirinya. Dan saat itu,anak matanya mengembang sewaktu Kris sedang memerhatinya dan tidak lama kemudian sebuah senyuman terukir.

 

Senyuman dari Abang Kris.

 

Kai dan Yori menikmati hidangan yang disediakan,baguslah,Yori pun sama dapat makan percuma walhal dia hanya jadi tetamu yang tidak dikehendaki,namun kerana Kai dia turut boleh isi perut dengan senang. “Kau dah lama kerja macam ni?,” soal Yori sambil mengunyah makanan. Kai menjongketkan kening. “Kenapa nada kau tu macam aku ni kerja bapak ayam,” Kai menyua gelas pada mulut dan meneguk air. Yori menjulingkan mata keatas. “Tak adalah…Susahlah bercakap dengan orang macam kau ni” “Habis kau ingat aku kambing? Bbekk”

 

Yori ketawa kecil dengan matanya terpejam,membuatkan jantung Kai berdegup pantas seperti kereta F1. Lelaki itu tersengih dengan anak matanya dijatuhkan kearah pinggan. Namun dia masih hampa kerana Yori tidak terpegum dengan persembahannya seperti tetamu yang lain. “Kai,” Yori dan Kai berpaling kebelakang melihat seorang gadis yang menuju kearah mereka. Wajah Yori mula bertukar ekspresi. Gadis yang menari bersama Kai sebentar tadi.

 

“Boleh saya duduk sini? Semua orang dekat sini saya tak kenal,tak kisahkan..Abang Kai…Dan..”

 

Abang Kai? Yori berhenti menyuap dan mengkakukan diri. Matanya berpaut dengan gadis tersebut. Entah mengapa,adakah kerana mata gadis tersebut terlampau besar sehingga dia menyangka gadis tersebut sedang mencerlung mata kearahnya. “Duduklah Kristina”

 

Kristina. Nama dia hampir sama dengan Abang Kris,buat Yori semakin meluak.

 

“Abang Kai,ini siapa?”

 

“Ini kawan Abang..Panggil aja dia Kak Yori..Tak pun Hana Yori Dango,” Kai gelak,dituruti oleh gadis tersebut. Hana Yori Dango,Kris pernah memanggilnya sebegitu. Dia melihat gadis tersebut menepuk-nepuk lengan Kai dengan mesra dan terlampau kerap.Membuatkan Yori semakin naik angin dan berang. Dia bingkas bangun dari tempat duduk dan berlalu pergi,laungan Kai memanggilnya tidak diendahkan. Sekali lagi dan sekali lagi,dia tidak menghiraukan Kai kerana dirinya yang..Tidak guna..

 

“Sejak bila Yori berubah 180 darjah macam ni?”

 

Yori terdiam dan menghentikan langkahnya. Dia berpaling kesebelah dan melihat seorang lelaki yang wajahnya tidak asing bagi diri Yori. “..A..Abang Kris,”suara Yori pecah. Kris tersenyum senget sambil meleraikan tangannya yang disilang. “Hei..Hana Yori Dango,” ujarnya. Saat itu,Yori teringat pada Kai yang diabaikannya hanya kerana perasaannya yang tidak matang.

 

Kai berlari anak mencari Yori didalam lautan manusia tersebut dan apabila matanya berpaut pada figura Yori,dia tersenyum lebar,walaupun gadis itu berkelakuan sebegitu terhadapnya. Menghukumnya tanpa sebab dan senyumannya kian pudar kerana dia lihat Kris sedang mengusap kepala Yori sebelum meninggalkan gadis tersebut terpinga-pinga dan mengejarnya.

 

Kai menundukkan pandangan dan menghembuskan nafas dengan berat.

 

 

“Yori dari mana?,” soal Ayah dengan wajah yang risau,Makcik Sica turut mempunyai riak wajah yang sama. Semua itu hanya sebuah penipuan,mereka tidak khuatir akan Yori,namun dia khuatir jika Yori lari dari asrama dan menyapu arang pada wajah mereka. Kan?. Makcik Sica merapati diri Yori dan mengusap lembut bahu gadis tersebut. Yori pantas menepisnya. “Jangan ganggu Yori,” ujarnya dengan dingin sebelum bergegas masuk ke pintu utama asrama.

 

“Yori..Pakai gaun,” ujar Ayah sambil memasukkan tangannya ke dalam poket. Makcik Sica mengangguk dan menarik nafas panjang. Manik jernih mulai tumpah dari tubir matanya. Diseka pantas dengan jari jemarinya.

 

“Nampaknya..Sampai bilalah Yori akan terima saya”

 

Yori yang masih mampu mendengar kata-kata tersebut yang berada tidak jauh dari situ mengerutkan wajah dan mencebik meluak. Dia tidak akan terima Makcik Sica sebagai pengganti Mamanya. Tiada sesiapa boleh. Yori terus beredar pergi,sakit hati,sakit telinga.

 

“…Lambat laun,dia pasti terima Mama sebenar dia”

 

Kai termengah-mengah sampai dihadapan asrama perempuan dan terserempak dengan Ayah dan Makcik Sica. Dia menundukkan badan tanda hormat. “Kai?” “Apa khabar,Pakcik,Makcik,” ujarnya dengan senyuman kecil. Mereka melihat dari atas sehingga bawah penampilan Kai. Mereka pasti anak perempuan mereka baru pulang dari mana-mana tempat bersama Kai.

 

“Yori pergi ke mana tadi? Dia..Dia pakai gaun,”soal Ayah.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 1: Waaaahhhhh!!!! Sweetnya dan part Kai dengan Yori bergaduh tu hidung berair habis TT Nak menangis je dari tadi huhuTT Overall, cerita ni sangat best XD
misz_dina #2
Chapter 1: Saya puji citer yang daebak ni
hanbinhaera #3
Chapter 1: Menangis saya
-chaseul
#4
Chapter 1: serious best and yeah really worth my time. good luck for ur contest. kai, uishhh tk pernah tk sweet
April1699
#5
Chapter 1: Saya macam uwaharghhhhh! Memang best,gila pandai and macam mana one shot ni boleh jadi one shot yang awesome gila yang buat orang entahlah tak tahu nak describe. Btw saya confirm awak adalah calon yang akan menang untuk contest ni walaupun ada author hebat yg lain juga, tapi awak author favourite saya yang saya tunggu tunggu untuk baca story awak. And fighting! /mesti awak cakap apa merepeklah budak ni, Kan? Sorry kalau saya ni seorang yang menyampah./
Didie_BTS #6
Chapter 1: Huhuhu sedih gile citer ni akhirnya happy ending juga kak Aisyah you are the best!! Daebakk gila citerr akak !! Fighting kak !